Khamis, 22 Disember 2011

Home » » .:: Sayang Dia | Oh...Bulat...!! ::.

.:: Sayang Dia | Oh...Bulat...!! ::.

.
Inilah Bulat yang manja dan mengada-ngada..!

Assalamualaikum.

Syukran..! bersua lagi kita di sini. Terima kaseh pada Ilahi, kerana di berikan kesempatan buat kita semua.

Alhamdulillah..!

Nampak tak gambar di atas? Semalam, aku nyaris-nyaris nak menumpahkan air mata ke bumi, kerana dia. Bukan tu saja, rasa susah hati dan tak senang duduk di buatnya.

Marah bercampur sedih. Memang tak tenteram kalau duduk goyang kaki saja..!

Mana  tidaknya, kucing kesayangan aku hilang sekejap entah kemana. Haiisshh…! Memang risau sungguh. Kucing aku tu, namanya Bulat. Bulat ni, memang tak pernah keluar rumah. kalau keluar pun Cuma dalam pagar rumah je. Itupun kena ada pengawasan. Kalau dia dia akan lari merata hala.

Selalunya, bila aku nak hantar adik ke kelas tambahan, aku akan bawa dia. Sebab aktiviti ni paling dia suka. Yelah, berjalan tanpa melenguhkan kakinya. Hanya duduk melepap dalam kereta sambil menikmati pemandangan di luar kereta.

"Auu..Cak...!"

Bulat memang tak pernah keluar rumah. Aku suruh abah pasang jaring dekat setiap pintu gril. Cuma tutup separuh daripada pintu gril.  Bukan tak mahu bagi keluar, kalau bagi keluar aku takut hilang. Sebab sebelum ni, kucing aku pernah hilang, sampai sekarang tak jumpa-jumpa. Lama jugalah air mata aku merambu. Pada yang pencinta kucing, pasti harap apa yang aku rasakan?

Cuma malam tadi, aku keluar ambil adik ke kelas tambahan. Selalu aku bawa bulat, tapi malam tadi di sebabkan aku nak terus ke bank, jadi malaslah aku bawa. Cuma tinggal abah je di rumah. lepas selesai urusan aku dekat bank tu, aku singgah sekejap ke mekdi. Tak turun pun, Cuma guna khidmat drive thru.

Elok je nak menikmati santapan sambil memandu, telefon bimbit aku berdering. Abah call, mak yang angkat. Waktu dengar nada mak terkejut, aku dah fikir bukan-bukan. Bila tanya mak kenapa abah call? Mak cakap Bulat hilang, abah cari tak jumpa. Waktu tu, rasa  nak campak je apa yang ada kat tangan. Nak menelan pun dah terdaya. Hati tiba-tiba jadi  hiba. Huhuhu..!

Memang tak boleh nak kawal dah, apa yang aku nak ketika tu BALIK..! yang ada dalam kereta semua senyap je. Aku pun tak lengah-lengah dah, tekan lagi mau pedal minyak tu. Dari mekdi ke rumah aku makan masa lebih kurang 5 minit je. Biasalah, bila kita nak cepat, ada je hal sampingan yang berlaku. Memang menguji kesabaran sungguh haisshh..!!

Sape lagi comell? Heee.. ^_^



Elok je sampai rumah, tempat pertama aku tuju dalam bilik aku, mak pula cari dekat luar. Bila aku tengok dekat dalam bilik bulat tak ada, dan  dekat belakang tv, pun tak ada. Rasa nak je menjerit waktu tu. Manalah pula perginya, dalam hati tak henti doa aku minta.

Aku cepat-cepat lari ke luar, sebab tengok seekor kucing aku ada kat bawah kereta. Aku syak mesti dia yang ajak bulat keluar. Bila aku tengok dia lari ke arah parking moto jiran sebelah, cepat-cepat aku ikut. Gelap, bulat pula bulunya gelap jadi memang tak nampak apalah, aku tawakal ke meraba-raba kat bawah moto tu, last-last aku tersentuh benda berbulu lembut. Huuiiisshh..! cam sangatlah aku bulu tu, cepat-cepat aku tangkap dan dukung. Lega betul bila dah jumpa....! sempat juga aku secubitkan si bulat tu…! Geramm…!!!!

Fuuhhh..! penat dan susah hati dibuatnya, tapi kepenatan  dan susah hati tu hilang bila jumpa bulat. Kalau tak jumpa entahlah wehh..! mahu meraung satu taman kot..! hahaha..!

Apa-apapun, syukur sangat-sangat sebab aku dah dapat jumpa bulat. Aku sayang sangat-sangat dengan bulat tu. Bela dari kecik sampai la sekarang. Lepas ni kena tingkatkan kawalan terhadap dia.hehehe… ^__^



Kata Hati : Sayang dia sejuta kali....!


.

9 ulasan:

Razif Redz berkata...

i luv cat ...lg2 yg tahap baby and remaja ...

Razif Redz berkata...

i luv cat ...lg2 yg tahap baby and remaja ...

Miss N™ berkata...

razif, dah besar pun kena luv jugak .. :)

LYSSA FAIZUREEN berkata...

wahhh . comel sgt ! warna macam anak Qaseh ! =]

Miss N™ berkata...

Lyssa, Sekarang ni bertambah2 bulat..! anak2 qaseh dah ade nama ke?

Unknown berkata...

comelnya bulat!!!

QasehnyaRania berkata...

tang mana bolat nya cik nur.. hihi
adik ciksu pencinta kucing;)

QasehnyaRania berkata...

hye bulat..suka la awak ye..dapat bau pink lagi..hihi

singgah petang :)
ciknur sihat

Unknown berkata...

dtg singgah sini lg.. haha.. bulat masa kecik2..