Selasa, 25 Jun 2013

Home » , , , , , , , , » Review Novel | Meh Sandar Pada Aku!

Review Novel | Meh Sandar Pada Aku!



581 Halaman


SINOPSIS BELAKANG BUKU

Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? – Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur Cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadiran di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu Cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin computer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”
“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”
“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”

Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

“Aku apa?”
“Tak ada apa-apa, Doktor Syed…”
“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”
“Errr… Doktor Syed kan Handsome! Tentulah Doktor Syed yak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka ditakdirkan duduk serumah.

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?



ULASAN AKU

Pertama, apa yang aku bayangkan bila baca novel ni adalah drama ‘Misiku Kuza’. Mohon angkat ibu jari kalau kalian pernah tengok drama tu. Aku pun layan setakat satu, dua episode je pun. Lepas tu, aku pilih untuk memerap dalam bilik sambil beronline. Heee…!

Tapi apa yang membuatkan aku bayangkan novel ni macam drama ‘Misiku Kuza' tu..? Ermm..mungkin sebab hero dalam drama tu, iaitu Arja Lee bersikap dingin dan kasar terhadap stafnya Kuza. Jadi dari situlah aku mula terbayangkan watak Doktor Syed Nadzhan sesuai diberikan kepada Arja Lee. Manakala Watak Afnan Tasneem pula sangat sesuai di pengang oleh Erin Malek, merupakan heroin muda yang sengal dalam drama ‘Misiku Kuza’ tu. Beza antara drama dan novel ni, Syed Nadzhan BUKANLAH DOKTOR DALAM BIDANG PERUBATAN.


Arja Lee Dan Erin Malek


Sepanjang pembacaan aku, novel hasil penulisan Aifa Batrisya ni pelbagai rasa ada tau. Gembira, marah, sedih, romantik, sengal pendek kata semua adalah. Kiranya penulis ni berjaya buat aku turut sama rasa apa yang si Tasneem tu rasa.

AFNAN TASNEEM, 23. Seorang gadis bendul yang terlalu lurus. Nasib yang dianggap malang apabila dia berada dibawah pengawasan penyelia yang antikan kaum perempuan. Pelbagai herdikan, tapi atas sikapnya yang kental lagi waja. Maka dia biarkan saja herdikan dan cacian yang keluar dari mulut penyelianya itu ibarat angin lalu. Al-maklumlah pada awalnya Tasneem juga ada hati dengan Doktor Muda tu.

SYED NADZHAN, 31. Lelaki yang kepantangan utamanya adalah WANITA. Tapi tidaklah bermaksud Doktor muda ini minat kaum sejenis. Cuma akibat terlalu berdendam dengan Mamanya yang membuatkan Syed Nazdhan terlalu alergik dengan manusia yang namanya PEREMPUAN. Dia beranggapan, semua PEREMPUAN menyusahkan.

“Saya tahu Doktor Syed tak suka pada perempuan, kan? Tengok kami yang perempuan ni langsung tak rasa apa-apa. Tapi saya ni perempuan normal, Doktor Syed. Saya suka pada lelaki. Mestilah saya segan kalau nampak lelaki berdiri depan saya tak pakai baju. Okeylah, saya keluar dulu. Kalau lapar, jomlah turun sarapan sama”

Tapi semuanya berubah sedikit demi sedikit bila Tasneem berada di bawah jagaan dia. Ramai jugalah kakitangan ditempat di bekerja pelik, macam mana Tasneem boleh lepas dari tapisan Doktor Syed. Sebab setahu diorang, selamat Doktor Syed ditugaskan disitu dia tak pernah berkerjasama dengan perempuan.

Pada awalnya, Syed Nadzhan menafikan segala perasaan yang hadir tiba-tiba memenuhi ruang hatinya. Tak henti-henti dia cuba menyakitkan hati Afnan Tasneem sebab nak buktikan dia langsung tak ada apa-apa perasaan terhadap budak mentah tu. Tapi malangnya, dia silap. Apa yang dia rasakan tu, adalah cinta.

Lebih memeritkan, bila Tasneem mula rapat dengan salah seorang bekas pelajar praktikal Doktor Syed iaitu Adam Naufal. Memanglah sakit mata, tapi apa boleh buat, Ego Syed tinggi melangit. Dia tetap beranggapkan apa yang dia rasa adalah GILA. Dan perempuan tetap menyusahkan. Jadi dia ambil keputusan untuk jauhkan diri daripada Tasneem.

Makin jauh berlari, makin dekat Tasneem dengan dirinya. Hinggakan bilik tidur dia dan Tasneem hanya sebelah menyebelah. Apa boleh buat,  Syed Nadzhan dan Tasneem adalah adik beradik tiri. Semuanya tanpa pengetahuan mereka. Sampai pengsan jugalah Si Tasneem Mama dan Papa tirinya memperkenalkan abang tirinya.

“Hmmm… Straight tu the point ajelah, Tasneem. Ada apa datang bilik aku tiba-tiba ni? Rindu, sebab dah lama tak dengar suaraaku, kan? Itulah dekat opis buat-buat tak kenal. Dekat rumah asyik mengelak, mengurung diri. Langsung tak sudi jenguk jiran sebelak bilik. Sekarang, siapa yang susah? Baru dua hari dah rindumacam tak jumpa dua bulan, kan? Padam Muka!”

Dan dari sinilah bermula kehidupan mereka sebagai adik beradik tiri. Dan dari sini jugalah sepupu Syed Nadzhan mula simpan perasaan terhadap Tasneem sekaligus menhantar rombongan merisik untuk jadikan Tasneem sebagai suri hati Emir. Manakala, Syed Nadzhan pula dipaksa menerima Alesya, sepupunya sendiri. Syed yang sementangnya anti dengan Alesya ni tolak dan bantah sekeras-kerasnya. Yelaa, cinta mana boleh dipaksakan.

Part paling lawak, Bila Salwa, sahabat Tasneem bercakap  bahasa rahsia iaitu ‘Bahasa F’ dengan Tasneem. Waktu tu, diorang keluar dinner bertiga. Salwa, Tasneem dan Doktor Syed. Disebakan ketidak selesaan, jadi Salwapun konfiden je bercakap ‘Bahasa F’ tu. Yelah, nak cakap terang-terang tak boleh, sebab Doktor Syed ada depan diorang.  Dan spontan itu, Syed Nadzhan balas apa yang Salwa tu cakap dalam bahasa rahsia tu. Apalagi, meloponglah mulut salwa. Dia sendiri terkejut bila tahu Doktor Syed boleh faham dan tutur dalam ‘Bahasa F’ tu. Hahaha.

“Okay, fine. Kalau Doktor Syed tak berminat pada saya, tapi saya memang minat pada lelaki handsome. Lebih-lebih lagi kalau berpakaian macam ni. Seluar panjang loose, pakai singlet aje. Badan ketak-ketak. Senang cerita, lelaki macam Doktor Syed la. Saya suka tau! Itu pun kalau tak ambil kira perangai Doktor Syed la, Kan? Haa…apa kata kalau saya cadangkan Doktor Syed pun kunci pintu bilik Doktor Syed, tolak almari baju, tutup pintu bilik Doktor Syed. Mana tahu, kot-kot saya pula yang datang serbu bilik sebelah nanti sebab tergoda dengan bisikan pihak ketiga tu”

Satu tradegi yang melanda keluarga mereka, Syed Nadzhan membuat keputusan untuk menikahi Afnan Tasneem sesegera mungkin. Haa..sampai sini jelah aku cerita eh, sebab aku macam rasa dah panjang  sangat dah entry ni. Serius, cerita ni best. Lawak sengal Tasneem memang sengal. Kadang-kadang sampai rasa nak sekeh-sekeh je.

Bila Tasneem di sahkan menjadi isteri kepada Doktor Syed Nadzhan, ada sedikit pergolakan yang berlaku. Biasalah gadis muda remaja macam aku ni kan, kita dah tentu-tentulah suka berfikiran bukan-bukan. Macam tu jugaklah dengan Tasneem, bila dia terdengar perbualan suaminya dengan seseorang meminta pertolongan dari Syed Nadzhan untuk menikahi seseorang.

Bila dah dengar macam tu, Tasneem apa lagi tarik muka 14 la. Tanpa memberitahu suaminya, dia terus balik ke kampus untuk meneruskan pengajiannya. Nampak tak..? Komunikasi tu tak ada. Lepas tu biarkan masalah terbeban atas kepala. Meh sini nak kabo, lari dari masalah bukan jalan penyelesaian yang terbaik tahu..! Sebaiknya bersemuka dan bincang bersama. Ini dah la tak tahu hujung pangkal  lepas tu main tuduh-tuduh suami sendiri. Berdosa tahu..!

Seriuslah, dalam apa-apa perhubungan sesama manusia ni KOMUNIKASI tersangatlah penting. Tanpa KOMUNIKASI yang sempurna, aku rasa kacau bilau hubungan. Mana taknya, duk asyik ‘Hang tuduh aku, aku tuduh hang’. Kalau gini sampai bila pun tak ada penyelesaikan.

Jadinya, dalam novel ni, aku Cuma geram dengan sikap Afnan Tasneem je la. Dengan Syed Nadzhan pun geram jugak, sebab dia tak pandai pujuk hati perempuan. Ikut sangat keegoan dia tu je. Tapi dalam ego-ego tu, ada juga sweetnya..Kehkehkeh.

Ermm..okaylah, dah panjang bebeno dah ni. Pada yang baca sampai habis, kalau kalian berminat mohon cepat-cepat dapatkan dikedai buku berhampiran yea. Setakat ni, tak ada penerbit ataupun mana-mana pengarah yang mahu adaptasikan novel ni jadi drama ataupun filem. Akan datang siapa tahukan…? Sama-samalah kita tunggu yea..




Kata Hati : 
Aku ada dua buah novel yang sedang menanti untuk di baca..
Tapii..
Tapiiiii...
Tapiiiiiii....
Mood membaca aku kelauttt.... T_T
.

23 ulasan:

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

siyes yui tak layan misiku kuza..xminat..tp lau novel leh lyn tu..hihih

Kekzamanis berkata...

Detail review nih.. Dari sinopsis macam best jer novel ni.. Dah lama sebenarnya tak baca novel.. Huhu~~

dear anies berkata...

mcm best..sbb lain drpd yg lain..

Unknown berkata...

entry panjang...sat lhg akak dtg baca semula...mia ni asyik kaco jer

Nyue berkata...

cam best nyerrr...nty nyue try cari novel nie..ehehehhe..tp skang mood nk bc novel mmg kelaut la...

sedeyy xdpt nk follow drama misiku kuza..xde on9 dhh episodnyee..

Unknown berkata...

perghh.. tajuk pun sempoi...!! suka bebenor ye nur baca novel skng ni.. cpt pulak tu habis baca,.. sbb asyik2 review novel je skng..hurm.. psl sinopsis belakang buku dah mls komen..hahahhaa..cuma mcm biasa la.. TAHNIAH.. kohkoh..err.. pelakon arjaa lee tu deqla x knl..huhu...ehh panjangnya ulasan nur.. tak lengoh jari jemari ke menaip..??

Deq's Qienz berkata...

dq kalo duk tgu baca novel..pakai xjadi gheja.la..hihii

intanfirdaus247 berkata...

Salam CIknur..kak intan nak komen..tapi komen x da kena mengena dengan entry leh x?huhuhu..
Nur sihat? hari n makan apa? terima kasih tau rajin singgah blog akak….ni akak baru mai singgah blog nur..:))

HeNRieTTa JoSe berkata...

sempoinye tajuk dia...macam menarik jerr...

lelamaisara berkata...

cerita ni akak tak tgok la nur...lagikan nak bace novel pon tak....hahhaa..pemalas kan akak...rajin nye p jejalan habiskan boreh je...heheheh

Unknown berkata...

panjangnya..
dah boleh jadi prof madya ni.

Solehah Shamsuddin berkata...

rajinnya nur update sal novel.solehah xbpe layan novel sgt.

Tie HT berkata...

as usual, preview ni sangat menarik..akak baru terlayan misiku kuza malam semalam..
ooo dr tu arja lee eh,
tapi akak macam takleh masuk dgn drama tu..novel ni lagi best kot kan

Nastyna berkata...

huishhh layannnn i baca sinopsis ni pun dah best. tapi apakan daya ku, mana nak cari kan. Nak cuba tengok la citer misikukukuza tu, nak baca nobel tak dapat.

Aine Ainun berkata...

Tajuknya mmg MEH sandar pada aku ek, hehe menarik..=)
tapi sayangnya saya dah x laayn novel skrg...
drama pun x berapa nak layan, ada gak tgk misiku kuza ssekali imbas..=)

mummyrinazone beauty berkata...

lawanya erin malek pakai tudung=)

nanieydotcom berkata...

Terbaik la tajuk tu. simple.

Cikrosecute berkata...

tengok jugak misiku kuza....tapi tak sepenuhnya...cam menarik novel nie...

Cik Ai berkata...

nasib baik la x letak hero pujaan dia tu sbgai pelakon..kalo tak..haish muntah lagi lah Ai.kahkahkah

Si Matatajam berkata...

Rajinnya Nur wat review yek..gigih sungguh tu... Akak angkat tangan tinggi2 sb mmg akak layan pun Misiku Kuza..

ecadwinkyasha berkata...

ne yg xbest ne..mngoda betul a entry ne..da lama tau xbeli novel.baca pun novel org bgi pinjam.uwaaaaaaaaaaaaaaa~

Liyana Anuar berkata...

saya dah baca novel ni dah..hehe..boleh tahanlah~~~ :)

9n0L4 berkata...

tak lyn drama misiku kuza tu. hehe. suke erin malek tu tapi tak sume arja lee.