Isnin, 15 Oktober 2012

Home » » .:: Kilim Geoforest Park Langkawi ::.

.:: Kilim Geoforest Park Langkawi ::.






Rasanya dah lama tak sambung cerita mengenai Langkawi kan..?
Ada ke yang menunggu..?

Hee.....ada atau tidak, aku tetap mahu bercerita di sini. 
Untuk kenangan di hari tua nanti... Heeee... #tolong.abaikan.kegedikkan.ini.ye..!

Sebenarnya, lepas puas usha mamat dekat Kota Mahsuri ,
Pemandu pelancong terus bawa kami ke Kilim Geoforest Park .

Katanya kalau dulu Cable Car carta pertama bila ke Langkawi,
Tapi sekarang Kilim Geoforest Park tarikkan pertama pelancong bila ke Pulau Lagenda ini.

Di sebabkan kesuntukkan masa, kami cuma ambil pakej 1 jam saja.
Tapi kami hari tu rasanya lebih satu jam.  #ada pelbagai pakej sebenarnya tau.

 
Dan akan di bawa ke empat tempat iaitu gua kelawar, sangkar ikan, tengok burung helang dan di bawa melihat keindahan pulau semulajadi yang wujud di Langkawi.




Untuk kesemua tempat yang aku cakapkan tu, kena naik bot laju tau.
Memang best..Berombak-ombak gitu..!

Nak-nak pula bila berselisih dengan bot yang lain.
Lagilah melambung tinggi di buatnya.




Gambar dalam gua tak ada ye, sebab tidak di benarkan. 
Katanya takut ganggu kelawar yang senang nyenyak tidurrr....zzZZzz...

Selain kelawar, kami juga dapat lihat batu kapur yang meyerupai haiwan-haiwan.
Contohnya gajah, harimau, buaya dan pelbagai lagilah.

Semuanya terjadi secara semulajadi. Dan disebabkan itu jugalah Kilim Geoforest Park mendapat Pengiktifan dunia tau.

Sayangnya tiada gambar yang dapat di tunjukkan.
Jadi, gambar di atas ni gambar baru keluar gua, nak menuju ke bot kembali.
Sebab lepas gua kelawar kami akan bi bawa untuk bermanja-manja dengan ikan..!




Nampak tak gambar di atas ni. Haaa...ini dekat sangkar ikan.
Di sinilah kami semua boleh bermesra-mesra dengan dua ekor ikan pari di dalam sangkar tu.

Jangan tak tahu, kedua-dua ekor ikan pari ni ada nama lagi tau.
Sekor nama umar, sekor lagi nama fatima.

Yang uniknya, bila panggil je nama, empunya nama pasti akan timbul.
Waktu ini jugalah kami berpeluang untuk bagi umar dan fatima ni makan.

Kira kalau nak belai-belai boleh sangatlah. Tidak bahaya ye.
Sebab mereka mesra pelancong kata orang tu lah.
Aku teringin jugalah nak membelai, tapi keberanian aku amatlah tipis..!

Selain ikan pari, ada juga belangkas dan ikan yang boleh dipancing hanya menggunakan jari je.
Maaflah aku lupa nama ikan tuu..huhuhu.




Lepas sesi bermanja-manja dengan ikan, kami terus di bawa ke tempat burung helang.
Bila kami sampai ke sini, enjin bot tiba-tiba di matikan tau.

Dan kemudiannya di hidupkan kembali..lepas tu di matikan balik dan pemandu membunyikan enjin dengan cara tersendiri.

Mula-mula tu ingatkan enjin bot rosak, rupa-rupanya itu adalah salah satu cara untuk panggil si burung helang keluar dari sarangnya...! #pandaikan burung-burung tu..!

Kami dapat melihat sendiri bagaimana si burung helang menangkap kulit ayam yang terapung dan terus memakannya sambil terbang.

Memang teruja, dan masing-masing terpegun melihat cara burung helang tu makan.
Dan tiba-tiba satu ayat yang munasabah terkeluar dari salah seorang budak lelaki dalam bot tu.

"Pelik, mana deme dapat luit ayam tengah-tengah laut ni?"

Huh..! tergelak aku dengar soalan spontan dari dia. Padahal sebelum ni sudah di beritahu,
Yang pemandu bot akan mengumpan si burung helang dengan kulit ayam.
Jadi pemandu bot lah yang campakkan kulit ayam sebaik tiba ke lokasi.

Bila diterangkan pada budak tu, punyalah panjang dia punya "ooooooo...."




Lepas dah puas tengok burung helang, kami di bawa pusing-pusing untuk lihat keindahan alam semulajadi.

Gambar di atas ini adalah pulau kasut. Nampak tak rupa kasut..?
Nampak tak...?

Ada juga pulau yang menyerupai penyu tau.
Tebing-tebing meyerupai muka bayi dan wajah red indian.

Tapi gambar semuanya tak jelas, kecuali pulau kasut ni.
Terkasima kejap bila pulau tu betul-betul meyerupai kasut. 

Nampak tak ada pulau di hujung pulau kasut tu.?
Itu adalah tanah Thailand. Bila kami melepasi pulau kasut ni, secara automatik telefon bimbit masing-masing berubah coverage. 

Siap pemandu pelancong tu offer untuk hantar siapa-siapa yang mahu ke Thailand.
Dengan syarat balik sendiri..Heee..!

Puas pusing-pusing jelajah Kilim Geoforest Park, kami di bawa pulang ke jeti.
Sebab lepas ni ada lagi agenda yang sedang menunggu.

Kemana pula lepas ni..? 
Tungguuuuuuu... Heeeeee..!


Kata Hati : Bila bercerita macam ni, buat aku rindu Langkawiiiii...!
.

38 ulasan:

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

wow dgr cik nur cerita terasa nk p langkawi haha

dya nasir berkata...

wah..bestnya..nk pergi langkawi jgk!!haha

Unknown berkata...

seronoknye ke langkawi sefamily..dah lama x ke sana.. last pegi masa skolah..haha..lama betol tu..eh gmbr 1st sefamily tu mana nur? puas cari..hihi

suwara entertainment berkata...

wah..bestnya!!
seronok lihat alam semulajadi ciptaan Ilahi :)

Ayue Rejaluddin berkata...

Syoknya nur bercuti....
AJ last pegi langkawi masa cable car in progress....
Lama kan... =D

Puan Siti berkata...

waa...wat ct rindu nak pegi langkawi laa...tmbah2 dkat geopark..

nanieydotcom berkata...

once again rs nk gelak tang kulit ayam tu :) hehe..
wahh bestnye.. nk g la nnti..
unik nama umar n fatima. sehati sejiwa gitu. :)

aku HaniAsyira berkata...

dah lama tak pergi langkawi.. lagipun tak pernah pun pergi tempat2 cik nur ckp ni..

agak2 bawak balik pulau kasut jadi kasut gergasi lah ei

unsecretostory berkata...

Aten pernah pergi tempat yg nur capture nie , pegi lawatan sekolah tahun lepas . Memang best larh . Puas dapat tengok alam semulajadi nie . Memang puas hati . Rasa nak pegi lagi jea :D

Si Matatajam berkata...

Kalau rindu mai la lagi.. Percaya tak kalau kak M kata kak M tak pernah pi pusing2 kilim geoforest tu..kak M mabuk laut..risau plak nak pi takut bazir duit ja..baru sekerat jalan, dah nak patah balik..ha ha..tapi Insyaallah kl Allah perkenankan niat tu, nak try pi jugak...

Si Matatajam berkata...

Selain kilim, ikut tanjung Rhu pun bleh gak pi mangrove tu Nur..

Nana Lee berkata...

seronokknyeee...dah lama tak pergi sana. Entah bila lah ada kesempatan..huhu

Unknown berkata...

wahhh besz nyerrr :))

YanaHime berkata...

ala! tengok entry ni rasa rindu plak kat langkawi, yana pernah duduk sana 2thn...best sgt, rasa tenang jer hati hari2 lepak tepi pantai

Chic Na berkata...

masuk hutan lak ye nur. bestnya naik bot. mabuk tak? hehe..

luit ayam? kiutnya adik tu. huhu..

nursuriani berkata...

cik nur! saya beru bercadang nak bercuti bulan 11 neh kat langkawi huhuhu. best ker??? mahal tak??

boni kacak berkata...

mencik mencik.. len kali kalau pergi nak ikut..hahahaha :P

Tanpa Nama berkata...

cam bestt jee . nakk p , nakk p

Unknown berkata...

waaa, ikan pari tu, pakcik tu bagi makan ke, xmengigit ke? hihi =='

Ku Syida berkata...

Aku yang orang kedah ni pun baru 2 kali ke langkawi..Hahahaha...Satu tu ikut lawatan sekolah, satu lagi member2 masa diploma ajak sebab aku org kedah..Padahal, aku pun taktau pape pasal langkawi :p Hehehehe...Tp memang best la kan kalau bercuti..

p/s: aku mabuk laut :(

Unknown berkata...

seronok nya vacation. teringin pulak! tp tiada teman!

Khai_Sol berkata...

k,best giler.. bila lah dapat gi langkawi lagi.. hahaha

fieda berkata...

seronoknyer cik nur,sakan tu berjalan..kak fieda aritu gi langkawi tak sempat pun sampai sini..

mummyrinazone beauty berkata...

dulu masa g langkawi nurul mabuk bila naik feri..la nie tak tau mabuk lagi ke dok

Unknown berkata...

menarik...

are_lin@yu berkata...

wahh beznya cik nur..pnh g lgkwi tp tmpt ni tak sampai lg..hihi

Ayu berkata...

Ym dah penah pi!Yay!hehehehe

Unknown berkata...

haah kan.. baru nmpk...hihi...terselit kat celah tu..hikhik...comel je nmpk.. =)

Unknown berkata...

bestnya gi jalan2 tak ajak
kita pun ada gak gi jalan tgok  Nii lagibest aww jom terjah

lelamaisara berkata...

menarik kan..puas Nur berjalan...akak tak pernah sampai sii lagi tau...;)

Arina Shamsul berkata...

seronoknyaaaaa.....tapi kak dah trauma naik bot la dik..huhuhu.

shuhadaothman berkata...

seronoknya..bila la dpt pegi sana ciknur. huhu

caliph shuriken berkata...

wahh, nmpak btul2 macam rupa kasut laa pulau tu, huh...

Liyana Anuar berkata...

seronoknya~~

dekat je ngan thailand ye~

Cik Ai berkata...

ai pun penah g skali je Nur tmp ni tupun dah 2 tahun..mesti skrg lg best dah kan..

mama lynn berkata...

trip mama lynn pergi nnt akan pergi bg makan helang jugak.. alahai excited sgt ni

9n0L4 berkata...

lame sangat dahhhhhhhh tak gi ke langkawi. :)

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Mintak maaf tuan blog. Nak tumpang iklan.
Bagi bakal - bakal pelancong Pulau Langkawi yang ingin menjalankan salah satu aktiviti wajib di Pulau Langkawi iaitu Mangrove Tour di Kilim Geoforest park. Saya ingin menjemput anda ke http://thelangkawians.blogspot.com/?m=1 untuk info lanjut mengenai pakej dan harga. Boleh jugak terus whatsapp 0134298299. Terima kasih :)