Sebenarnya, dah lama terfikir nak buat entry ni. Cuma
keberanian tu tak ada. Tambahan pula, kesuntukkan masa untuk mengolah sedikit idea yang ada menjadi satu
ayat, yang kemudian menjadikan perenggan-perenggan untuk menterjemahkan
kandungan itu sangat terhad. Kalau boleh
aku tak mahu menaip entry ini dalam keadaan beremosi. Sebab takut cara
penyampaian aku di salah ertikan.
Dan sekarang ni, Alhamdulillah. Emosi aku stabil. Tapi idok
le bermakna sebelum ni emosi aku tak stabil. Mengkome jangan pikior kesitu
pulok ye. Aku cuma beremosi bila baca novel jeeee..Haishh..!
Okay. Berbalik pada landasan yang benar. Sedia maklum, hampir
kesemua rakan-rakan aku sudah pun berkawin. Boleh nak dikatakan semuanya dah
jadi ibu-ibu, bapa-bapa sekarang ni. Aku yang masih muda remaja ni memang tumpang
happylah bila dapat tengok kawan-kawan dah megendong anak masing-masing. Bila
jalan shopping mall, diorang sibuk kepong anak, aku pula bebas berjalan.
Hahaha. Tapi tipulah kalau kata aku tak cemburukan. Perasaan cemburu tu pasti
ada walaupun ianya cuma sebesar hama.
Dalam kegembiraan, gelak tawa yang terukir di bibir, rupanya ada satu duka yang terselindung di sebalik semua tu. Yup..! Aku mungkin tak
layak berbicara soal “RUMAH dan TANGGA”. Sebab aku sedar siapa diri aku. Tapi
takkan aku nak biarkan sahabat aku
sendiri sesat dalam membuat keputusan.
Aku bukan pakar motivasi. Tapi zaman sekolah dulu aku selalu
lepak dalam bilik cikgu motivasi. Saja-saja lepak,sekali gus aku selalu minta cikgu
motivasikan aku. Lepas tu soalan aku banyak yang mengarut-ngarut. Hahaha.
Memang muka tak malu betul aku ni. Sampai satu tahap cikgu pun pelik dengan
perangai aku. Kata Cikgu,
“Nanti saya nak adakan
sesi motivasikan kepada semua pelajar, time tu awak boleh tanya
soalan puas-puas”
Errk..! Kalau ramai-ramai memang aku tak kan tanyalah..! Akukan
pemalu….huwhuwhuw.
Dari zaman sekolah lagi, entah kenapa kebanyakkan
kawan-kawan yang ada masalah mesti datang jumpa aku. Macam yang aku cakap, aku
bukan pakar motivasi pun. Tapi nak bagi nasihat ala kadar tu boleh laa. Ingat
lagi rakan aku pernah tahan aku dari balik sebab nak bincang sesuatu. Aku pula
sanggup balik lambat semata-mata nak dengar masalah dia. Tapi puas hati jugalah
sekurang-kurangnya aku dapat tolong dia. Walaupun tak banyak, sikit pun
okay kan.
Dari zaman study, sampailah ke alam perkerjaan ni.
Kawan-kawan masih lagi mencari aku, minta pandangan, nasihat atau sekadar
menjadi pendengar. Seperti yang aku cakaplah, siapa aku untuk berbicara soal
rumah tangga. Aku kawin pun belumkan, tiba-tiba je nak nasihat orang. Mungkin
itu kata orang. Bagi aku, jika kita sayangkan sahabat kita, kalau perlu cuba lakukan yang terbaik buat dia walaupun
kita sendiri tak alami apa yang dia alami.
Jadi, peranan aku
sebagai kawan, aku cuba sedaya upaya beri yang terbaik. Walaupun sudah
terkeluarnya perkataan ‘DIVORCE’ dari mulut yang berkenaaan. Aku tetap akan
beri nasihat yang terbaik. Gila tak cuak weh..! masalahnya kecik je, tapi
disebabkan kesempatan yang ada, dia hampir termakan dengan hasutan syaiton
nirrojim. Cuba bayangkan kalau aku biarkan dia..??
Okay..dengar sini, kebahagiaan kawan-kawan adalah kebahagian aku
jugak tahu. Ye..aku masih bujang, ye aku ada rasa cemburu dengan kawan-kawan
yang sudahpun berumah tangga. Tapi tak adalah sampai aku tergamak biarkan
kawan-kawan aku dalam kesusahan sesorangkan. Aku sikit pun tak rasa suka atau
gembira bila tengok kawan-kawan ada masalah dalam rumah tangga, sekalipun orang
tu musuh ketat aku.
Sampai sekarang, kalau ada yang nak jumpa aku nak bincang
atau bercerita masalah diorang, aku still terima. Even diorang hanya mahu aku
menjadi pendengar. Aku still sudi. Sebab aku rasa, aku faham perasaan bila kita sedang dilanda masalah. Sebab waktu tu, apa yang kita fikir semua yang buruk-buruk
je. Contohnya angin, ketika ianya membelai, terasa nikmat dan bahagiannya. Tapi
bila ianya mula menghempas, kita terlupa nikmat belaian yang pernah kita rasa.
Apapun tindakan yang
dibuat ketika kita sedang di landa masalah bukanlah keputusan yang baik. Sebab
kita di bawah separa sedar. Aku faham, dan cuba untuk memahami. Kalau perlu
menangis, menangislah. Aku tak pernah larang. Silap hari bulan aku pun menangis
sama. ( Aku kan cenceng..!) sedikit sebanyak menangis buat kita rasa lega. Kalau
setuju sila angkat kening ^_^.
Motif entry ini Cuma satu, siapapun kita, dimana kedudukan
kita berilah yang terbaik pada yang memerlukan. Tak perlu tunggu kawin baru
anggap diri layak beri nasihat pada yang sudah kawin. Selagi nasihat kita
adalah untuk kebaikan, teruskanlah. Tapi kalau nasihat ke arah tidak
sepatutnya, bermakna diam itu lebih baik.
P/s: Panjangnya entry niii....!
Kata Hati : Boleh je aku nak mengelak dari semua ni, tapi
aku tak sampai hati….!
.
29 ulasan:
mmg pjg entri ni.. tp deqla nk komen ni pendek je tau..kohkoh... ;p
pendek kata, tegur menegur atau nasihat ni tak kira siapa..eh kdg2 yg belom kawen tu yg lebih arif soal rumah tangga ni tau.. hihi.. ;)
sebab tu org ckp ilmu tu perlu dipraktik dan dikongsi..tak semestinya nak tunggu kita ada pengalaman macam2 baru layak nak kongsi ilmu tu..asalkan kita tahu,kita dah boleh berkongsi dgn sesiapa jua :)
AJ akui, mesti terbit rasa cemburu tengok kawan2 sebaya dah berumahtangga dan dah kendong anak...
baiknya nur, kalau jadi pendengar yang baik pun cukup bagus dah untuk seorang kawan kesian kat kawan..akak ada sorang kawan yang memang pendengar setia, tapi dia dah meninggal..9 bulan dah dia pergi..bila time down macam ni rasa kosong..walaupun kita berkahwin, kawan tetap perlu..sebab kita sama2 perempuan ni lain.. :)
Alhamdulillah..itu bermakna kawan2 mempercayai anda utk meminta pendapat/berkongsi masalah..
tapi ayu rsakan nur mmg layaklah jd pakar motivasi..hihi..dr sgi suara mmg dh blh sgt..pndai ckp..hihi.pstu rsa klu idea nur bg logik n tepat dgn dorang sbb tu dorang ska cr nur..hihi.nk cari nur gk pasni blh?haha
betul tue...tak semestinya bujang tak boleh nasihatkan yg dah kawen kan nur
betul tu nur..bila org minta pendapat atau pandangan kite,itu bermakna org percayakan kite kan..:)
mcm sama sikit situasi disitu..kwn2 klo ada mslh msti cri sya juga..hahaha
Umur atau status bukanlah penghalang bagi diri kita untuk memotivasikan orang lain.
nasihat menasihatilah mg semuanya mendatangkan kebaikan....
garang seorang wanita kerana sayangnya tak berbelah bagi...bukan nak membunuh tapi nak memberi erti ehe..menjawap jawapan dientry akak..
Panjangnya mukadimah hihihi...baguslah nur suka mendengar masalah kawan...dan beri sikit nasihat..boleh jadi pakar motivasi nie..
KAK BUI PUN SLL JADI PAKAR MOTIVASI X BERTAULIAH..
akak pon suke menagis heheh..kan cenngeng kan...tapi lepas tu legaaaaa....
header baru..blog berwajah baru..pewit!
aah..betul tu nur..biar emosi tu stabil baru kita membuat karangan..agar mesej/ jln penceritaan kita sampai ke sanubari pembaca dgn eloknya..hehe
status bukan kayu pengukur kematangan seseorang. betul tak betul tak? hihi
Assalamualaikum..cik penasihat..hi hi.. Sebenaqnya Nur mmg ada talent tau jd motivator...
err.. panjangnya. huhu.. betul nur. tak semestinya kita bagi nasihat tentang rumahtangga, mungkin kita boleh bagi dia semangat atau kekuatan utk menghadapi masalah dia tu kan. seronok kan dapat tolong kawan. ;)
U really are a good friend, they are lucky to have u in their life, so are we. ;)
nur boleh jadik pakar motivasi utk kawan2 sebab ayat nur kengkdang bila baca menyejukkan hati,. tu belum jaa dengar live lagi nur bercakap...hehehe...
maknanya nur ni pendengar dan penasihat yang baik.. tu pasal ramai suka cerita masalah diorg kat nur kan.. tape.. insyallah sampai jodoh nanti nur kawen jugak kan.. sabar aje ye.,. yg bagusnya dari pengalaman diorg nanti boleh jadi iktibar baik dan buruk untuk nur kan,, tu la kelebihannya :))
Walaupun kita xpernah melalu xsemestinya kita xbleh bg pndangan..bleh bg nasihat selagi dpt membntu dah kira ok
So true.. Terbaik la Nur :) apa yg betul yg baik kite bantu kite tegur..
bkn sng nak jadi pendengar yg baik. nmpknye nur mmg pendengar yg baik. kalau tak, org tak cari cik nur. :)
wahh
sy bangga ada kawan mcm kamu :)
kenapa eh kita sgt pandai bernasihat org tp tdk untuk diri sdiri ?opsss xpyh jawab lah.hahaha
alaaaa...terasa juga...^_^
cik nur mmg pendengar masalah yg baik..hehe~ :)
wani nampak kan nur ni mmg seorang pendengar dan penasihat yg baik la
sori nur dq xbacalah..pjg beno n3 dia..
Catat Ulasan