Selasa, 2 Julai 2013

Home » , , , , , , , » Terbelah Dua

Terbelah Dua




Disuatu sudut cuma ada aku yang kaku berdiri sambil menteliti kemasan paku-paku tanpa biar sesiapa tahu wujudnya aku diwaktu itu.

Disuatu sudut yang lain pula aku lihat kamu sedang tersenyum dan berborak mesra bersama dengan tiga lelaki lain sambil mata aku mencari susuk tubuh yang sepatutnya ada bersama ketika itu.

Dan disudut lain pula aku mula dapat lihat salah seorang dari mereka bertiga mula bertindak berani keatas kamu. Kamu tidak menepis tapi kamu hanya biarkan.

Dari sudut aku berkali-kali menjerit agar kamu sedar apa yang kamu biarkan salah. Kamu sudah ada dia. Namun jeritan aku tidak lepas, seperti tersekat kesat.

Aku cuba bergerak, kalau boleh aku mahu belasah kamu dan tanya apa yang sedang kamu lakukan. Mana dia dan mengapa dia tiada disisi kamu. Seperti jeritan tadi, kaki aku tidak mampu melangkah walaupun seinci.

Aku gagal untuk sedarkan kamu. Dan satu sudut itu juga aku hanya mampu merintih atas segala perbuatan yang telah kamu lakukan. Kenapa harus rebut dia dari aku seandainya kamu tidak mahu untuk setia.

Dengan melihat segala perangai kamu di sudut itu jugalah ada satu perasaan yang membuak-buak dalam hati aku. Cuma satu rasa, Aku BENCI kamu..! Aku BENCI kamu..! Aku BENCI kamu..!

Dan di satu sudut, aku buka mata terasa beratnya kepala dan terasa tersangat kering tekak. Minda aku sedang mencerna apa yang terjadi. Mata aku mencari kamu. Tapi tiada. Hilang. Lenyap. Lesap..!

Aku pejam dan buka mata kembali, dan aku pandang sekeliling mencari kepastian. Ya..tadi aku hanya bermimpi. Bermimpi kamu menduakan lelaki yang pernah aku suka satu ketika dahulu….

Tapi rasa BENCI itu tidak pula lenyap bersama igauan yang tersarat dalam mimpi aku….




Kata Hati : Mimpi itu buat pegangan prinsip aku TERBELAH DUA….!
.

22 ulasan:

Rapunzeel Cikilolo berkata...

emm?

adooi... bukan hal kamu lagi ni...

mohon sabar ye

:)

Cik Aini berkata...

first tak?

dari satu sudut yg lain,mungkin mimpi itu tidak seperti yg kamu mimpikan..
dan mimpi itu perlu kamu hentikan agar prinsip kamu teguh kembali seperti sedia kala..
peace T__T

syuk shusuke berkata...

selalunya kalau tidur dalam dendam nanti mimpi ngeri. :D

Deqla Manjew berkata...

alahaiii.. puitis sungguh bahasa sastera nur ni.. smpai nk paham pun tak berapa nk paham jugak.. kohkohkohkoh...kalo dah terbelah dua cpt2 kasi cantum nur..seblm terbelah pulak 3,4 atau 5.. lg parah..hihi..

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

pnuh makna mndalam ni.

Si Matatajam berkata...

Buang rasa benci dari sudut hati pasti ketenangan dan bahagia akan menanti ^_^

Tedi berkata...

ya, ada chance.. hehehe

HeNRieTTa JoSe berkata...

wow....dalamnya makna.....moga segalanya baek baek sahaja....

Khai♥Rin : anies berkata...

waduh berpuitis sungguh

akmal berkata...

wahh, bombastik betul ayat. hehe

are_lin@yu berkata...

ni nur karang eh..mmg mpi btl kan..ayat mcm penulis dh ni nur.hihi

Yumida Huda berkata...

sampai termimpi2..myb nur rindu kat dia kot :) hikhik

Aine Ainun berkata...

cuba nak fahamkan tapi tak dpat nak faham semuanya, atau sebenarnya memnag tak faham disebalik kata yang ada rahsia ni..=), dan penuh rahsia...

sila cerciter Cuk Nur...=)

Tanpa Nama berkata...

belah pakai pisau ke kapak? errr..

my thought >> mungkin org yg nur benci tu tak tau pun kewujudan nur.. tak adil utk nur membenci dia.. open your heart and see the beautiful things..

-from Scotland with love-

jaakechik berkata...

best la baca bait bait ayat cik nur.... sebijik terasa mcm baca novel....

Che Rosliza Che Mat berkata...

jiwang betul cik nur...

QasehnyaRania berkata...

sbelum nur tidur,pejmkan mata.
kemdian cuba seikhlas yg mungkin maafkan dia.
in shaa Allah

Eca Dwinky Asha berkata...

ini tidak adil tidak adil bagi......... :)

Yana Libra berkata...

mimpi hanya mainan tidur..mungkin sebab hati yang terlampau nakkan benda tu jadi~~ :)

9n0L4 berkata...

kdg kdg belah due tu bagus nur. bagai pinang dibelah due? hee.

nanieybarnieylurviey berkata...

Tersirat tersirat tersirat maknenye

Si Matatajam berkata...

Setuju ngan Ai...Xmo belah dua la...satukan kembali prinsip tu..