Assalamualaikum.
Syukran YaALLAH, kerana berikan kesempatan buat kita bersua secara tidak langsung di sini.
Alhamdulillah..!
Selamat hari khamis semua..! harapnya, hari ini kalian semua sihat lagi ceria sentiasa hendakNYA. InsyaALLAH…!
Pada yang kurang sihat tu, cepat-cepatlah makan obat ya..! kalau dah makan obat pun, masih tak baik-baik juga, apakata, kejap-kejap lagi bawa diri pergi jumpa doktor. Boleh?
Kalau nak cepat sembuh kenalah dengar nasihat sikit. Kalau tak, tanggunglah sakit tu. ( Ayat ni lah yang mak selalu bebelkan dengan aku..Hee..! )
Okeyh..! pagi tadi, sebelum aku nak pegi kerja, aku sempatlah bawa mak ke pasar pagi berhampiran dengan kawasan perumahan. Rasanya tak perlulah nak sebut kan secara terperinci dekat mana pasar pagi tu eyh..! cukuplah sekadar ianya sangat berhampiran dengan kawasan perumahan aku, kalau memandu ke sana, ianya cuma makan masa lebih kurang 5 minit je. (dekatkan?)
Di sini bukan aku nak bercerita barang apa yang aku terkilan sangat tak dapat beli. Sebab yang aku terkilan sangat ni, bukan pada barang-barang yang di jual di pasar pagi tu. Tapi dengan seseorang aku aku kenali.
Dia bukan peniaga di situ, tapi dia juga sama macam aku, pembeli yang berkunjung ke pasar pagi tu. Rasanya dah lama aku tak terserempak dengan dia. Dan tiba-tiba pagi ni aku terserempak dengan dia. Selalunya, bila nampak kelibat aku, atau aku nampak kelibat dia, dari jauh dah mula lemparkan senyuman. Tapi entah apa yang tak kena, angin ribut taufan mana yang melanda salam yang aku di hulurkan langsung tidak bersambut..!
Pergghh…! Malu siot…!!
Serta merta hati aku jadi kecik..! macam-macam persoalan yang berlegar dalam kepala otak aku nih..! yelah, manalah nak tahu kalau-kalau aku ada buat silap dengan dia.
Tapi aku cuba fikir positif, mungkin dia tak perasan kot..! dan sekali lagi aku cuba beramah mesra, tapi layanannya tetap hampa..! 5 patang aku tanya, tak sampai setengah patang pun dia jawap. Bila tengok raut muka dia, hanya Tuhan je yang tahu. Dan aku berlalu macam tu je meninggalkan dia, walaupun dalam hati ni rasa bengkek sesangat..!!!!
“Mungkin dia ada masalah kot”.
Tapi weyh..!!!!
Tolonglah….! Kalau ya pun ada masalah, janganlah sampai libatkan orang sekeliling. Sakit jiwa betul bila ingat-ingat balik. Memang tak di nafikan lagilah, memang wujud lagi manusia yang tak tahu nak asingkan segala pemasalahan yang bersarang di jiwa. Masih nak bercampur adukkan hinggakan orang di sekeliling turut terlibat sama. Tak pasal-pasal orang di sekeliling kita akan labelkan kita sekian-sekian sebab perangai kita yang langsung tak bijak tu..!
Renung-renungkanlah ye. Tak rugi pun kita tegur kawan cara baik-baik walaupun jiwa lara sedang meruntun hiba. Tak salah pun kita lemparkan senyum manis walaupun ketika itu hati sedang bergelora. Tak luak apa-apapun kalau kita sambut atau beri salam pada kawan-kawan, walaupun ketika itu kita punya masalah yang sangat-sangat besar…!!
Bijak-bijakkanlah diri ye…!
Kata Hati : Ermm..Tak terkata apa pun...!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan