Assalamualaikum.
Isnin, 1 April 2013. Terlepas sudah percuma yang sia-sia. Aku
cuba terjemahkan apa yang tersirat. Tapi aku tak mahu beri detail lebih-lebih
kerana tajuk entry kali ini mungkin ada yang tahu atau mungkin ada yang tidak
tahu langsung apa yang tersirat dari tajuk entry ini.
Okay. Fullstop..!
Untuk melepasi tarikh sebelum hari ini, aku bagai nak gila
mem’bizi’kan diri. Seawal 9 pagi aku gerak ke Ipoh di temani 2 bodyguard yang
sentiasa risaukan aku. faham-faham je la ye kalau berjalan ditemani bodyguard. Memang
tak senang di buatnya. Grrr….
Di MPH, aku sambar dua buku. Ikut kan 3 buah yang aku nak
rembat. Tapi salah satu daripada 3 buah buku tu tak adalah pulak. Satu lagi jenuh
tawaf rak buku tu tapi still tak jumpa. Jadi aku beli dua je. Salah satu buku tu,
sebab aku TERJANGKIT VIRUS dengan Encik H.
Satu lagi buku yang aku beli tu pun sebab TERJANGKIT juga. Tapi ni bukan dengan Encik H, Kali ni dengan Kakak Ai. Dialah orang yang
bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan hasil karya Siti Rosmizah. Memey aku
jatuh cinta habis ni dengan novel-novel beliau ni tau. Sampai terbawa-bawa keluar tau EMO novel ni.
Haishhh…Memang PARAHHH….!
Lepas selesai urusan dekat MPH, aku pusing-pusing kejap
dalam jusco tu. Tapi tak lama pun, sebab adik aku bukan jenis kaki rayau. Bila
aku singgah kiosk-kiosk dia mulalah bising. Grr…nyampah jalan dengan depa ni..!
Hari ni juga baskin robbin ada promosi 31%. Ingat nak pekena aiskrim dulu baru
balik, sekali berjelanya Q. Cancel..!
Ikut perjanjian, OTW ke ipoh je aku kena drive. Sekali nak
balik adik hulur kunci. Ahh..sorilah aku nak drive. Sebab janji pergi aku
drive, balik dia bawa. Selalu kami adik beradik macam inilah tau,
bertolak-tolak nak drive. Mak kalau
nampak kami bertolak-tolak macam tu, spontan akan keluar ayat ni “Kalau mak reti bawak kereta, bior mak je
yang bawak, kome duduk belakang.Susah sangat” Hahaha.
Berbalik pada tajuk entry, semuanya berjalan seperti tiada
apa-apa. Tiada pengharapan seperti tahun
sebelum-sebelumnya. Tahun ini cuba pupuk diri untuk tidak mengingatinya. Tapi
tidaklah terus melupakannya. Sebab aku akan teringat bila berhimpunnya dua jarum menjadi
satu dan ketika menaip entry ini. Itu je. Selebihnya, aku bizi…!
Maka berakhirlah sudah percuma yang sia-sia. Sesiapa
pun tak salah disini. Cuma diri sendiri
yang salah sebenarnya. Pada yang faham apa yang aku cuba sampaikan dalam entry
ini tahniah di ucapkan. Pada yang kurang faham tidak mengapa, entry ini sekadar
menceritakan ke’bizi’an diri sendiri yang lain dari segala permasalahan
duniawi. Itu saja. <- Eceeehh ayat
aku..kemain..!
Kata Hati : To Create Is To Destroy……
.
41 ulasan:
hai hai...
singgah sini...
aku pun berkenan gak buku ni...
cuma belum ada kesempatan
:)
salam 1 april :)
bizi ye cik nur..
Kalau bersangkut paut dengan entri yang sebelum2 ni, AJ faham Nur....
Tahniah itu bukan untuk ku kerana aku masih tidah memahami walau satu persatu ayat yang kau lemparkan cuba aku takluki. cehhhh.
<--- tersangatlah blurr. tak boleh nak kaitkan tajuk dgn apa yg ko ceritakan tu *outing*...
kene tunggu komen2 drp rg yg faham...*smoga ko cepat publish komen mereka...huhu
wah, ke ipoh ya..
hihihi....kelakar pun ada masing2 tak nak drive...
huhuhu deepnya entri nih
kalo buat2 paham camne plak nur? tp ok la kan dari tak paham langsung kan... err..nur paham tak ni ??? kalo nur paham tahniah utk nur... kohkohkoh....
kadang-kadang kita cuba nak luahkan tapi masih terfikir kesannya so jalan berselindung lebih baik..btw moga baik2 aja ya :)
1st..
sy x bleh terima kalo awak panggil sy kakak! ok fullstop!
2nd..
i understood!
apa dan kenapa yg mbuatkan kamoo membzkan diri!
dan sy bangga ada kwn mcm kamoo..ececece ayat kemain kan :)
3rd..
jgn salahkan sy kalo kamoo dh jatuh cinta dgn novelis SR..dan emo kamoo tu rsnya sy x ajar kan..hahhahahahaha erkk jgn lupa novel yg keempat SR plak..kehkehkeh
akak pun jatuh cinta dgn karya siti rosmizah :)
singgah sini..semoga hari2 bertambah ceria :)
wani xfhm apa yg berlaku tp hope nur sabar dgn apa yg berlaku krn setiap kejadian pasti ada hikmahnya
err.. cuba memahami. tp macam faham kot. hihi..
adik cikna shopping voucher BB1M and dia beli novel tu jugak. tak sangka sebenarnya dia peminat novel. :)
wahh pasni maraton bca bku plk la nur..hihi
nur mesti beli novel baru eh...siti rosmizah..MV tengah cari novel cinta kau & aku
apakah
sukar utk menyelami
huhuhu
mmg xbest jln ngan org yg bukan kaki shoping lepak lepak..hihih
tak pernah lah lalui percuma yg sia2.... kehidupan ni mmg pelbagai.
pasti ada ilmu yang kita bolot bila kita rajin membaca, mencari ilmu ni tak pernah akan berakhir..biar sepatah kalau tulah yg terbaik maka baikla kita..tahniah beli buku. Buka buku buka dunia...
dah baca sampai habis entry, tp fiza faham yang Cik Nur bz n pasal buku je :p
Fikiran tak boleh nak fokus skrg ni cik nur. Kurang faham tang percuma tu ;)
memang tak paham la cik nur oi.sori.hmmm
sgt mendalam 2 kali baca..haha..bru dpt online :p
Mendalam betul ayat. Tak dapat nak korek cerita disebalik kata-kata tersebut
hehe solehah paham maksud cik nur. ayat yg last tu. tapi npe tolak-tolak tak mau drive keta ni.kelakarla cik nur ni
err..akak pn tak paham gak..hehe..oh...novel SR mmg akak wajib beli..selalu juga tumpang voucher buku anak hehe.
Nur, kat Ipoh tu ade dua Jusco kan...
taun lpas saya p Jusco Ipoh, En.Somi kata yg lama punya, yg baru tak sampai lagi!heheeee, kita tgu Jusco Taiping jela, taun depan siap...=))
Saya x berapa nak faham,
tp faham la jgak sikit2...
hehehe. comel sgt mak nur. nape tak ajor mak drive, amek lesen. hee.
eh..eh..jusco tepen nak dibukaa ke?
Macam Aj ckp.. If bersangkut paut entri2 sblm ni nani fhm.. If tersalah fhm maafkan den nur :) chill!!!!!!
blur sikit baca..lama tertinggal entri2 cik nur..huhu..start dr latest ni~ :)
tahniah utk dya sbb dya phm apa yg nur nk smpaikan.hahah
haaha faham kotttt...
kononlaaaa free (bermasa lapang), tapi....
jaa pun x fhm ngn apa yg cik nur nak kaitkan citer diatas, ngn percuma yg sia-sia tu heee...! soryyyy :P
Owh berjangkit ngan Ai dan en.H rupanya yek....
nurulpun tak bape nak paham..hehe maafkan daku yer nur..lately mmg bz nakk balas komen.huhu
hahaha..to create is to destroy..so Nur dah sampai kat mana skrg? :D
@Encik H Nur stuck di kawasan yg rasa mcm susah nak buat....huhuhu...
paham?? hmmmm... tidur malam ni harap2 mimpi untuk dpt ilham.. boleh tak?? =P
Catat Ulasan