Assalamualaikum.
Macam yang kita semua tahu, berbaki lagi 2 hari kita akan mengucapkan selamat tinggal untuk angka 2011. Dan berbaki yang sama jugalah kita akan ucapkan selamat datang pada angka 2012.
Bertambah satu angka pada tahun masihi. Dan setiap kali bertambahnya satu angka itu, yang tidak pernah turun-turun juga turut bertambah. Yang paling hampir dengan kita, iaitu umur kita.
Pagi tadi, dalam perjalan ke tempat kerja. Tiba-tiba otak aku ligat memikirkan sesuatu. Tentang angka pada umur aku. Terasa bagai tidak percaya yang kurang dari 100 jam, umur aku akan meningkat tanpa rela mahupun tanpa paksa.
Bukan aku saja yang akan mengalaminya. Kalian juga akan mengalaminya. Percayalah..!
Di saat menghitung hari melangkah ke angka baru, kita kena sedar, usia kita juga turut bertambah. Dan pada masa inilah aku termenung seketika.
Dalam angka yang aku pegang sekarang, apa yang telah aku capai?? Walaupun di mata mereka melihat aku sudahpun maju setapak kehadapan. Tapi pada aku, diri aku masih lagi di takuk yang sama. Tidak banyak berubah.
Walaupun, ada azam yang telah aku pasangkan seawal angka 2011 sudapun terlaksana. Tapi ada perkara penting yang belum aku capai. Itulah yang aku kesalkan.
Tapi apakan daya, aku tidak boleh terus menyesali. Tetapi aku harus kuat..! sebab aku yakin aku mampu lakukan. Kenapa aku tidak boleh lakukan, sedangkan mereka yang lain mampu lakukan.
Dan aku nekad, aku mahu kekalkan azam yang belum tercapai untuk angka baru yang akan datang. InsyaALLAH aku yakin aku mampu lakukan, dan aku juga mahu kalian yakin sama seperti aku. Semuanya akan menjadi mudah kerana DIA sentiasa di sisi kita..InsyaALLAH…!!
Kata Hati : Yakin Bolehhhhh....!!
.
4 ulasan:
selamat datang 2012 ....
rajin nye cik nur kira jam..hehe wish hepi besday in advance!
: Razif, selamat Tinggal 2011...
Miss Zue..tunggu.. :)
Catat Ulasan