Isnin, 11 Februari 2013

Home » , , » Hati Dan Jiwa

Hati Dan Jiwa





SEBELAS FEBRUARY DUA RIBU TIGA BELAS......

Tika sedang aku menaip coretan ini, aku hanya mahu tersenyum indah walaupun ada cecair jernih yang mengalir dari  belahan tubir mataku. Namun aku yakin aku masih kuat untuk terus menyusun setiap  abjad di blog picisan ini.

Aku seorang wanita biasa yang sedang mencari kelengkapan di dalam kehidupanku. Mencari ketenangan jiwa di sanubari ini. Mencari raja yang akan bertahta di menara hati ini. Aku menemui ketenangan setiap kali diri ini melakukan pekara wajib.

Manakala ketika mencari pemerintah di sanubari, aku sendiri terkedu bila masih adanya kejujuran di hati yang namanya manusia. Salam di berikan dengan penuh keikhlasan. Dan kasih juga di sambut dengan penuh kemesraan.

Terjalin persahabatan di antara dua jiwa. Saban hari meragut ketenteraman jiwa hakiki. Sedang meniti hari kehari, ada sesuatu yang tidak telus. Bukan mahu persendakan kejujuran bernyawa itu. Sedangkan dia juga punya hati dan perasaan seperti aku.

Kejam jika aku teruskan langkah yang kian menghimpit rasa jiwa. Setiap hayunan langkah pasti rasa sesak di himpit resah. Semakin kelam pandangan mata. Semakin pudar sinar cahaya. Kaku aku berdiri di saat tersedar di ulit mimpi.

Ketika aku di hujani cahaya rembulan dan bintang, aku Cuba menjejaki daerah kelam di dasar hati. Mahu menyelami rasa gelora yang bisa meruntun jiwa. Puas aku amati, puas aku tafsirkan. Rasa hiba yang aku punya. Nyata bila setiap hela nafasku adalah keluhan jiwa yang tersadai di dasar hati.

Longlai mahu melangkah. Pahit perit cuba aku harungi dan tempuhi. Biar luka tertusuk sembilu, jika itu dapat membuatkan mereka tersenyum. Biar mereka puas. Asalkan mereka dapat apa yang di idamkan. Begitu kejamnya manusia yang tidak pernah mengerti sekelumit pun perit yang membebani perasaan hati.

Hati. Aku hanya mahu mengukir senyuman. Bukan seyuman sepi yang aku dambakan. Tapi mahu lebih daripada itu. bila riak wajah menampakkan ceria, tidak bermakna hati juga sedang bergembira. Kerana hati telah banyak terseksa. Segala apa yang di rasa pasti mendera setiap apa yang di tempuhinya.

Jiwa. Aku juga hanya mahu berdiam. Kerana terlukanya hati akan parahlah jiwa. Bergelora jiwa kerana hati. Keperitan hati kerana jiwa. Terseksanya diri mahu menanggung setiap apa yang di rasai hati jiwa dan perasaan. Biar gundah semuanya. Biar berantakan semuanya. Asalkan mereka puas.

Aku mahu melihat mereka tersenyum walaupun derita itu jadi milikku. Ya..! bukan mudah untuk aku berdiri teguh. Tapi apa yang harus aku lakukan..? marah..? menangis..? sudahlah.. tak ada guna jika aku terus memberontak, tapi dia sedang bahagia.

Siapa kejam? Aku atau kamu? Jika masih ada rasa sayang   atas nama SAHABAT, maka berterus teranglah, walaupun sudah terlambat. Jika kamu masih terus bersembunyi, tolonglah jauhkan diri dariku. Atau aku sendiri yang akan pergi. 

Dan nyata, hingga saat ini, kamu masih bersembunyi dengan aku. Apakan daya, segalanya adalah hak kamu. Cuma doaku dan kata akhirku untuk kamu, berbahagialah...




Kata Hati : Nur okey... ( ^__^ )V
.

30 ulasan:

aku HaniAsyira berkata...

ok lah sgt tu kan.. ish2

Hermanbagus berkata...

siang cik nur ..

Cik Ai berkata...

Ai pun okey.. (^____^)V

tggu saat tuk menghitung gembira agar bahagia kembali menjelma :)

aisyah fashadeland berkata...

salam . hai blogger cute . saya follow sambil singgah blog awak . follow me back?

anys nadhilah berkata...

thank you for sharing

Unknown berkata...

jadikan kata2 adalah kuasa yakni doa, insha Allah pasti akan ditemuai apa yg dicari...cik nur usah selalu bersedih

Kekzamanis berkata...

Dear, apa kata Nur cuba menulis novel.. Nur ada bakat tau.. Ada seni puitis yang tertulis di setiap tulisan Nur.. Mungkin itu boleh membantu Nur melupakan segala kepahitan semalam.. Cuba sibukkan diri seboleh mungkin, In Shaa Allah ada sinar bahagia di hari depan untuk Nur.. Chills k! ^__^

Encik H berkata...

*Tika

Nastyna berkata...

Good to know that u are ok. :D:D keep smiling.

Chic Na berkata...

mungkin dia ada alasan tersendiri. lupakan masa lalu. life must go on bebeh. let's moving on. :)

nursuriani berkata...

cik nur...mendalam sungguh entry neh...huhu y cik nur?? saya terasa sedeh nya jugak bila cik nur sedeh huhuhu

Lieza Nordin berkata...

hurmmm.. sedihnye entri kak nur.. uhuk2.. >.< mybe ada sbb kut dia buat cm tu... hurm.. byk2 sabar ye.. :D

nanieydotcom berkata...

=) nani happy bile Nur ckp Nur okey :)

Kekecewaan hari ini adalah kebahagiaan hari esok. Insha Allah.. :)

dya nasir berkata...

mcm xok je.. huhu

Unknown berkata...

indahnya coretan nur ni... tabik spring toink toink kat nur.. puitis sgt...hope nur sentiasa okey k! :)

Unknown berkata...

blog saya sepi tanpa kalian, Cik Nur senyum itu ibadah sedekah termurah yang paling pula bernilai...

cik nana berkata...

semoga damailah hati dan jiwa tu ye. banyakkan bersabar ye Nur :)

Liyana Anuar berkata...

senyum selalu cik nur :D

Miss N™ berkata...

Terima kaseh @Encik H ^__^

Cikrosecute berkata...

Sabar ya Nur...

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

alhamdulillah if nur ok ya..

Mrs Velentine berkata...

kadang2 kebahgian yg org lain kecapi juga baut kita gembira kan nur

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

ok ker nur ke buat2 ok kihkihkih :p

are_lin@yu berkata...

luahan ati ya nur..muka lebih tabah ya..kuatkan ati..

mummyrinazone beauty berkata...

=)smile nur..salam pagi rabu yang serabut ngan keje

Miss Syahbanu berkata...

semoga nur terus sabar dan tabah =)

Nurul Says berkata...

!hug

RIZZNA berkata...

CiM pown oke oke ajer. tp serious ke Nur oke

lelamaisara berkata...

puitisnye kata2 nur ni..oke ke ni dik???

ayut berkata...

yg penting nur ok...anything please bagi masa je k :)