Jumaat, 16 Disember 2011

Home » » .:: He's Beautiful | Malam Ini ::.

.:: He's Beautiful | Malam Ini ::.

.

Assalamualaikum.


Annyeonghaseyo…!!


Aikk…! Kenapa tiba-tiba Cik Nur speaking Korea nih? Pelik bukan? Buang tebiat ke Cik Nur nih eh??


Heee….^__^ . sila jangan pelik lama-lama ye. Mestilah ade sebab kenapa Cik Nur ni tetibe je nak berbahasa Korea.


Cik Nur ni, bukan pandai sangat pun berbahasa Korea. Setakat “anajualsayo” tu Cik Nur pandailah. Tapi nak cakap selebih-lebih-lebihnya, maaflah ya..! Cik Nur memang tak tahu. Heeee..!


Cik Nur tahu, ramai di kalangan kita ni, minat dengan drama-drama Korea kan? Tambahan pula fenomena K-Pop telah pun melanda negara kita.


Tapi Cik Nur ni, Cuma minat pada drama dan sesetengah lagu yang sedap di dengar je. Pasal K-Pop ni, Cik Nur tak berapa tahu sangat. Huhuhu..!


Okeyh..!


Sebenarnya, entry ni Cik Nur buat untuk peminat-peminat drama Korea yang bertajuk “He’s beautiful” akan di tayangkan kembali mulai malam ini, pukul 11.45 malam di 8TV. Drama ini akan di siarkan setiap jumaat pada waktu sama.


Kalau tak silap Cik Nur lah kan, drama ni pernah di tayangkan di 8TV pada tahun lepas. Cuma di alihkan ke bahasa cina. Tapi untuk tayangan malam ini, drama tersebut tidak di alihkan bahasa. Kiranya heronya, Jang Guen Suk dan heroinnya Park Shin Hye kekal menggunakan bahasa ibundanya dan suaranya sendiri.  Dan jangan risau, drama tersebut ada menyediakan sarikata bahasa Melayu di bawahnya.


Dan untuk pengetahuan kalian, Drama ni, memang best. Pada yang dah tengok, mesti tahu kan?  Siapa-siapa yang belum tengok lagi tu, cuba-cubalah tengok malam ni ye. Tapi mana yang selalu tidur awal tu, mungkin tak dapat nak menonton. Tapi kalau sanggup tunggu, silakanlah.


Oklah, Cik Nur minta diri dululah, dari pagi taip entry ni, sekarang baru dapat post ( keje banyak..ni ngulat sikit..Heee..! )


Kata Hati : Cik Nur suka semua lagu yang ada dalam drama ni....!!


.

Tiada ulasan: