Isnin, 29 Julai 2013

Home » , , , , , » Ramadhan Vs Rempit

Ramadhan Vs Rempit



Sumber : Google


Assalamualaikum.

Perghh..tajuk kemain lagi ehh..! Tapi percayalah entry ni tak ada kena mengena dengan mana-mana kumpulan rempit pun. Hahaha. Entry ni sekadar cerita. Hanya berkaitan aku tapi bukan dia, apatah lagi kamu. Langsung tak terkait hokayy..!

Sedia maklum, InsyaAllah berbaki 9 hari saja lagi kita akan menyambut hari kemenangan. Jadi, di akhir-akhir Ramadhan ni faham-faham jelah tentang kemeningkatan kenderaan diatas jalan raya meningkat sekali ganda rasanya. Boleh nak dikatakan, tiap-tiap petang jalan pasti sesak. Ditambah pula keadaan cuaca dekat kawasan tadahan hujan ni tak menentu. Tengah elok panas terik, kejap lagi tiba-tiba je hujan. Situasi macam ni kerap kali jadi dah.

Jadi untuk langkah berjaga-jaga ramailah yang memilih kereta untuk ke tempat kerja masing-masing ye dak. Bila dah semua pakat naik kereta, petang je, jalan raya automatik jadi padat gila. Keadaan ini tidak normal seperti hari biasa. Sebab apa aku kata tak normal? Selalunya aku Cuma makan masa 15-20 minit je dari tempat kerja ke rumah. Tapi sejak puasa ni makan masa 45 minit atau lebih untuk sampai kerumah. Grrrrr….situasi ini sangat-sangat me-nensyen-kan aku..!

Maka, di bulan yang penuh kemuliaan ni aku begitu selesa kalau merempit je ke tempat kerja. Bukan saja jimat masa, tapi yang paling best boleh cilok-cilok. Selain cilok-cilok kelebihan bila naik motosikal adalah boleh ikut jalan pintas. Tak perlu ikut jalan jauh, tak kena tempuh bazar Ramadhan yang saban hari aku tengok padat betul dengan lautan manusia. #setakat ni aku belum jejak Bazar Ramadhan.

Tapi, aku naik motosikal tak selalu. Sebulan seminggu je. Lagipun abah memang tak galakkan aku naik motosikal, katanya bahaya. Pada aku tak adalah bahaya mana. Tapi disebabkan abah pernah ternampak kelibat aku satu masa dulu, terus abah tak bagi aku naik motosikal, kata abah aku bawak gila-gila. Sejak pada tu, kalau aku nak naik moto, abah mesti bising. Err..padahal cilok mencilok tu normallah kann. Kalau naik moto tapi ikut je belakang bontot kereta , baik tak payah naik moto…Hehehe.

Pesan aku, pada anda diluar sana, kalau naik merempit ke tempat kerja tu hati-hatilah. Menunggang cara berhemah. Aku faham, tahap kesabaran kita sentiasa diuji pada bulan mulia ni. maka, banyak-banyakkanlah bersabar. insyaAllah, kita sentiasa dilindungiNYA..

Akhir kata, pandu cermat jiwa selamat. Sekian, terima kaseh.



Kata Hati : Aku pernah tinggalkan motosikal hampir 3 tahun. Bila aku mula nak naik motosikal balik, aku rasa macam takut giler..!
.

34 ulasan:

syuk shusuke berkata...

sbnarnya memang bahaya bagi pompuan nek moto ni sis . sebab beg tangan tu 1 . lagi 1 keselamatan diri tu . kalau kereta ada dilindungi pintu :)

Che Rosliza Che Mat berkata...

bahaya tue...cilok mencilok hihihi

BaNu Syah berkata...

memang masa bulan puasa,start pukul 5 keatas jalan jadi jem n sesak..mmg mguji kesabaran gitu..pernah gak sampai umah dekat2 nk maghrib..hehe sabar jelaa kan..

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

yui ni ha dah jadi rempit sejati plak..huhuh

Deqla Manjew berkata...

me-nensyen-kan?? perghhh perkataan baru! hahaha.. bahaya la nur naik motor.. lebih terdedah kpd eksiden..huhu.. amboihh nur merempit! padan la abah x bagi bawak..haha.. ni mat rempit tgk pun mau kecut.. x jadi race.. hahahaha..normal la kan, musim perayaan mmg jammed gilos.. deqla blk keja pun berdpn ngan situasi cam tu..mmg la deqla dok saje.. tp dok saje dlm bas tu pun naik lenguh jugak..sakit pinggang , dgn nak terkucilnya lagi..kohkohkoh.. deqla penah bawak motor.. tp takot2.. serius deqla mmg jenis penakot la nur.. huhuhu.. eh pjgnya komen deqla.. dah mcm buat entri..hahahaa..(saja nk tunjuk bukti deqla baca entri nur ni dari awal smpai abis.. ) ;p

Si Matatajam berkata...

Sama la ngan akak..dah lama tak bawak motor..bila try bawak ari tu, ketaq ja tangan ni..ha ha ha

intanfirdaus247 berkata...

Salam sayang ciknur…huhu..nur percaya tak kak intan dulu takut gila naik motor..pernah naik dengan abang firdaus mula2 dulu masa tu x kawen lagi..masa baru2 kenal..dia bawak naik moto pusing bulatan kat kl..kak intan punya gayat..keriau sakan ..dia ingat muhung..rupanya bila berhenti dia tengok ayaq mata berjujuran..hahah…tapi la dah x takut dah..kadang2 dia slow kak intan kata ish awat slow sgt nih..ekekekke

Rapunzeel Cikilolo berkata...

aku tak reti bawak motor.

mak ayah aku tak bagi belajar...

Ummi Iman berkata...

Senyum part abah nampak bawa motor tu :) hati2 d jalanraya ya.. kdg kita betul tp org lain yg buat silap

Cik Aini berkata...

alah rilek arr baru 3 thn..Ai dah tggal 7 thn daaaa.tu yg skali naik aritu boleh tersenyum ats tanah tu.moto naik tuan plak...kahkahkahkah

izan mama mia berkata...

dah lama tak naik moto
bila naik moto rasa jakun je hhahaa

boni kacak berkata...

lagi satu sebab orang dah mula bershopping. tu yang sesak lain macam tu..

Mrs Velentine berkata...

MV tak reti bawa motor

whitecappuccino berkata...

ganas jugak ya nur..haha..sempat lagi cilok mencilok

jaakechik berkata...

salam ciknur... maaf bau sempat terjah sini...

jaa dah lama tak bawak motor sejak dah pandai drive kete sendiri ni cik nur... hihi... bukan x sudi naik, tp rasa pyah nak naik sbb takut terselak kain dan susah nak kendong handbag... tu yg jaa mls nak naik tuu... nak gi kedai runct pun jaa drive kete... heeee!

Rosmiza Ali berkata...

Bulan2 puasa ni memang elok naik motor pun gi keje. Senang nak cilok mencilok. Dulu time keje pun bawak motor gak. Pantas! haha!

aReLaN berkata...

lama tak merempit sebab moto masuk bengkel. wuuuuul...lingkup poket naik kereta gi keje. hmmm

Zaza berkata...

haha...zaza pun belum jejak lagi bazar ramadhan..nur kalau bwa motor jgn rempit tau..hihi

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

jtnik ikea.

Tihara berkata...

akak lansung tak reti bawak moto ada lesen kete jer..takut bawak moto or naik moto ni..tp x semestinya naik kete selamat cuma % nya lebih safety sikit je :)

are_lin@yu berkata...

ayu dh 2 thun ni rmpit tegar ke kerja nur.haha

LYAfrina berkata...

lya sndiri pon agk tkut sikit naik motor.. sbb kdg2 kt dah tlalu bhati-hati.. tp kenderaa2 lain tu.. selalu perlekehkan penunggang motor.. kbykan y jd mangsa kecuaian kderaan besar adalah motor.. tp ye la.. mde2 naik apa pon klo nk jadi, jd je kan.. cuma kt kna stiasa bhati-hati & boda mogaslamat

Yana Libra berkata...

bagi saya naik moto mmg sangat bahaya la cik nur..mak saya pun mmg tak bg adik beradik pmpn saya blaja moto..lesen pun xde..skang ni nak bwk moto pun sy takut..huhu~

muja berkata...

muja ada lesen motor,, tapi sampai sekarang takut naik motor, ekeke

4feet8 berkata...

kali terakhir merempit adalah 2007. Lepas tu dah memang tak berapa konfiden nak bawa motor sebab dah biasa bawa kereta dan rasa bawa kereta lebih selamat.. Kenangan merempit terlalu banyak zaman study. Tayar pancit kat highway, enjin mati tiba-tiba dan jadi superman sbb eksiden.. hehe..
kesimpulannya, dah takut nak naik motor sekarang ni.. hihi

Nastyna berkata...

Makan masa boleh kenyang tak? hehehe (joke boroboro) ;P eh I lagi lama kot tak naik motor, dekat 8 tahun jugak la sejak eksiden.

Cinta Misteri berkata...

Cik Nur,!!! rindu..... ♡

jgn merempit, ibgatla org yg trsayang.
CiM tk bemoto gi keje pun ttp merempit. tp klau gi bazar or shoping kt tmpt yg sesak, mmg kena bemoto gk.

kopi pasta berkata...

cuak juga bawak motor sebenarnya. rasa lebih selesa kalau berkereta... feel more secure.

nanieybarnieylurviey berkata...

Nani first time blaja motor terus accident smpai cacat motor tu.. Lepas tu serik dan tkut nk belajar motor. Dlm hati konon berangan nak naik ninja kawasaki. Cehhhh.

Busyra Bt Takiyudin berkata...

busyra reti naik motor. cuma tak dak lesen ja. hehe

ayut berkata...

ayut klu nek motor bila mood bek mmg slow jer..follow je bontot kete..tp klu tgh mood tak bek mmg cilok mencilok adlh sesuatu yg perlu :D...

9n0L4 berkata...

akak pun same nur. takut nak naik motor. huhu.

Chic Na berkata...

cikna dah lama tak rempit ni. last time aritu je. gian dah ni. hihi..

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

wani dh lama xbw motor...klu nek kt jalan raya rasa ketaq2 juga hihi