Rabu, 31 Oktober 2012

Wordless Wednesday #30






Kata Hati :

Ramai yang syorkan aku pakai BlackBerry..
Tapi...boleh ke update blog melalui BB ke..?
Ermmm.....

Kalian pakai phone apa ye...?
.

Selasa, 30 Oktober 2012

CCTV...Pendapat Kalian...?






Seawal 9 pagi keluar rumah, terus ke office. 
Buat apa yang patut, tak sempat kemas pun terus keluar ke Bandar Baharu.
Dan kemudiannya terus gerak ke Serdang.

Memandu awal pagi memamg lega pemandangan.
Lapang saja lebuh raya ke arah utara.

Tapi kalau musim perayaan...!
Adehhh..lenguh kaki pijak clutch weyy...!

Oh ya..! Serdang yang aku pergi ni, di Negeri Kedah ye.
Bukan Serdang Selangor ye... :)

Selesai segala urusan, terus balik ke Taiping.
Singgah sekejap dekat Restoran Nasi Ayam Periuk Besar di Bagan Serai.
Tapau nasi ayam berempah. #maaf tak ada gambar, sebab lapo sangat..!

Sampai opis pun dah hampir pukul 1.30 petang.
Ngap dulu sebelum solat.. #lapar weh..!

Kodek-kodek , bincang , gossip apa yang patut dan apa yang tidak patut.
Hampir pukul 3 petang baru dapat mengudarakan diri.




Salah satu perkara yang di bincangkan tadi, adalah mengenai CCTV.
Aku sebenarnya tak adalah mahir sangat bab-bab CCTV ni.

Tapi lama-kelamaan kita kena ambil peduli hal ini.
Sekarang zaman sudah makin majukan..!

Nak-nak pula, CCTV sekarang ni, kita boleh pantau dari jauh je.
Kiranya walaupun tak berada di tempat kejadian,
Tapi kita boleh lihat apa yang berlaku melalui telefon bimbit , iPad dan sebagainya.

Jadi, ada tak sesiapa di sini pakar atau tahu, apa yang perlu untuk pemasangan dan kos pemasangan CCTV ni..?

Gadget apa yang sesuai untuk digunakan bagi memantau keadaan CCTV itu..?
Laptop..? iPhone..? iPad...? Atau lain...?

Cadangan aku tadi , untuk pemantauan aku suruh beli iPad..!
Dan kalian rasa..?



Kata Hati : Tak sangka di pilih sebagai pengomen tegar di Solehah Officially Blog..! Terima kaseh Solehah...!

.

Isnin, 29 Oktober 2012

Dalam Hati Ada Taman | Episod 1






Judul : Dalam Hati Ada Taman
Tayangan : 29 Oktober 2012 ( Malam Ini )

Masa : 9.30PM-10.30PM
Channel : Astro Ria (104)
Jumlah episod : 13 Episod
Terbitan : Cube Film
Pengarah : Michael Ang
Para Pelakon : Randy Pangalila, Elfira Loy, Amar Ashraf, Amy Mastura, Riezman Khuzaimi, Hanez Suraya, Bembi'Ratno', Didie Alias.



Drama bersiri 13 episod Dalam Hati Ada Taman akan ditayangkan pada malam ini, 29 Oktober di Astro Ria. Bermula jam 9.30 minit malam sehingga 10.30 minit malam.


Sinopsis drama Dalam hati ada taman:
Mengisahkan seorang ibu tunggal(Amy Mastura) yang bersendirian membesarkan  anak perempuannya  Bella (Elfira) di kota Paris. Dia sanggup lakukan apa sahaja kecuali menjual diri agar anaknya dapat dibesarkan dengan sempurna.

Bella bekerja di kedai pastri untuk menyara diri dan ibunya. Di kedai pastri, dia berkenalan dengan Randi (Randy Pangalila) yang turut sama bekerja di kedai pastri tersebut. Namun Randy sudah pun mempunyai tunang  iaitu sofea(Hanez Suraya).

Bapa Amar(Riezman) sebenarnya cuba menjodohkan anaknya Daniel ( Amar Asyraf ) dengan Bella. Pada masa yang sama, dia menyukai ibu Bella.


Sinopsis Episod 1 :

Bella dikejutkan oleh ibunya, Amy yang ingin mengahwininya dengan Danial. Terdesak, Bella berpakat dengan lelaki yang tidak di sukainya, Randi untuk mengelak desakan ibunya.

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | Episod 1 ]


Kata Hati : Episod pertama, malam ini..!

.

Terima Kaseh Mama Qhayra & Anies...!





Selamat hari Isnin..!
Hey kalian...! masih dalam mood raya ke ni..?

Ke pening lalat, sebab makan daging terlalu banyak...?
Haaa....jaga-jaga ya..makan tak salah, tapi berpada-padalah.
Kesihatan tu pentingkan..!

Okay..!
Jujur aku mengaku, hari ni aku agak lemau sedikit.
Kepala pula rasa berat jee..!
Agaknya kesan makan lemang kot...huhuhu. #serius aku hentam makan lemang banyak-banyak kali ni tau..!

Tapi semua ni tak menghalang aku dari terus untuk mengucapkan terima kaseh kepada Mama Qhayra.
Sebab minggu lepas aku terima cenderahati dari Mama Qhayra. #Rujuk gambar di atas.

Bukan aku seorang je yang dapat tahu...! Rata-rata warga  GSF juga dapat.
Baikkan Mama Qhayra ni. 

Dan ramai juga warga GSF yang sudah up entry mengenai ni.
Tapi aku, baru hari ini berkesempatan nak up mengenai entry ni. #maaf ye Mama Qhayra.

Apapun, jutaan terima kaseh sekali lagi buat Mama Qhayra atas pemberian ini.
Nur doakan, Mama Qhayra sekeluarga sentiasa sihat dan di murahkan rezeki dariNYA selalu..Amin.!




Dan di atas kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan jutaan terima kaseh 
Kepada pemilik blog Anies & You.

Hadiah GA yang aku join telah pun selamat sampai rumah.
Terima kaseh ya Anies...!

Lepas ni, kalau berkesempatan buatlah GA lagi..Heee... :)

Okaylah ya..Sampai di sini saja..
InsyaALLAH....kita jumpa di lain entry..!



Kata Hati : Terima kaseh kata-kata semangat kalian buat aku...Love You Alls....!

.

Ahad, 28 Oktober 2012

Mendua By Astrid | Lirik






Mendua By Astrid


Ku tak habis fikir kurangku dimana
kau tegar melepaskan aku
jauh ku menatap namun terlalu jauh
imajinasiku terberai

terdiam aku beku tanpamu
dimanakah letak hatimu

kau putuskan tuk mendua
dengan dia di belakangku
padahal ku pilih kamu
jadi cinta terakhir

ku tak habis fikir kurangku dimana
kau tegar melepaskan aku
jauh ku menatap namun terlalu jauh
imajinasiku terberai

terdiam aku beku tanpamu
dimanakah letak hatimu

kau putuskan tuk mendua
dengan dia di belakangku
padahal ku pilih kamu
jadi cinta terakhir

kau putuskan tuk mendua
dengan dia di belakangku
padahal ku pilih kamu
jadi cinta terakhir

kau putuskan tuk mendua
dengan dia di belakangku
padahal ku pilih kamu
jadi cinta terakhir, jadi cinta terakhir


Luahan Hati : "Padahal ku pilih kamu jadi cinta sejati dan cinta terakhir" Jelas kita tidak dapat melawan takdir bukan..? Tapi kenapa kamu sanggup menduakan sebuah jalinan yang kita bina selama ini..? Apa salahku, kurangku...? Tidak bolehkah, kamu jujur dengan aku....


Kata Hati : Terkilan, kerana kamu tidak jujur dengan aku...!

.

Khamis, 25 Oktober 2012

.:: Salam Aidil Adha 1433H ::.



Sumber Google.



Di Kesempatan ini, Nur ingin mohon ampun dan maaf seandainya sepanjang perkenalan kita di sini, mahupun di alam realiti Nur ada terkasar bahasa dengan kalian semua.

Dan di atas kesempatan ini juga Nur ingin mengucapkan 
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1433H 
kepada seluruh umat Islam khususnya buat 
keluarga, sahabat handai , 
rakan blogger dari Malaysia dan Indonesia. 
Tak dilupakan juga Khas buat 
SELURUH WARGA GSF tersayang..!

Akhir kata,

SALAM AIDIL ADHA DARI PEMILIK BLOG

"AKU , CINTA & CITA-CITA"

KHAS BUAT KALIAN SEMUA...!


Kata Hati : Jaga diri ya semua, InsyaALLAH panjang umur kita jumpa lagi..!

.

Rabu, 24 Oktober 2012

.:: Pemilik Hati - Armada ::.







PEMILIK HATI


Lihat ku disini
Kau buat ku menangis
Tak ingin menyerah
Tapi tak menyerah
Mencoba lupakan
Tapi ku bertahan

Kau terindah kan selalu terindah
Aku bisa apa tuk memilikimu
Kau terindah kan selalu terindah
Harus bagaimana ku mengungkapkannya
Kau pemilik hatiku

Mungkin lewat mimpi
Ku bisa tuk memberi
Ku ingin bahagia
Tapi tak bahagia
Ku ingin dicinta
Tapi tak dicinta

Kau pemilik hatiku
Kau pemilik hatiku
Kau pemilik hatiku


Nota Hati : 
Di bait lirik mencuba lupakan, tapi ku bertahan. Itulah yang aku cuba lakukan selama ini. Tapi aku tidak mampu. Kerana kamu begitu indah di hatiku. Kamu pencuri yang telah mencuri hatiku. Tapi siapalah aku di hatimu. Aku berharap moga cintai kamu, tapi itu mustahil akan berlaku bukan..! Walaupun hingga kini kamu pemilik hatiku, dalam masa yang sama aku sedang cuba hapuskan rasa ini terhadap kamu...! 


Kata Hati : Sedang belajar sesuatu demi masa depan sendiri...!

.

.:: Wordless Wednesday #29 ::.






Kata Hati : 
Hujung minggu yang lalu, 
Dikala yang lain sedang sibuk mengecat,
Aku pula sibuk menconteng..!
Heeeee...!

Hujung minggu ni, kena sambung menconteng lagi..
Lotih oooo..!

Ada sesiapa nak tolongggg...?
.

Selasa, 23 Oktober 2012

.:: Masalah Itu Normal ::.






Setiap manusia normal punya masalah tersendirikan. Kenapa aku kata manusia normal..? Sebab yang tak ada masalah itulah yang tak normal. 

Tapi ada ke manusia yang tidak punya masalah di duniaNYA ini..?

Jika ada, alhamdulilah. Anda insan yang terpilih dari tidak bergelumang dengan segala permasalahan dunia.

Aku akui, kita memang tak boleh lari dari masalahkan. Kalau betul-betul lari pun, sebenarnya itu bukanlah satu tindakan yang bijak. Sebab semakin jauh kita lari, masalah itu tetap dan masih ada.

Jadi perkara yang bijak, adalah hadapi segala masalah yang kita hadapi dengan tenang dan aman sentosa.

Walaupun bunyinya agar sukar bagi manusia yang menghadapi masalah besar, tapi aku yakin kalian pasti boleh.

Sebab setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya bukan..? #Ayat ini sangat sinonim untuk mereka-mereka yang di timpa masalahkan. Termasuklah aku..!

Cuma cara kita menyelesaikannya je kita tak tahu. Yang pasti ada penyelesaiannya. Maka berusahalah untuk selesaikan segala masalah yang kita hadapi.

Ketika ini aku juga sedang mengalami masalah.  Apa yang aku cita-citakan adalah ingin lari dari sini seandainya segala masalah selesai. #Bukan lari dari masalah ye..Dah selesai baru nak lari..heee...

Tapi Cuma cita-cita dan angan-angan je. Sebab lari bukan pekara yang mudah weh.!  Kena pakai duit banyak ooo..! Buat paspot lagi, beli tiket kapal terbang lagi, hotel lagi, makan lagi..

Aiyoookk....!

Bukan selesai masalah ni, tapi cari masalah baru namanya ni..! hehehehe. Makanya jangan contohi cita-cita aku yang tah hape-hape ni.

Kalau dalam drama bolehlah kan..Tengah hari selesai masalah, Tup-tup  petang terus nak terbang ke Colombia..! #Nama pun drama kan..!

Tapi kalau aku betul-betul nak lari, ada sesiapa ke nak ikut...? Heeeee.....

Moral di sebalik entry ini, sebaiknya berdoa dan mengadulah pada DIA…Itukan lebih afdal.



Kata Hati : Destinasi di rahsiakan jika aku bawa diri…!

.

Isnin, 22 Oktober 2012

.:: Terima Kaseh Hijabul Azzwaa Boutique ::.






Selamat hari Isnin semua..!
Harap semuanya dalam keadaan sihat sentiasa hendakNYA.

Alhamdulillah, rezeki sentiasa murah nampaknya bulan ni.
Moga kekal terus di murahkan rezeki hendakNYA.

Sedia maklum saya tahu mengenai free gift ni dari Blog Intan Berlian.
Dan terus ikut syarat-syarat yang di tetapkan oleh Pihak Hijabul Azzwaa Boutique.

Terima kaseh tidak terhingga buat Hijabul Azzwaa Boutique.
Kerana sudi memberi sarung tangan muslimah pada Nur.
#seperti gambar di atas.

Tawaran ini sah sehingga November 2012.
Jika masih berkesempatan lagilah kalau mahu.

Hanya perlu Like [DISINI] Dan Follow [DISINI]
Dan insyaALLAH , jika ada rezeki sampailah Gift yang di janjikan.

Terima kaseh sekali lagi buat Hijabul Azzwaa Boutique.
Nur doakan moga bisnes kalian maju dan terus maju.
Amin..!



Kata Hati : Hari ni terkejut bila terima senyuman dari jejaka sombong..!

.


Ahad, 21 Oktober 2012

.:: Alahaiiii Twitter..! ::.





Nampak gambar di atas..?
Klik untuk tumbesaran yang sihat ya..!

Waktu entry ni di taip, jam di lappy tepat jam 12:28am.
Sebenar saja nak jadi kiah propa jap..!

Tadi tengah syok-syok bertwitter dengan rakan-rakan GSFian.
Tiba-tiba je aku tak boleh reply..!

Banyak kali tekan, tapi tak mahu jugak..! 
Eh...apa fasal fulak nii..! Grrrr...!

Rupa-rupanya ada warning yang aku tak perasan.
Warning tu macam gambar di atas tu.

Alahai...twitter ni ade limit rupanya eh..
Baru tahu ni, al-maklumlah sebelum ni aku tak berapa nak aktif twitter bagai ni.

Bila dah aktif, ni barulah tahu.
Alahai twitter...sabo ajelah..!

Tapi kejap je dia buat ferangai..lepas tu okay.
Dan lepas tu buat ferangai balik...!

Aiyokk..off twitter teruss.
Fadan muke..!




Kata Hati :
Maaf ye kengkawan kalau tiba-tiba nur hilang di twitter tadi..! heeee.. :)
Oh ya..entry publish jam 12:39am.

.

Sabtu, 20 Oktober 2012

.:: 말도 없이 | 장근석 ::.



video




말도 없이 | Without Word 
By
 장근석 | Jang Geun Suk.



 I shouldn’t have done that, 
I should have pretended not to know 
like I didn’t see it, like I couldn’t see it 
I shouldn’t have looked at you in the first place

I should have run away
I should have pretended I wasn’t listening
like I didn’t hear it, like I couldn’t hear it
I shouldn’t have heard your love in the first place


Without a word, you made me know what love is
Without a word, you gave me your love
Made me fill myself with your every breath
Then you ran away


Without a word, love leaves me
Without a word, love abandons me
Wondering what to say next
My lips were surprised
It came without a word


Why does it hurt so much?
Why does it hurt continuously?
Except for the fact that I can’t see you anymore, and that you’re not here anymore
otherwise, it’ll be just the same like before


Without a word, you made me know what love is
Without a word, you gave me your love
Made me fill myself with your every breath
Then you ran away


Without a word, love leaves me
Without a word, love abandons me
Wondering what to say next
My lips were surprised


Without a word, tears starts falling down
Without a word, my heart is broken


Without a word, I waited for love
Without a word, love hurts me
I’ve become transparent, I’ve become a fool
and I cry just by looking at the sky


Without a word, separation finds me
Without a word, the end comes to me
It tool my heart by surprised
To send you away unexpectedly
It came without a word


Without a word, love appears
Without a word, love vanishes
Like a fever I’ve had, maybe all I have to do is hurt for a while
Because in the end, the only thing that remains are scars



P/s : Liriknya di translate ke bahasa english ye.
Terima kaseh google translate..!



Kata Hati : Salah satu lagu feberet aku..!

.

Jumaat, 19 Oktober 2012

.:: Tazkirah Jumaat | Hanya Kerana ALLAH ::.



Sumber : MukaBuku.



Kata Hati :

Moga pertemuan dengan insan yang mampu membimbingku hanya kerana ALLAH.
Dan
Moga ukhwah yang terjalin antara kita disini juga hanya kerana ALLAH.
InsyaALLAH....

.

Khamis, 18 Oktober 2012

.:: Oriental Village, Langkawi Cable Car ::.





Selamat hari Khamis semua..!
Pagi tadi cuaca baik-baik aja.

Nak masuk tengah hari ni, cuaca sudah mula menunjukkan suramnya.
InsyaALLAH, sama ada sebelum atau selepas zohor,

Sebelum asar atau lepas asar hujanlah nanti ni.
Atau langsung tidak hujan. Siapa tahukan, kita hanya menduga DIA yang menentukan.

Jadi sebelum aku bertukar jadi malas, lebih baik cepat-cepat habiskan cerita Trip aku ke Pulau Lagenda ni.

Okeyh, lepas je geng aku puas ronda-ronda dengan bot laju di kawasan Kilim Geoforest Park.
Kami terus ke destinasi seterusnya, mana lagi kalau bukan ke Langkawi Cable Car.

Dalam perjalanan ke sana, cuaca agak redup. Sebab sebelah paginya, bumi Langkawi sudahpun dibasahi hujan.

Dan dalam perjalanan ke sana, aku awal-awal lagi dah kirim SMS pada Blogger M.
Memanglah pada awal perancangan aku ni, teringin sangat nak naik Cable Car tu.

Tapi sebaik saja kaki jejak ke Pulau lagenda tiba-tiba je perasaan tu berbelah bagi..!
Bila bayangkan..terus aku jadi takut...Gayat kot weyhhh..! #adehh...mengeletar aku nak naip entry ni..!

Dan aku ada jugalah bagitahu dekat Blogger M , yang aku MUNGKIN tak naik cable car.
Dan bolehlah kita jumpa lama sikitkan.

Tapi M sms cakap :  "rugilah kalau tak naik bila dah sampai Langkawi. Khalish pun dah naik, Nur tak kan tak mahu naik kott..!"

Adehh..! Tercabar kejap aku dengan keberanian anak teruna M tu.
Fikir..fikir...fikir...Orang dalam bas pun semua teruja nak naik.

Aku tanya abah dan adik nak naik tak..? Diorang laju je geleng kepala.
Bila aku tanya mak, mak pula laju je kata  "Jom"

Teruss...aku buat keputusan nak naik.!
Keberanian aku bila mak ada di sisi..yeahh..!




Perasaan pertama kali naik Cable Car. Sangat teruja dan sangat takut.
Makin dekat dengan tempat menunggu cable car tu, makin mengeletar rasa lutut.

Bila dah berada dalam kotak giliran masing-masing lagi bertambah cuakk..!
Satu cable car tu, hanya boleh muat dalam 6 orang sahaja.

Yang naik sama aku, 3 dewasa dan 3 kanak-kanak...Ngam..!
Dan yang menariknya ini adalah pengalaman pertama bagi kami semua. #Hebatkan kami..!




Senyum je kan..! Padahal dalam hati...Hanya ALLAH je yang tahu tau.
Kami dah pun diberitahu awal dari orang yang ada pengalaman naik cable car ni.
Supaya jangan turun bila pintu cable car terbuka pada stesen yang pertama.
Al-maklumlah, kami semuakan kejar masa. Jadi kami cuma turun di stesen paling atas saja.




Inilah permandangan dari dalam cable car yang sedang mendaki ke puncak.
Gayat ooo waktu ni..! Tapi bila makin lama makin tinggi kegayatan tu reda sikit demi sini.

Sebab terpegun dengan keindahan alam di Pulau Langkawi.
Sungguh..Sangat cantikk..! 




Pemandangan dari dalam cable car ni. Sejuk mata memandang..!
Sebaik saja kami sampai je dekat puncak, kami tak ke mana-mana pun.

Sebab masing-masing punya lutut dah mengeletar..Heee..!
Dan kebetulan hari tu, jambatan gantung ditutup buat sementara waktu.
Di fahamkan air bertiup agak kuat petang tu. 
Demi keselamatan, pihak  diorang tutup laluan untuk ke sana. #kalau buka pun kami tak pergi.




Pemandangan indah dari puncak sana..sejuk tau ..!
Pendakian kami berenam berakhir di sekitar stensen tu sahaja.

Kami tak pergi ke jambatan yang menghubungkan Gunung Mat Raya dan Gunung Mat Cincang.
Sebab gayat hokeyy..! Dan sampai ke puncak ini pun dah rasa terbaik sangat dah tau..!

Tak sampai 15 minit pun kami di atas, lepas tu cepat-cepat kami turun.
Sekali lagi, kegayatan melanda...fuhhhhh...!




Pemandangan indah ketika turun dari atas. Cantik sangat..!
Nampak pulau-pulau kecil yang terdapat di sekitar Langkawi.

Dan ketika turun inilah Blogger M mengantar SMS beritahu yang dia sudahpun sampai ke kawasan Oriental Village.

Selamat je sampai kebawah, aku cuma beli gambar kami beramai-ramai dalam cable car tu je.
Lepas tu, terus lari-lari anak ke jambatan berwarna merah.

Dan sedia maklum, kami pun selamat berjumpa..! 
Sudah di beritahu [DISINI] dan juga di blog M [DISINI]

Jadi inilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Jika di beri peluang sekali lagi untuk menaiki Cable Car ni, 
Aku mahu..! walaupun kegayatan itu masih ada..! Heeeeee..

Sampai di sini sajalah Kisah Pulau Lagenda. 
Mungkin ada yang terlepas entry


Klik aje dekat tajuk entry yang beso di atas ni. Segala kisah berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Dan ramai juga yang tanya, sangkut dengan orang Langkawi ke..?

Itu aku hanya bercanda. tidak ada maksud lain selain hanya mahu bergurau. 
#tapi kalau ada, apa salahnya kan..kan..kan..? <---- Gataii..!

Makanya maafkan aku ya warga Langkawi yang dikasihi. 
InsyaALLAH....punya jodoh, kita ketemu lagi..!

I LOVE LANGKAWI...!


Kata Hati : Maaf ye, terpanjang pula entry nih..! Heeeeee.... 

.

Rabu, 17 Oktober 2012

.:: Everthing I Need - Randy Pangalila | Lirik ::.



Everything I Need.


Hati merasa sepi
Bila ku jauh
Dari sentuh cintamu


Ingin Selalu ada
Dekatmu
Selalu ada dihatimu


Jangan tinggalkan
Dan jangan kau lepaskan
Tuk memaluku
Dekatku
Di setiap detak jantungku


You my love
You my life
You are my
Everything I need


I give you my heart
I give you my soul
In every way



Kata Hati : 
OST Drama ~ Dalam Hati Ada Taman.



.

.:: Wordless Wednesday #28 ::.




Kata Hati :
Hampir seminggu tak terima mesej dari My BFF... 
#winduuuuu...!


.

Selasa, 16 Oktober 2012

.:: BE Lagi Dan Kupon Mc'd | Terima Kaseh...! ::.




Selamat hari selasa semua..!

Harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera hendakNYA.
Siapa-siapa yang tak sihat tu, cepat-cepatlah jumpa doktor ya..!

Aku, Alhamdulillah, semakin sihat. Cuma suara rock ni, belum pulih sepenuhnya. #Errkk..macam.mana.nak.pulih.kalau.tak.pantang..!

Okeyh..nampak tak gambar di awal entry ni..?
Haaa....sebenarnya kupon tu aku dapat sebab Menang GA anjuran blog Nama Saya Siti.

GA ni paling sempoi..! Tak payah buat entry bagai.
Cuma tinggalkan komen sebanyak mungkin je.

Pemenang akan dikira melalui komen yang terbanyak. Senangkan..!

Bila GA dah tamat, aku di umumkan sebagai pemenang dan layak menerima kupon seperti mana di janjikan Siti.

Alhamdulillah, murah rezeki aku. Bukan setakat kupon tau, 
Dalam sampul putih tu, ada juga buku comel yang Siti selitkan. 
Terima kasehlah sangat-sangat..!

Pada yang nak kenal-kenal dengan siti ni, janganlah segan silu nak terjah [Blog Beliau] ye.
Mana tahu lepas ni Siti ada buat GA paling sempoi ni lagikan..!

Dan pagi ni, bila buka akaun Nuffnang, terkedu sekejap sebab ada lagi BE/CPUV baru yang singgah ke teratak ini.




Alhamdulillah, berganda-ganda rezeki bulan ni. 
This Is A Pair Of Levi's itu adalah BE/CPUV terbaru. 
Jadinya, ada tiga BE/CPUV sedang berlangsung di sini.

Terima kaseh tidak terhingga pada kalian yang selalu singgah di sini.
Dan terima kaseh juga pada pihak Nuffnang.
Dan tak lupa ucapan terima kaseh pada Siti...!

Terima kaseh semua..!


Kata Hati :  Moga kita sentiasa di murahkan rezeki DariNYA...Amin..!

.

Isnin, 15 Oktober 2012

.:: Kilim Geoforest Park Langkawi ::.






Rasanya dah lama tak sambung cerita mengenai Langkawi kan..?
Ada ke yang menunggu..?

Hee.....ada atau tidak, aku tetap mahu bercerita di sini. 
Untuk kenangan di hari tua nanti... Heeee... #tolong.abaikan.kegedikkan.ini.ye..!

Sebenarnya, lepas puas usha mamat dekat Kota Mahsuri ,
Pemandu pelancong terus bawa kami ke Kilim Geoforest Park .

Katanya kalau dulu Cable Car carta pertama bila ke Langkawi,
Tapi sekarang Kilim Geoforest Park tarikkan pertama pelancong bila ke Pulau Lagenda ini.

Di sebabkan kesuntukkan masa, kami cuma ambil pakej 1 jam saja.
Tapi kami hari tu rasanya lebih satu jam.  #ada pelbagai pakej sebenarnya tau.

 
Dan akan di bawa ke empat tempat iaitu gua kelawar, sangkar ikan, tengok burung helang dan di bawa melihat keindahan pulau semulajadi yang wujud di Langkawi.




Untuk kesemua tempat yang aku cakapkan tu, kena naik bot laju tau.
Memang best..Berombak-ombak gitu..!

Nak-nak pula bila berselisih dengan bot yang lain.
Lagilah melambung tinggi di buatnya.




Gambar dalam gua tak ada ye, sebab tidak di benarkan. 
Katanya takut ganggu kelawar yang senang nyenyak tidurrr....zzZZzz...

Selain kelawar, kami juga dapat lihat batu kapur yang meyerupai haiwan-haiwan.
Contohnya gajah, harimau, buaya dan pelbagai lagilah.

Semuanya terjadi secara semulajadi. Dan disebabkan itu jugalah Kilim Geoforest Park mendapat Pengiktifan dunia tau.

Sayangnya tiada gambar yang dapat di tunjukkan.
Jadi, gambar di atas ni gambar baru keluar gua, nak menuju ke bot kembali.
Sebab lepas gua kelawar kami akan bi bawa untuk bermanja-manja dengan ikan..!




Nampak tak gambar di atas ni. Haaa...ini dekat sangkar ikan.
Di sinilah kami semua boleh bermesra-mesra dengan dua ekor ikan pari di dalam sangkar tu.

Jangan tak tahu, kedua-dua ekor ikan pari ni ada nama lagi tau.
Sekor nama umar, sekor lagi nama fatima.

Yang uniknya, bila panggil je nama, empunya nama pasti akan timbul.
Waktu ini jugalah kami berpeluang untuk bagi umar dan fatima ni makan.

Kira kalau nak belai-belai boleh sangatlah. Tidak bahaya ye.
Sebab mereka mesra pelancong kata orang tu lah.
Aku teringin jugalah nak membelai, tapi keberanian aku amatlah tipis..!

Selain ikan pari, ada juga belangkas dan ikan yang boleh dipancing hanya menggunakan jari je.
Maaflah aku lupa nama ikan tuu..huhuhu.




Lepas sesi bermanja-manja dengan ikan, kami terus di bawa ke tempat burung helang.
Bila kami sampai ke sini, enjin bot tiba-tiba di matikan tau.

Dan kemudiannya di hidupkan kembali..lepas tu di matikan balik dan pemandu membunyikan enjin dengan cara tersendiri.

Mula-mula tu ingatkan enjin bot rosak, rupa-rupanya itu adalah salah satu cara untuk panggil si burung helang keluar dari sarangnya...! #pandaikan burung-burung tu..!

Kami dapat melihat sendiri bagaimana si burung helang menangkap kulit ayam yang terapung dan terus memakannya sambil terbang.

Memang teruja, dan masing-masing terpegun melihat cara burung helang tu makan.
Dan tiba-tiba satu ayat yang munasabah terkeluar dari salah seorang budak lelaki dalam bot tu.

"Pelik, mana deme dapat luit ayam tengah-tengah laut ni?"

Huh..! tergelak aku dengar soalan spontan dari dia. Padahal sebelum ni sudah di beritahu,
Yang pemandu bot akan mengumpan si burung helang dengan kulit ayam.
Jadi pemandu bot lah yang campakkan kulit ayam sebaik tiba ke lokasi.

Bila diterangkan pada budak tu, punyalah panjang dia punya "ooooooo...."




Lepas dah puas tengok burung helang, kami di bawa pusing-pusing untuk lihat keindahan alam semulajadi.

Gambar di atas ini adalah pulau kasut. Nampak tak rupa kasut..?
Nampak tak...?

Ada juga pulau yang menyerupai penyu tau.
Tebing-tebing meyerupai muka bayi dan wajah red indian.

Tapi gambar semuanya tak jelas, kecuali pulau kasut ni.
Terkasima kejap bila pulau tu betul-betul meyerupai kasut. 

Nampak tak ada pulau di hujung pulau kasut tu.?
Itu adalah tanah Thailand. Bila kami melepasi pulau kasut ni, secara automatik telefon bimbit masing-masing berubah coverage. 

Siap pemandu pelancong tu offer untuk hantar siapa-siapa yang mahu ke Thailand.
Dengan syarat balik sendiri..Heee..!

Puas pusing-pusing jelajah Kilim Geoforest Park, kami di bawa pulang ke jeti.
Sebab lepas ni ada lagi agenda yang sedang menunggu.

Kemana pula lepas ni..? 
Tungguuuuuuu... Heeeeee..!


Kata Hati : Bila bercerita macam ni, buat aku rindu Langkawiiiii...!
.

Sabtu, 13 Oktober 2012

.:: Untuk Mencintaimu - SevenTeen | Lirik Lagu ::.






Apa yang harus aku lakukan
Untuk membuat kau mencintaiku
Segala upaya tlah kulakukan untukmu

Apa yang harus aku tunjukkan
Untuk membuat kau menyayangiku
Inilah aku yang memilih kau untukku

Kerna aku mencintaimu
Dan hatiku hanya untukmu

Tak akan menyerah
Dan takkan berhenti mencintaimu

Ku berjuang dalam hidupku
Untuk selalu memilikimu

Seumur hidupku, setulus hatiku
Hanya untukmu

Seumur hidupku, setulus hatiku
Ooohhhh



Kata Hati : 
Bila kesihatan mula tidak stabil, mulalah berjiwang-jiwang..! 
#tak salahkannnnn..!

.

Jumaat, 12 Oktober 2012

.:: Tazkirah Jumaat | Aib ::.



Sumber : MukaBuku.



Dari dulu sampai sekarang, prinsip hidup aku ialah :
"Lihat keaiban diri sendiri sebelum melihat keaiban insan lain,
Kerana kita semua tidak sempurna"

Kata Hati : Kalian setuju...?

.

Khamis, 11 Oktober 2012

.:: Unwell ::.



Sumber : Google


Cuba gagahkan diri untuk menaip entry.
Walaupun penatnya seolah baru saja habis larian 100meter.

Setahu aku, aku tidak ada lelah, asma atau apa saja penyakit seangkatan dengannya.

Tapi entah kenapa, teruk juga batuk kali ni.
Al-maklumlah, lama dah rasanya tak dapat batuk macam ni.
Bila kena, batuk sampai  termengah-mengah aku di buatnya.

Paling binasa badan bila batuk di selangi dengan muntah.
Habis segala isi perut, makanya air sajalah yang keluar.

Ya..! penat…aku cukup penat.
Hari ni saja dah 2 kali aku memengsankan diri #tidur.

Bila tersedar berharap jugalah perit yg di tanggung ini cumalah mimpi.
Tapi tidak…ianya masih realiti.

Sambil menaip entry ini, aku tidak henti-henti berdoa
Agar hari kita esok, lebih baik daripada hari ini.
InsyaALLAH….!


P/S : Wordless Wednesday semalam, aku bukan diet ye..tapi ianya tanda awal bila nikmat selera makan di tarik Malaikat... #subhanaALLAH…



Kata Hati : Suara makin hilang…!
.