Jumaat, 26 Ogos 2011

.:: Minggu Terakhir Ramadhan 1432H | Biskut Baru Bermula ::.

.


Assalamualaikum.
Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah, kerana di berikan kesempatan buat hambaMu ini terus bernafas di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Genap 26 hari kita menjalani ibadah puasa, kurang dari lima hari saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita semua. Sedihkan?  Dan hari ini adalah hari jumaat yang terakhir di bulan yang mulia ini. harapnya, tahun depan kita dapat berjumpa Ramadhan sekali lagi. InsyaALLAH…!

Macam mana dengan persiapan pakaian raya kalian semua? Tentu mantapkan? Pada yang belum selesai dengan persiapan raya ni, janganlah panik, sebaliknya cuba bertenang dan selesaikan perlahan-lahan. InsyaALLAH, selesai hendakNya.

Macam mana dengan persiapan biskut  raya pula? Kompom kalian dah buat bermacam-macam jenis biskutkan?  Tak kurang juga yang dah shoping kueh-kueh yang sudah pun berleluasa di jual di Bazaar Ramadhan.

Aku pulak..! di sebabkan rasa malas menghantui jiwa raga ni, dan di dalam kepala pun nak mengamalkan konsep cepat, mudah dan ringkas tu yang cadang-cadang nak tunjuk je semua kueh. Tapi bila fikir bab rasa tu, rasa macam rugi pulak kalau beli tapi tak makan.

Dan secara mengejutnya, tanggal puasa yang ke 25, aku dengan tiba-tibanya membuat keputusan untuk buat sendiri biskut raya…! Pagi 25 Ramadhan tu juga aku pergi beli segala bahan-bahan. Dan sampai terlalu teruja sangat nak buat biskut raya, aku terawal sedikit dari waktu beroperasinya kedai tu, jadi lepak-lepak kejaplah dekat Taman Tasik, sementara tunggu kedai tu buka.

Lepak kejap sementara tunggu kedai buka.. :p

Bila dah selesai aku shopink barang-barang nak buat biskut,tiba-tiba  aku di selubungi rasa takut dan cuak, al-maklonglah tinggal lagi beberapa hari je kan. Aku takut tak sempat.  Atas dorongan dan sokongan kuat mak, abah dan sepupu kesayangan, aku nekad teruskan jugak…!

Kalau raya-raya sebelum ni, aku buat biskut yang banyak bahan, tapi untuk raya tahun ni aku nak buat biskut yang bahannya senang-senang belaka. Lagipun dah tak banyak masa. Jadi kenalah buat biskut yang simple-mimple je. Dan semua biskut  yang aku nak buat ni buat pertama kali aku nak mencuba, kira sebelum ni aku tak pernah buatlah..!

 Bila dah beli bahan, timbul pula rasa cuak..!

Dan malam tadi bermulalah operasi aku dan di bantu oleh mak membuat biskut. Biskut yang pertama adalah biskut makmur. Biskut ni biskut kegemaran mak. Sebenarnya tak susah buat biskut ni, cuma kena ada banyak kesabaran. Sebab  intinya akan mudah terkeluar bila membentuknya secara kasar. Jadi kena manja-manja gitu..!

 Biskut Makmur A.K.A  Biskut Arab.

Masa buat biskut ni, mak banyak bercerita mengenai kepakaran arwah opah membuat biskut makmur. Kata mak, arwah opah rajin buat biskut, seawal 4 pagi arwah opah dah mula bersiap-siap untuk membuat biskut. Kata mak lagi, boleh nak di katakan semua biskut arwah opah cantik-cantik dan sedap-sedap belaka.

Asyik sungguh aku buat biskut malam tadi,  mana-mana yang agak tak menjadi bulatnya, cepat-cepat di masukkan kedalam mulut. Hahaha..! sedar tak sedar tepat jam 10.30 malam, selesai semua ..! ikutkan hati, nak buat biskut lain pulak , tapi mata macam dah mengantuk je. Jadi niat tu tak dapat nak di teruskan.

Dan pagi tadi, lepas hantar adik ke sekolah dan bawa mak ke market, tepat jam 8.15 pagi aku dan mak mulakan operasi untuk resepi biskut kedua. Resepi ni aku ambil dari intenet, dan ianya juga adalah pertama kali bagi aku. Biskut nestum nama yang di beri. Sebut saja nestum mestilah sedapkan, tapi biskut yang aku buat tadi entah apa rasanya, sebab buat waktu siangkan, macam mana nak rasa. Sekadar bau je lah..!

Sambil buat biskut tu aku borak-borak dengan mak, sambil-sambil tu juga kami dengar radio Hot FM.  Nak pula segmen Amkrew pagi ni  memutarkan lagu-lagu raya yang sentiasa hijau malah sentiasa sedap didengar oleh kita semua. Bila dah dengar lagu-lagu raya, terasa sungguh aura nak raya. Semangat tu membuak-buak secara tiba-tiba..! 

 Biskut Nestum tum..tum..tum..hehehe :p

Tok tik tok tik tok tik….tepat jam 10.05 selesai..! kemas mana yang patut,  pukul 10.30 baru aku keluar  gerak pergi kerja.  Dan malam ni insyaAllah, operasi resepi ketiga pula. Cuma tak pasti nak buat biskut apa dulu ( haiisshh..! macam byk beno resepinye ek…hahahah…)

Oklah rasanya sampai di sini sajalah ye. Aku pun dah letih.  Terima kasih pada kalian yang sudi singgah di teratak cahaya cita-cita ni. Sudi-sudikanlah datang lagi ye. Dan InsyaAllah jika dipanjangkan usia kita jumpa di lain entry. Amin..!



Kata Hati : Tahun ni tak buat Almond London, Cornflakes Madu, Semperit dan Kek Permaisuri ( Kek bersejarah..! )




.

Rabu, 17 Ogos 2011

.:: Perkhabaran itu .... ::.

.
Assalamualaikum.

Salam Nuzul Al-Quran | 17 Ramadhan 1432H.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberikan kesempatan menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. SubhanaAllah. Allah itu maha besar. Tanpa keizinan dariNya pasti kita semua tidak berada dimuka bumi ini kan?

Usai subuh pagi tadi, seperti biasa aku selalunya tidak terus sambung tidur sebaliknya, aku sambung menjait baju-baju yang belum siap. Selagi tak siap selagi itulah fikiran terganggu. Al-maklumlah, bila kita di amanahkan untuk melakukan sesuatu perkara, hati tidak akan tenang selagi perkara yang di amanahkan itu belum di laksanakan. Betul dak??

Bila aku mula menjahit, boleh nak dikatakan 90% tumpuan aku hanyalah kepada menjahit. Selebihnya adalah untuk aku peka dengan keadaan sekeliling. Maknanya tidaklah aku buat tak tahu je time menjahit tu kan.

Kadangkalanya aku menjahit sambil mendengar radio, menonton tv ataupun ber’sms’. Hanya tiga perkara ini saja yang aku akan lakukan ketika menjahit. Maka tumpuan selebihnya, hanya pada tiga perkara tadi.

Pernah juga aku mejahit sambil melayari laman muka buku. Tapi hasilnya memang tak siaplah baju yang di jahit tu. sebab itulah aku jarang nak meng’online’kan diri jika ada baju yang belum siap.

Tapi lain pula pagi ini, aku segera berhenti menjahit, bila mendapat satu perkhabaran yang mengembirakan dan dalam masa yang sama aku terasa sedih. Atau lebih senang hati aku rasa tak keruan. Sehinggakan seluruh tumpuan aku hilang serta merta.

Pada mulanya aku menjahit di ruang tamu, tapi bila rasa sebak mula menyulam jiwa dan perasaan, pandangan mata pada jarum dan benang mula kabur, cepat-cepat aku lari masuk kedalam bilik. Bukan sambung menjahit sebaliknya menahan rasa sebak yang tiba-tiba datang dengan sendirinya.

Sumpah..! aku tidak memaksa butiran jernih itu keluar dari tubir mata. Sebaliknya ianya mengalir dengan sendiri. Cuba pujuk hati. Tapi apakan daya aku tidak mampu melawan rasa hiba yang hadir dengan sendirinya.

Ya Allah, bukan aku tidak gembira dengan perkhabaran yang sampai ke telingaku. Cuma aku sedih, takut serta hampa bila mengenangkan jika tiada rezeki aku untuk menemaninya nanti. 

Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana keinginan aku bila mengukir angan jika peristiwa itu tiba. Bertambah sedih bila segala apa yang di angankan itu mungkin  tidak akan berlaku.

Bila terasa keinginan aku untuk menemaninya tidak kesampaian, rasa sesak dada memikirkannya. Saluran pernafasan seolah-olah mengecil dengan sendirinya. 

: Ya Allah, hambaMu hanya berserah dan bertawakal padaMu,  sesungguhnya hambaMu ini hanya mampu merancang, tapi Engkaulah yang menentukan segalanya.
 
InsyaALLAH, moga rezeki itu berpihak pada aku dan jika panjang umur insyaALLAH aku akan terus menemaninya…! Amin..!!



Kata Hati : Moga rasa ini dapat di bendung..InsyaAllah. 



.

Ahad, 14 Ogos 2011

.:: Lain Yang Di Cari , Lain Yang Di Jumpai | Oh..Buku..! ::.

.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi, kerana di beri kita semua peluang untuk bernafas dan menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini.

Syukran Ya Allah..!

Pagi tadi lepas balik dari pasar pagi Kamunting, aku tergesa-gesa mencari koleksi resepi biskut yang aku berkurun lama aku simpan. Al-maklumlah, time tu tengah bersemangat nak buat biskut raya kononnya.

Puas jugalah aku mencari. Habis semua tempat aku geledah. Jumpanya tak juga. Biasalah, benda yang kita nak sangat tak akan jumpa serta merta. Tapi kalau kita dah tak nak guna apa yang kita cari tu, tak payah cari, sentiasa ada je depan mata kan?

Dah habis satu almari aku geledah, tapi masih tak jumpa. Cuma yang tinggal hanya satu kotak je yang belum aku periksa. Harapan dalam hati ni berbunga bagai nak gila, mengharapkan koleksi resipi aku tersimpan rapi di dalam kotak tu.

Taraaaaa..! 

Setelah kotak di buka, hati yang berbunga-bunganya tadi hampir saja layu sebab BUKAN koleksi resepi yang tersimpan rapi di dalam tu, sebaliknya dua buah buku yang dah lama aku cari. Setengah tahun adalah..!

Maka makin berkembanglah bunga dihati aku, bila buku tu aku jumpa kembali. Dah sepuluh tahun buku tu dengan aku, Cuma hilangnya bila aku mula membuat pertukaran bilik dengan mak aku. Time tu semua barang-barang rahsia aku simpankan di dalam kotak. Tapi buku tu lah yang paling aku sayang.

Di akhir muka surat buku tu, ada kata-kata yang aku tulis sepuluh tahun lalu. Bila di baca kembali senyum sorang-sorang di buatnya, tapi maknanya sangat mendalam bagi aku. Ini kerana apa yang aku tulis rasanya sama seperti sekarang. Akibatnya, aku bila dah jumpa buku tu, aku langsung terlupa tujuan utama aku mengeledah seawal pagi tadi.  Hahahah..!

Bagi mengakhiri entry ni, tinggalkan kata-kata yang terdapat di dalam buku itu.

Ku akui dugaan datang jua pergi,
Sinar bak suria bercahaya,
Bagai mentari sinar mekar tanpa jemu,
Aku di sini tetap seperti dulu,
Akan terus berusaha tanpa jemu,
Dan ku ingin di ibaratkan,
Seperti sinar suria yang tak pernah jemu.



 Kata Hati : Resepi langsung tak jumpa..huhuhu...dan tak sabar nak tunjuk buku itu pada seseorang..!


.



Sabtu, 13 Ogos 2011

.:: Bila Pengakuan Itu Berani Mati | Aku Sayang Kamu..! ::.

.




Ikhlas kerana ALLAH aku sayangkan kamu..!

Ikhlas kerana ALLAH Setia kasih aku hanya pada kamu..!

Izinkan aku terus setia pada kamu walaupun hakikatnya kamu bukan milik aku…!

InsyaAllah..!



Kata Hati : Kesan daripada Novel..!Biar aku ucapkan sebelum ianya terlambat..!


.

 

Rabu, 10 Ogos 2011

.:: Alahai Idea ::.

.




Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di berikan kesempatan kepada hambanya untuk terus berada di ruangan ini. Alhamdulillah..!

Pejam celik, pejam celik  hari ni genap sepuluh hari kita menjalani ibadah puasa kan? Cepat sungguh masa berlalukan?

Moga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus kuat menjalani ibadah yang mulia ini. dan mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita. Siapa tahukan?

Lamanya aku tak update blog ni kan? bukan lupa mahupun tak ingat, tapi di sebabkan kesibukan melanda diri, langsung tak dapat nak menulis di sini walaupun secebiss..!

Dan aku pun telah menghadkan diri aku dengan segala aktiviti di laman mukabuku. Segala aktiviti aku hanya pada benang dan kain.

Kalau aku melepak lama-lama di laman mukabuku, alamatnya, tak siaplah baju-baju yang mahu di jahit. Nanti tak beraya tuan empunya baju tu kan? hehehe..

Tapi, setiap kali aku memegang jarum dan juga kain, nak-nak pula time mood yang tengah standby nak menjahit tu, time tu juga lah, idea untuk menulis datang dengan lajunya. Sampai satu tahap, aku rasa macam nak berhenti menjahit.

Tapi, bila aku berhenti menjahit, dan bila jarum di jari di gantikan dengan pen, idea yang laju bagai nak gila tadi, hilang tah kemana-mana. Haiissshhh..! bengang jugaklah..apa boleh buat, sabar jelah.  Hampir 30 minit jugalah aku menconteng bagai. Hasilnya, hampehh..!

Dan bila jarum kembali mengambil tempat di jari, serta merta idea yang hilangnya tadi datang mencurah- curah. Siyess..! aku sangat teruja..tapi untuk kali ini, aku terusan menjahit walaupun  idea itu datang mengalir dengan hebatnya. Apa yang aku buat?

Senyum ajalah..!

Dan hari ini,  aku cuba luangkan masa. Tapi naklah aku perah otak segala. Sebab itu bukan lahir dengan sendirinya. Aku lebih suka yang datang dengan sendirinya. Jadi, aku tak nak paksa-paksa. Itukan lebih baik..!



Kata Hati : Sedang memikirkan sesuatu yang merusingkan..tapi kenapa AKU????


.