Assalamualaikum.
Alhamdulillah, kerana kita di berikan kesempatan untuk terus bernafas di muka bumiNYA ini.
Jutaan kesyukuran di panjatkan pada Maha Pencipta ALLAH yang satu.
Syukran YaALLAH..!!
Pejam celik, pejam celik, cuba pejam lagi dan cuba celik lagi.
Tup..tup..kita dah berada di hujung tahun 2011. Kejapkan rasa. insyaALLAH, jika di panjangkan usia olehNYA, lagi beberapa hari saja lagi kita akan masuk ke tahun 2012.
Macam biasalahkan, bila masuk tahun baru ramai yang ada AZAM baru (kadang-kadang ada juga yang tak ada AZAM…ini realiti ya..! ). Tapi masa-elahnya, AZAM tahun ni dah tercapai ke??
Haaa…tepuk dada tanyalah hati ye..! Heee.. ^__^
Pada kalian-kalian yang sudahpun memenuhi segala AZAM tahun ini mahupun yang tahun-tahun lepas punya, tahniah aku ucapkan. Dan pada meraka yang azamnya belumpun terlaksana, usaha lagi, tingkatkan prestasi, insyaALLAH kalian boleh…!
Tapikan, bila sebut tentang AZAM, aku ada satu AZAM yang belum di terlaksana. AZAM ini melibatkan keIMANan dalam diri aku sendiri. Bukan tak berusaha, tapi entah kenapa setiap kali cuba, kegagalan yang aku temu. Terasa tercabar keIMANan bila syaitan berjaya mengagalkan aku..huh…!!
Tapi apa-apapun, aku akan terus berusaha. insyaALLAH, jika di izinkanNYA aku mahu tunaikan AZAM itu sebelum tahun 2011 ini melabuhkan tirainya. Yang penting sekarang kita sama-sama usaha tunaikan AZAM yang masih ada di sisa-sisa terakhir 2011.
Aku yakin aku mampu laksanakan, dan aku tahu kalian juga mampu..jangan berhenti berusaha ya..!
Chayok…!!!
Kata Hati : Kena kuatkan semangat untuk penuhi AZAM yang satu...!!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan