Khamis, 28 Februari 2013

Tuala Wanita





Keriuhan suara pakcik makcik bersembang menenggelamkan suara si kecil dari bilik air di hujung dapur. Kebetulan aku ada dalam kawasan dapur tu terasa macam nak cubit-cubit je mulut budak kecik yang terjerit-jerit panggil ibunya.

“Eee…..bisingnya..sekeh nakk?” Sambil jegil biji mata. Tapi tak ada maknanya adik sepupu aku ni nak takut. Degil tahu…!

“Kaklong panggil ibu kejap. Adik lupa nak amik tuala” Kepala je Nampak, badan terselindung balik pintu.

“Ibu adik dekat kat depan. Tuala adik dekat mana? Bior kaklong amik”

“ Kaklong tanyalah ibu”

Malas aku nak tanya ibu dia, jadi aku capai je tuala biru yang terlipat rapi dari dalam almari bilik aku. Bila aku ke dapur, aku  tengok dia setia je menunggu.

“ Nahh amikk..”

“Ini bukan tuala adikkk..” Suara dia sikit meninggi.

“Ini tuala kaklong, pakai je lahhh....Eeeeii..banyak songeh betul laa” Serius aku dah geram.

“Tak mauu, ini bukan tuala adikk..tuala adik TUALA WANITA…!!” Sekali dia goncang pintu.

Errkkk….TUALA WANITA? Aku blurr jap…apakah…? Mungkin aku silap dengar kotttt…!

“Pakai jelah, susah sangat kee…? Meh kaklong tolong lap..!!”

“Ini bukan tuala adikkk….Tuala adik macam TUALA WANITA tuuu…tanyalah ibuuu..!”

Bertambah blur pulak aku, tetiba budak jantan berusia 7 tahun ni minta TUALA WANITA. Adehhhh..kecik-kecik je aku tengok budak ni…!

“ Ahhh…lantak kamulahhh…tak mo pakai sudah, duduklah dalam tu lama-lama..” Segera pusing badan, konon-konon nak tinggalkan si budak penakut tu…belum masuk 3 langkah, dia terketek-ketek lari terlanjang bulat masuk bilik aku. .. Grrrr….!

Lepas tu cepat-cepat dia keluar, sambil tunjuk TUALA WANITA yang dia maksudkan. #Lebih kurang macam gambar di bawah ni..!


Sumber Pakcik Google



“Nii…nii baru tuala adik, cantik tak..cantik takk..? Merah jambuu..ada wanita-wanita..cantikkannn?”

Aku waktu tu terduduk sebab duk gelak..Adehh..itu rupanya TUALA WANITA diaaaa..! Aku ingatkan tuala apalah tadi…saboooo jelahhh…! Haishhhh….gerammm je……! Elok dia nak masuk bilik, aku cepat-cepat pergi dekat dia….

“Adoiiii…sakitlahhhhh…” Padan muka, kena cubit bontot…! Hahahhhahaha….



Kata Hati :
Aku pesan dekat ibu dia, lain kali belilah tuala ben10 kee,superman ke, upin ipin ke..ini barbie..kan tak pasal-pasal di panggil TUALA WANITA....hahahahahah...! Adeh laaa...
.

Rabu, 27 Februari 2013

Wordless Wednesday #46






Kata Hati :
Kelebihan bila suka selit duit merata-rata.
Tengah baca novel, ade pulak duit...!
Rezekiiiii.... ^__^

P/s : Ikut dan sebenarnya, kadang-kadang selit RM1, RM5, RM10. 
Tapi jarang sangat nak selit RM50 ni...
Patut hari tu duit macam kurang, dalam novel diamnya...
Heee.... *_*
.

Isnin, 25 Februari 2013

Lepas Botol Balang Pula





Entry yang kalian baca ni, ada kaitannya dengan entry INI tau. Jadi sesiapa yang baca entry ni tapi masih blur-blur, kalian di nasihatkan baca entry INI dulu. Kalau tak nak pun tak apa, aku tak paksa, okay.

Mama Lela ada tanya, kenapa  tak teruskan saja hobi tu. Sebenarnya, niat hati tu memanglah nak teruskan. Botol-botol kosong pun banyak kat rumah ni. Tapi Nur lupa diri lepas dapat motor sebiji…Heeee…..! dah tak lalu jalan tu dah…jadi susah sikitlah nak kekalkan hobi tu.

Tapi dalam hati ni, Tuhan saja yang tahu, betapa rindunya aktiviti tu. Nampak tak dalam gambar diatas? Ada dua botol yang bakal di campak. Dah lama aku siapkan, tapi belum berkesempatan lagi nak campak. Nanti nak usha-usha sungai dulu. Hehehehe. 

Dan ramai jugalah yang kata hobi itu memang pelikkannn….selalu kita tengok dalam drama-drama je. Dan sekarang ni kalian jumpa orang yang betul-betul lakukan di alam reatili. Encik Harry Potter ada tanya, bagaimana reaction orang yang jumpa botol tu. Err...entahlah...mungkin melting atau mungkin menyampah kott. Hahaha.

Dalam entry INI juga, sebenarnya aku lupa nak selitkan satu cerita lagi. Hobi pelik aku tu, hanya sorang kawan aku je yang tahu. Walaupun dia tahu, tapi dia tak pernah tahu apa yang aku titipkan dalam botol tu. Kiranya rahsia itu hanya aku dan Tuhan je yang tahu. tapi kalau kalian tanya aku sekarang ni, maaflah ye… aku lupa apa yang aku tulis…heeee…. :p

Selain campak botol dalam sungai, aku pernah buat satu lagi pekara tau. Cara yang aku buat ni, Nisa pun pernah buat tau. Kali ini tak melibatkan botol, Cuma melibatkan balang plastik, kertas majalah, pen dan kertas putih. Macam biasa, balang dijadikan bekas untuk melindungi kertas putih yang mengandungi rahsia. Manakala, kertas majalah pula dijadikan bintang-bintang kecil.

Gigih aku siapkan bintang-bintang kecil tau. semata-mata nak penuhkan dalam balang tu. Bila dah penuh, aku tulis apa yang aku rasa dalam satu kertas. Kebetulan kawan aku ni tahu, jadi dia pun tumpang sekaki luahan rasa dia dalam balang tu. Dengan syarat kami tak boleh baca apa yang kami tulis. Kiranya balang tu ada dua rahsia laa.

Bila siap, aku dengan dia pergi tanam balang tu di bawah pokok besar tepi sungai. Mencabar jugalah kerja ni, sebab kami korek guna tangan je. Habis kotor semua. Bila dah agak-agak dalam, kami saling berpandangan dan senyum. Adehh..aku memang tak boleh lupa ayat kawan ni aku. sambil duk tanam balang tu mulut dia pot..pet..pot..pet..Cuma ayat yang aku ingat 

“Best juga buat keja gila ni kan. Sebab hang, tak pasai-pasai aku terjebak sama”

PAP…! Sekali melekat  cop mohor lima jari aku berdakwatkan tanah  dekat tudung dia. Haa..kata aku lagikan…padan muka dia. Dah selesai semua, kami bincang, balang tu akan di korek balik pada tarikh yang sama kami tanam, tapi tahun hadapan.  Dan kami juga dah bincang, bila korek nanti kami kena tukar kertas dan kena baca kuat-kuat. 

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Setahun berlalu, seperti mana yang telah dijanjikan dengan semangatlah kami pergi ke tempat tu. Tapi sebaik saja  sampai tempat tu masing-masing kaku. Bukan apa, malas kot nak korek balik. Dalam jugak kami tanam hari tu.

Setelah perbincangan selesai, kawan aku buat kata putus, tak mahu korek apa yang telah kami tanam. Biarkan segala segala rahsia tanam buat selama-lamanya…mungkin..! Tapikan, aku nak korek. Sebab aku nak tahu apa yang dia tulis. Dia pujuk aku dengan macam-macam alasan. Dan aku mula syak yang dia ada tulis sesuatu yang betul-betul terlahir dari hati dia. Mungkin dia malu…heee…

Aku pernah beritahu kawan aku, diantara kami, kalau sesiapa terasa nak korek balang tu, koreklah. Tapi janji kena beritahu. Jangan senyap-senyap.  Sekarang ni, aku tengok pokok tu masih teguh hidup di situ. Bangku batu je yang dah tak ada. Aku nak pergi korek sendiri takutt..hihih..Jadi, biarlah balang tu di situ selama mana aku rasa nak biar.

Sekian…


Kata Hati : Dua botol dalam gambar diatas tu dah lama siap. Cuma yang penutup warna kelabu tu aku takut nak lemparkan. Sebab luahan yang terkandung dalam tu sangat-sangat-sangat jujur. 

Jadi, aku fikir sekiranya ada orang yang jumpa tu seorang blogger. Dan tentu-tentu dia tahu botol tu milik aku. Malu kottt weiii...!

Sebab tu aku buat keputusan simpan dulu. Samada aku akan campak atau tidak, aku sendiri tak pasti. Sebab aku langsung tak ada keberanian... =_="
.

Sabtu, 23 Februari 2013

Hati Seorang Kekasih By Noor Kumalasari






Hati Seorang Kekasih By NoorKumalasari


Dalam keriuhan
Riang suasana
Di majlis yang indah

Dari kejauhan
Aku menyaksikan
Persandingan dikau

Kau dikelilingi
Teman teman dan saudara
Aku ditemani air mata

Sukar meyakinkan
Hati yang terluka
Oleh janji janji

Masih kedengaran
Jelas di bayangan
Kemesraan yang lalu

Setiap kulahirkan
Keraguan masa depan
Kau selalu meyakinkan daku

Amat pedih melindungi kelukaan hati
Dengan senyum senda gurau dan ketawa
Diri seperti sekam dan api
Ku terbakar sendiri

Bila bersendiri
Aku memikirkan
Di mana silapnya

Hingga dengan mudah
Dikau memungkiri
Mengkhianati janji

Apa alasanmu
Tiba tiba melukakan
Hati seorang kekasih lama


P/s: Melody lagu ni, sama dengan lagu teman penganti kan..!
video kat atas, bukan suara Noor Kumalasari ye...



Kata Hati :
Entah macam mana aku boleh terdengar lagu ni. Rangkap pertama hingga ketiga memang terkena dengan aku. Langsung tak menyesal, cuma terkilan je. Hari tersebut, hanya beberapa orang je yang tahu kemana hilangnya aku...!
.

Khamis, 21 Februari 2013

Orang Minyak Naik Minyak



Ehsan Google



Sebelum turun, aku intai siapa yang jaga bahagian kuanter.  Bila Nampak kelibat mamat yang sombong gaban tu, aku nyaris nak batalkan hasrat nak isi minyak. Tapi memandangkan isyarat merah sudah pun kelip-kelip minta disuapkan minyak. Terpaksalah isi juga.

Aku : Pump tiga, full tank ye..*sambil hulur sekeping duit rm50.

Orang minyak : Mana..mana..? *tercangak-cangak macam orang buta.

Aku : Pump tiga tu. Nampak tak? *sambil iya-iya tunjuk ke arah kereta.

Orang Minyak : Hurmm..*dalam nada kasar.

Sekembalinya ke kereta, kadar segera aku angkat pump minyak tu, dan sumbat terus ke tangki. Dua tiga kali jugalah aku picit tapi meter  tu tetap tak bergerak.

Tiba-tiba kedengaran suara dari pembesar suara  KAKAK yang baju belang-belang, tolong letak balik pump tu. Di ulang tolong letak balik pump tu”

Belang-belang? Eh..akulah tu…! KAKAK dia panggil aku? Memang cari pasal..! Dah la lembab gaban..! Grrrr…..! Aku intai ke arah kaunter cermin dari tempat aku berdiri, masam mencuka muka orang minyak tu sambil buat isyarat supaya pump diletakkan kembali ke tempat asalnya. Bila aku intai sekali lagi, tanda isyarat bagus di tunjukan pada aku. Makanya dah boleh mulakan isian.

“Lain kali bawa-bawa bersabar ye Kakak..” Suara orang minyak itu lagi kedengaran dipembesar suara. Mata-mata yang ada terus pandang pelik tepat ke arah aku. Weii..bikin panaslah dia ni…! Grrr…..!

Selesai isian di buat, aku gerak perlahan nak ambik baki. Mata aku tertumpu pada lelaki di sebalik cermin itu. Kecik besar..kecik besar je aku tengok. Bila aku berdiri pada tembok batu,  sedia lihat, duit baki sudah tersedia diasingkan.

Orang minyak : Kakak kena belajar bawa-bawa bersabar tau lepas ni. *sambil ketawa kecil.

Aku : Hurmm..tak sangka pula jadi lembab macam ni. *muka aku memang tarak senyum..!

Orang minyak : Lain kali cakap kuat sikit pump mana. *Nada tinggi, tapi lembut.

Aku : Kan saya dah cakap tadi, Pump 3..pump 3..! PAKCIK tak dengar ke..??

Orang minyak : Terkedu *semua yang ada di situ  mula tahan gelak. Saya dengar pump lima!

Aku : Itulah PAKCIK, lain kali kalau dah tahu PEKAK, jangan duduk sini…! *amik duit dan berlalu pergi sebelum dia maki aku…huaaaa….!

Sekali aku toleh, orang minyak tu masih tengok aku macam singa lapar. Hahaha….

Serius weh, aku memang dah taram lama dengan mamat tu. Memang suka cari pasal. Dia jarang ada. Tapi kalau ada sombongnya macam hapeee jee..! Harap kacak je...tapi muka memang tak pernah senyum.  Siapa suruh cari pasal.... kan dah kena…! Hahahaha…


Kata Hati : Aku tak nak dah isi minyak dekat situ kot...! hahaha... :p
.

Rabu, 20 Februari 2013

Wordless Wednesday #46






Jom join Mrs. Erry 1st GiveAway..!

MUDAH, RINGKAS 

Dan

BANYAK HADIAH UNTUK DIMENANGI..!

Terma dan Syarat KLIK SINI.

TARIKH TUTUP:
19 MAC 2013.

NAK JOIN..?
KLIK BANNER SEKARANG..!


Kata Hati :
Banyak hadiah tau..rugi tak JOIN..!
.

Selasa, 19 Februari 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Masz...!






SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN

MASZ

SEMOGA DIPANJANGKAN USIA

DIMURAHKAN REZEKI

DAN

BERBAHAGIA SELALU....

AMIN....!
P/S:
Diatas kesempatan ini juga, Nur ingin ucapkan 
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN 
juga buat Kak Yana...!
Happy Birthday Kak...!



Kata Hati :
Hari ni Birthday Beto Kusyairy dan Datuk K jugak..!
.

Isnin, 18 Februari 2013

Sedarkan Yaya...





Pada sesiapa yang nama Yaya, Mohon jangan terasa ye…

Pernah tengok katun Boboboi..? betul ke ejaan tu..?aku main taip sesedap rasa je ni. Asalkan ade bunyi..hahaha..!

Dalam katun tu, ada sorang budak perempuan bertudung litup. Nama dia Yaya. Tahu kan..? Tipulah kata tak tahu..! Yaya ni comel-comel budaknya *rujuk pic kat atas ye! Pandai buat biskut. Cuma kelemahan Yaya ialah rasa ketidaksedapan  biskut yang dia buat.

Ketidaksedapan biskut tu, tak dapatlah aku nak terangkan macam mana, sebab aku pun tak pernah rasa. Cuma  yang aku nampak, sesiapa yang makan biskut Yaya ni, pasti pengsan. Termasuklah kucing jalanan.

Yang aku pelik, kenapa eh tak ada sorang pun di antara mereka yang nak berterus terang dengan Yaya tentang rasa sebenar biskut Yaya tu..? Memanglah Yaya tu akan marah bila kawan-kawan kutuk rasa biskut yang dia buat. Tapi sampai bila boboboi dan kawan-kawan nak berdiam diri..?

Mula-mula je kot Yaya tu tak dapat terima kenyataan. Kalau merajuk pun mungkin 1 atau 2 episod jee… lepas tu rasanya okeylah. Sekurang-kurangnya Yaya boleh baiki kelemahan yang ada pada rasa biskut dia tu. Ini diam jee…manalah Yaya tu nak tahu.

Dan yaya pun, janganlah nak sentap sangattt…! Perbaiki diri dengan kritikan. Kalau asyik nak melenting atau marah bila kena kritik, alamatnya tak akan majulah, sebab berpijak di tempat yang sama sampai berlekuk.

Jadi, lepas ni cuba berterus terang tau. Cukuplah nak sembunyikan apa-apa. Bila berterus terang sekurang-kurangnya, kita jujur…kalau tidak…sampai sekarang aku kecik hati tau...eh..! :p


*Lambat publish sebab leka tengok bunga api..Hehehe.. :p



Kata Hati : Errr...kalian faham tak motif entry ni..?
.

Sabtu, 16 Februari 2013

One Summer Night By Chelsia Chan & Abi | Lirik






One Summer Night By Chelsia Chan & Abi   


One summer night the stars were shining bright
One summer dream made with fancy whims
That summer night my whole world tumbled down
I could have died if not for you

Each night I pray for you
my heart would cry for you
The sun don't shine again since you've gone
Each time I think of you
my heart would beat for you
You are the one for me

Set me free like the sparrows up the tree
Give a sign so I would ease my mind
Just say a word and I'll come running wild
Give me a chance to live again

Each night I pray for you
my heart would cry for you
The sun don't shine again since you've gone
Each time I think of you
my heart would beat for you
You are the one for me

One summer night the stars were shining bright
One summer dream made with fancy whims
That summer night my whole world tumbled down
I could have died if not for you

Each night I pray for you
my heart would cry for you
The sun don't shine again since you've gone
Each time I think of you
my heart would beat for you
You are the one for me



Kata Hati :
Senyummmm....!
.

Jumaat, 15 Februari 2013

Tazkirah Jumaat | ALLAH Sentiasa Bersama






Kata Hati :
DIA sentiasa dengan kita....
.

Khamis, 14 Februari 2013

Sentap..!






Kejadian Pagi Tadi :

Cedok nasi, letak sikit sayur, 
Cubit sikit telur, tuang kicap sikit…
Gaul-gaul-gaul…

Suapan pertama selamat mendarat dalam mulut…
Kunyah perlahan, cuba menikmati…
Telan…laparr…!

Siap sedia dengan suapan kedua…
Selamat mendarat dalam mulut…
Baru 3 kali kunyah…
Tiba-tiba….

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku…

Sentap…!
Nasi dalam mulut telan terus,
Kenyang teruss..

Bangun ke sinki, 
Basuh tangan , kumuh..

Mak tanya kenapa,
"Tergigit lidah"
Dan terus
Masuk bilik……..


Kata Hati : Sebenarnya..sebenarnya...huh..!
.

Rabu, 13 Februari 2013

Wordless Wednesday #45






Kata Hati :
Qoute ni Bulan yang bagi....
Thanks ya Moon...!
^___^
.

Selasa, 12 Februari 2013

Tragedi Di Hari Minggu



Pada hujung minggu yang lalu, line internet sedang menggila dirumah. Jadi tahap kebosan jadi makin melampau. Dan disebabkan tidak dapat menahan hawa nafsu untuk berblogging, aku buat kerja GILA yang super duper GILA..Hahaha…!

Berlaku pembaziran yang sangat melampau tahu..!

Al-maklumlah setan duk hasut-hasut aku. “kejap je, bape henggetlah sangatkan…”

Aku pun cepat-cepat semak baki keredit nombor peribadi aku. ada RM95.83 tepat..!! Nombor celcom ni, memang super duper banyaklah. Sebab aku jarang guna. Tiap-tiap bulan topup 30 hengget, sebulan Cuma guna 5 hengget, lama-lama tak ke banyak jadinyakan..!

Kalau nombor maxis pula tak banyak. Lepas potong BIS tingallahlah dalam 10hengget kebawah. Jadi aku nekad guna yang celcom punya.  Berbekalkan  bersemangat waja GILA dengan  kesungguhkan yang ada, aku keluarkan sim kad tu, dan masukkan dalam berukband. Dan seperti biasa cucuk pada usb lappy dan tunggu hingga isyarat connection keluar.

Bila dah keluar, aku pun kliklah. Dan bermulalah pelayaran internet. Berdesup kot setiap kali buka mana-mana blog. Dalam hati terbaiklah celcom ni..! tak sampai 15 minit, loading jadi slow. Ada mesej dari 2888 masuk, nyibukk je.! Jadi aku abaikan.

2minit lagi, mesej dari nombor yang sama masuk lagi. Aku masih buat tak tahu.  Loading pun makin berat. dalam hati dah rasa macam pelik jer. Masuk mesej ketiga, tanpa disconnect sepantas kilat aku cabut berukband dari lappy.

Dalam hati, duk doa moga-moga sikit je kredit yang di tolak. Aku masuk sim kad dalam phone,onkan phone, dan cepat-cepat tengok baki….

Sekalii…….



Apa perasaan kalian..? Aku tentulah terkejut GILA VAVI..! Dah tu hati aku yang cenggeng ni terus rasa nak nangiss tau..! GILA tinggal 1sen jee..! memang bedesup keredit aku hilang…! 

Waaaarrgggghhhhhh….!!!

Sumpah tau aku rasa macam nak lempang lappy dengan berukband laju-laju..! hilang gitu jer keredit aku…sedey betoii..! Huhuhuuhu…

Petang semalam, aku singgah bank, dan topup rm60. Konon-konon boleh melegakan hati…tapi tak jugak..duk teringat lagi baki lama…huhhu..



Kata Hati : Pada muka aku kan..!
.

Isnin, 11 Februari 2013

Hati Dan Jiwa





SEBELAS FEBRUARY DUA RIBU TIGA BELAS......

Tika sedang aku menaip coretan ini, aku hanya mahu tersenyum indah walaupun ada cecair jernih yang mengalir dari  belahan tubir mataku. Namun aku yakin aku masih kuat untuk terus menyusun setiap  abjad di blog picisan ini.

Aku seorang wanita biasa yang sedang mencari kelengkapan di dalam kehidupanku. Mencari ketenangan jiwa di sanubari ini. Mencari raja yang akan bertahta di menara hati ini. Aku menemui ketenangan setiap kali diri ini melakukan pekara wajib.

Manakala ketika mencari pemerintah di sanubari, aku sendiri terkedu bila masih adanya kejujuran di hati yang namanya manusia. Salam di berikan dengan penuh keikhlasan. Dan kasih juga di sambut dengan penuh kemesraan.

Terjalin persahabatan di antara dua jiwa. Saban hari meragut ketenteraman jiwa hakiki. Sedang meniti hari kehari, ada sesuatu yang tidak telus. Bukan mahu persendakan kejujuran bernyawa itu. Sedangkan dia juga punya hati dan perasaan seperti aku.

Kejam jika aku teruskan langkah yang kian menghimpit rasa jiwa. Setiap hayunan langkah pasti rasa sesak di himpit resah. Semakin kelam pandangan mata. Semakin pudar sinar cahaya. Kaku aku berdiri di saat tersedar di ulit mimpi.

Ketika aku di hujani cahaya rembulan dan bintang, aku Cuba menjejaki daerah kelam di dasar hati. Mahu menyelami rasa gelora yang bisa meruntun jiwa. Puas aku amati, puas aku tafsirkan. Rasa hiba yang aku punya. Nyata bila setiap hela nafasku adalah keluhan jiwa yang tersadai di dasar hati.

Longlai mahu melangkah. Pahit perit cuba aku harungi dan tempuhi. Biar luka tertusuk sembilu, jika itu dapat membuatkan mereka tersenyum. Biar mereka puas. Asalkan mereka dapat apa yang di idamkan. Begitu kejamnya manusia yang tidak pernah mengerti sekelumit pun perit yang membebani perasaan hati.

Hati. Aku hanya mahu mengukir senyuman. Bukan seyuman sepi yang aku dambakan. Tapi mahu lebih daripada itu. bila riak wajah menampakkan ceria, tidak bermakna hati juga sedang bergembira. Kerana hati telah banyak terseksa. Segala apa yang di rasa pasti mendera setiap apa yang di tempuhinya.

Jiwa. Aku juga hanya mahu berdiam. Kerana terlukanya hati akan parahlah jiwa. Bergelora jiwa kerana hati. Keperitan hati kerana jiwa. Terseksanya diri mahu menanggung setiap apa yang di rasai hati jiwa dan perasaan. Biar gundah semuanya. Biar berantakan semuanya. Asalkan mereka puas.

Aku mahu melihat mereka tersenyum walaupun derita itu jadi milikku. Ya..! bukan mudah untuk aku berdiri teguh. Tapi apa yang harus aku lakukan..? marah..? menangis..? sudahlah.. tak ada guna jika aku terus memberontak, tapi dia sedang bahagia.

Siapa kejam? Aku atau kamu? Jika masih ada rasa sayang   atas nama SAHABAT, maka berterus teranglah, walaupun sudah terlambat. Jika kamu masih terus bersembunyi, tolonglah jauhkan diri dariku. Atau aku sendiri yang akan pergi. 

Dan nyata, hingga saat ini, kamu masih bersembunyi dengan aku. Apakan daya, segalanya adalah hak kamu. Cuma doaku dan kata akhirku untuk kamu, berbahagialah...




Kata Hati : Nur okey... ( ^__^ )V
.

Ahad, 10 Februari 2013

Angin Syurga By Misha Omar | Lirik






Angin Syurga By Misha Omar


Ku himpun waktu ucapan terindah
Terbenam sudah asmara
Mesranya siang dan malam
Selalu kau tiup kan angin syurga padaku

Ku himpun makna kata darimu
Harum yang mekar di kebun hati
Dan katamu sebuah kota bahagia dan berdiri ..

Sehingga hujung masa
Berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
Kasihku... tuluskah cintamu
Sebuah jawapan ku damba dari bibir mu .. bibir mu

Tidakkah kau tahu hidup punya waktu
Kasih tersia bukan itu ku mahu
Andai kau membisu tentu akhirnya
Perpisahan ini akan tetap terjadi


Luahan Hati :
Walaupun KAMU membisu, 
Perpisahan ini tetap akan terjadi 
Dan sudah pun terjadi....!


Kata Hati Ikhlas :
Tahniah buat KAMU dan Isteri
Doa Nur, moga berbahagia hingga Syurga...
Amin..! 

.

Sabtu, 9 Februari 2013

I Can't...!






Sembilan Februari Dua Ribu Tiga Belas.....
Bila tiga puluh hari itu sudah tiba....
Aku.........



Kata Hati : 
I really want to hug someone now 
*only girls
.

Jumaat, 8 Februari 2013

Tazkirah Jumaat | Redha






Kata Hati :
Janji ALLAH itu pastikan....
.

Rabu, 6 Februari 2013

Suatu Ketika Dulu....





Malu..!

Sebenarnyakan...Sebenarnyakan..sebenarnya malu nak bercerita. Sebab pekara ni selalu terjadi dalam drama-drama je. Tapi tidaklah kata langsung tak berlaku di alam realiti. Mungkin jarang, sebab tak semua orang pernah buat apa yang aku selalu buat satu ketika dulu.

Dan aku akan bertambah malu sekiranya ada orang yang pernah jumpa dengan benda yang aku maksudkan itu dan nak pula dia sedang membaca entry ni.. Argghhhhh…..!!!

Adehh…Mahu teruskan ataupun tidak ni..? Errrr….Sungguh…aku malu bebeno nak menaip ni..! walaupun tak berhadapan dengan kalian, tetap rasa malu tahu.!

Begini………

Sewaktu umur aku 16 tahun, aku ada hobi pelik yang bagi aku ianya sangat-sangat-sangat owesome…! Mungkin bagi aku jer yang owesome kot. Bagi kalian mungkin macam mengarut kot..

Kenapa aku pilih hobi itu, aku dulu ke sekolah naik basikal, jadi hobi tu langsung  tidak menyusahkan sesiapa dan yang paling penting tak perlu jauh-jauh. Lagipun laluan tu memang hari-hari lalu waktu sekolah dulu , iaitu menyeberangi sungai..!

Dan yang paling penting juga, hobi ini wujud selepas aku kenal KAMU. Ya..KAMU….!  Al-maklumlah, waktu mula-mula kenal tu, shy-shy cat nak mengaku tentang perasaan hati. Yer lah, baru 16 tahun kot, tak kan berani punyalah nak berterus terang…

Jadi, cara aku berterus terang adalah pada sehelai kertas berjalur depan kosong di belakang. #buku amali sains aku selalu jadi mangsa…! Aku akan meluahkan apa saja dengan menulis-menulis-menulis. Dan bila siap menulis, aku akan gulungkan kertas tersebut dan masukkan dalam botol jernih, kemudian tutup rapat dan ketat.

Dan bila nak kesekolah, aku akan pastikan botol itu selamat berada dalam beg sekolah aku. Dan selalunya botol itu dibebaskan lepas waktu sekolah, dengan cara mencampakkan botol berisi luahan hati itu kedalam sungai yang mengalir tenang. Dan kemudiannya aku akan perhatikan botol hingga hilang dari pandangan mata.

Errr…jujur ye..! itulah hobi pelik aku selama 2 tahun. Berbotol jugalah luahan rasa telah aku lemparkan. Tapi di sebabkan aku langsung tak tinggalkan nombor telefon dalam surat tu, sampai sekarang, aku tak pasti sama ada orang pernah jumpa atau tidak botol rahsia tu. Hahahaha…

Cuma sekarang ni, tertanya-tanyalah jugalah kemana hala tuju botol tu ,ada ke yang jumpa. Err..malulah kalau ada yang jumpa. Serius banyak merapu kot dalam tu..! hahahaha…

Bila dah habis sekolah, hobi tu aku tinggalkan macam tu je. Sesekali rasa rindu aku akan lalu sungai yang pernah menjadi saksi pada botol-botol yang aku campakkan dulu. Cuma lalu je lah, nak bersantai macam dulu payah dah, ramai sangat lelaki-lelaki yang melepak atas jambatan tu..!

Itulah cara aku menulis dan meluahkan perasaan. Sekarang ni, tak perlu kertas, tak perlu menulis , tak perlu botol. Cuma perlu computer , internet ketuk-ketuk keybord klik publish siap sudahkann..! Dan ianya untuk tatapan semua.  Hehehe..

Kalian pernah buat apa yang aku buat tak..? ke kalian ada hobi yang lagi pelik dari aku..?



Kata Hati : Rindu waktu dulu-dulu laa, andai dapat ku undurkan putaran duniaaaa……
.

Selasa, 5 Februari 2013

Wordless Wednesday #44






Kata Hati : 
Saya betul-betul terkilan dengan sikap awak...!
SELFISH..!!!!!
SELFISH..!!!!!
SELFISHHHHH..!!!!!!!!


P/s : Tiba-tiba rasa blog ni macam dah tak selamat..!
.

Tentang Seseorang...





BINTANG sahabat maya yang jauh nun di sana. Memang kami belum pernah berjumpa. Mungkin akan berjumpa suatu hari nanti…InsyaAllah. Dia sahabat yang sentiasa ada untuk aku. selain bulan, dia juga selalu setia menghiasi hari-hari aku. Walaupun BINTANG nun jauh diatas sana, tapi masih mampu menerangi aku yang tenggelam dek cabaran dunia..

Siapa BINTANG..? biarlah aku, bulan, bintang dan DIA saja tahu…

Bintang pernah tanya aku, aku pernah berkawan rapat dengan mana-mana lelaki atau tidak.?

Reaksi spontan aku ketika baca soalan yang di ajukan bintang ialah, mengaru kepala yang langsung tidak gatal. Sambil otak ligat berfikir, siapakah kawan lelaki yang layak digelarkan BFF..? sebab setahu aku, sejak tamat alam persekolahan, aku langsung tidak berkawan dengan mana-mana lelaki, kecuali KAMU.

Selain KAMU, aku memang tidak berkawan dengan lelaki lain. Kalau kawan dialamaya ni, ramailah. Tapi di dunia realiti, tiada, kosong.

Dan pagi tadi, tiba-tiba soalan bintang sekali lagi bermain di fikiran. Seraya itu terus aku mengingati seseorang yang pernah kenal rapat dengan aku lepas alam persekolahan. Walaupun umur aku 16 tahun lebih muda dari dia, tapi langsung tak menghalang persahabatan kami. Dia lelaki yang baik, sangat menjaga penampilan dan manja…! #adehh..kenyataan berani mati ni..!

Walaupun dia 16 tahun tua dari aku, aku tak pernah panggil dia ‘ABANG’. Meskipun kadang-kala dia selalu bahasakan dirinya ‘ABANG’. Aku lebih selesa panggil nama. Tapi tak bermaksud aku tak hormat dia. Aku terlalu hormati dia bukan hanya kerana dia lebih tua,  tapi kerana gelaran yang di sandang oleh dia.

Seminggu, 3kali wajib dia datang ke tempat kerja aku. Pernah sebulan penuh dia  datang jumpa aku. dia selalu bercerita segala aktiviti dan pengalaman sebagai  pakar motivasi.  Sebab itulah dia boleh jadi penasihat terbaik buat aku ketika aku jatuh..! Tapi aku juga di anggap penasihat terbaik buat dia tau. Ingat lagi, bergenang air mata dia menahan sebak bila bisnes yang diuruskannya tersungkur akibat ditipu kawan sendiri. 

Dikala itu, aku penting buatnya. Bukan kerana duit, tapi kata-kata semangat untuk dia bina kekuatan semula. Saban hari kami makin rapat dan segala apa yang dia mahu lakukan, pasti akan di maklumkan pada aku. jadi segala jadual harian dia, aku boleh hafal..! Serapat-rapat kami, dia lelaki yang sentiasa menjaga perbatasan dalam pergaulan. Mungkin sebab itu aku selesa berkawan dengan dia. Dia faham cara aku. aku faham cara dia. Itu yang penting. Dia jugalah yang selalu menceritakan kisah-kisah hidup wanita terhebat pada aku. Dan salah satu cerita yang amat terkesan dalam hati aku ialah kisah Rabiatul Adawiyah.

4 tahun dia menjadi BFF terbaik buat aku. Hinggalah dia terjebak dengan bidang jualan hartanah. Terbang sana, terbang sini sampai tiada masa lagi untuk bertemu seperti selalu. Hubungan jadi renggang bila dia tidak lagi memaklumkan aku segala aktivitinya. Pernah sebulan tak jumpa, aku cuba call tempat dia bekerja, jawapan yang diberi kakitangan kerajaan disitu, membuatkan aku benar-benar sentap…!

Encik I cuti tanpa gaji 3 bulan…”

3 bulan..?? kenapa aku langsung tak tahu..??  Yee..aku tahu itu hak peribadi dia, tapi kenapa tak maklumkan pada aku seperti mana sebelum ini..? paling sakit hati, bila panggilan aku langsung tidak dijawabnya.

Dan suatu petang hening, tiba-tiba panggilan 3G dari dia masuk ketalian telefon aku.  Rupanya dia berada di sabah, sedang menguruskan jualan hartanah disana. Dia akan jumpa aku sebaik saja pulang ke semenanjung nanti.

Aku tak ingat bila kali terakhir kami berjumpa, tapi apa yang membuatkan kami renggang dan bertambah renggang bila aku sedar, dia mengharapkan hubungan yang lebih. Walaupun hakikatnya, dia tahu kedudukan sebenar dia.

Dan akhirnya hubungan kami berlalu macam tu jee… dan bila dah berbulan-bulan tak jumpa, aku dipaksa jumpa dia untuk mengundang  ke jemputan perkawinan sepupu aku,serius aku  rasa takut. Manalah tahu kalau dia tak nak jumpa aku dahhh…

Tapi sangkaan aku meleset, dia masih sudi jumpa aku. dan reaksi yang tak dapat aku lupa bila aku hulurkan kad jemputan, terus dia  soal dengan nada  gusar “siapa kawin..?” sambil mata melirik lihat dua belah jari manis aku. ohh..cari cincin rupanya…

“Bukan awakkann…”

“Eh..sayalahh…Jemput tau..!”

Cepat-cepat dia buka kad jemputan tu, sebaik je lihat nama yang tertera..reaksi dia urut dada…

“Fuhh..ingatkan awak tadi…”

“Kalau saya pun kenapa…?”

“Err…”

Dia kelu, aku lagilah kelu. Aku tak mahu dia berharap pada aku. Bukan tak sudi, tapi susahlah nak jelaskan…rasanya aku hanya selesa menjadi kawan yang terbaik untuk dia.

Ermm…rasanya ada hikmahnya kenapa kami tidak serapat dulu. Tapi tak bermakna aku mahu terus jauhi dia. Tidak...dia tetap sahabat aku sampai mati..!

Errr..tak sedar, terpanjang pula entry..hehehehe…. itu sajalah  Bintang. Dan insyaAllah, Nur akan cuba buat 
seperti mana  Bintang ajar hari tu..heeeeee… J



P/s: BFF lelaki, tak bermakna kita curangkan....!



Kata Hati : Baik lelaki ataupun perempuan dua-dua Nur suka kawan... :)
.

Isnin, 4 Februari 2013

Duit Tak Keluar Dari ATM, Tapi Baki Tolak






Kalau dulu, keyword yang melekat dalam Nuffnang, memang pelik-pelik. Tak kurang juga keyword dalam blog. Memang pelik. Yang penting lagi pelik dari Sue Pelik…! Heheheh….

Nampak tak, keyword dekat atas? "Duit Tak Keluar Dari ATM, Tapi Baki Tolak". Tak sangka entry INI turut sama menyumbang trafik untuk blog ini. Lagipun , itu hanya entry minta pendapat kalian je, bukanlah cara penyelesaianya.

Tapi harap, komen-komen ynag ada di entry itu dapat memberi sedikit infomasi pada yang mencari mengenai "Duit Tak Keluar Dari ATM, Tapi Baki Tolak" ni. Dari pengalaman aku sendiri, memula tu, memang akan dan mesti panik tau.

Dalam masa yang sama otak ligat berfikir. Dan Alhamdulillah, semuanya selesai kurang dari 3 hari. Dan untuk entry ini, biarlah aku beritahu sekiranya Duit kalian tak keluar dari mesin, tapi bakinya di tolak terjadi kepada kalian.

  • Tolong JANGAN PANIK. Sebab bila panik, kita akan lupa apa yang sepatutnya kita buat.

  • HUBUNGI talian bebas tol yang tercatat di setiap MESIN ATM.

  • Sila SIMPAN resit atau apa saja BAHAN BUKTI yang ada pada anda.

  • TOLONG INGAT dan pastikan mesin ATM yang anda guna dan JUMLAH WANG yang dikeluarkan.

  • Dan SEGERA buat laporan bila bank sudah beropersi.


Rasanya semua ini cukup buat kalian ingat sekiranya perkara yang kita tidak ingini terjadi pada kalian. Harap apa yang tercatat dalam ni, dapat bantu kalian…InsyaAllah….



Kata Hati : Ada ke sesiapa yang tak gelabah bila hilang beriban..?
.

Ahad, 3 Februari 2013

Penantian By Kertas Band | Lirik






Penantian By Kertas Band


Bulan dengarkan lantunku
Bintang temanilah aku
Terangi gelap malamku

Aku ingin engkau tahu
Ku kan selalu menunggu
Hilangkan rasa letihku

Bila nanti kau mengerti
Kumohon terangi aku

Dalam hatiku
Ingatkan aku
Untuk menahan rasa hati lelahku
Yang selalu ...
Rindukan tawamu dalam hatiku

Dalam hatiku
Hanya dirimu ...
Beri malamku yang menghiasi jiwa
Yang rapuh
Terlalu merindumu
Hoo oo ooo....

Bila nanti kau mengerti
Kumohon terangi aku .....

Dalam hatiku
Ingatkan aku
Untuk menahan rasa hati lelahku
Yang selalu ...
Rindukan tawamu 

Dalam hatiku
Ingatkan aku ku kan tetap menantimu
hingga hati itu
Kan jadi miliku.....



Kata Hati :
Sudikah Bulan dan Bintang pinjamkan bahu pada Nur....??
.

Sabtu, 2 Februari 2013

"IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"






Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry

Jumaat, 1 Februari 2013

Tazkirah Jumaat | 10 Surat Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara



KLIKLAH UNTUK TUMBESARAN



Kata Hati :

Moga beri manfaat buat kita semua...
Selamat Hari Jumaat....!
.