Isnin, 17 Jun 2013

Home » , , , , , , , , , » Kisah Aku Dan Dot.Dot.Dot

Kisah Aku Dan Dot.Dot.Dot



Malam-malam minggu, Siang-siang minggu, Lappy..! Lappy..!

Assalamualaikum.

Arghhh…! <- mukadimah dengan mengeliat. Senonoh tak? Hahaha.

PERHATIAN:
ENTRY INI TIADA KAITAN ANTARA HIDUP DAN MATI. CUMA TERKAITNYA KISAH ANTARA AKU DAN DIA.

Pertama, tolong abaikan tajuk yang macam hape tu...! Mati idea aku tak tahu nak letak tajuk apa. Hahaha. 

Okay, mungkin ramai yang tak tahu, sejak dua minggu lepas, aku sedikit sibuk. Sibuk kali ni dah tak ada kena mengena dengan HANTARAN dah. Tapi sibuk ni berkenaan dengan "MISI PENYELIDIKAN" kononnya laaa... Walaupun aku sedikit sibuk, tapi aku sempat jugaklah blogwalking macam biasa. Macam mana boleh sempat blogwalking? Sebab bahan-bahan sumber utama untuk aku mendapatkan segala isi maklumat tu kena menggunakan khidmat pakcik google. Hehehe.

Dan sekarang ni, Alhamdulillah, nak kata free, tak jugak. Sebab aku masih lagi meneruskan penyelidikkan tu. Tapi apa yang pasti kerja aku HAMPIR selesai. Aku memang pulun betul-betul dengan apa yang aku buat. Lepas je habis drama Teduhan Kasih (Tak sangka aku terjebak dengan drama ni..), aku akan berkurung dalam bilik. Usai magrib sementara nak masuk isyak orang lain baca Alquran, tapi aku hadap lappy. Mak abah bising jugaklah, tapi aku ni degil. Aku hadap jugak sampai kadang-kadang aku sendiri tertidur depan lappy. Tak cukup lappy, sekali dengan phone aku on jugak tahu!. Kiranya dua minggu lalu, aku memang habiskan banyak masa aku dalam bilik je. (Ehh…sebelum ni pun memang macam tu kan..!)

Bila terjaga dari tidur je terus hadap lappy balik. Al-maklumlah lappy hujung kaki je. Sebab apa hujung kaki? Sebab aku letak lappy hujung katil macam dalam gambar di atas. Kehkehkeh. Setakat ni, tak pernah jatuh lagi la lappy aku tu. Nampak tak punyalah bersemangatnya aku nak siapkan kerja aku tu. Rasa-rasa aku jemu atau hampir-hampir putus asa, aku berhenti kejap. Aku blogwalking. Rasa macam idea datang, aku sambung balik. Macam inilah rutin aku sejak dua minggu yang lalu.

Status usaha aku sekarang ni, boleh nak dikatakan tahap yang membanggakan. Sebab ianya hampir siap dengan cukup sempurna. Bila dah berada ditahap “MEMBANGGAKAN” aku tetiba terfikir sesuatu. Sesuatu yang aku tak boleh betulkan balik. Yelah, kalau time study dulu aku bersungguh macam sekarang ni, tak mustahilkan aku mungkin boleh jadi pelajar terbaik. MUNGKIN. Malangnya kita tak boleh undurkan masa dah.  Nak meyesal pun dah tak guna. Sebab itu wujudnya pepatah “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna” Betulkan ayat ni..?

Jadi, berbalik pada kajian aku tu. Bila dah hampir selesai macam ni, sedikit sebanyak aku memang puas hati, walaupun sebelum selesai tu banyak jugaklah rintangan dan halangan yang ada. Biasalah sebelum berjaya tentulah ada liku-likukan. Dan aku akui, bila mana manisnya sudah aku kecapi kini, tapi rasa kelat pahit itu masih ada. Ya…masih ada, sebab apa yang HASIL YANG AKU MILIKI TAK SAMA DENGAN APA YANG AKU HARAPKAN.

Apa yang aku harapkan..? Duit..? Emas permata..?

Tidakk…Cuma satu, iaitu KEPUASAN. Ya…! KEPUASAN untuk diri aku sendiri.

Kesimpulannya untuk entry aku ni,  aku Cuma mahu ingatkan pada  mereka diluar sana yang masih study, mohon study sungguh-sungguh. Berikan yang terbaik, mungkin kita tak nampak hasilnya sekarang, tapi satu hari nanti, Saya yakin, segala usaha kalian pasti berbaloi. Istimewanya buat awak Bintang..Percayalah..!




Kata Hati : Nantikan kemunculan Novel sulung aku dipasaran. Hehehe. Okay, aku TIPU..! =_=
.

27 ulasan:

Chic Na berkata...

ganbatte! walau apepun yg nur lakukan cikna bangga ok dengan usaha nur & hasil yg membanggakan tu.. ;)

tq atas nasihat & semangat.. Insha Allah cikna belajar bersungguh2 nanti. << perasan.. mcm la kata2 tu utk cikna. hakhak..

Tedi berkata...

err... Tedi keliru :)

Rapunzeel Cikilolo berkata...

ok...

yang aku faham....

memang lappy adalah kawan baik seorang student kan?

haha!

Aine Ainun berkata...

Nur,
belum habis baca lagi, baru sekerat baca je, saya dah terfikir,
"Nur mesti nak buat novel,
nur mesti nak buat novel..!!!

Excited ni..

tapi, ada pulak ayat last tu, kata "Tipu"....

Ya kan?
Ya kan Nur nak buat novel???

sy dulu penah berangan nk jd novelist, tp x dpaat, sebab tu teruja ni dgar ura-ura nur nak buat novel..=)))))

::CIK LYNN:: berkata...

lama lynn xsinggah sini...huhuhu...memang tak sempat...

lynn pn slalui jugak tdo dgn lappy...hehe...nasib baik x gedebukk... :P

Deqla Manjew berkata...

amboiihh penyelidikan apa la tu sampai kena perintah berkurung dalam bilik.. kohkoh.. ni mandi ke tak ni dok ngadap lappy jek? hahahaha..

psstt.. nur mengarang cerita yer..?? ok, kalo nur yg buat novel, deqla kompom2 pi beli.. lg bgs kalo ada drama ke filem ke nak adaptasi novel nur tu.. x yah ssh pyh nak baca dah.. kohkohkohkoh..

Nur Zulaikha berkata...

singgah sini.terjebak ye..hahaha..ade pernah buat novel ke???

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

mcm lain isinya dgn tajuk entyr..kih2..

ke yui yg slh?

Arina Shamsul berkata...

wah dik,penulisan yang semakin baik sekarang ni,akk rasa macam baca novel lak.kekeke.

tak sangka juga rupanya kita sama telah terjebak dengan TEDUHAN KASIH" hahaha.skrg ni akk dah prepare semua kerja dapur dan berkenaan alesya awal dah,semata2 kerana teduhan kasih.hahaha.

btw..good luck dear :)

are_lin@yu berkata...

oooo nur tgh karang novel ke ni..hihi...chaiyokk nur...moga mnjadi penuls terkenal nanti!!!amin..

Deq's Qienz berkata...

cik nur nih macam² la..xbaik tipu org tau..ntah² sibuk gan lappy ni kes nk sibuk mnulis hapa..kot² la jd penulis tekenal nt..btw dq bca cite nur nih bkn tahu pon mksud d sbalik cerita² nur..hahaa tp kelakar juga bacanya..sabo jelahh

Rosmiza Ali berkata...

Workaholic jugak Cik Nur kita ni rupanya! Syabas darling! Keep it up! ^^,

boni kacak berkata...

betul tu.. setuju sangat-sangat.. belajar sungguh-sungguh.. bagus nasihat ni.

Poi Blogger berkata...

ingt btul2 nak kluar novel,,, -_-"

QasehnyaRania berkata...

dah agak dah mesti ciknur tengah siapkan novel kan.

betul tak?

in shaa ALLAH ciknur.

masa mmg tak boleh undur.huhu

teha berkata...

betol2.. hee :) ape2 pon , kena try jugak ... even xdpt pon nnti at least kita dh try yg trbaik kan... hee :)

Yumida Huda berkata...

ske nasihat nur yg last tu
betul tu..bila diberi peluang utk study..bersungguh2 lah laksanakan..coz kita antara yg bertuah memiliki peluang tu

izan mama mia berkata...

hiihih..punyalah bersemangat nak baca,,ingatkan sungguhnak terbit novel...tapi tak mustahil kan..nur mmg ada bakat

BUNDA a.k.a KN berkata...

assalam cik nur,

oo lappy rupenyer ..ingatkan cek BINTANG..

aReLaN berkata...

semua orang inginkan kepuasan dalam setiap apa yang dilakukan.hehehe..study leklok la ye.

Nastyna berkata...

Kan....CIk Nur kan... kadang2 bila terfikir kalau la dulu I komited to my life macam skang ni, dah jadi angkasawan ha skang. (poyo tak habis I ni).

Novel nnt kami order CIk Nur sign and post boleh? ;)

Tihara berkata...

betul, study lah sungguh2..namun akak terfikir sejak kebelakangan ni ttg kata2, kejarlah ilmu akhirat nescaya kamu dapat kedua2 nya dunia dan akhirat..mostly yg kejar ilmu akhirat dgn sungguh2 dan ikhlas mmg berjaya..misalnya dr zaharudin, dr MAZA,dr zainurdin, nik aziz, dr zakir naik, dr Imran Hosein, prof Muhaya,
(sebahagian nama2 yg akak kagumi), kalau nak kata kesal mmg tak boleh..tapi akak ralat sebab akak tak study bhs arab dan tak minat nk belajar tahfiz dulu..dulu akak kejar ilmu dunia dgn niat yang bercampur baur..bila dapat peluang ke tanah suci, baru rasa terbuka luas mata banyaknya kekurangan ilmu akhirat dalam diri..

weyhh panjang nya komen akak..btw selamat maju jaya untuk nur :)

Mrs Velentine berkata...

Nur MV mcm nur...mmg minat menulis ni tapi MV lebih banyak buat cerpen..hehe

Ummi Iman berkata...

Apa yg dihadapkan tu... apa pun jgn sampai kena kunci dari luar ;)

Si Matatajam berkata...

Berkepit ngan lappy tu mesti dok mengarang novel kan Nur..

Yana Libra berkata...

macam meyakinkan aje cik nur nak tulis novel..huhu..tp guna nama lain lah kot? hehe :p

buat penyelidikan apa sebenarnya tu cik nur??

nanieybarnieylurviey berkata...

Kalau betul ada nvel nur nani akan beli. Selama ni pinjam n baca yg adik je. To if nur punye nani akan beli. Dgn syarat ada sign nur. Heeee