Assalamualaikum.
SINOPSIS BELAKANG BUKU :
SINOPSIS BELAKANG BUKU :
“Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberikan tidak
akan sama sekali menjadikan saya lupa kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh
membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada
saya”
“Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya
juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung
mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat
sekeliling”
Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan
sabar. Apa yang penting sekarang kebahagiaan anaknya, Dania.
Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.
“Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan
onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA
sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu
untuk bertahan lagi, hatiku keras dari kerikil”
_____________________________________________________________________________________
Ulasan Aku :
Syed Adam Aizril. Seorang jejaka persis seorang model. Namun,
keegoan dan keangkuhan yang ada dalam diri Aizril membuatkan dia benar-benar
berasa sentiasa bagus je. Dalam diam, Aleya seorang gadis cantik tak pernah
jemu memujanya dari jauh. Walaupun Aleya sedar, dia dan Aizril bagai enggang
dan pipit.
Namun disebabkan satu kejadian yang telah dirancang oleh
seseorang. Aleya dan Aizril terpaksa berkawin. Di sinilah bermulanya titik
hitam dalam hidup Aleya, selepas menjadi isteri kepada Syed Adam Aizril. Sudahlah
dibuang keluarga kandung, tak cukup dengan tu, suaminya sendiri tak jemu-jemu
mengherdik dirinya. Perit..!
Tipulah kalau aku kata, aku tak tumpahkan air mata bila baca
novel ni. Perasaan aku bukan setakat sedih je tau, tapi bermacam-macam
perasaan. Jangan ingat lelaki seperti Aizril tak wujud dalam dunia realiti.
Cuma kita je tak nampak.
Yea..mula-mula baca memang rasa geram gila dengan Aizril.
Dia buat sesuka hati je pada isteri dia. Sepak, penampar. Tak hairanlah ketika
baca aku duk sumpah seranah je. Memang cara penyampaian penulis sampai pada
aku. Bayangkan, Aleya yang sedang sarat mengandung hasil perbuatan yang tidak
berperikemanusiaanya suaminya sendiri, dia boleh main humban macam je. Perghh…tang
part ni memang aku emosi gila.
“Dengar sini Nur Aleya
binti Idris, bersaksikan kawan-kawan baik you ni, I lafazkan cerai sebaik aje I
nikah dengan Lin. Gugurlah talak satu ke atas you”
Aizril, egonya tinggi. Apapun yang diungkapan dan perbuatan dia, tak selari
dengan hati. Dia sedar, sebenarnya dia mencintai isterinya sendiri. Buktinya,
dia sendiri yang ingin membatalkan pernikahan dengan sepupunya, Lin. Tapi
disebabkan KEEGOAN yang tinggi melangit, Aizril nafikan.!
Pada aku, Tiz sesuai dengan watak Aleya.
Selepas di timpa musibah, Aizril yang telah insaf atas
segala perbuatannya terhadap Aleya. Dan dia benar-benar ingin berubah. Sekali gus ingin
memenangi hati isterinya semula. Adatlah, bila tak ada depan mata baru nak
menghargai ye dak..! Tang part ni pula, Aizril yang baran menjadi tersangatlah
sweet. Memang dia betul-betul mahukan kehidupan yang sempurna bersama isteri
dan anaknya.
Tapi langit tak selalunya cerahkan. Kadang-kadang belum
sampai petang pun dah mendung. Macam itulah perangai Aizril. Sweetnya tu terus hilang. Aleya pula yang terasa kecewa
bagai nak gila. Yelah, peluang kedua yang dia berikan, sekali lagi hancur
berderai.
Bukan mudah ingin menjadi wanita tabah seperti Aleya. Tapi
aku tahu, wanita seperti Aleya juga wujud di luar sana. Cuma kita je yang tak
nampakkan. Demi anak tercinta, Aleya sekali lagi sanggup korbankan
kebahagiaannya. Harapannya tinggi, moga nasib anaknya terbela bila dia sudah
tiada nanti.
“Kuatkan hati Ril.
Kuatkan hati kau. Mari Ril. Jumpa isteri kau buat kali terakhir.”
“Leya, kau pergi jugak
tinggalkan abang. Macam mana dengan abang Leya. Siapa nak temankan abang, Leya.
Abang tak sempat nak minta ampun. Abang banyak dosa kat Leya.”
Part dialog kat atas ni, buat aku nak campak buku ke
dinding. Gila cengeng..! Sambil baca sambil pujuk mata supaya berhenti
keluarkan cairan jernih yang kian meluncur laju. Memang sepanjang aku baca buku
ni ayat yang keluar dari mulut ni, semuanya tuju untul Aizril.
Gila jahat Ril..!
Dayus gila Ril…!
Kejamnya Ril..!!
Perghh..kalau aku dapat Ril ni, lumat aku kerjakan..!
Ehh..sweetnya Ril..
Banyak lagi ayat-ayat spontan. Tapi aku tak hengat
kesemuanya. Tapi aku tak adalah mengkeji je sepanjang baca buku ni. Ada
jugaklah aku puji ketabahan Aleya. Kebaikan sahabat baiknya, Umairah dan
suaminya Ikram.
Sejujurnya, aku langsung tak skip baca novel ni. Tapi ulasan
dalam ni aku banyak skiplah kan. Kalau kalian nak tahu kesudahan cerita ni, apa
kata kalian beli je buku ni. Aku mungkin tak akan let go buku ni. Sebab aku
sayangkan setiap buku yang aku beli. Tak kiralah buku terpakai sekalipun, aku
tetap sayang.
Termasuklah buku yang dicipta untuk dimusnahkan pun aku
sayang tahu…!
Macam dalam sinopsis – Lafazkan Kalimah Cintamu – aku ada
cakapkan, kalau kita baca sesuatu bahan bacaan tapi tak dapat apa-apa memang
tak ada maknalahkan. Dalam novel ni, memang akan jumpa bermacam-macam
pengajaran untuk kita. Salah satunya kesetiaan atas nama sahabat. Dalam situasi
getir, selain keluarga, sahabat baik penting jugakkan.
Macam biasa, yang mana gila novel, cepat-cepat dapatkan
Novel Andai Itu Takdir-Nya. Dan bersiap sedialah bermain dengan emosi.
Kehkehkeh.
Err...Drama 'Andai Itu TakdirNya' yang baru dimainkan Tv3 tu, BUKAN adaptasi dari novel ini ye. Harap maklong.
P/s: Nampaknya penangan watak Ku Ryan lagi hebat berbanding
Aizril. Hahaha.
Kata Hati : Rasanya macam dah termakan dengan Orang Yang Bertanggungjawab memperkenalkan Karya Siti Rosmizah ni tau..!
.
36 ulasan:
novel tbaik y lya pnh baca... meleleh hbs airmata.. 2 thn lps lya baca novel ni.. smpaikan berhri bengkak mata..smuanya krn syed azril...
novel ni menarik kan cnur.. =) kadang2 novel ni mcm drama jgk..
hehehehehehee
termakan pujukan ?muahahaha
sdiri dh suka la tu..eh selain tiz zakiah,ada lg x org yg sesuai ?
errr ni mmg betul2 menghayati ni. memula tu punye la marah tetiba sweet pulak. kikiki..
Best gak la Nur sinopsis novel ni..yg drama malam tu pun jalan Cerita dia best gak kan,,,
Wah permainan emosi. I suka Tiz, kalau citer dia apa2 pun I tengok. hahaha
alahai comel betul blog Nur skg..soft dan besar baru best bca :)
akak dah baca buku nih..mmg best...tak rugi beli,...tapi akak pinjam jer..hihii..karya penulis ni mmg puas baca...
x penah baca lagi..huhu.. eh sinopsis belakang buku tu nur nur gigih salin smula ke? haha
yang ni akak tak beli lagi w/pn dah lama terbit.
novel cita ni mmg da bez!!
lah cerita tu bukan dr sinopsis novel ni eh... ingatkan sama td...
hasil karya Siti Rosmizah memang terbaik.. tak buat air mata ni meleleh taip baca novel dia memang tak sah..ehh ke aku sorang je yang meleleh huhuhu alamak terlebih emo laa plak hahahaha
Macam penah baca..
Tapi ingat2 lupa pulak..
Novel ni memang best :) Dah baca banyak kali tapi tak bosan pun.. Setuju sangat kalau Tiz jadi Aliya.. tapi lelaki tak tahu pulak sape yang sesuai berlakon watak jahat Aizril ni.. :) Huhu
suak bc novel dri tgk tb
Selamat pagi Nur..:))
yg psti yui tak tgk citer tb3 tu..hahah
rase nk bace lame x bace novel tapi tade mase wuwuwu
sedih kan novel ni
lama giler tak baca novel. masa sekolah dulu je la. tupon sebab masuk dalam komsas.hehe
mcm best je nur. nk pinjammmmmmmm. hihihi.
novel lagi......selamat membaca yep Nur
nape la kfieda ni tak minat bca novel ye..huhuhu
NNT KAK BUI BELI..MCM MENARIK SGT JLN CERITANYA
hmm best lah nur nu siap recommend pelakon yg sesuai dengan novel ni..memang kalau baca novel mesti imagine pelakon dalam bovel tu.. :)
best ke? patotla mak masha pun beria sakan baca cite ni...
anak dye dok campak2 je nak baca...hehe
nur mmg suka gilakan ngan novel.agaknya bapedah novel nur baca sepanjang umur2=)
saya pon nangis baca novel nie.. kejam giler Zril ! kalau saya jd Leya, xde makna nak bg Zril peluang lagi.. hehe
perghh touching giler cik nur.. atil baca novel takda nangis2.. hahaha.. owh, ada novel ni tgk kakak baca... tgk jelah.. =P
atl anti novel sedih.. kuang2
sy ada 2 novel yg blom abis baca.. sbb tu xmo beli lagi novel baru, huh...
oo..ni la citer baru tu.tv3 jam bpa nur..
cik su dah lama tak nengok tibi..tak nyempat..huhu
ni novel pertama siti rosmizah..meleleh air mata baca kan? huhu~ :p
novel ni mmg best wani dh baca :-)
crite mmg terbaekk..dq baca smpy tresak2 asek ngais je..sedih sguh cite dia...haaahaa
Sedih kan novel nie...
Catat Ulasan