Ahad, 30 Jun 2013

Misteri Malam Jumaat





P/s : Entry kat atas ni di taip Khamis malam Jumaat Lalu....
.

Khamis, 27 Jun 2013

Keywords




Assalamualaikum.

Baru-baru ni, sajalah tangan aku gedik-gedik KLIK akaun NUFFNANG. Lama tak update kot akaun NUFFNANG tu. Bila semak CPUV, Alhamdulillah, ada  3 KETUL CPUV untuk blog ni. Syukran..! Sentiasa dimurahkan  rezekilah hendakNYA. Lepas semak CPUV, aku KLIK pula bahagian KEYWORD. Haaa..tudiaaa..! Hasilnya dekat gambar atas tu.

Percaya atau tidak, KEYWORD untuk ‘KEK LOBAK MERAH’ dah berbulan-bulan duduk CARTA PERTAMA. Patut pun, sebab KEK CARROT tu SIMPLE, MUDAH dan yang paling penting SEDAP. Jadi pada yang sedang mencari RESEPI KEKLOBAK MERAH, boleh terus KLIK SINI. Kredit buat Chic Na, sebab sudi share RESEPI KEK CARROT SEDAP dan SIMPLE…!

Pasal ‘AYAT KURSI’ tu pula, memang aku ada share dalam blog ni tentang KEBAIKAN AYAT KURSI. Pada yang terlepas atau nak tahu KEBAIKAN AYAT KURSI itu sendiri, boleh terus KLIK SINI.

Dan KEYWORD paling banyak dicari adalah mengenai ‘ULSER MULUT’. Dan ramai juga yang tanya berkesan ke PETUA yang aku share tu. Selagi tak cuba kita tak tahukan, Cubalah. Bukan susah pun petuanya, MAKAN AISKRIM insyaAllah baik. Siapa tak suka aiskrim, rugilah..Hehehe.

Untuk ‘KEYWORD FILEM KOREA TENTANG LETAK SURAT DALAM BOTOL BAWAH POKOK’ tu datangnya dari komen untuk ENTRY NI. Gelak guling-guling aku bila KOMEN Encik H salah satu penyumbang untuk blog ni. Dalam komen tu Encik H ada cakap, nama FILEM tu, MY SASSY GIRL. Seronok ke tak, boleh tanya Encik H terus, sebab aku tak pernah tengok pun . Hohoho.

Dan untuk KEYWORD ‘AKU YANG KAU TINGGALKAN’ tu datang dari REVIEW NOVEL - AKU YANG KAU TINGGALKAN. Tapi ‘AKU SAYANG KAMU’ tu pulak aku tak pasti dari mana. Sebab dalam blog aku ni banyak kot cerita pasal KAMU.

Haaa….KEYWORD last tu paling tak menahan ‘BEG TANGAN UNTUK WANITA TUA’. Kahkahkah. Tepuk dahi aku baca. Memanglah aku pernah buat ENTRY PASAL BEG TANGAN. Memang tak hairanlah macam mana KEYWORD tu boleh melekat kat blog ni. Maaflah, pasal beg tangan ni, serius aku tak pakar. Bagi aku, cantik di mata dah memadai. Lagipun sekarang ni tua ke, muda ke sama je patten beg tangan kan..!HEHEHE.

Kalian yang lain macam mana? Dah semak KEYWORD masing-masing? Kalau rasa nak senyum sorang-sorang cepat-cepatlah semak. Mesti ada pelik-pelik. Hahaha.

Ehem…Sampai sini ajelah. Lepas ni aku nak sambung study ~ Lalalalaa…! Hahaha.




Kata Hati : Ehh...hari ni Bukit Larut dah boleh nampak dengan jelas tau..! ^_^
.

Rabu, 26 Jun 2013

Wordless Wednesday #63





Hari tu Chic Na ada letak Pic G7  kan, 
Kali ni Nur pulak letak pic waktu tadika dulu.

Sekadar suka-suka, jom teka mana satu Nur ^_^


Kata Hati : Klu : Nur pakai baju merah. Kahkahkah...!
.

Selasa, 25 Jun 2013

Review Novel | Meh Sandar Pada Aku!



581 Halaman


SINOPSIS BELAKANG BUKU

Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? – Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur Cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadiran di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu Cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin computer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”
“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”
“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”

Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

“Aku apa?”
“Tak ada apa-apa, Doktor Syed…”
“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”
“Errr… Doktor Syed kan Handsome! Tentulah Doktor Syed yak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka ditakdirkan duduk serumah.

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?



ULASAN AKU

Pertama, apa yang aku bayangkan bila baca novel ni adalah drama ‘Misiku Kuza’. Mohon angkat ibu jari kalau kalian pernah tengok drama tu. Aku pun layan setakat satu, dua episode je pun. Lepas tu, aku pilih untuk memerap dalam bilik sambil beronline. Heee…!

Tapi apa yang membuatkan aku bayangkan novel ni macam drama ‘Misiku Kuza' tu..? Ermm..mungkin sebab hero dalam drama tu, iaitu Arja Lee bersikap dingin dan kasar terhadap stafnya Kuza. Jadi dari situlah aku mula terbayangkan watak Doktor Syed Nadzhan sesuai diberikan kepada Arja Lee. Manakala Watak Afnan Tasneem pula sangat sesuai di pengang oleh Erin Malek, merupakan heroin muda yang sengal dalam drama ‘Misiku Kuza’ tu. Beza antara drama dan novel ni, Syed Nadzhan BUKANLAH DOKTOR DALAM BIDANG PERUBATAN.


Arja Lee Dan Erin Malek


Sepanjang pembacaan aku, novel hasil penulisan Aifa Batrisya ni pelbagai rasa ada tau. Gembira, marah, sedih, romantik, sengal pendek kata semua adalah. Kiranya penulis ni berjaya buat aku turut sama rasa apa yang si Tasneem tu rasa.

AFNAN TASNEEM, 23. Seorang gadis bendul yang terlalu lurus. Nasib yang dianggap malang apabila dia berada dibawah pengawasan penyelia yang antikan kaum perempuan. Pelbagai herdikan, tapi atas sikapnya yang kental lagi waja. Maka dia biarkan saja herdikan dan cacian yang keluar dari mulut penyelianya itu ibarat angin lalu. Al-maklumlah pada awalnya Tasneem juga ada hati dengan Doktor Muda tu.

SYED NADZHAN, 31. Lelaki yang kepantangan utamanya adalah WANITA. Tapi tidaklah bermaksud Doktor muda ini minat kaum sejenis. Cuma akibat terlalu berdendam dengan Mamanya yang membuatkan Syed Nazdhan terlalu alergik dengan manusia yang namanya PEREMPUAN. Dia beranggapan, semua PEREMPUAN menyusahkan.

“Saya tahu Doktor Syed tak suka pada perempuan, kan? Tengok kami yang perempuan ni langsung tak rasa apa-apa. Tapi saya ni perempuan normal, Doktor Syed. Saya suka pada lelaki. Mestilah saya segan kalau nampak lelaki berdiri depan saya tak pakai baju. Okeylah, saya keluar dulu. Kalau lapar, jomlah turun sarapan sama”

Tapi semuanya berubah sedikit demi sedikit bila Tasneem berada di bawah jagaan dia. Ramai jugalah kakitangan ditempat di bekerja pelik, macam mana Tasneem boleh lepas dari tapisan Doktor Syed. Sebab setahu diorang, selamat Doktor Syed ditugaskan disitu dia tak pernah berkerjasama dengan perempuan.

Pada awalnya, Syed Nadzhan menafikan segala perasaan yang hadir tiba-tiba memenuhi ruang hatinya. Tak henti-henti dia cuba menyakitkan hati Afnan Tasneem sebab nak buktikan dia langsung tak ada apa-apa perasaan terhadap budak mentah tu. Tapi malangnya, dia silap. Apa yang dia rasakan tu, adalah cinta.

Lebih memeritkan, bila Tasneem mula rapat dengan salah seorang bekas pelajar praktikal Doktor Syed iaitu Adam Naufal. Memanglah sakit mata, tapi apa boleh buat, Ego Syed tinggi melangit. Dia tetap beranggapkan apa yang dia rasa adalah GILA. Dan perempuan tetap menyusahkan. Jadi dia ambil keputusan untuk jauhkan diri daripada Tasneem.

Makin jauh berlari, makin dekat Tasneem dengan dirinya. Hinggakan bilik tidur dia dan Tasneem hanya sebelah menyebelah. Apa boleh buat,  Syed Nadzhan dan Tasneem adalah adik beradik tiri. Semuanya tanpa pengetahuan mereka. Sampai pengsan jugalah Si Tasneem Mama dan Papa tirinya memperkenalkan abang tirinya.

“Hmmm… Straight tu the point ajelah, Tasneem. Ada apa datang bilik aku tiba-tiba ni? Rindu, sebab dah lama tak dengar suaraaku, kan? Itulah dekat opis buat-buat tak kenal. Dekat rumah asyik mengelak, mengurung diri. Langsung tak sudi jenguk jiran sebelak bilik. Sekarang, siapa yang susah? Baru dua hari dah rindumacam tak jumpa dua bulan, kan? Padam Muka!”

Dan dari sinilah bermula kehidupan mereka sebagai adik beradik tiri. Dan dari sini jugalah sepupu Syed Nadzhan mula simpan perasaan terhadap Tasneem sekaligus menhantar rombongan merisik untuk jadikan Tasneem sebagai suri hati Emir. Manakala, Syed Nadzhan pula dipaksa menerima Alesya, sepupunya sendiri. Syed yang sementangnya anti dengan Alesya ni tolak dan bantah sekeras-kerasnya. Yelaa, cinta mana boleh dipaksakan.

Part paling lawak, Bila Salwa, sahabat Tasneem bercakap  bahasa rahsia iaitu ‘Bahasa F’ dengan Tasneem. Waktu tu, diorang keluar dinner bertiga. Salwa, Tasneem dan Doktor Syed. Disebakan ketidak selesaan, jadi Salwapun konfiden je bercakap ‘Bahasa F’ tu. Yelah, nak cakap terang-terang tak boleh, sebab Doktor Syed ada depan diorang.  Dan spontan itu, Syed Nadzhan balas apa yang Salwa tu cakap dalam bahasa rahsia tu. Apalagi, meloponglah mulut salwa. Dia sendiri terkejut bila tahu Doktor Syed boleh faham dan tutur dalam ‘Bahasa F’ tu. Hahaha.

“Okay, fine. Kalau Doktor Syed tak berminat pada saya, tapi saya memang minat pada lelaki handsome. Lebih-lebih lagi kalau berpakaian macam ni. Seluar panjang loose, pakai singlet aje. Badan ketak-ketak. Senang cerita, lelaki macam Doktor Syed la. Saya suka tau! Itu pun kalau tak ambil kira perangai Doktor Syed la, Kan? Haa…apa kata kalau saya cadangkan Doktor Syed pun kunci pintu bilik Doktor Syed, tolak almari baju, tutup pintu bilik Doktor Syed. Mana tahu, kot-kot saya pula yang datang serbu bilik sebelah nanti sebab tergoda dengan bisikan pihak ketiga tu”

Satu tradegi yang melanda keluarga mereka, Syed Nadzhan membuat keputusan untuk menikahi Afnan Tasneem sesegera mungkin. Haa..sampai sini jelah aku cerita eh, sebab aku macam rasa dah panjang  sangat dah entry ni. Serius, cerita ni best. Lawak sengal Tasneem memang sengal. Kadang-kadang sampai rasa nak sekeh-sekeh je.

Bila Tasneem di sahkan menjadi isteri kepada Doktor Syed Nadzhan, ada sedikit pergolakan yang berlaku. Biasalah gadis muda remaja macam aku ni kan, kita dah tentu-tentulah suka berfikiran bukan-bukan. Macam tu jugaklah dengan Tasneem, bila dia terdengar perbualan suaminya dengan seseorang meminta pertolongan dari Syed Nadzhan untuk menikahi seseorang.

Bila dah dengar macam tu, Tasneem apa lagi tarik muka 14 la. Tanpa memberitahu suaminya, dia terus balik ke kampus untuk meneruskan pengajiannya. Nampak tak..? Komunikasi tu tak ada. Lepas tu biarkan masalah terbeban atas kepala. Meh sini nak kabo, lari dari masalah bukan jalan penyelesaian yang terbaik tahu..! Sebaiknya bersemuka dan bincang bersama. Ini dah la tak tahu hujung pangkal  lepas tu main tuduh-tuduh suami sendiri. Berdosa tahu..!

Seriuslah, dalam apa-apa perhubungan sesama manusia ni KOMUNIKASI tersangatlah penting. Tanpa KOMUNIKASI yang sempurna, aku rasa kacau bilau hubungan. Mana taknya, duk asyik ‘Hang tuduh aku, aku tuduh hang’. Kalau gini sampai bila pun tak ada penyelesaikan.

Jadinya, dalam novel ni, aku Cuma geram dengan sikap Afnan Tasneem je la. Dengan Syed Nadzhan pun geram jugak, sebab dia tak pandai pujuk hati perempuan. Ikut sangat keegoan dia tu je. Tapi dalam ego-ego tu, ada juga sweetnya..Kehkehkeh.

Ermm..okaylah, dah panjang bebeno dah ni. Pada yang baca sampai habis, kalau kalian berminat mohon cepat-cepat dapatkan dikedai buku berhampiran yea. Setakat ni, tak ada penerbit ataupun mana-mana pengarah yang mahu adaptasikan novel ni jadi drama ataupun filem. Akan datang siapa tahukan…? Sama-samalah kita tunggu yea..




Kata Hati : 
Aku ada dua buah novel yang sedang menanti untuk di baca..
Tapii..
Tapiiiii...
Tapiiiiiii....
Mood membaca aku kelauttt.... T_T
.

Isnin, 24 Jun 2013

Aku Maafkan Kamu...




Assalamualaikum.



"Teringat janji lamamu kepadaku,teringat aku teringat.
Teringat saat kau masih ada disini, temaniku sepanjang hari.."


Tak terjelas dek rasa hati yang bagi aku tersangatlah sebat. Tahu tak bagaimana rasa SEBAT..? kalau tak pernah rasa atau tak berapa jelas dengan rasa sebat, Cuma satu je aku boleh tolong ajarkan pada yang nak rasa sebat. Dengan cara; memandu kereta tanpa lepaskan break tangan (Baca Hand Break). Lebih kurang macam tulah kot rasa sebat. Selalunya pemandu jelah yang boleh rasa, penumpang, aku tak sure boleh rasa ke tak. Hahaha. Okay stop..!

Sumpah.  Aku mengaku, aku susah nak habiskan bacaan aku pada entry ini. Lima perenggan awal, aku boleh lagi berlagak tenang,  masuk perenggan seterusnya aku mula gelabah. Panas satu muka, dan sebelum terbakar, sepantas kilat aku KLIK button pangkah. Dan sumpah juga, dalam cerita entry ini tiada kena mengena dengan aku langsung. Yea..walaupun sekelumit, langsung tiada..!

Selepas bacaan awal, aku cuma sempat baca sedikit je lepas lima perenggan awal. Dan segala apa yang aku baca, buat aku kembali rasa apa yang aku pernah rasa. Buat aku teringat tentang perkara yang aku cuba lupuskan. Sekali gus mengingatkan aku pada KAMU yang pernah aku ada dalam hidup aku suatu ketika dulu. Dan sekarang, aku sudah berhenti berharap. Aku mungkin bisa maafkan kamu, tapi untuk kenal KAMU buat kali kedua, tidakk..aku tidak mahu. Cukup-cukuplah.

Bulan pernah kata, tiada istilah ‘Bahagia dia, bahagialah kita’. Kata bulan lagi, ‘mulut hanya bisa ungkapkan, tapi segala pahit perih, hanya hati yang rasa’. Jadi tepuk hati, ajarlah mulut ungkapkan pekara sebenar. <-hancor pepatah aku beb..!HAhaha.

Bintang juga pernah kata, ‘jangan dilayan sangat perasaan sedih, past is past. Pandang depan dan jalan.’ Walaupun sudah mampu berdiri diatas kaki sendiri, tapi aku belum bisa melangkah, sebab hati aku terlalu beku, sangat dan tersangat beku. Jadi, aku selesa berada dimana aku berada. Cuma kekadang orang je yang selesa dengan kedudukan aku..Grrr..!

Akhir kata, maaf aku tak bererti aku bisa hadap KAMU....!
Sampai sini je ehh…
Aku okay jeee...hehehe ^_^



Kata Hati: Yupp..hanya DIA dan kita saja tahu kehendak diri kita..!
.

Khamis, 20 Jun 2013

Terkaitnya Entry Dot.Dot.Dot



Assalamualaikum.





PERHATIAN :
 ENTRY INI TIADA KENA MENGENA ANTARA AKU DAN NOVEL. TAPI PENCERAHAN TENTANG ENTRY INI.


Terang. Jelas. Dan tak perlu pencerahan lagi tetang wujudnya entry ini. Semuanya gara-gara entry PENYELIDIKAN isnin lepas. Sumpah, geleng kepala aku baca komen kalian. Yelah, budak hingusan macam aku ni nak JADI PENULIS NOVEL..? Perghhh…memang tak laaa kann…!








Tengok, Mama JJ siap nak minta sign lagi ni. Adoiiyaii..! Serius Nur tak henti gelak tau baca komen Mama JJ tu. Ummi Irfan pula, bersungguh teruja bila dia fikir aku betul-betul nak buat novel ni.Lepas tu, bila ada ayat “TIPU”Ummi Irfan boleh pulak tak percaya. Siap suruh aku ngaku lagi ni. Hahaha.  

Deqla pulak,  punya imaginasi lagilah tinggi, sampai nak diadaptasi nih..! Punyalah dia malas nak baca novel. Hahaha. Mama Mia pula kata Nur ada bakat. Err..Tang mana pula bakat Nur kak. Nur bakat tidur adalah kak. Hahaha. Lorrr..Mana ada duk karang novel Ayu. Nur buat kerja la. Kerja kepuasan diri sendiri. Dan untuk CikSue, Sumpah ianya tak ada kaitan pun dengan novel. Percayalah..!

Dan ada yang tanya, aku pernah tak buat novel..? Okay, untuk soalan tu, sejujurnya aku langsung tidak pernah keluarkan apa-apa novel pun. Baik dipasaran mahupun dalam penulisan online ni. Tapi, pernah suatu ketika dulu, aku hampir-hampit terjebak dalam sebuah laman yang sudi memberi peluang dan ruang buat aku menghasilkan E-Novel. Sayangnya, pada waktu tu, aku langsung tak yakin dengan karya aku sendiri. Jadi aku tak terima tawaran tu.




Tipulah kalau aku kata, aku tak teringin nak hasilkan novel. Pernah terfikir, pernah berangan, pernah menggarap cerita untuk dijadikan novel. Tapi semua tu angan-angan je. Aku tak yakin, dan tak confident dengan diri sendiri. Lagipun untuk hasilkan sebuah novel ni, kita perlu banyak idea yang tak tercurah banyaknya. Tapi aku ada jumpa satu novel yang penulisnya ala-ala nama aku. Novel berjudul "SI MATA BUNDAR" hasil karya Amany. Ejaan lain, tapi sebutan sama. Dan yang pastinya BUKAN AKU laa. Nak tengok? Niii diaaa...


Yea..jujur aku akui adalah budak sastera dan seni di sekolah dulu. Tapi tak bermakna aku boleh hasilkan karya yang terbaik. Tidakk…!

Dan seandainya, ada rezeki ada peluang untuk aku hasilkan sebuah novel, kononyalahhh…! Aku tak akan bercerita dalam ni kot. Dann..aku tak akan guna nama sendiri sebagai nama pena, TAK AKAN..!

Kenapa..? Aku kan pemaluu…huwhuwhuw. =_=”




Kata Hati : Percayalah, penyelidikan aku tu tak ada kena mengena dengan sebuah novel. Sekian.
.

Rabu, 19 Jun 2013

Wordless Wednesday #62






Kata Hati : Saya cuma nak TUNTUT HAK saya jee..!

.

Selasa, 18 Jun 2013

Review Novel | 7 Hari Mencintaiku



1048 Halaman




SINOPSIS BELAKANG BUKU:

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini meyebabkan Khuzairi tidak pernah walaupun sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdampingan dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh disudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus bersabar…”

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


ULASAN AKU :

Jujur, perasaan aku mula-mula menapak dikedai buku sebaik saja terpandang novel ini adalah TAKUT..! takut dengan ketebalan novel ni. 1048 halaman bercetak penuh mampu membuatkan jantung aku berdegup kencang ß perghh ayat novel ni..! Mana tidaknya, sebelum aku memiliki buku dari penulis yang aku admire sangat-sangat ni, novel paling tebal yang pernah aku baca tak sampai 900 halaman pun. Itupun kira dah tebal tahu.

Dan secara jujurnya jugalah, walaupun berkali-kali aku masuk kedai buku, aku Cuma sekadar pegang dan pandang je novel ni. Tak de rasa nak beli pun, sebab perasaan takut tu masih lagi menghantui aku. Sampailah ada sorang kakak ni, tak putus-putus bagi semangat dekat aku. Katanya…

“Walaupun tebal, tapi cerita dia best Nur..percayalah.”

Yup..! Aku akui kata-kata dia, novel ke empat hasil karya dari peguam wanita ini bisa meruntuhkan segala ketakutkan aku. Aku makan masa 3 hari saja, tak lebih  atau kurang, 1048 halaman aku jamah dengan jayanya..! Thanks juga buat Kakak merangkap orang yang bertanggungjawab kenalkan aku dengan karya Siti Rosmizah ni. Sekali gus, Siti Rosmizah sudahpun jadi penulis yang paling aku kagumi.

Okay. Untuk intro, stop sampai sini, panjang sangat dah ni. Hahaha.

Seperti 3 buah novel karya dari SR, novel ini langsung tidak megecewakan. Garapan dan pengolahan cerita yang menarik sekali gus SR berjaya mempermainkan perasaan pembaca-pembaca. Gila kentang bila watak Khuzairi seorang suami yang sangat-sangat sabar dengan sikap Si isteri yang terlalu angkuh lagi sombong. Manakala sikap perasan bagus Mia Adrian yang tak pernah surut.

MIA ADRIANA. Perempuan yang sentiasa dirinya bagus dipaksa untuk menikahi lelaki kampung merangkap anak lelaki kepada kawan baik Dato’ Megat Idrus sendiri iaitu Pak Samad. Pernikahan terpaksa dilangsungkan apabila Khalil tunang Mia memilihi wang berbanding maruah keluarga Mia. Jadi untuk mengelakkan rasa malu, dari pihak media, Papa Mia terpaksa mencadangkan apa yang terbaik baginya pada masa itu. Mia yang terpaksa bersetuju dengan keputusan itu apabila tiba-tiba kesihatan papanya berubah secara mendadak. Risiko  Dato’ Megat Idrus mendapat serangan jantung ketika itu amatlah tinggi. Dengan sekali lafaz, percaya atau tidak, Mia sudah sah menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Khuzairi.

Dan lebih mengejutkan lagi, dalam masa yang sama Mia kehilangan orang yang paling dia sayang, iaitu papanya sendiri. Sekali gus, syarikat Dato’ Megat Idrus di istihar muflis. Terduduk Mia bila sekelip mata dia telah hilang segalanya. Sudahlah hilang satu-satunya insan yang paling dia sayang, dan kini segala hartanya turut sama hilang. Dan bermulalah kehidupan Mia Adriana gadis sombong apabila terpaksa ikut suaminya pulang ke kampung.

“Jangan cakap macam tu sayang. Mia ada abang. Abang takkan biarkan Mia sendiri. Apa jua yang abang ada sekarang semuanya adalah milik Mia jugak. Abang tak nak dengar Mia cakap macam tu lagi tau”

KHUZAIRI. apa saja cacian dan makian yang Mia lemparkan, ditelannya bulat-bulat. Pada masa yang sama dia berasa betapa bertuahnya dia memiliki Mia, cinta pertamanya sebagai isteri. Walaupun sikap dan layanan Mia terhadap dirinya tak ubah seperti pengemis jalanan. Tapi dia masih mampu bersabar demi cinta dan amanah dari arwah bapa mertuanya.

Sepanjang aku baca novel ni, aku tertanya-tanya wujudkah lelaki persis Khuzairi diluar sana..? Jika benar-benar wujud, percayalah betapa bertuahnya wanita yang bergelar isterinya. Sebab pada aku, Khuzairi ni terlalu baik. Walaupun macam-macam isteri dia buat dekat dia, tapi dia tetap mampu bersabar, bersabar dan bersabar. Walaupun, Mak Leha ibu tiri Khuzairi berkali-kali menghasut lelaki itu supaya menceraikan Mia Adriana.

“Kau ni memang kurang ajar tau tak? Kau ingat anak aku kebulur nak berbinikan kau. Ceraikan ajelah dia Ri. Kalau perempuan macam ni bersepah kat tepi jalan”

Selain Khuzairi, Mak Leha adalah orang kedua yang selalu menerima herdikan Mia. Atas sebab cerita lama yang berkaitan dengan keturunan Mia Adriana, hingga sah Mia menjadi isteri kepada anak tirinya, Mak Leha tak pernah sebulu dengan Mia. Apatah lagi nak mengaku menantu. Lagilah tak hingin orang tua tu.

Bila dah hari-hari mengadap muka sang suami, dengan layanan terbaik bagaikan Tuan Puteri, lama kelamaan Mia boleh menerima Khuzairi sebagai suaminya. Dia yang mula sedar, lelaki itu ikhlas cintakan dia dan sedaya upaya belajar menerima lelaki itu sebagai suaminya, walaupun sukar. Tapi hubungan dia dengan mak mertua, tetap sama. Pantang bersua muka mesti ada je benda digaduhkan. Khuzairi adalah orang paling bahagia bila dia sedar perubahan Mia terhadap dirinya. Dan dalam masa yang sama itu jugalah perhubungan mereka di uji dengan hadirnya Khalil iaitu bekas tunang Mia bagi menagih sisa-sisa cinta dari Mia.

Suami mana yang tak cemburu, bila isteri kesayangan jadi buruan bekas tunangkan. Tak cukup dengan rayuan, Khalil cuba memfitnah Mia Adriana. Iman khuzairi tegar, tidak mudah percaya dengan apa yang diberitahu oleh Khalil. Dan khalil juga tak mudah mengaku kalah, jadi Khalil putuskan mendapatkan Mia dengan cara kotor.

“Hei… Khuzairi, kau jangan  ingat aku bodoh tau. Memang kau bahagia memiliki dia, tapi aku yakin sehingga ke hari ini, Mia tak bahagia hidup dengan kau. Apa, kau ingat bila kau peluk dia depan aku dah tunjuk betapa bahagianya dia? Heiii, aku tengok muka dia pun aku tahulah, hati dia tak ada dekat kau sebenarnya. Aku pun biasa peluk dia macam tu. Lebih daripada tu aku biasa buat. Mesti kau dah lupa siapa isteri kau tu kan? Atau… kau masih belum… emm… tak mustahil jugak sebab Mia ni bukan mudah nak serahkan diri pada lelaki yang dia tak cinta. Hai Khuzairi, Khuzairi… berputih mata ajelah kau…”

Perangkap Khalil tidak menjadi. Mia terselamat dari niat kotor Khalil. Dan disebabkan itu jugalah Mia disahkan mengandung. Pada awalnya, Mia cuba mengugurkan kandungan itu, tapi sebaik saja suaminya dapat tahu, Khuzairi merayu agar Mia tidak membuang kandungan itu. Khuzairilah orang yang paling gembira bila Mia bersetuju untuk terus mengandungkan anak itu atas alasan yang telah khuzairi sandarkan.

Okay, kenapa tajuk novel ni ‘7 Hari Mencintaiku’. Ini adalah punca bila mana Mia sedar akan kesilapannya terhadap Khuzairi, dimana sebaik sahaja melahiran anak Mia buat keputusan untuk pergi dari hidup Khuzairi selama-lamanya tanpa mendengar sedikitpun penjelasan Khuzairi ketika itu. Lebih meremukkan hati lelaki itu, apabila Mia langsung tidak mahu menyusukan ataupun melihat anak mereka.

Terkilan dengan sikap Mia, dan akhirnya Khuzairi terima bulat-bulat cadangan mak Leha untuk nikahkan dia dengan sepupunya sendiri, Syakila. Walaupun tiada sekelumit rasa cinta pada sepupunya, tapi demi anak kecil yang perlukan kasih sayang seorang ibu, Khuzairi Akur. 7 hari menjelang hari pernikahan antara Khuzairi dan Syakila, Mia muncul menagih cinta daripada sang suami. Tapi hampa, hati Khuzairi telah beku. Nama yang pernah merajai hatinya telah dibuang jauh-jauh sebaik sahaja perempuan itu putuskan meninggalkan dia dan anaknya.

Err..stop sampai sini ehh. Rumusan aku ni, kalau tak panjang tak sah kan..! Haih..inilah akibatnya terlalu leka bercerita. Macam biasa, pengajaran penting dalam cerita ni, MOHON HORMATI ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA. Dan MOHON HORMATI PERASAAN ORANG SEKELILING KITA. Penting ni, jangan jadi macam Mia dengan Mak Leha, masing-masing tak menghormati. Yang tahu nak bertekak jee..!


Barisan pelakon yang aku rasa sesuai.


Dan macam biasa juga, masuk bab berangan pulakkan. Dalam novel ni, ada dijelaskan Khuzairi jejaka tampan dan sedikit gelap. Jadi aku rasa, Adi Putra paling sesuai. Mana kala, ada dua pelakon yang aku rasa sesuai bawa watak Mia Adriana ni. Petamanya Nabila Huda dan kedua Fasha Sanda. Tapi aku lebih kepada Nabila Huda, sebab macam yang kita tahu, lakonan dia terbaikkan. Tambah-tambah bab maki-maki. Hahaha.

Okay. Bagi peminat-peminat hasil karya Siti Rosmizah, yang belum dapatkan novel ni, cepat-cepat dapatkan dikedai buku berhampiran okay. Buku ni penuh dengan segala perasaan ketika baca. Bila baca memang tak boleh berhenti. Sebab perasan ingin tahu tu lagi, lagi, lagi dan lagi. Sekiranya kalian bersedia untuk jatuh cinta dengan Khuzairi, sila-silakanlah. Hahaha.




Kata Hati : Buat masa sekarang ni, aku stop kejap baca karya Siti Rosmizah. Bukan apa, penat nangis beb..! HAHAHA..
.

Isnin, 17 Jun 2013

Kisah Aku Dan Dot.Dot.Dot



Malam-malam minggu, Siang-siang minggu, Lappy..! Lappy..!

Assalamualaikum.

Arghhh…! <- mukadimah dengan mengeliat. Senonoh tak? Hahaha.

PERHATIAN:
ENTRY INI TIADA KAITAN ANTARA HIDUP DAN MATI. CUMA TERKAITNYA KISAH ANTARA AKU DAN DIA.

Pertama, tolong abaikan tajuk yang macam hape tu...! Mati idea aku tak tahu nak letak tajuk apa. Hahaha. 

Okay, mungkin ramai yang tak tahu, sejak dua minggu lepas, aku sedikit sibuk. Sibuk kali ni dah tak ada kena mengena dengan HANTARAN dah. Tapi sibuk ni berkenaan dengan "MISI PENYELIDIKAN" kononnya laaa... Walaupun aku sedikit sibuk, tapi aku sempat jugaklah blogwalking macam biasa. Macam mana boleh sempat blogwalking? Sebab bahan-bahan sumber utama untuk aku mendapatkan segala isi maklumat tu kena menggunakan khidmat pakcik google. Hehehe.

Dan sekarang ni, Alhamdulillah, nak kata free, tak jugak. Sebab aku masih lagi meneruskan penyelidikkan tu. Tapi apa yang pasti kerja aku HAMPIR selesai. Aku memang pulun betul-betul dengan apa yang aku buat. Lepas je habis drama Teduhan Kasih (Tak sangka aku terjebak dengan drama ni..), aku akan berkurung dalam bilik. Usai magrib sementara nak masuk isyak orang lain baca Alquran, tapi aku hadap lappy. Mak abah bising jugaklah, tapi aku ni degil. Aku hadap jugak sampai kadang-kadang aku sendiri tertidur depan lappy. Tak cukup lappy, sekali dengan phone aku on jugak tahu!. Kiranya dua minggu lalu, aku memang habiskan banyak masa aku dalam bilik je. (Ehh…sebelum ni pun memang macam tu kan..!)

Bila terjaga dari tidur je terus hadap lappy balik. Al-maklumlah lappy hujung kaki je. Sebab apa hujung kaki? Sebab aku letak lappy hujung katil macam dalam gambar di atas. Kehkehkeh. Setakat ni, tak pernah jatuh lagi la lappy aku tu. Nampak tak punyalah bersemangatnya aku nak siapkan kerja aku tu. Rasa-rasa aku jemu atau hampir-hampir putus asa, aku berhenti kejap. Aku blogwalking. Rasa macam idea datang, aku sambung balik. Macam inilah rutin aku sejak dua minggu yang lalu.

Status usaha aku sekarang ni, boleh nak dikatakan tahap yang membanggakan. Sebab ianya hampir siap dengan cukup sempurna. Bila dah berada ditahap “MEMBANGGAKAN” aku tetiba terfikir sesuatu. Sesuatu yang aku tak boleh betulkan balik. Yelah, kalau time study dulu aku bersungguh macam sekarang ni, tak mustahilkan aku mungkin boleh jadi pelajar terbaik. MUNGKIN. Malangnya kita tak boleh undurkan masa dah.  Nak meyesal pun dah tak guna. Sebab itu wujudnya pepatah “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna” Betulkan ayat ni..?

Jadi, berbalik pada kajian aku tu. Bila dah hampir selesai macam ni, sedikit sebanyak aku memang puas hati, walaupun sebelum selesai tu banyak jugaklah rintangan dan halangan yang ada. Biasalah sebelum berjaya tentulah ada liku-likukan. Dan aku akui, bila mana manisnya sudah aku kecapi kini, tapi rasa kelat pahit itu masih ada. Ya…masih ada, sebab apa yang HASIL YANG AKU MILIKI TAK SAMA DENGAN APA YANG AKU HARAPKAN.

Apa yang aku harapkan..? Duit..? Emas permata..?

Tidakk…Cuma satu, iaitu KEPUASAN. Ya…! KEPUASAN untuk diri aku sendiri.

Kesimpulannya untuk entry aku ni,  aku Cuma mahu ingatkan pada  mereka diluar sana yang masih study, mohon study sungguh-sungguh. Berikan yang terbaik, mungkin kita tak nampak hasilnya sekarang, tapi satu hari nanti, Saya yakin, segala usaha kalian pasti berbaloi. Istimewanya buat awak Bintang..Percayalah..!




Kata Hati : Nantikan kemunculan Novel sulung aku dipasaran. Hehehe. Okay, aku TIPU..! =_=
.

Khamis, 13 Jun 2013

Al - Kisahnya Si Apam Balik



Sumber Google


Mengatur kemas langkah meredah sekelopok manusia. Untungnya datang awal ke pasar malam, tak perlu bersesak-sesak. Laju mencari tempat yang ingin aku tuju. Dan aku berhenti betul-betul depat gerai yang menjual kueh TEDEMAWAN aku <--Perhatian, pelat ni sebab berjangkit dengan Encik H..hahaha.

5keping = Rm2. Itu yang dapat lihat pada keratan kertas yang elok ditampalkan di dinding rak kaca tu.

"Bagi saya dua ringgit yea."

"Kejap ye. Baru letak je ni, belum masak lagi."

"Haa..takpe, saya boleh tunggu."

"Kalau nak jalan-jalan dulu pun boleh."

"Ehh..takpe-takpe." 

Aku singgah situ semata nak beli apam balik je pun. Teringin tahu..!

Kelihatan pembantu pakcik tu sedang ligat menyusun segala perkakas. Ermm..ini pula akibatnya kalau datang pasar malam terlalu awal. Menang kena menunggulah jawapnya. Kalau tak disebabkan tekak ni nak makan apam balik nipis, jangan haraplah aku nak singgah.

Usai pakcik tu merenjis cairan butter ke atas semua apam balik tu, aku sedar itu adalah proses terakhir sebelum angkat apam balik tersebut. Dan sebolehnya aku tak mahu pakcik tu angkat lagi apam balik tu. Tapi mungkin disebabkan pakcik tu tak mahu aku menunggu lama, bila-bila masa saja dia boleh angkat. Jadi sebelum dia angkat, aku pun bersuara...

"Err..pakcik, boleh tak biarkan apam balik tu garing sikit."

"Kenapa..?" 

Bertaut kening pakcik tu melihat tepat ke arah aku.

"Ohh..saya memang suka garing-garing, kalau hangit sikit pun saya tak kisah. Baru sedap makan."

Sebaik habis kata-kata, terukir sebaris senyuman pada bibir pakcik tu. Pantas dia kuis-kuiskan apam balik tu sambil lihat sama ada dah cukup garing atau belum. Bila dia rasa dah cukup garing, cepat-cepat dia angkat dan lipatkan apam balik tu sebelum pembantunya masukkan ke dalam plastik.

Bungkusan plastik segera dihulurkan kearah aku, seraya kau menghulurkan 2 keping not biru kepada pembantu pakcik tu.

"Terima kaseh pakcik." Ucap aku sambil tersenyum.

"Sama-sama. Haa..anak pakcik ni pun garing jugak, adik tak suka ke..??"

"Errr…" (Dalam hati, untuk dijual kee..?Hahaha) 

Aku kemudiannya cuma mampu tersenyum dan berlalu pergi..mati kutu aku nak jawap apa. Malu tahu..!



Kata Hati : Aku memang suka makan yang digaringkan, kalau makan roti canai, aku tengok roti canai adik lebih garing dari aku, wajib minta tukar..hahaha. 

.

Rabu, 12 Jun 2013

Wordless Wednesday #61





P/s : Edit guna camera360 je yea..


Kata Hati :
Dalam perjalanan ke Kuala Kangsar Sabtu lepas.
Kalau drive sorang-sorang baru boleh snap pic awan banyak-banyak,
Kalau ada mak atau abah dekat sebelah
jangan haraplah boleh drive sambil snap picture..!
.

Selasa, 11 Jun 2013

Review Novel | Suami Aku Ustaz



  583 Halaman.




Assalamualaikum.

SINOPSIS BELAKANG BUKU.

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka.
Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

ULASAN AKU.

Hasil tulisan dari Hannah Dhaniyah ini tersangatlah BEST..!! Walaupun sama macam novel-novel sebelum ni, berkisahkan ‘kawin paksa’. Cuma kali ni berbeza sikit, budak perempuan yang kena paksa kawin tu baru berusia 17 tahun. Belum habis sekolah lagipun dah di suruh kawin. Atas alasan, tiada siapa yang akan menjaganya sepanjang pemergian kedua orang tuanya ke Tanah Suci Mekah.

Alisa, pada mulanya memanglah tak setuju seratus peratus dengan keputusan kedua orang tuanya. Nak-nak pula kena nikah dengan Ustaz Sendiri pulak tu..! Tapi memandangkan tiada pilihan lain, dia terpaksa akur. Biasalah gadis meningkat dewasa, pengaruh kawan-kawan ni kuatkan. Diatas pengaruh kawan-kawan itulah yang membuatkan hati orang tuanya risau mahu tinggalkan dia. Mana taknya, mak ayah ada dirumahpun, belum pukul 2 pagi, tentu dia tak akan balik. kalau mak ayah tak ada, entah apa jadilah..

Diawal perkahwinan ni, Alisa memang tak dapat terima Hafiz merangkap abang sepupu dan ustaznya di sekolah, sebagai suami. Jadi perasaan yang ada dalam hati Alisa tu, hanya sebagai abang je tak lebih. Berbanding pula dengan Hafiz, yang sedari kecil lagi sukakan Alisa ni. Oh yaa..! Perkahwinan Nur Alisa dengan Ustaz Mohd Nur Hafiz di rahsiakan dari rakan sekolah. Termasuklah kawan baiknya sendiri iaitu Wati, Johan dan Pa’an. Cuma orang-orang tertentu saja yang tau.

Nasiblah, beristerikan gadis muda yang berusia 17 tahun. Belum menduduki peperiksaan SPM lagi. Nakalnya, tuhan sajalah yang tahu. Teruji juga Hafiz bila mahu membentuk isterinya yang sedikit keras kepala ni. Nak-nak pula bila dapat tahu, Johan salah seorang rakan baik Alisa sememangnya ada hati dengan isterinya. Lagilah menjadi-jadilah cemburu Ustaz Hafiz ni.

Dan disebabkan satu accident yang tidak disengajakan, barulah kawan baik Alisa, Johan dan Cikgu Liana tahu bahawasanya Alisa dan Ustaz Hafiz duduk serumah. Cikgu Liana yang sememangnya ada hati dengan Ustaz Hafiz ni dah mula fikir bukan-bukan, macam tu jugalah dengan Johan. Tapi bila Ustaz Hafiz jelaskan perkara sebenar, memang terkejut beruklah Cikgu Liana dengan Johan. Berubah air muka cikgua Liana dan Johan. Patah hati beb…!

Dan lepas je Johan tahu perkara sebenar, Johan terus menjauhkan diri dari Alisa. Sikap Johan betul-betul buat Alisa terasa. Sebenarnya Johan boleh terima kalau Alisa sendiri bagitahu dia. Sebab diorangkan kawan baik. Tapi Alisa ni, takut sangat. Bila dah jadi macam ni, kawan mana yang tak kecil hatikan. Itu belum Wati dan Pa’an tahu..!

“Hah! Baguslah, tu! Kau mengaku dekat semua orang, kita orang kawan baik kau. Best Friend forever kononnya. Tapi benda besar macam ni, sorang pun tak tahu. Ini yang kau cakap best friend, Lisa? Pergi matilah dengan BFF kau tu!”

“Kau ingat aku suka sangat ke bila kena paksa macam ni? Kalau tak kerana mak dengan ayah aku, tak ada maknanya aku nak sia-siakan hidup aku, tau! Kau pernah tahu apa yang aku rasa? Kau pernah terfikir apa yang akan jadi pada aku kalau satu sekolah tau? Dengan SPM entah lagi berapa minggu. Apa pandangan dia orang bila dengar cerita ni? Semua benda ni mengarut, kau tahu tak? Kau tak pernah berada dekat tempat aku, Joe. Jadi tak adil kalau kau nak judge aku macam ni je. Kau ingat aku nak sangat ke hidup dengan dia? Kau ingat aku suka sangat ke dekat dia? Aku langsung tak terfikir semua benda ni tahu!”

Perghh..sentap terus bila Hafiz dengar pengakuan Alisa. Gila tak sentap bila isteri sendiri kata macam tu. Sejak pada itu, Alisa cuba belajar mencintai suaminya sendiri. Dan sehinggalan Alisa Berjaya melanjutkan pelajarannya ke menara gading. Biasalah bila duduk berjauhan. Nak pula Alisa ni muda, mestilah ada dugaankan. Walaupun tak banyak, hati Alisa tergugat juga dengan kehadiran seorang lelaki.

Okay, sepanjang aku baca novel ni,istimewanya banyak  ilmu yang aku dapat. Buku ni ada pengisiannya tersendiri. Banyak faedah dan penuh dengan bab-bab sejarah islam yang kian kita lupa ada dalam buku ni. Contohnya perang Badar, peperang pertama masa zaman Rasulullah s.a.w. Kuasa Allah Rasul kita Berjaya dalam peperangan Badar, walaupun cuma seramai tiga ratus tiga belas sahaja orang Islam yang turun berperang menentang seribu orang kafir. Disebabkan kecintaan pahlawan-pahlawan terhadap Islam, Alhamdulillah, mereka berjaya. SubhanaAllah.

Sebenarnya banyak lagi sejarah-sejarah islam yang diceritakan dalam novel ni. Sumpah memang tak jemu baca. Sedikit sebanyak memang bertambahlah ilmu sejarah islam yang kian kabur di dada. Tapi bila disampaikan secara santai begini, penerimaan tu lain. Dan dalam novel ni terlalu banyak tip-tips. Suka betullah aku baca, best sangat..!


SUMBER : Google


Ermm..sepanjang aku baca novel ni, memang dalam kepala otak ni duk terbayangkan Adi Putra dan Nora Danish je. Al-maklumlah novel ini juga sudahpun menjalani pengambaran untuk di adaptasikan. Sekarang ni tinggal editing je. Tapi bukan di adaptasikan menjadi drama ye, sebaliknya akan di adaptasikan menjadi filem. Dan seperti yang aku bayangkan, watak Johan sesuai sangat dipegang oleh Izzue Islam. Sekali aku search dekat google, betul beb..! Waahh..memang kenalah dengan Izzue, watak nakal-nakal..sesuai..! Watak Wati dengan Pa'an, aku tak pasti siapa yang bawa.


Alisa Dan Johan | KREDIT


Okay, rasa macam dah panjang sangat review ni. Pada yang hantu novel, sila-silalah dapatkan novel 'Suami Aku Ustaz' di pasaran. Pada yang tak suka membaca, boleh tunggu filem ni. Tapi memang tak rugilah kalau  tak beli, sebab setiap apa yang diceritakan dalam novel ni, pasti akan diselitkan dengan sampingan islam yang santai. Dan dari situlah terasa minda sedikit terbuka dengan apa yang kita lakukan setiap hari.

Dan pendapat akulah, orang yang dah kawin sangat-sangat sesuai tau baca buku ni. Pada yang baru nak kawin pun sesuai baca, dan pendek kata semualah yang mahu tambah ilmu elok sangatlah baca.

InsyaAllah, ada masa aku review novel lain pulak yea..!




Kata Hati : Nur tahu, mesti Deqla ketawakan…hahaha…!
.

Isnin, 10 Jun 2013

Petua Hilangkan Pedih Ketika Potong Bawang




Assalamualaikum.

Ermm...Normal ke kalau kita potong bawang sambil menangis-nangis? Maksud menangis dekat sini bukanlah sesaja menangis. Tapi keluarnya air mata disebab pedih dek kerana bawang tu. Atau aku sorang je yang alami menda ni..? Hehehe.

Yang pelik kadang-kadang tu baru sebiji je bawang tapi air mata berjurai-jurai macam kena pelempang dua tiga kali. Pedih kot..! sampai kadang-kadang nak buka mata pun berat. Err..siapa pernah alami macam ni..? Mohon mengaku..hahaha

Kalau sebut bab petua untuk hilangkan pedih mata semama kupas bawang ni, macam-macam yang kita dengar ye dak. Salah satunya dengan CUCUK SEBIJI BAWANG DI HUJUNG PISAU. Pernah dengar tak..? Rasanya rata-rata kaum perempuan mesti pernah buatkan. Sebab aku pun pernah buat macam tu. Tapikan,  Cara ni, langsung tak beri kesan pada aku. Tapi mungkin beri kesan pada orang lain.

Petua yang kedua pula, dengan cara SEDIKIT GARAM DI LIDAH kekita mengupas bawang. Kira kalian perlu kemam je garam tu. Letak sikit je pun, tak perlu letak banyak nanti tak pasal kalian dapat darah tinggi sebab terlebih garam. Hehehe. Pernah buat tak cara ni..? Aku pernah buat, mula-mula dulu berkesanlah juga, tapi lama-lama pedih juga, mungkin dah terlebih garam kot.

Jadi, meh sini aku nak kongsi petua senang. InsyaAllah berkesan. Nak tahu apa..?

Kalian kupas bawang depan KIPAS ANGIN yang berkaki tu, pasang speed dia laju-laju. Dengan cara ini gas yang terkeluar dari bawang tu akan dibawa pergi bersama-sama dengan angin yang meluncur laju dari kipas angin tu. Kira sambil kupas dan potong bawang tu, feeling-feeling tepi pantai laa...Hehehe..mudahkan..!

Cubalah tau. InsyaAllah, pedih mata akan berkurangan.

Selamat mencuba….!




Kata Hati : Kalian ada cara lain..? Kongsikan laa..jangan memalu… ^_^

.

Jumaat, 7 Jun 2013

Tazkirah Jumaat | Berzikir



Sumber


Kata Hati :
Selamat hari Jumaat semua... 
^_^
.

Khamis, 6 Jun 2013

K.E.I.N.G.I.N.A.N



Terima kaseh Ummi Irfan Tag Nur. ^_^

Assalamualaikum.

Perhatian : Gambar diatas tiada kena mengena dengan entry.

Baru-baru ni, aku send mesej dekat salah seorang kenalan maya. Dan tetiba hari ni rasa nak buat entry mengenai apa yang aku mesej tu. Kiranya entry ni, entry spontan laaa. SPONTAN..! Serius spontan sebab bila je teringat apa yang aku mesej tu, aku cepat-cepat buka lappy. Bukan apa, takut lupaa..hehehe.

Mesej yang aku hantar dekat member tu sebenarnya adalah keinginan aku ingin memiliki sesuatu. Ya..! Sesuatu. Sesuatu yang sangat sukar untuk dimiliki oleh orang yang seperti aku. Err..sebelum tu, jangan di tanyalah apa yang aku nak sangat tu, sebab aku tak rasa nak share dekat sini. Entry ni pun sekadar luahan hati yang terbuku.

Dan sebenarnya juga, aku tahu apa jawapan kalian kalau aku beritahu apa keinginan aku tu. Selain dapat jawapan yang sama dari kalian, tak pasal nanti kalian kata aku GILA. Hahaha. Jadi lebih baik aku jangan share dekat sini. Bukan tak nak share, tapi GILA ke hape kalau aku share kat sini. HAHAHA.

Ehh..tapikan, seriuslah aku teringin. Kalaulah apa yang aku nak ni boleh beli dekat mana-mana tanpa syarat mahupun sebarang masalah, walaupun mahal macam mana sekalipun, insyaAllah aku akan tetap cuba memiliki tau…! Tapi sayangnya apa yang aku nak tak ada jual di mana-mana. Kalau ada pun syaratnya terlalu ketat. Ya..Terlalu leceh..!

Ermm..nampaknya aku kena ikut produser betul-betullah kalau nak apa yang aku inginkan tu. Tapi itulah, entah bila aku pun tak tahu. Aku cuba mampu berdoa padaNYA agar dimurahkan rezeki aku untuk capai apa yang aku inginkan. Sesungguhnya ALLAH MAHA MENDENGAR…


P/s : BERKEINGINAN sesuatu yang masih BELUM MAMPU untuk aku MILIKI.... T_T




Kata Hati : Link blog ni, atas makna nama aku sebenarnya... ^_^
.