Rabu, 14 Disember 2011

Home » , » .:: Contest " my photoshoot" ::.

.:: Contest " my photoshoot" ::.

.

Assalamaulaikum.

Alhamdulillah, bersua lagi kita di sini.

Syukran YaALLAH.

Okeyh..begini ceriteranya, hari ini Cik Nur kena bertugas ke luar. Kiranya tak duduk lepak-lepak dekat office la.

Cik Nur pun keluar tak lama, sebelum jam 3 Cik Nur dah pun sampai office. Lepas selesaikan apa yang patut, Cik Nur pun segaralah mengonline kan diri. Dan bila Cik Nur mengonlinekan diri…

Jeng..Jeng..Jeng..!!

Kussssssemangat…!!

Rupa-rupanya, Cik Nur  telah pun di tag oleh rakan blog iaitu Misszue.

Sebenarnya, contest ni dianjurkan oleh Cik Risya. Jadi Cik Nur nak cubalah sertainya. Heeee… ^_^

Kenapa Cik Nur terkezut bangat eh? Al-maklumlah ini pertama kali Cik Nur kena tag dan pertama kali nak terjebakkan diri dalam contest ni.

Dengar khabarnya, ada hadiah misteri dari Brunei menanti. Tapi Cik Nur taklah nak mengharapkan apa-apapun, Cuma saja nak cari pengalaman baru, yelah nama je dah 2 tahun bergelumang dalam dunia blogging ni, tapi langsung tak pernah terlibat dengan mana-mana contest. Jadi, ini buat pertama kalinya Cik Nur join. Percayalah…!!

Rasanya kalau kalian nak join juga pun boleh, sini Cik Nur sertakan Syaratnya :

Pertama,Kena Follow belog Cik Risya dulu okeyh..! ( Yeahh…Cik Nur dah followwww…! )

Lepas itu kena letak BANNER CONTEST dari belog  Cik Risya yang macam kat atas tu.

Selepas tu, kena letak gambar yang kalian nak pertaruhkan. Macam gambar Cik Nur dengan budak-budak comel kat bawah ni. Oh ya..! jangan lupa letak butiran detail gambar tersebut ya…!

Details:
Lokasi : Padang Rengas, Perak.
Aktiviti : Gotong-royang menyediakan persiapan untuk hari raya Aidiladha 1432H.

Langkah seterusnya, Cik Nur kena Tag 3 BLOGGER yang menjadi pilihan hati Cik Nur. Jadi hati Cik Nur ni, tertarik dan terpikat untuk TAG :

1. Wafa. 

Dah akhir sekali, lepas dah siapkan entry pasal contest ni, Cik Nur kena post kan, entry ni dekat belog Cik Risya di Kelik Sini.

SIAP…!!!


Kata Hati : Terima Kaseh dekat Misszue, sebab sudi tag Cik Nur... ^__^.


.

2 ulasan:

farisya risya berkata...

thankz join...:)
gud luck

:: Cik Nur :: berkata...

: Terima Kaseh Farisya.. :)