759 Halaman
Assalamualaikum.
SINOPSIS BELAKANG BUKU :
Ikatan perkahwinan di antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah
atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan
pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.
Dalam tempoh menjaga Zaril Ihkwan, Nia mula jatuh cinta
dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya kekal
seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik sahaja
Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zarikl Ikhwan dan membawa hati
yang lara ke Turin untk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing
bertahun-tahun lamanya.
Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin lalu
mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati
masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk
meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat
mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril
Ikhwan merasakan dari masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.
Apakah rahsia yang dipendamkan itu…?
Jeng..jeng..jeng...!! <---Ini aku tambah yee...Hahaha
ULASAN AKU :
Bagi aku buku ni best, walaupun kadangkalanya seperti
membaca buku pelancongan dari Itali. Sebab dalam novel ni banyak jugalah
bercerita mengenai tempat-tempat menarik di Itali. Aku syak, menulis ni mungkin
pernah menetap di Itali.
Apa yang menarik bagi aku selain dapat berimaginasikan
negara Itali yang begitu sarat dengan barangan berjenama, adalah kesetiaan Nia
Athirah. Akibat Zaril termakan hasutan Puan Halida, mamanya sendiri, Nia terus membawa
diri tanpa arah tujuan. Walaupun sudah bertahun dia meninggalkan suaminya, tapi
rasa kasih dan sayang pada suaminya masih seperti dulu.
Buktinya, apabila pertemuan dengan Zaril Ikhwan sewaktu
menjadi jurubahasa kepada pelawat dari Malaysia. Walaupun ada dendam yang
bersarang dihati mereka, tapi masing-masing tidak pernah mengasari antara satu
sama lain. Maksud aku bila diorang gaduh kea pa, tak adalah panggil nama yang
tak elok. Kira tak adalah hoii-hoii, kau-kau, atau hoii bodoh tak adaaa….
Bila baca novel ni, Cuma satu sebab je yang buat aku rasa
macam lempang dua-dua watak. Nak tahu sebab apa..? Sebab Nia dan Zaril ni
dua-dua EGO..! Mana tak nya, masing-masing saling memerlukan, tapi
masing-masing pendam perasaan. Aku yang baca pulak duk suruh diorang luahkan,
terlebih overlahkan..!
Nia pula, senyap je bila suami dia tuduh macam-macam. Aku
faham sebab Nia sedang sembunyikan sesuatu daripada Zaril, tapi janganlah diam
bila Zaril tuduh Nia bersedudukan dengan lelaki bukan muhrim. Macam-macalah
Zaril kata, tapi Nia membatu diri je. Aku pulak yang rasa nak pergi lempang Si
Zaril tu. Grrr… <-- Ayat aku, over kemain..!Hahaha
Nia sebolehnya tidak mahu Zaril tahu apa pemyebab dia tak
balik Malaysia. Al-maklumlah, sebelum berkahwin Nia dah tandatangan satu surat
akaun yang Nia akan hilang segala hak sekiranya penceraian berlaku keatas
mereka. Kira Nia memang bersikap EGO habislah tentang perasaan dia semata-mata
mempertahankan hak dia.
Macam yang aku cakap, betapa tingginya EGO yang ada pada
Zaril dan Nia , sampai boleh buat aku mengeluh sambil membaca. Zaril, lelaki
yang kononnya hensem, bergaja dan berkerjaya, lagilah susah nak luahkan isi
hati. Nia pula sebab rahsia dia. Haisshh…memang egolah..!
Macam biasa, pengajaran yang aku dapat dalam novel ni,
jangan terlalu EGO. Kalau kita sayang pada seseorang tu, mengaku sajalah. Tak
payahlah disebabkan EGO nak pendam tanpa luahkan, bila dah melepas baru nak
menyesal memang tak ada guna dah la kan.!
Selain EGO, tolonglah jangan bersikap cemburu buta pada
isteri atau suami. Bahaya tau bila ada penyakit cemburu buta dalam perhubungan
suami isteri. Boleh cemburu, tapi berpada-padalah. Jangan keterlaluan.
Okaylah sampai sini sajalah. Pada yang sukakan novel, boleh
dapatkan novel “Aku Yang Kau Tinggalkan” dekat mana-mana kedai buku berhampiran
kalian ye.
Kata Hati : Sekarang ni aku sangat-sangat biziiiiiiiii.....
.
24 ulasan:
ok ada 6 ketul EGO kat dalam entri tu, nampak sangat citer ni penuh dengan ego. hikhik..
novel ni,..akak baca ulang 2 kali sbb best sangat kisah kat turin tuu..akak rasa novel yg paling best setakat nie akak pernah baca... akak tenggelam sungguh dalam novel nie sampai dok feel dalam novel dgn hubby akak..hahaha... best2..tak sabar nak balik kg nak angkut novel baru..hihi
best jugak novel ni, akak suka noel yang background dia di sesebuah negara atau tempat khusus macam ni :)
Betul. Ego adalah sifat yg negatif dlm diri. Diri sendiri juga yg rugi nanti ;) mesti beremosi cik nur membacanya. Akak tak baca pun boleh rasa :)
mcm best tu..
keegoaan yg byk ni..hehe..tp mmg btl pun baik lki atau prmpn ego tu yg pemusnah nya..hehe..kna bljr kurangkan ego..cantik plk tgk muka dpan novel ni..tertarik..hihi
Besttnya Nur, fiza xsabar nak baca novel jugak nih .hikss.. lagi 2 bulan nak exam. pastuu..yayy novel!
plot cerita menarik.. ehh tu gigih taip sinopsis belakang buku lagi kan? hahaha.... amboiii bz baca novel ke?? ;p
BIASALAH PENULIS NOVEL NAK BAGI KITA SUSPEN..HAHAHA
pergh sampao typo tue terbawa2 ego mereka..hehe bergaja..hehe..nak taip bergaya..best novel ni
karya nur bila lak nak hantar ke alaf 21 atau ke PRIMA? hehehehheee..
dulu kurang novel ni..tp kadang2 baca mcm drama..seronok jugak =)
saya un sukaa novell!! saya x de lagi novel nih...boleh la beli nnti :))
macam stress je baca buku ni..huhu~ :P
Best Kalau wat drama Tv ni...
EGO..hmmmm pyh juga nk runtuhkan ego ni.
menariklah novel nie....nanti nak carik jugaklah...
dah abis belum ni..ke bc sinop sj smp skrg..maklum le kak long bz kan :)
waa..novel bru lagi..lening lya x dan dh nk khatam novel
bile la nk bace novel lagi. mase oh mase.
best juga sinopsis dia
cm best la..tp kan segan la.nk mbaca loni..kalo mula tunggu belek natang pakai xjadi geja lorr..huhuu
Mmg best ... Hr tu g mph walaupun xde discount sy bli gak sbb dh baca skit dlm online.Tp klu critenyer lg menyentuh jiwa meruntun jiwa... spai meneleh airmata ni lg best. Ape2 pun terbaiklah! Jln crite lain pd yg lain.. Geram ngan sikap zaril yg ego.. Nia yg terlalu memendam rasa.. Huh
Akhir cerita mcm mana? Hehehe
Catat Ulasan