Selasa, 18 Jun 2013

Home » , , , , , , , , , , , » Review Novel | 7 Hari Mencintaiku

Review Novel | 7 Hari Mencintaiku



1048 Halaman




SINOPSIS BELAKANG BUKU:

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini meyebabkan Khuzairi tidak pernah walaupun sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdampingan dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh disudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus bersabar…”

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


ULASAN AKU :

Jujur, perasaan aku mula-mula menapak dikedai buku sebaik saja terpandang novel ini adalah TAKUT..! takut dengan ketebalan novel ni. 1048 halaman bercetak penuh mampu membuatkan jantung aku berdegup kencang ß perghh ayat novel ni..! Mana tidaknya, sebelum aku memiliki buku dari penulis yang aku admire sangat-sangat ni, novel paling tebal yang pernah aku baca tak sampai 900 halaman pun. Itupun kira dah tebal tahu.

Dan secara jujurnya jugalah, walaupun berkali-kali aku masuk kedai buku, aku Cuma sekadar pegang dan pandang je novel ni. Tak de rasa nak beli pun, sebab perasaan takut tu masih lagi menghantui aku. Sampailah ada sorang kakak ni, tak putus-putus bagi semangat dekat aku. Katanya…

“Walaupun tebal, tapi cerita dia best Nur..percayalah.”

Yup..! Aku akui kata-kata dia, novel ke empat hasil karya dari peguam wanita ini bisa meruntuhkan segala ketakutkan aku. Aku makan masa 3 hari saja, tak lebih  atau kurang, 1048 halaman aku jamah dengan jayanya..! Thanks juga buat Kakak merangkap orang yang bertanggungjawab kenalkan aku dengan karya Siti Rosmizah ni. Sekali gus, Siti Rosmizah sudahpun jadi penulis yang paling aku kagumi.

Okay. Untuk intro, stop sampai sini, panjang sangat dah ni. Hahaha.

Seperti 3 buah novel karya dari SR, novel ini langsung tidak megecewakan. Garapan dan pengolahan cerita yang menarik sekali gus SR berjaya mempermainkan perasaan pembaca-pembaca. Gila kentang bila watak Khuzairi seorang suami yang sangat-sangat sabar dengan sikap Si isteri yang terlalu angkuh lagi sombong. Manakala sikap perasan bagus Mia Adrian yang tak pernah surut.

MIA ADRIANA. Perempuan yang sentiasa dirinya bagus dipaksa untuk menikahi lelaki kampung merangkap anak lelaki kepada kawan baik Dato’ Megat Idrus sendiri iaitu Pak Samad. Pernikahan terpaksa dilangsungkan apabila Khalil tunang Mia memilihi wang berbanding maruah keluarga Mia. Jadi untuk mengelakkan rasa malu, dari pihak media, Papa Mia terpaksa mencadangkan apa yang terbaik baginya pada masa itu. Mia yang terpaksa bersetuju dengan keputusan itu apabila tiba-tiba kesihatan papanya berubah secara mendadak. Risiko  Dato’ Megat Idrus mendapat serangan jantung ketika itu amatlah tinggi. Dengan sekali lafaz, percaya atau tidak, Mia sudah sah menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Khuzairi.

Dan lebih mengejutkan lagi, dalam masa yang sama Mia kehilangan orang yang paling dia sayang, iaitu papanya sendiri. Sekali gus, syarikat Dato’ Megat Idrus di istihar muflis. Terduduk Mia bila sekelip mata dia telah hilang segalanya. Sudahlah hilang satu-satunya insan yang paling dia sayang, dan kini segala hartanya turut sama hilang. Dan bermulalah kehidupan Mia Adriana gadis sombong apabila terpaksa ikut suaminya pulang ke kampung.

“Jangan cakap macam tu sayang. Mia ada abang. Abang takkan biarkan Mia sendiri. Apa jua yang abang ada sekarang semuanya adalah milik Mia jugak. Abang tak nak dengar Mia cakap macam tu lagi tau”

KHUZAIRI. apa saja cacian dan makian yang Mia lemparkan, ditelannya bulat-bulat. Pada masa yang sama dia berasa betapa bertuahnya dia memiliki Mia, cinta pertamanya sebagai isteri. Walaupun sikap dan layanan Mia terhadap dirinya tak ubah seperti pengemis jalanan. Tapi dia masih mampu bersabar demi cinta dan amanah dari arwah bapa mertuanya.

Sepanjang aku baca novel ni, aku tertanya-tanya wujudkah lelaki persis Khuzairi diluar sana..? Jika benar-benar wujud, percayalah betapa bertuahnya wanita yang bergelar isterinya. Sebab pada aku, Khuzairi ni terlalu baik. Walaupun macam-macam isteri dia buat dekat dia, tapi dia tetap mampu bersabar, bersabar dan bersabar. Walaupun, Mak Leha ibu tiri Khuzairi berkali-kali menghasut lelaki itu supaya menceraikan Mia Adriana.

“Kau ni memang kurang ajar tau tak? Kau ingat anak aku kebulur nak berbinikan kau. Ceraikan ajelah dia Ri. Kalau perempuan macam ni bersepah kat tepi jalan”

Selain Khuzairi, Mak Leha adalah orang kedua yang selalu menerima herdikan Mia. Atas sebab cerita lama yang berkaitan dengan keturunan Mia Adriana, hingga sah Mia menjadi isteri kepada anak tirinya, Mak Leha tak pernah sebulu dengan Mia. Apatah lagi nak mengaku menantu. Lagilah tak hingin orang tua tu.

Bila dah hari-hari mengadap muka sang suami, dengan layanan terbaik bagaikan Tuan Puteri, lama kelamaan Mia boleh menerima Khuzairi sebagai suaminya. Dia yang mula sedar, lelaki itu ikhlas cintakan dia dan sedaya upaya belajar menerima lelaki itu sebagai suaminya, walaupun sukar. Tapi hubungan dia dengan mak mertua, tetap sama. Pantang bersua muka mesti ada je benda digaduhkan. Khuzairi adalah orang paling bahagia bila dia sedar perubahan Mia terhadap dirinya. Dan dalam masa yang sama itu jugalah perhubungan mereka di uji dengan hadirnya Khalil iaitu bekas tunang Mia bagi menagih sisa-sisa cinta dari Mia.

Suami mana yang tak cemburu, bila isteri kesayangan jadi buruan bekas tunangkan. Tak cukup dengan rayuan, Khalil cuba memfitnah Mia Adriana. Iman khuzairi tegar, tidak mudah percaya dengan apa yang diberitahu oleh Khalil. Dan khalil juga tak mudah mengaku kalah, jadi Khalil putuskan mendapatkan Mia dengan cara kotor.

“Hei… Khuzairi, kau jangan  ingat aku bodoh tau. Memang kau bahagia memiliki dia, tapi aku yakin sehingga ke hari ini, Mia tak bahagia hidup dengan kau. Apa, kau ingat bila kau peluk dia depan aku dah tunjuk betapa bahagianya dia? Heiii, aku tengok muka dia pun aku tahulah, hati dia tak ada dekat kau sebenarnya. Aku pun biasa peluk dia macam tu. Lebih daripada tu aku biasa buat. Mesti kau dah lupa siapa isteri kau tu kan? Atau… kau masih belum… emm… tak mustahil jugak sebab Mia ni bukan mudah nak serahkan diri pada lelaki yang dia tak cinta. Hai Khuzairi, Khuzairi… berputih mata ajelah kau…”

Perangkap Khalil tidak menjadi. Mia terselamat dari niat kotor Khalil. Dan disebabkan itu jugalah Mia disahkan mengandung. Pada awalnya, Mia cuba mengugurkan kandungan itu, tapi sebaik saja suaminya dapat tahu, Khuzairi merayu agar Mia tidak membuang kandungan itu. Khuzairilah orang yang paling gembira bila Mia bersetuju untuk terus mengandungkan anak itu atas alasan yang telah khuzairi sandarkan.

Okay, kenapa tajuk novel ni ‘7 Hari Mencintaiku’. Ini adalah punca bila mana Mia sedar akan kesilapannya terhadap Khuzairi, dimana sebaik sahaja melahiran anak Mia buat keputusan untuk pergi dari hidup Khuzairi selama-lamanya tanpa mendengar sedikitpun penjelasan Khuzairi ketika itu. Lebih meremukkan hati lelaki itu, apabila Mia langsung tidak mahu menyusukan ataupun melihat anak mereka.

Terkilan dengan sikap Mia, dan akhirnya Khuzairi terima bulat-bulat cadangan mak Leha untuk nikahkan dia dengan sepupunya sendiri, Syakila. Walaupun tiada sekelumit rasa cinta pada sepupunya, tapi demi anak kecil yang perlukan kasih sayang seorang ibu, Khuzairi Akur. 7 hari menjelang hari pernikahan antara Khuzairi dan Syakila, Mia muncul menagih cinta daripada sang suami. Tapi hampa, hati Khuzairi telah beku. Nama yang pernah merajai hatinya telah dibuang jauh-jauh sebaik sahaja perempuan itu putuskan meninggalkan dia dan anaknya.

Err..stop sampai sini ehh. Rumusan aku ni, kalau tak panjang tak sah kan..! Haih..inilah akibatnya terlalu leka bercerita. Macam biasa, pengajaran penting dalam cerita ni, MOHON HORMATI ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA. Dan MOHON HORMATI PERASAAN ORANG SEKELILING KITA. Penting ni, jangan jadi macam Mia dengan Mak Leha, masing-masing tak menghormati. Yang tahu nak bertekak jee..!


Barisan pelakon yang aku rasa sesuai.


Dan macam biasa juga, masuk bab berangan pulakkan. Dalam novel ni, ada dijelaskan Khuzairi jejaka tampan dan sedikit gelap. Jadi aku rasa, Adi Putra paling sesuai. Mana kala, ada dua pelakon yang aku rasa sesuai bawa watak Mia Adriana ni. Petamanya Nabila Huda dan kedua Fasha Sanda. Tapi aku lebih kepada Nabila Huda, sebab macam yang kita tahu, lakonan dia terbaikkan. Tambah-tambah bab maki-maki. Hahaha.

Okay. Bagi peminat-peminat hasil karya Siti Rosmizah, yang belum dapatkan novel ni, cepat-cepat dapatkan dikedai buku berhampiran okay. Buku ni penuh dengan segala perasaan ketika baca. Bila baca memang tak boleh berhenti. Sebab perasan ingin tahu tu lagi, lagi, lagi dan lagi. Sekiranya kalian bersedia untuk jatuh cinta dengan Khuzairi, sila-silakanlah. Hahaha.




Kata Hati : Buat masa sekarang ni, aku stop kejap baca karya Siti Rosmizah. Bukan apa, penat nangis beb..! HAHAHA..
.

34 ulasan:

Unknown berkata...

ehe...dah baca...lelaki cam khuzairi tu cuma ada dalam novel je kot..huuhhu

Nastyna berkata...

HAhhaa awal2 baca sinopsis ni pun I dah terbayang2 si Adri eh... Adi.

Unknown berkata...

sukses untuk review nya :D

Kunjungan Pagi, Saya Tunggu Ya Kunjungan Baliknya :D

fizafantagiro berkata...

Nur, fiza belum jamah *guna ayat Nur :p pun lagi novel-novel yang beli ari tu .huhu . Last paper Jumaat, so Sabtu akan mula .waaaa.. first novel yang akan fiza baca dr koleksi kat rumah tu 'I Love U Stupid' by Siti Rosmizah jugak :) ..

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

tau xpe..yui tak bli lg pasal tgk tebal sgt..huhuuh..tp lau best ok saja.

dear anies berkata...

cite ni mmg best tp x sempat nk repeat lg ;-)

Deq's Qienz berkata...

hahaaa..org dah ubah title la cik nur..org dah draf tgk tarikh je..hari xtgk..muahahhaa..

TiranaAduka berkata...

salam cik nur
Pekabar?

Unknown berkata...

yeahh.. deqla suka kalo nabila dan adi putra berlakon.. mmg sesuaii... fasha tu ok gak.. tp biarlah dia berpantang abis dulu, jaga anak kecik lagi tu..hahahahaha... tp kan.. deqla nk ulas sikit la .. x abis2 jalan citer yg camnih.. pangkat darjat jadi ukuran.. alahaii.. xde jalan citer lain ke? kohkohkoh..

psstt.. tahniah skali lagi atas kegigihan nur taip smula sinopsis belakang buku..naseb baik la x pjg mcm ulasan nur tu kan.. hahaha..

HeNRieTTa JoSe berkata...

cam bestnye....tapi blom ada org request....klu ada yg request...bleh la belikan...

Umie Nadhirah berkata...

pergh memang feel betul baca novel sampai nangis2

are_lin@yu berkata...

mak aii tbalnya novel ni..tp tjuk mmg nmpk mcm bez..bkal jd drama ke nur..hihi..pndai nur plh plkon.

Ruse Sulaiman berkata...

Balasan Allah bila angkuh. Bila2 masa Allah boleh tarik. Bukan senang nak dpt lelaki mcm tu. Lg2 bila bergelar suami. Jd kena hormat dan hargai sebelum terlewat. Byk pengajaran. Bab pelakon. Nabila tu mmg sesuai ;) ada2 je kan?

Tengkubutang berkata...

best review!

Miszyuyu berkata...

hai jom join contest saya.. http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html

Solehah Shamsuddin berkata...

Nabila Huda mmg ssuai berlakon dlm byk2 karektor kan.tp dy tu xd lak jd pelakon terbaik ke pe.btw,tq review. nmpk best je novel ni.hehe

*cantik blog nur.hehe :)

Unknown berkata...

tebalnya...kalau citer best tebal lagi bagus sebab lambat habis..kan??hhehehe

unsecretostory berkata...

Dah baca dah cerita nie . Fuhhh , xsangka bole habiskan novel setebal nie . Great !

Unknown berkata...

hikhik..gelak baca ayat nu..penat menangis
yumida pun kagum ngan karya siti rosmizah. pandai beno dia putar emosi kita..

Tie HT berkata...

menarik juga noel ni walau kisah antara 2 darjat...mekasih nur buat review, suka abca review nur :)

fizafantagiro berkata...

Nur, tadi balik umah br teringat nk komen balik betulkan pasal penulis tu..tgk tgk Nur dah komen dulu.hiksss.. aah..silap. Melur Jelita penulis dia. fiza tertukar dgn Andai itu takdirnya :p .Novel I Love U Stupid tu mmg tebal giler , 1389 m/s .waaaa.. tebal kan.haha!

QasehnyaRania berkata...

menarik.
mmg sesuai dgn fasha. suka lakonan fasha. b

Unknown berkata...

Mieya dah lama tak baca novel... bizi dengan kerja... huhu

aReLaN berkata...

perempuan dan novel tak dapat dipisahkan.hehehe

Chic Na berkata...

tak suka kalo citer2 yg ada mak mertua jahat ni. grrrr.. sakit hati kita tau. haha..

siap barisan pelakon tu. bila nk start shooting? ape kata bg cikna je watak mak leha tu. harharhar..

Tanpa Nama berkata...

gigihnye Nur layan novel...

aku dah ckp malas dengan bnd2 ni...

Si Matatajam berkata...

Bestnya novel ni yek Nur... Cer usulkan kan mana2 produser terkenal mesti nak wat drama ni...kompem rating naik tu.. Barisan pelakon Nur usulkan tu pun mmg sesuai sgt tau

Liyana Anuar berkata...

sy dah baca..hehe..best2...mula2 menyampah je baca..dah dekat nak abis meleleh lah pulak air mata...huhu~ :p

lelamaisara berkata...

hahahhaa...akak suke pelakon yg nur bayangkan tu...mesti best kalu jadi drama kan...eh nur novel teduhan kasih tu Nur ade buat review ke..nak bace laaaaaaaa

nanieydotcom berkata...

Tebalnye!!!! Tetiba teringin nk baca novel lak ni tgk nur duk review novel.

Tanpa Nama berkata...

khuzairi - adi putra
mia adriana - nora danish
syakila - nabila huda

Unknown berkata...

khizairi-adiputra
mia adriana-lisa surihani
syakila-nabila huda

Unknown berkata...

khuzairi sy setuju watak adi putra tapi watak mia adriana Zarina Zainoordin

Pelangi Cinta berkata...

paling sedey bila buntat mati..nangis tersedu2