Isnin, 24 Disember 2012

Home » » The Secrets Of Leonerz Dan Karukord Jagau

The Secrets Of Leonerz Dan Karukord Jagau



sumber google


Alhamdulillah, dipermudahkan semuanya. Dalam 12 lebih malam tadi baru sampai Taiping. Bila dah sampai tu jangan haraplah nak rehat-rehat teruskan. Pekara pertama masuk semua baju-baju kotor dalam mesin. Ini penting, sebab minggu depan InsyaAllah aku akan ke Melaka pula. Kalau tak basuh segera, tak ada bajulah nak pakai..!

Sementara tunggu mesin basuh menamatkan pusingannya, aku kemas ala kadar je sambil tu BBM sahabat nun jauh di sana serta yang terlibat tentang ketibaan kami di rumah dengan jayanya. Lepas tu, batery terus king kong kata Deqla... Hahahaha..!

Percutian 2 hari 2 malam kali ini cukup beri kesan yang manis. Walaupun ada sedikit rasa ralat kerana tidak dapat memenuhi kehendak hati. Dapat bertemu 2 orang rakan blogger dari Geng Segar Follower (GSF) cukup mengembirakan. Cuma sedikit kesal dengan masa yang sentiasa mencemburi. Memang nak sangat jumpa Blogger Mama Mia. Tapi keadaan tidak mengizinkan. Nur mohon maaf sangat-sangat kak..InshaALLAH..kalau Nur kesana lagi, kita jumpa.

Mungkin ada warga GSF sudah tahu, blogger mana yang aku jumpakan. Tapi apapun, aku tetap nak up entry juga. Dan kalian yang belum tahu, bila baca tajuk entry ni tentu sudah tahu dengan siapa aku jumpakan..kan..kan...! 




Yana Libra, salah seorang pemilik blog The Secret Of Leonerz . Aku percaya, rata-rata warga GSF kenal dengan Yana Libra kan...? Kalau tak kenal, silalah cubit pipi kalian sekuat mungkin okeyh..!! 

4 hari sebelum gerak ke Putrajaya, aku memang ada risik-risk Yana. Dalam duk risik-risik tu, terlupa pula nak ambil nombor telefon masing-masing..Haishhh...! Selamatlah Deqla ada. Dia yang tolong berikan nombor phone aku dekat Yana. #Terima Kaseh ye Deqla...!

Petang lepas Yana Kursus kahwin baru Yana sms. Dan bermulalah perancangan kami mahu berjumpa. Kebetulan masing-masing sibuk ketika tu. Yana di sana, aku pula di situ. Dan waktu itu jugalah bateri handphone kingkong..!

Tapi tak bermakna aku terus putus asa. Tetap mencari ruang dan peluang untuk berjumpa. Walaupun tengah malam..! Dan akhirnya, lebih kurang pukul 11.25 malam, baru Yana sampai hotel yang aku menginap.

Bersaksikan bulan dan kapal terbang yang duk lalu lalang atas kepala, akhirnya dapat juga aku kenal pemilik blog TSOL . Sangat bertuah sebab dapat jumpa Yana Libra . Kalau sebelum ni selalu singgah di blog dia je. Tapi malam tu, dapat kenal terus. 

Lama juga kami borak, sedar-sedar dah pukul 12 lebih. Tapi maaf lah ye, tak ada gambar kami berdua. Aku hormat hak Yana. Cukuplah sekadar kenangan di minda kami berdua. Dan apa yang boleh aku katakan, Yana kamu sangat sweet..!

Pada yang join Gathering ke Melaka hujung minggu ni. InshaAllah, mungkin Yana akan join. Jadi bolehlah kita berkenalan dengan lebih erat lagi. InshaALLAH. 




Karukord Jagau's . Blogger kedua yang aku jumpa. Dan kalau ada warga GSF yang tak kenal dengan pemilik blog yang kaya dengan acah mak labu ni, tolong ya...terjun dengan luncai dan lelabunya. Lepas tu kasi cubit pipit kalian tu ye..! Hehehehe.

Macam Yana juga, aku memang ada risik-risik dengan KJ kata nak jumpa. Walaupun ada rasa segan tapi cuba jugalah nak jumpa kawankan. Dan aku fikir aku je kot segan. Tak sangka dalam rock-rock KJ dia pun kata segan lorrr.... Adehhh...!! Tapi dalam segan-segan tu, KJ datang juga jumpa aku tau. Wa respek lu bro..! Hahahaha...

Adik aku, memang tak berapa tahu sangat jalan Klang. Aku pula lagilah buta jalan. Jadi KJ sendiri datang ke Apartment Sri Ayu, rumah makcik aku. Kalau KJ tak datang, mungkin tak berjumpa kot. Pukul 12 lebih, KJ sampai dekat kawasan rumah makcik aku. Kami lepak kedai mamak. Sebab kata KJ kalau tak lepak dekat makan dia akan jadi bisu terus..! Hahahahaha...

Serius memang pak lawak betullah KJ ni. Tapi sepanjang borak-borak tu tak ada pula cerita pasal acah mak labu. Aku pun lupa mau tanya daaa....Hehehee...Dan rasanya ini pertama kali blogger lelaki yang aku jumpa. Apapun memang lawaklah KJ ni. Pastikan anda masuk maharaja lawak tahun depan. 

Oh yaa..gambar KJ ada. Tapi tak diletakkan di sini ya. Cuma telah di sebarkan di group wassup je. #KJ jangan marah naa...Hahaha....

Apapun, terima kaseh tak terhingga pada Yana Libra dan Karukord Jagau's sebab sanggup susah payah datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa Nur. Moga ukhwah persahabatan ini kekal terjalin sampai bila-bila...Ameen..!


Psstt..Panjang gila entry ni kan....!


Kata Hati :
 Nur minta maaf sangat dengan Mama Mia.InshaAllah kak,
 Suatu hari nanti kita pasti ketemu jua..
.

36 ulasan:

are_lin@yu berkata...

hihi beznya nur...jmpa 2 blogger awesome tu.hihi..nti kita jmpa kt melaka lk k.hehe

Deqla manjew berkata...

eh ada nama deqla di situ..hihi..wahh.. panjangnye entri..tekun tau deqla baca.. tp seblm baca deqla scroll bawah dulu nk tgk ada x gmbr dgn si jagau.. hahahaa... malu2 kucing la tu nk bergmbr sama.. kan?kan? takot nnti cik ai jeles... kan?kan? hahaha.. x psl2 ai yg kena! jgn marah cik ai syg...:p
yeahh... yana nk join yer.. teringin jmpe yana! opkos la sweet kan..sbb tu ramai secret admire..kan?kan? :)

nanieybarnieylurviey berkata...

pjg entry.. :) kisah perjalanan nur jmpe blogger (ahli GSF) .. hehe..

lelamaisara berkata...

wah best la dah jumpe yana n kj..heheh...die memang suke buat lawak ea nur...heheh.bile nak jumpe akak lak ni nur...kat melaka insyaallah .....hehhe

Kakizan Omar berkata...

bestnyer korang ada kesempatan jumpa jumpaan tu... :D

Chic Na berkata...

wahh seronoknya baca cerita org berjumpa sana sini. jeles hokey. huhu.. akhirnya jumpa jugak ye ngan KJ. huhu.. InshaAllah someday kita lak jumpa k. :)

9n0L4 berkata...

waaaaaaaaaaaaaaaaa, tak aci. nur jumpe yana. siap dgn kj lagi. nak tgk jugak gmbr. wassap cpt. :)

abah khalisha berkata...

sampai-sampai terus buat keje..fuh letih tu

wan nurul hezrina berkata...

wahhh dapat jupe yana n jangau=)oklah2 mesti banyak yang dibualkan=)

Si Matatajam berkata...

Amboi bestnya Nur...siap jumpa jagau ngan Yana...tapi ralat skit la pict Yana x dak...

izan mama mia berkata...

tak peeeeeeeeeeeee..(merajuk sudah !!)

Misya Mialen berkata...

wah bestnya dpt jumpaaaaaa dorg. tp,nak jg tgk gmbr;)

LYAfrina berkata...

bestnyer.. rezeki nur la leh jumpa mrk semua ke alam realiti.. sbnarnya..lya pon teringin sgt nk knl yana libra ni..

boni kacak berkata...

wah...bestnya..sampai dua orang blogger yang dia jumpa.hehehe

Mieya Atiera berkata...

Wah, bestnya dapat jumpa blogger. Mieya nie, entah bila lah dapat join semua nie.

aku HaniAsyira berkata...

sonoklah cik nur.. dpt jumpa kak yana.. yang first lak tuh

etuza berkata...

Cik Nur, kenal sangat selalu terjah dan baca di blog mereka ni...namun kekadang late jg terjah..lepas buka sekolah agaknya kuranglah on9 ni...

Herman Bagus berkata...

Amin :)

whitecappuccino berkata...

wah! nur gi jumpa kwn blogger yer?

Cik Pensil berkata...

wah2 bercuti2 jumpa rakan blogger . mesti best! nak ke melaka pulak ? hati2 ;D

akuamir berkata...

saye kat melakee,, boleh la jumpe ^_^ huhu

Cik Aini berkata...

aisehhh
x sabar nk jumpa yana Libra nti..dah rs mcm Yana ni mmg orgnya cantik :)

nk jumpa Jagau jugakk tp...tp...tp..haaaaaaa
pnya la byk tp....

kinara kinatara berkata...

wah...jelesnya ngan kak nur..dah dapat jumpa mereka..kina nie entah bila lah..:)

jaakechik berkata...

ooo jumpa blogger ekk..mana pic nya...show ler sikit...heeee

shidaR berkata...

kite yg bdekat ni pun xjmpa lg kn Nur hehee :D

Miz Tia berkata...

astaga.................
mantav kak.. emang panjang, banget..
kalo saya baca entry malaysia sampe kelar kadang sampe terbawa deh ngomongnya melayu gitu :D

.

N.Aima K berkata...

wah gambar yana ada tak? hi hu.. seronoknya semua blogger misteri dah tak misteri lg ;)

Hanif berkata...

kunjungan rutin sobat, lanjot ke blog lain dolo, ditunggu kunjungan baliknya

Yana Libra berkata...

wahh..sy baru ade kesempatan bukak laptop ni cik nur..hehe..sy dpt no cik nur pun dr sis deqla jugak..huhu~

cik nur lg comel dari dalam gambarlah..hehe~


p/s:tak tahan tu bersaksikan kapal terbang sekali..tp mmg ade banyak kapal terbang pun lalu situ kan~ :p

Eca Dwinky Asha berkata...

wahhh..mcm best je jumpa.eca baru jumpa dua org.nnti eca konvo kt picc,leh jumpa cik nur kan...hadiah by next week lps exam bru eca hntr k :)

Karukord Jagau's berkata...

Terima kasih la pada cik nur....sudi jugak jumpa KJ ^_^

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

beshnya dpt jumpa..yui bila lg? hihi.

Mrs Velentine berkata...

bestnya,,,MV pun jumpa dgn Cikgu Etuza

Deq's Qienz berkata...

wahh syiok la cik nur..skali jmpa 2org trus..hikhik

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

weeee best nur dh jumpa yana n jagau...camno la rupa yana jagau dh tengok hihi

dya bunga berkata...

nnti dtg kl lagi dtg lah jumpa dya pulak.hihi