SEBELAS FEBRUARY DUA RIBU TIGA BELAS......
Tika sedang aku menaip coretan ini, aku hanya mahu tersenyum indah walaupun ada cecair jernih yang mengalir dari belahan tubir mataku. Namun aku yakin aku masih kuat untuk terus menyusun setiap abjad di blog picisan ini.
Tika sedang aku menaip coretan ini, aku hanya mahu tersenyum indah walaupun ada cecair jernih yang mengalir dari belahan tubir mataku. Namun aku yakin aku masih kuat untuk terus menyusun setiap abjad di blog picisan ini.
Aku seorang wanita biasa yang sedang mencari
kelengkapan di dalam kehidupanku. Mencari ketenangan jiwa di sanubari ini.
Mencari raja yang akan bertahta di menara hati ini. Aku menemui ketenangan
setiap kali diri ini melakukan pekara wajib.
Manakala ketika mencari
pemerintah di sanubari, aku sendiri terkedu bila masih adanya kejujuran di hati
yang namanya manusia. Salam di berikan dengan penuh keikhlasan. Dan kasih juga
di sambut dengan penuh kemesraan.
Terjalin persahabatan di antara dua jiwa. Saban hari meragut ketenteraman jiwa hakiki. Sedang meniti hari kehari, ada sesuatu yang tidak telus. Bukan mahu persendakan kejujuran bernyawa itu.
Sedangkan dia juga punya hati dan perasaan seperti aku.
Kejam jika aku teruskan langkah
yang kian menghimpit rasa jiwa. Setiap hayunan langkah pasti rasa sesak di
himpit resah. Semakin kelam pandangan mata. Semakin pudar sinar cahaya. Kaku
aku berdiri di saat tersedar di ulit mimpi.
Ketika aku di hujani cahaya
rembulan dan bintang, aku Cuba menjejaki daerah kelam di dasar hati. Mahu
menyelami rasa gelora yang bisa meruntun jiwa. Puas aku amati, puas aku
tafsirkan. Rasa hiba yang aku punya. Nyata bila setiap hela nafasku adalah
keluhan jiwa yang tersadai di dasar hati.
Longlai mahu melangkah. Pahit
perit cuba aku harungi dan tempuhi. Biar luka tertusuk sembilu, jika itu
dapat membuatkan mereka tersenyum. Biar mereka puas. Asalkan mereka dapat apa
yang di idamkan. Begitu kejamnya manusia yang tidak pernah mengerti sekelumit
pun perit yang membebani perasaan hati.
Hati. Aku hanya mahu mengukir senyuman.
Bukan seyuman sepi yang aku dambakan. Tapi mahu lebih daripada itu. bila riak
wajah menampakkan ceria, tidak bermakna hati juga sedang bergembira. Kerana
hati telah banyak terseksa. Segala apa yang di rasa pasti mendera setiap apa
yang di tempuhinya.
Jiwa. Aku juga hanya mahu
berdiam. Kerana terlukanya hati akan parahlah jiwa. Bergelora jiwa kerana
hati. Keperitan hati kerana jiwa. Terseksanya diri mahu menanggung setiap apa
yang di rasai hati jiwa dan perasaan. Biar gundah semuanya. Biar berantakan
semuanya. Asalkan mereka puas.
Aku mahu melihat mereka tersenyum
walaupun derita itu jadi milikku. Ya..! bukan mudah untuk aku berdiri teguh.
Tapi apa yang harus aku lakukan..? marah..? menangis..? sudahlah.. tak ada guna
jika aku terus memberontak, tapi dia sedang bahagia.
Siapa kejam? Aku atau kamu? Jika masih
ada rasa sayang atas nama SAHABAT, maka berterus teranglah,
walaupun sudah terlambat. Jika kamu masih terus bersembunyi, tolonglah jauhkan
diri dariku. Atau aku sendiri yang akan pergi.
Dan nyata, hingga saat ini, kamu
masih bersembunyi dengan aku. Apakan daya, segalanya adalah hak kamu. Cuma doaku dan kata akhirku untuk kamu, berbahagialah...
Kata Hati : Nur okey... ( ^__^ )V
.
30 ulasan:
ok lah sgt tu kan.. ish2
siang cik nur ..
Ai pun okey.. (^____^)V
tggu saat tuk menghitung gembira agar bahagia kembali menjelma :)
salam . hai blogger cute . saya follow sambil singgah blog awak . follow me back?
thank you for sharing
jadikan kata2 adalah kuasa yakni doa, insha Allah pasti akan ditemuai apa yg dicari...cik nur usah selalu bersedih
Dear, apa kata Nur cuba menulis novel.. Nur ada bakat tau.. Ada seni puitis yang tertulis di setiap tulisan Nur.. Mungkin itu boleh membantu Nur melupakan segala kepahitan semalam.. Cuba sibukkan diri seboleh mungkin, In Shaa Allah ada sinar bahagia di hari depan untuk Nur.. Chills k! ^__^
*Tika
Good to know that u are ok. :D:D keep smiling.
mungkin dia ada alasan tersendiri. lupakan masa lalu. life must go on bebeh. let's moving on. :)
cik nur...mendalam sungguh entry neh...huhu y cik nur?? saya terasa sedeh nya jugak bila cik nur sedeh huhuhu
hurmmm.. sedihnye entri kak nur.. uhuk2.. >.< mybe ada sbb kut dia buat cm tu... hurm.. byk2 sabar ye.. :D
=) nani happy bile Nur ckp Nur okey :)
Kekecewaan hari ini adalah kebahagiaan hari esok. Insha Allah.. :)
mcm xok je.. huhu
indahnya coretan nur ni... tabik spring toink toink kat nur.. puitis sgt...hope nur sentiasa okey k! :)
blog saya sepi tanpa kalian, Cik Nur senyum itu ibadah sedekah termurah yang paling pula bernilai...
semoga damailah hati dan jiwa tu ye. banyakkan bersabar ye Nur :)
senyum selalu cik nur :D
Terima kaseh @Encik H ^__^
Sabar ya Nur...
alhamdulillah if nur ok ya..
kadang2 kebahgian yg org lain kecapi juga baut kita gembira kan nur
ok ker nur ke buat2 ok kihkihkih :p
luahan ati ya nur..muka lebih tabah ya..kuatkan ati..
=)smile nur..salam pagi rabu yang serabut ngan keje
semoga nur terus sabar dan tabah =)
!hug
CiM pown oke oke ajer. tp serious ke Nur oke
puitisnye kata2 nur ni..oke ke ni dik???
yg penting nur ok...anything please bagi masa je k :)
Catat Ulasan