Sabtu, 24 Disember 2011

Home » » .:: "Boleh Ke Memandu Ke Ipoh?" ::.

.:: "Boleh Ke Memandu Ke Ipoh?" ::.

.

Assalammualaikum.

Lepas isyak tadi terlena kejap, tapi puas. Sebab tu sampai sekarang tak ada rasa mengantuk.

Tengah ralit-ralit menjelajah belog-belog sahabat yang lain, tiba-tiba ada orang ketuk pintu bilik. Oh..dak debab tu cakap abah dengan mak panggil.

Aku ada buat salah ke? Cuaklah juga kalau-kalau ada kerja yang mak dan abah suruh aku buat, tapi aku belum buat, mahu tak kena bebel.

Sengaja aku lambat-lambatkan langkah ke ruang tamu. Bukan apa , takut kena marah sebenarnya. Hehehe. Tiba-tiba abah bersuara,

“Boleh ke memandu ke Ipoh?”

Err…terkedu kejap. Aku tanya bila?

“Satgi. Dalam pukul 3 atau 4 pagi. Boleh?”

Jawapan aku, dah tentulah “Boleeehhhhhhhhh….”

Walaupun mata aku sedikit rabun, tapi Alhamdulillah, aku masih boleh memandu di malam hari.

Kenapa aku kena ke Ipoh waktu-waktu macam tu? Semuanya sebab adik aku, terlebih cerdik..! dah tahu nak balik kampung, belilah tiket awal-awal. Ini tidak, malam ni nak balik, malam ni jugalah nak beli tiket.

Nama pun musim perayaan, jangan haraplah nak ada tiket. Pilihan yang ada, Cuma bas dari stesen jalan Duta ke Ipoh saja. Ke Bandar Warisan habis sudahh…!

Jadi, sebab itu abah tanya, Boleh ke aku memandu? insyaALLAH dengan izinNYA…sentiasa boleh..!




Kata Hati : 
Sementara nak tunggu pukul 3 atau 4 ni…Nak tido ke tak nak….! Nak tido ke tak nak…! Nak tido ke tak nak…! (Sambil Mengunyah Biji Buah Delima)



.

Tiada ulasan: