Isnin, 18 Februari 2013

Home » , , » Sedarkan Yaya...

Sedarkan Yaya...





Pada sesiapa yang nama Yaya, Mohon jangan terasa ye…

Pernah tengok katun Boboboi..? betul ke ejaan tu..?aku main taip sesedap rasa je ni. Asalkan ade bunyi..hahaha..!

Dalam katun tu, ada sorang budak perempuan bertudung litup. Nama dia Yaya. Tahu kan..? Tipulah kata tak tahu..! Yaya ni comel-comel budaknya *rujuk pic kat atas ye! Pandai buat biskut. Cuma kelemahan Yaya ialah rasa ketidaksedapan  biskut yang dia buat.

Ketidaksedapan biskut tu, tak dapatlah aku nak terangkan macam mana, sebab aku pun tak pernah rasa. Cuma  yang aku nampak, sesiapa yang makan biskut Yaya ni, pasti pengsan. Termasuklah kucing jalanan.

Yang aku pelik, kenapa eh tak ada sorang pun di antara mereka yang nak berterus terang dengan Yaya tentang rasa sebenar biskut Yaya tu..? Memanglah Yaya tu akan marah bila kawan-kawan kutuk rasa biskut yang dia buat. Tapi sampai bila boboboi dan kawan-kawan nak berdiam diri..?

Mula-mula je kot Yaya tu tak dapat terima kenyataan. Kalau merajuk pun mungkin 1 atau 2 episod jee… lepas tu rasanya okeylah. Sekurang-kurangnya Yaya boleh baiki kelemahan yang ada pada rasa biskut dia tu. Ini diam jee…manalah Yaya tu nak tahu.

Dan yaya pun, janganlah nak sentap sangattt…! Perbaiki diri dengan kritikan. Kalau asyik nak melenting atau marah bila kena kritik, alamatnya tak akan majulah, sebab berpijak di tempat yang sama sampai berlekuk.

Jadi, lepas ni cuba berterus terang tau. Cukuplah nak sembunyikan apa-apa. Bila berterus terang sekurang-kurangnya, kita jujur…kalau tidak…sampai sekarang aku kecik hati tau...eh..! :p


*Lambat publish sebab leka tengok bunga api..Hehehe.. :p



Kata Hati : Errr...kalian faham tak motif entry ni..?
.

42 ulasan:

aku HaniAsyira berkata...

apa kata cik nur cakap kan kat yaya tuh... =P

ikut logik kena bagitahu kan. Nanti bebudak ikut perangai cam gitu

Nastyna berkata...

eh...Cik Nur? hehehee. saya macam faham motif nya, perlu berterus terang kalau kita kita kawan yang baik, untuk kesejahteraan ummah. betul ker?

Deqla manjew berkata...

paham cikgu.. hihi...kiranya kisah yaya ni boleh dijadikan iktibar buat smua..dlm apa jua perkara, ada kala nya perlu berterus terang utk kite sedarkan org tu dr trs melakukan kesilapan yg sama..ehh betol ke? haha.. itu pendpt deqla..

Eca Dwinky Asha berkata...

sedarkan eca kalau eca jdi mcm yaya yer cik nur :P


da masuk blog kita belum? :P

are_lin@yu berkata...

hehe..nasihat ni nur..utk yaya utk kita gk..hihi

Mieya Atiera berkata...

hahahaii. Cik Nur, tak sangka layan jugak cerita ni. haha

Nyue berkata...

nyue still blur nur...huhuhuhu

BERT berkata...

aisey tak penah layan boiboiboi apetah lagi si yaya ni.. blurr jap hehehehehhehehe

jaakechik berkata...

moral of the story, sila jgn hipokrit kan?

fieda berkata...

faham2..ada maksud tersurat dan tersirat ni..

Masz Sidek berkata...

salam nur... berterus terang adalah lebih baik... walaupun pahit di telan... dari situ kita boleh berusaha memperbaiki diri...

Bui Junaidi berkata...

ADA ORG TEGUR CIK NUR DGN KASAR KER?

hazwan hairy berkata...

mcm mendalam ja ni?haha...

Zaza =) berkata...

ada pgajaran disebalik cerita yaya n boboi ni =)

noornazuha berkata...

akak jarang sangat sangat tengok katun.....adousssss!

Ummi Iman berkata...

Ada setengah org takut nak tegur sebab tak mau pjg cerita. Mcm akak lebih suka org tegur ;) dr pd simpan dlm hati

Sue PeLik berkata...

hahahha. kelaka laaa entry neh cik nur. kelaka sebab cik nur buat entry pasal yaya. hihihihi. cik nur. cik nur..hihi sihat tak?? lama tak jenguk cini huhuhu

ayut berkata...

paham...klu ditegur tu jgn cpt nk melenting...haaha..ye ke??
*sorry ye nur..lame tak singgah :)

Chic Na berkata...

betul tu. biskut yaya rasa macam kertas pasir kata gopal. hahah..

mendalam maksud entri ni. buat2 faham. harap2 betul. :)

Yumida Huda berkata...

ske jugak org jenis berterus terang n..cuma kena pandai guna ayat..takut tersentap..kang merajuk sampai setawon..hehe

Etuza Ezawarna berkata...

ada tu, anak2 etuza memang suka, konon lah dia penyelamat kan..hehehe

Cinta Misteri berkata...

btul tu Nur. tak salah kalau kita luahkan isi hati atau ketidakpuasan hati. kalau tak bgtau, bila lagi kan....sbb smpi bila2 org itu akn terus2 buat salah.

mcm baru2 ni, sorg kwn CiM dikecam hebat dr belakang sbb perangai dia yg suka buruk2an org. termasuklah CiM terkena tempiasnya, memburukan CiM dibelakNG CiM sdg CiM sndiri tak buat apa2 kesilapan pd dia. bila CiM dengar cerita kwn2, apa yg CiM fikir....dia ada masalah mental dan mungkin juga sifat cemburu serta iri hatin yg membuatkan dia memburuk2kan CiM pd org lain. yg mendengar tue terus smpikn pd CiM. selepas diselidiki mmg perangai dia suka buruk2kn org.

CiM nk jer tanya dia kenapa dia buat CiM mcm tue. tp....atas desakan kwn2, mereka tak mahu pula dituduh menyampai2kan cerita. tp.....dah itu hal yg perlu ditegur. CiM nak sngt bersemuka dgn dia dan tanya kenapa dia buat cerita yg bukan2 dibelakng CiM dan kawan2 yg lain.

CiM tak nak jd mcm kwn2 yaya.

Karukord jagau berkata...

Aku faham....mesti cik nur nk bgtau yg cik nur sebenonya x reti buat biskut kan :)

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

komen utk kebaikan apa slhnya kan..hihi

wan nurul hezrina abd halim berkata...

ada moral rupanya dr kisah yaya..nurul setuju sangat kena berterus terang walaupun ianya pahit untuk diterima..kesian yaya sampai bila2 dia takkan dapat buat biskut dengan rasa yang sedap.

N.Aima K berkata...

ha ha masalahnya sayang...Yaya budak lagi.. mmg susah nak terima kritikan..itulah beza budakbudak dan orang dewasa.. so skrg kita taulah kalau asyik sentap dan susah terima kritikan tu perangai mcm budakbudak kih3x

Mrs Velentine berkata...

yaya tak nak terima pandangan org lain..kalau tegur nak mengamuk jer..so penerbit boboiboi silalah baca entry ni..haha

BaNu Syah berkata...

hehehe x layan boboboi ni..xde masa nk tgk

Cik Aini berkata...

faham kok!
sgt faham dong!
kesimpulan haruslah kita ceritain atau dlm erti kata lain jujur sejujurnya wpun hakikatnya apa yg bakal kita ceritain itu sgt mnyakitkan hatinya...

erkk..kamu faham nggak?
hahahahaha

izan mama mia berkata...

yaa elok terus terang,,kalau tak sampai bila pun dok lagu tuu jaa

nanieybarnieylurviey berkata...

Motif die kt bwh skali tu kan???

Kena tnye adik hanis zalikha la kenapa biskit die buat xsdp. Hehe

9n0L4 berkata...

haha. ni analisis cite ke cik nur. pape pun, berkate benar lah sekalipun pahit kan. :)

Yana Libra berkata...

ada maksud tersirat tu kat last2 tu..huhu..mohon terasa ye? :p

Arina Shamsul berkata...

dulu akak sangat suka tengok yaya comel ni.siap buat penghias blog lagi.hahaha.

emm...ada maksud tersirat ke dik..hehehe..

IntaNBerliaN berkata...

betoi2.. kalau akak pun, akka rela org gtau dr berpura2..

Shida Radzuan berkata...

hahahaa..lawak btul nur nih ^_^ mgkin jln cerita dia mmg cmtu hehee..

Che Rosliza Che Mat berkata...

Elok berterus terang...taklah jiwa kacau...

Aine Ainun berkata...

hahaaa...
x penah sekalipun tgk boboi tu..hehe

ye, saya faham motif Nur tu,
org yg eGO je tak boleh ditegur,
bak kata Prof Muhaya..=)))

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

boboboi!geng dgn qalief layan citer ni hehehe...tersirat entry ni :-)

caliph shuriken berkata...

mula tu ingat citer ni related dgn blogger yaya, hikk...

Encik H berkata...

ex-gf saya nama yaya..refer entry 21/11/2012 tu..hehehe

Si Matatajam berkata...

Ada apa2 ka dengan 'yaya' tu Nur...hi hi.. Khalish mmg suka watak Yaya ngan Boboboi tu..