Pada sesiapa yang nama Yaya, Mohon jangan terasa ye…
Pernah tengok katun Boboboi..? betul ke ejaan tu..?aku main
taip sesedap rasa je ni. Asalkan ade bunyi..hahaha..!
Dalam katun tu, ada sorang budak perempuan bertudung litup.
Nama dia Yaya. Tahu kan..? Tipulah kata tak tahu..! Yaya ni comel-comel
budaknya *rujuk pic kat atas ye! Pandai buat biskut. Cuma kelemahan Yaya ialah rasa ketidaksedapan biskut yang dia buat.
Ketidaksedapan biskut tu, tak dapatlah aku nak terangkan
macam mana, sebab aku pun tak pernah rasa. Cuma
yang aku nampak, sesiapa yang makan biskut Yaya ni, pasti pengsan.
Termasuklah kucing jalanan.
Yang aku pelik, kenapa eh tak ada sorang pun di antara
mereka yang nak berterus terang dengan Yaya tentang rasa sebenar biskut Yaya
tu..? Memanglah Yaya tu akan marah bila kawan-kawan kutuk rasa biskut yang dia
buat. Tapi sampai bila boboboi dan kawan-kawan nak berdiam diri..?
Mula-mula je kot Yaya tu tak dapat terima kenyataan. Kalau
merajuk pun mungkin 1 atau 2 episod jee… lepas tu rasanya okeylah. Sekurang-kurangnya
Yaya boleh baiki kelemahan yang ada pada rasa biskut dia tu. Ini diam
jee…manalah Yaya tu nak tahu.
Dan yaya pun, janganlah nak sentap sangattt…! Perbaiki diri
dengan kritikan. Kalau asyik nak melenting atau marah bila kena kritik, alamatnya
tak akan majulah, sebab berpijak di tempat yang sama sampai berlekuk.
Jadi, lepas ni cuba berterus terang tau. Cukuplah nak
sembunyikan apa-apa. Bila berterus terang sekurang-kurangnya, kita jujur…kalau
tidak…sampai sekarang aku kecik hati tau...eh..! :p
*Lambat publish sebab leka tengok bunga api..Hehehe.. :p
Kata Hati : Errr...kalian
faham tak motif entry ni..?
.
42 ulasan:
apa kata cik nur cakap kan kat yaya tuh... =P
ikut logik kena bagitahu kan. Nanti bebudak ikut perangai cam gitu
eh...Cik Nur? hehehee. saya macam faham motif nya, perlu berterus terang kalau kita kita kawan yang baik, untuk kesejahteraan ummah. betul ker?
paham cikgu.. hihi...kiranya kisah yaya ni boleh dijadikan iktibar buat smua..dlm apa jua perkara, ada kala nya perlu berterus terang utk kite sedarkan org tu dr trs melakukan kesilapan yg sama..ehh betol ke? haha.. itu pendpt deqla..
sedarkan eca kalau eca jdi mcm yaya yer cik nur :P
da masuk blog kita belum? :P
hehe..nasihat ni nur..utk yaya utk kita gk..hihi
hahahaii. Cik Nur, tak sangka layan jugak cerita ni. haha
nyue still blur nur...huhuhuhu
aisey tak penah layan boiboiboi apetah lagi si yaya ni.. blurr jap hehehehehhehehe
moral of the story, sila jgn hipokrit kan?
faham2..ada maksud tersurat dan tersirat ni..
salam nur... berterus terang adalah lebih baik... walaupun pahit di telan... dari situ kita boleh berusaha memperbaiki diri...
ADA ORG TEGUR CIK NUR DGN KASAR KER?
mcm mendalam ja ni?haha...
ada pgajaran disebalik cerita yaya n boboi ni =)
akak jarang sangat sangat tengok katun.....adousssss!
Ada setengah org takut nak tegur sebab tak mau pjg cerita. Mcm akak lebih suka org tegur ;) dr pd simpan dlm hati
hahahha. kelaka laaa entry neh cik nur. kelaka sebab cik nur buat entry pasal yaya. hihihihi. cik nur. cik nur..hihi sihat tak?? lama tak jenguk cini huhuhu
paham...klu ditegur tu jgn cpt nk melenting...haaha..ye ke??
*sorry ye nur..lame tak singgah :)
betul tu. biskut yaya rasa macam kertas pasir kata gopal. hahah..
mendalam maksud entri ni. buat2 faham. harap2 betul. :)
ske jugak org jenis berterus terang n..cuma kena pandai guna ayat..takut tersentap..kang merajuk sampai setawon..hehe
ada tu, anak2 etuza memang suka, konon lah dia penyelamat kan..hehehe
btul tu Nur. tak salah kalau kita luahkan isi hati atau ketidakpuasan hati. kalau tak bgtau, bila lagi kan....sbb smpi bila2 org itu akn terus2 buat salah.
mcm baru2 ni, sorg kwn CiM dikecam hebat dr belakang sbb perangai dia yg suka buruk2an org. termasuklah CiM terkena tempiasnya, memburukan CiM dibelakNG CiM sdg CiM sndiri tak buat apa2 kesilapan pd dia. bila CiM dengar cerita kwn2, apa yg CiM fikir....dia ada masalah mental dan mungkin juga sifat cemburu serta iri hatin yg membuatkan dia memburuk2kan CiM pd org lain. yg mendengar tue terus smpikn pd CiM. selepas diselidiki mmg perangai dia suka buruk2kn org.
CiM nk jer tanya dia kenapa dia buat CiM mcm tue. tp....atas desakan kwn2, mereka tak mahu pula dituduh menyampai2kan cerita. tp.....dah itu hal yg perlu ditegur. CiM nak sngt bersemuka dgn dia dan tanya kenapa dia buat cerita yg bukan2 dibelakng CiM dan kawan2 yg lain.
CiM tak nak jd mcm kwn2 yaya.
Aku faham....mesti cik nur nk bgtau yg cik nur sebenonya x reti buat biskut kan :)
komen utk kebaikan apa slhnya kan..hihi
ada moral rupanya dr kisah yaya..nurul setuju sangat kena berterus terang walaupun ianya pahit untuk diterima..kesian yaya sampai bila2 dia takkan dapat buat biskut dengan rasa yang sedap.
ha ha masalahnya sayang...Yaya budak lagi.. mmg susah nak terima kritikan..itulah beza budakbudak dan orang dewasa.. so skrg kita taulah kalau asyik sentap dan susah terima kritikan tu perangai mcm budakbudak kih3x
yaya tak nak terima pandangan org lain..kalau tegur nak mengamuk jer..so penerbit boboiboi silalah baca entry ni..haha
hehehe x layan boboboi ni..xde masa nk tgk
faham kok!
sgt faham dong!
kesimpulan haruslah kita ceritain atau dlm erti kata lain jujur sejujurnya wpun hakikatnya apa yg bakal kita ceritain itu sgt mnyakitkan hatinya...
erkk..kamu faham nggak?
hahahahaha
yaa elok terus terang,,kalau tak sampai bila pun dok lagu tuu jaa
Motif die kt bwh skali tu kan???
Kena tnye adik hanis zalikha la kenapa biskit die buat xsdp. Hehe
haha. ni analisis cite ke cik nur. pape pun, berkate benar lah sekalipun pahit kan. :)
ada maksud tersirat tu kat last2 tu..huhu..mohon terasa ye? :p
dulu akak sangat suka tengok yaya comel ni.siap buat penghias blog lagi.hahaha.
emm...ada maksud tersirat ke dik..hehehe..
betoi2.. kalau akak pun, akka rela org gtau dr berpura2..
hahahaa..lawak btul nur nih ^_^ mgkin jln cerita dia mmg cmtu hehee..
Elok berterus terang...taklah jiwa kacau...
hahaaa...
x penah sekalipun tgk boboi tu..hehe
ye, saya faham motif Nur tu,
org yg eGO je tak boleh ditegur,
bak kata Prof Muhaya..=)))
boboboi!geng dgn qalief layan citer ni hehehe...tersirat entry ni :-)
mula tu ingat citer ni related dgn blogger yaya, hikk...
ex-gf saya nama yaya..refer entry 21/11/2012 tu..hehehe
Ada apa2 ka dengan 'yaya' tu Nur...hi hi.. Khalish mmg suka watak Yaya ngan Boboboi tu..
Catat Ulasan