Rabu, 7 Disember 2011

Home » » .:: Alhamdulillah...Syukran YaALLAH..! ::.

.:: Alhamdulillah...Syukran YaALLAH..! ::.

.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah….!

Syukran YaALLAH…!

Kerana memberikan kesempatan untuk hambaMU ini terus bersiaran secara tidak langsung di sini.

Kerana memberikan nyawa buat hambaMu ini.

Kerana memberikan kesihatan yang sempurna buat hambaMU ini.

Rasanya lama aku tak keluarkan entry bari di  blog ini. Dan hari ini, dengan izinNYA, Alhamdulillah, dapat juga aku menaip entry baru. Tanpa izinNYA, pasti blog ini tidak akan ada entry  lagi..!

Terima kaseh buat kalian yang tak jemu-jemu jenguk blog yang tidak seberapa ini. Kali terakhir blog ini di update bertarikh 30 November 2011, seminggu yang lalu sebelum bermulanya kemerosotan kesihatan diri atau lebih manis kita labelkan Ujian dariNYA.

Cukuplah hanya 3 hari aku terlantar. Alhamdulillah, aku kembali sihat seperti biasa. Terima kaseh yang tidak terhingga buat kedua ibubapa, pakcik dan makcik, kakak yang sentiasa di sisi, sahabat yang sentiasa mendoakan kesihatan diri ini. Tak lupa juga buat Boss yang sentiasa memahami kesulitan diri ini. Hanya ALLAH yang dapat balas segala jasa-jasa kalian. Terima Kaseh Semua…!

Alhamdulillah..Syukran YaALLAH. Tiada kata lain yang mampu aku luahkan di saat kesihatan diri kian pulih. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana di beri kesempatan buat hambaNYA untuk terus bernafas di muka bumiNYA.

Ayuh..! kita sama-sama menghargai kesihatan yang sangat berharga dalam diri kita. Dan tak lupa juga ucap syukur kepadaNYA di saat terbukanya mata kita masih terus menghirup dan melihat bumi ALLAH…!



Kata Hati : Terima Kaseh Sekali Lagi...! sangat malas mahu memenerima rawatan susulan...! Huh..!!


.


1 ulasan:

QasehnyaRania berkata...

skrg masih ada lagi ke sakit tu?

ke demam biasa. tapi sampai terlantar tu