Isnin, 18 Mac 2013

Home » » Jangan Ingat Emak Tak Tahu...

Jangan Ingat Emak Tak Tahu...






Entah kenapa, minggu lepas emosi diri sedikit terjejas. Penangan hasil karya novel Siti Rosmizah gamaknya. Bila baca, sekaligus fikiran aku terus merewang kepada kamu.

Ya..keadaan jiwa masih belum pulih sepenuhnya, tapi sedang cuba untuk jadi hebat lebih dari sebelumnya. Dalam keadaan emosi yang tak berapa nak stabil, memang agak berat untuk lakukan apa-apa. Sampai nak suap air ke mulut pun terasa berat sangat.

Dan minggu lepas entah kenapa emak kerap pula buat kejutan. Sebenarnya bukan kejutan sangat pun, sebab sebelum tu memang emak ada mesej. Cuma aku je langsung tak jenguk telefon bimbit. Dan bila loceng office berbunyi, aku sendiri terasa macam satu kejutan bila tengok yang tercegat depan pintu itu adalah emak.

Bayangkan dalam keadaan aku beremosi, emak dah setia menunggu aku buka pintu. Errr…apa lagi yang boleh aku lakukan selain senyummmm. Ya…! Mungkin senyuman aku itu palsu. Tapi, ianya lebih baikkan daripada emak lihat aku muncung sedepa.

Bila dalam kereta, dari ekor mata, aku nampak emak kerap kali cuba intai air muka aku. Aku..? Sedaya upaya kekal gaya muka yang  selamba tahu! Walaupun kadang-kalanya bebola mata tertiba berkaca. Arrghhh..! Sangat tidak suka situasi itu.

Dalam hati, mohon emak jangan tanya apa-apa. Mohon emak tidak perasan perubahan anaknya. Sebab aku tak sanggup mahu bercerita. Sangat-sangat  tidak sanggup,tahu! Tapi bila lebih dari 5 kali emak curi-curi pandang, aku cuma hanya mampu berkata …

“Kaklong letih betul hari ni, dahlah tak cukup tidur”

Keadaan sunyi seketika, aku masih lagak seperti biasa. Dan suara emak terus menerpa gegendang telinga hingga buat daku terkedu…

“Kamu jangan ingat mak tak tahu…”

Errr.............................



Kata Hati : Sedikit pun perubahan kita, emak pasti tahu….!
.

45 ulasan:

Unknown berkata...

naluri hati yg sngt kuat, itulah emak..
aissshh tetiba rindu kat mak :(

Unknown berkata...

emak adalah seorang ahli nujum yang berjaya. apa2 yg kita sembunyi lg lg yg melibatkan perasaan, emak senang jer nak menduga anak2nya...

Nastyna berkata...

Jangan ingat mak tak tau.. huhuhuu terkedu kan.

Solehah Shamsuddin berkata...

cik nur, jangan bagi muka kita sedih. mak kita mmg dapat baca. don't sedih2 tau.

ecadwinkyasha berkata...

xbaik tipu kt emak tau..cian makcik.xpe,bila kongsi dgn mak,actually lagi bagus dari kongsi dengan 10org rakan baik.trust me bcoz my mom is my besties..hehehe :)


Unknown berkata...

salam perkenalan.... nanti jemput la singgah rumah saya yer....

Farah Waheda Wahid berkata...

naluri seorang ibu itu kuat...sebab dia yang melahirkan kita kan... mama saya selalu cakap..esok2 kalau dah jadi seorang ibu kita taulah apa yang dimaksudkan...

dear...kalau sudi, ada masa terluang dan ini tiada paksaan...dijemput untuk join...

http://furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/03/segmen-featured-me-on-bubbly.html

Mohamad Fathi berkata...

biasa la.. mak kita melahirkan kita.. sure la tahu.. ada gak mak bapak malas nak ambil port tentang anaknya.. hmm.. apa2 po.. wa suka n syg gila2 mak wa.. muehehehe..

Unknown berkata...

naluri mak,..nur....sll nya betol..nnt nur dh jadi mak...nur pun pasti akan tahu,...ehe...apa citer nie nur...suspen jer nur nie

jaakechik berkata...

naluri seorang ibu sememangnya sgt kuat nur! dia tahu apa yg anak dia rasa kalau dia betul2 prihatin thadap anaknya. bertuah nur dapt mak memahami.

kayyana berkata...

errr.. mcm baca novel plak... hihihi

Ayue Rejaluddin berkata...

Emak ni punya deria lain macam...
Soiroklah macam mana pun..
Naluri dia kuat... =D

Unknown berkata...

betul tu... mak la org yg paling mengenali diri kita..dia yg mengandungkan kita, melahirkan dan membesarkan .. masakan tak tahu...? huhu... (ayat skema mcm nur dah) hahahaa

Tanpa Nama berkata...

kite sedih,kite gembira, mak dapat rasa..pastu kalau dpt luah kat mak ape yg kite pendam kat hati ni,puas rasanya..lagi2 klau dpt nangis kat pangku mak... :)

Cikrosecute berkata...

Naluri seorang ibu kuat hihihi

Unknown berkata...

BETUL3.

Dylla Abas berkata...

kdg2 mak sengaja tak nak tanya sebab dia nak kita cerita sendiri kan..tapi,dia memang tahu sebenarnya apa yg berlaku pada anak2 dia :)

Mrs Velentine berkata...

ibu mana yg tak tahu pasal anaknya..nur awat baca novel tue,...done british council

RIZZNA berkata...

yaaaa...btul tu. tak boleh sembunyi apa2 dgn mak kita.

begitu jg CiM skang dah jd mak, psti akn tahu apa yg tak kena pd 2org bujang tu, sampaikn afik petnah cakap

"mama ni....tau jer semua"

are_lin@yu berkata...

kisha nur ke ni?huhu

teratak molek berkata...

Emak adalah insan yang paling istimewa....

Hans Hanis berkata...

naluri ibu memang hebat

Chic Na berkata...

naluri ibu. memang kita tak boleh nak elak. berterus terang je nur. kekeke..

Unknown berkata...

kasihnya seorang ibu..memahami n mengetahui segala perubahan kita

Si Matatajam berkata...

Naluri sorang ibu mmg camtu Nur..mesti dia perasaan setiap perubahan anaknya... Alahai Sabaq bebanyak Nur...

Unknown berkata...

IBU ORG YG MELAHIRKAN KITA..SO IBU ADALAH ORG YG PALING DEKAT DIHATI KITA..

nanieydotcom berkata...

Naluri seorang ibu ayu.. =)

nanieydotcom berkata...

*Nur :)

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

naluri ibu itu kuat =)

Unknown berkata...

Promosi Rainbow Al-Quran & Ribbon Watch! Sehingga 23 Mac 2013, ready stock.

http://bit.ly/cd2aQx

Cik Ai berkata...

hehehe kantoii sudah :)

ibu kan dianugerahkn keistimewaan dr Allah..sekilas pndang pun dia dh tahu yg kita ni berbohong =)

Shida Radzuan berkata...

emak yg lahirkn kite mst lah dia tahu ^_^

4feet8 berkata...

emak serba tahu..

Aine Ainun berkata...

dia melahirkan kita Nur....9 bulan......ermm...

Arina Shamsul berkata...

naluri seorang ibu tu sangat kuat dik,dia sudah kenal kita lebih dari kita kenal diri sendiri :)

TiranaAduka berkata...

naluri seorang ibu memang tajam

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

naluri seorang ibu pasti dpt merasakan

ayut berkata...

Haaa...Nur..jgn ingt mak tak tahu.... :)

lelamaisara berkata...

dah namanye pon mak....mesti tau...

intanfirdaus247 berkata...

tetiba rasa macam kak intan cbaca novel lak..pandai nur susun ayat..naluri seorang ibu memang akan tahu tau

Nurul Says berkata...

emakemak mmg gifted baca air muka anakanak hihi

Encik H berkata...

rindu kat arwah mak..:)

Miss N™ berkata...

Encik H Rindukan, jgn lupa sedekahkan Al-fatihah yea.. :)

aku HaniAsyira berkata...

tulah.. nak sorok2 tp xlepas kan

Liyana Anuar berkata...

betul2..naluri mak mmg kuat tau...rindu mak..huhu~ :'(