Sabtu, 24 Disember 2011

Home » » .:: Ulser Mulut | Peritnya ::.

.:: Ulser Mulut | Peritnya ::.

.

Assalamualaikum. ^___^

Wahh…banyak entry hari ni. Apa kes nih?

Ehh…janganlah pikir bebukan ye. Tak ada kes apapun, melainkan kes empunya tanah ni boring tahap gaban sambil menahan kepedihan ulser mulut.

Huh..!

Siapa yang pernah kena ulser mulut, pasti tahu keperitan yang terpaksa di tanggungkan?

Tadi adelah godek-godek kat google mengenai ulser mulut ni. Jadi mari kita lihat, punca-punca dan petua mengurangkan rasa sakit. Oh ya..Semua maklumat di bawah, aku dapat dari Info Sihat.

Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :
  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Rawatan radiasi
  • Rawatan kemoterapi
Berapa lamakah ulser mulut akan sembuh?

  •          Kesakitan akan berkurangan dalam tempuh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.
  •       Perhatian yang perlu diambil jika mengalami ulser mulut
  •         Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.


 Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya. 



Kata Hati : Jika Ulser itu berlarutan, sila berjumpa Doktor sesegera mungkin yaw..!




.

7 ulasan:

Miss Zue berkata...

hehehe..slalu jadi ulser sbb gosok gigi terlalu kuat smpi kene gusi..so jd ulser kat gusiiiii..huhuhuhu sakiiiittt

Miss N™ berkata...

: Miss Zue, mmg sakait pun...smpai rasa cm nk demam..huhuhu

cikpuanNaiz berkata...

kdg tu sb kurang air..huhu..so,naik la ulser..taruk ng bonjela oke gak..tp kne minum byk air msk gak la

Miss N™ berkata...

Cikpinky, boleh jadi panas dalm badan juga..kan?

cikpuanNaiz berkata...

aah :)..mcm kalau demam tu, penah gak naik ulser.huhu

Razif Redz berkata...

tips tg bagus .... tq

Miss N™ berkata...

your welcome.. :)