Rabu, 31 Julai 2013
Al-Fatihah
Mood :
Al-fatihah,
Dalam Kenangan
Wordless Wednesday #68
Mood :
Wordless Wednesday
Isnin, 29 Julai 2013
Ramadhan Vs Rempit
Assalamualaikum.
Perghh..tajuk kemain lagi ehh..! Tapi percayalah entry ni
tak ada kena mengena dengan mana-mana kumpulan rempit pun. Hahaha. Entry ni
sekadar cerita. Hanya berkaitan aku tapi bukan dia, apatah lagi kamu. Langsung
tak terkait hokayy..!
Sedia maklum, InsyaAllah berbaki 9 hari saja lagi kita akan
menyambut hari kemenangan. Jadi, di akhir-akhir Ramadhan ni faham-faham jelah tentang
kemeningkatan kenderaan diatas jalan raya meningkat sekali ganda rasanya. Boleh
nak dikatakan, tiap-tiap petang jalan pasti sesak. Ditambah pula keadaan cuaca
dekat kawasan tadahan hujan ni tak menentu. Tengah elok panas terik, kejap lagi
tiba-tiba je hujan. Situasi macam ni kerap kali jadi dah.
Jadi untuk langkah berjaga-jaga ramailah yang memilih kereta
untuk ke tempat kerja masing-masing ye dak. Bila dah semua pakat naik kereta, petang je, jalan raya automatik jadi padat gila. Keadaan ini tidak
normal seperti hari biasa. Sebab apa aku kata tak normal? Selalunya aku Cuma
makan masa 15-20 minit je dari tempat kerja ke rumah. Tapi sejak puasa ni makan
masa 45 minit atau lebih untuk sampai kerumah. Grrrrr….situasi ini sangat-sangat
me-nensyen-kan aku..!
Maka, di bulan yang penuh kemuliaan ni aku begitu selesa
kalau merempit je ke tempat kerja. Bukan saja jimat masa, tapi yang paling best
boleh cilok-cilok. Selain cilok-cilok kelebihan bila naik motosikal adalah
boleh ikut jalan pintas. Tak perlu ikut jalan jauh, tak kena tempuh bazar Ramadhan
yang saban hari aku tengok padat betul dengan lautan manusia. #setakat ni aku
belum jejak Bazar Ramadhan.
Tapi, aku naik motosikal tak selalu. Sebulan seminggu je.
Lagipun abah memang tak galakkan aku naik motosikal, katanya bahaya. Pada aku
tak adalah bahaya mana. Tapi disebabkan abah pernah ternampak kelibat aku satu
masa dulu, terus abah tak bagi aku naik motosikal, kata abah aku bawak
gila-gila. Sejak pada tu, kalau aku nak naik moto, abah mesti bising.
Err..padahal cilok mencilok tu normallah kann. Kalau naik moto tapi ikut je
belakang bontot kereta , baik tak payah naik moto…Hehehe.
Pesan aku, pada anda diluar sana, kalau naik merempit ke
tempat kerja tu hati-hatilah. Menunggang cara berhemah. Aku faham, tahap
kesabaran kita sentiasa diuji pada bulan mulia ni. maka, banyak-banyakkanlah
bersabar. insyaAllah, kita sentiasa dilindungiNYA..
Akhir kata, pandu cermat jiwa selamat. Sekian, terima kaseh.
Kata Hati : Aku pernah tinggalkan motosikal hampir 3 tahun. Bila aku mula nak naik motosikal balik, aku rasa macam takut giler..!
.
Khamis, 25 Julai 2013
Tegur
Assalamualaikum.
Ehem..ehem.
Nak bagitahu satu rahsia ni.
Kaklong sayaaaaaangggggggg Mak...!
Itu je rahsianya.
Sekian..Heeee.
^_^
Ehem..sambung entry. Ermm.. pejam celik – celik pejam, kita sudah pun berada di kemuncak Ramadhan.
Kalau sebelum ni kita mendaki, tapi lepas berada di kemuncak kita semua akan
mula turun dari pendakian. Kenapa aku kata menurun? Sebab selalunya lepas 15
Ramadhan, masa akan berlalu tanpa kita sedar. Tup-tup tinggal 3 hari lagi je
nak raya. Percayalah..!
Hokey…! Entry kali ni bukanlah nak sembang pasal raya. Sebab
aku belum rasa lagi mood nak raya tu. Walaupun sekarang ni lagu raya sedang
ligat diputarkan di radio, tapi aku tetap tak rasa lagi bahang nak raya tu,
setakat dengar je la. Feeling tu belum ada. Entah kenapa aku tahun ni tahh..!
Untuk entry ni aku Cuma nak cerita, kejadian malam 14 Ramadhan lepas, iaitu hari isnin
malam selasa. Entah cemana aku TERnampak seseorang dalam masjid. Kebetulan hari
tu aku dapat saf paling depan. Dan kebetulan pula kain langsir yang memisahkan
bahagian jemaah lelaki dan perempuan terselak sedikit. Dari situlah aku
TERperasan kelibat seseorang dalam masjid tu. Rasa macam tak percaya, sebab
masjid yang aku pergi ni, jauh dari rumah dia. Aku siap tunjukkan mak lagi apa
yang aku nampak. Bukan apa untuk kepastian, kot la aku tersalah orang. Tapi mak
cakap, iyea..itu memang dia..
Bila dah TERlihat tu, automatik perasaan tu jadi TERkejut.
Lama kot tak jumpa Hamba Allah tu. Kali terakhir jumpa pun aku lupa bila. Dan
bila dah nampak tu, perasaan nak tegur tu memanglah ada, tapi malulah kalau
tiba-tiba aku nak panggil dia dalam masjid tu. Tak pasal kena sekeh dengan mak.
Hahaha. Tapi tawakal je lah, lepas terawih ada rezeki jumpalah kami. Malangnya,
memang tak ada rezeki nak jumpa. Tak apalah..nak buat cemana kannn. Redho... ^_^
Oh yea..Hamba Allah yang aku jumpa tu, BFF aku. Aku pernah
cerita pasal dia dalam ENTRY NI.
Dan kejadian 14 Ramadhan pula, seawal 8 pagi aku keluar
rumah bawa mak shopping barang dapur. Tengah syok-syok angkut barang masuk
troli, tiba-tiba je datang sorang perempuan yang dari jauh lagi memang duk senyum ke
arah aku. Sebelum tu, aku buat tak tahu je, sebab aku fikir dia senyum kat
orang lain kott. Tapi bila makin dekat dan nak pulak bahagian tu cuma aku
dengan mak je yang ada, aku pun balas je lah senyum dia. Nanti tak balas orang
kata sombong pulak ye dak..!
Bila dia berhenti betul-betul depan aku, aku jadi pelik. Sambil
tu, aku beri laluan pada dia, kot lah aku ni menghalang laluan dia. Rupanya
tidak, dia memang nak jumpa aku. Yang tak tahan, siap pegang kedua-dua belah
tangan aku ni, ala-ala jejak kaseh gitu. Muka aku time tu memang berkerut gila
dah. Sempat aku pandang arah mak, tengok mak nak tergelak, tapi tahan. Tak
lama, orang tu tanya aku
“Tak kenal ke?”
Errr..memang tak dinafikan, waktu dia tanya tu, aku memang
blur gila. Dalam hati tertanya-tanya, siapa pula ni...! nak kata tak kenal
karang kecik hati pula. Kalau kata kenal aku memang langsung tak kenal. Lama
jugalah aku diam sambil duk tengok muka dia. Manalah tahu kalau-kalau dia ni
client aku yang dulu-dulu. Almaklumlah, aku ni kan pelupa.
Bila dah lama diam, nak menipu aku tak sampai hati. Jadi
jujur aku tanya dia siapa. Sebab otak aku dah tak boleh ingat siapa dia. Bila
aku ajukan soalan, muka dia tiba-tiba berubah. Err…tak niat tau nak kecikkan hati
dia, berterus terang lebih baik dari menipukan. Soalan aku di jawab dengan
soalan. Dia tanya nama aku pula. Sekali lagi aku jujur bagitahu nama penuh aku.
Yang nak tergelaknya, lepas tahu nama penuh aku terus dia minta maaf. Katanya
salah orang. Pelanduk dua serupa rupanya. Kata dia aku betul-betul seiras dengan kawan
dia, tapi nama lain. Hahaha. Haishh…lawak pulak aku rasa.
Dah 5 minit berlalu,bila difikir-fikirkan balik, aku
kagum kot dengan perempuan tu. Dia ada keyakinan yang tinggi. Kalau kita tentu
teragak-agak nak tegur seseorang yang dah lama kita tak jumpakan. Contoh terdekat macam aku laa, memang sah orang tu aku kenal, tapi nak tegur segan. Hahaha. Tapi perempuan tu tidak, dengan penuh yakin dan
muka penuh keterujaan, dia siap pegang
dan gengam tangan aku ni. Kalau kita, berani ke nak buat macam tu
tiba-tiba? Hahaha. Dan Selamatlah di perempuan, kalau lelaki kompem aku
menyorok belakang mak. Hahaha.
Kata Hati : Dalam dunia ni, ada 6 lagi muka yang sama macam
kita….
.
Mood :
HANYA AKU,
JIWA AKU,
KERJA GILA,
KINI DAKU,
SALAM RAMADHAN,
SANTAI,
Tersalah Orang
Rabu, 24 Julai 2013
Isnin, 22 Julai 2013
Dulu..Aku Pernah Sayangkan Dia...
Assalamualaikum.
"Akan tiba satu masa nanti,
Bila mana awak merindui saya,
Dan masa itu saya telah lupakan awak,
Sampai bila-bila....."
Kredit Miszpinkies
Salam 13 Ramadhan semua. Dulu dalam entry INI, ada aku
bagitahukan. Bila mata terkebil-kebil menunggu ketibaan mengantuk, mulalah
terkenang macam-macam peristiwa. Benda yang tersimpan rapi dalam kotak fikiran
di punggahkan kembali semata -mata mahu ingat setiap kenangan yang ada.
Dan tiba-tiba aku terasa nak
bercerita tentang ‘RASA’ masa lalu di
sini. Ikutkan tak perlu kot dikenang benda yang dah lepaskan. Tapi entah kenapa
aku terasa ingin bercerita. Pada yang sudi membaca, silakan. Sekiranya kalian
tidak berminat, aku tak terasa hati pun. Lagipun entry ini terlalu rumit untuk
kalian faham.
“Dulu..aku pernah sayangkan dia”
Pernah dengar tak dialog dekat
atas tu? Dialog tu dilafazkan oleh Linda Onn dalam filem Gila Bola. Lama dah
filem ni,tak silap tahun 2003. Aku tengok gitu-gitu je. Hanya dialog yang Linda
Onn lafazkan tu je yang aku ingat. Yang lain-lain aku tak ingat. #Masa Gathering dekat Melaka hari tu, ramai yang kata, suara aku ala-ala Linda Onn. Tang mana yang
ala pun aku tak pasti. Tapi yang sebetulnya, suara aku agak kasar. Kaklong
katakan…hahaha.
Okay, berbalik ke landasan yang
betul. Apa kena mengena dialog tu dengan aku? Sebenarnya tak ada kena mengena
pun. Dialog tu Cuma mengingatkan aku ‘TENTANG RASA’ yang pernah aku alami.
‘RASA’ suka terhadap seseorang yang pernah aku sukai. ‘RASA’ yang sukar
ditafsirkan jika ditanya kenapa dan mengapa. Tambahan pula ‘RASA’ itu bertahan
dalam jangka masa yang agak lama. Jadi jangan ditanya kenapa, sebab aku tak ada
untuk jawapan itu.
Dulu…aku fikir ‘RASA’ itu hanya
aku yang RASA. Tapi rupanya dia juga turut ‘RASA’ apa yang aku RASA. Bila kami
sama-sama ‘RASA’, perhubungan menjadi
saling lengkap melengkapi. Saling ingat-mengingati. Dan dari ‘RASA’ itu kami
mula kenal erti rindu-merindui. Dan akhirnya ‘RASA’ itu buat kami saling
sayang-menyayangi. Detik inilah kami kenal apa itu ‘CINTA’.
Hingga saat ini, aku akui dia
manusia yang baik sebenarnya. Dia terlalu menjaga kebajikan dunia dan akhirat
aku. Dia juga sentiasa ada disaat duka mahupun gembira. Selalu memberi kejutan
yang tidak disangka-sangka. Dan hampir setiap malam dia menemani aku ketika aku
mengalami insomnia suatu ketika dulu. Itulah dia sebenarnya. Cuma diakhir
hubungan kami, tindakan kejamnya buat aku kaku membisu.
Rasanya tidak adil jika aku terus
menghukum atas sebab satu kesalahan yang telah dilakukan. Padahal sebelum ni,
dia terlalu baik pada aku. Ya..pada mulanya agak sukar aku terima atas apa yang
terjadi. Tapi lama-kelamaan aku pasrah. Aku redha atas ketentuanNYA. Setiap apa
yang terjadi, pasti ada hikmahNYA.
Kalau sebelum ni, setiap hari aku
cuba meracuni fikiran sendiri untuk terus membenci dia, sekarang tidak lagi.
Walaupun ada alasan untuk aku terus membenci dia, tapi aku tidak sanggup hidup
dalam kebencian. Aku bukan pendendam orangnya.
Sebaliknya aku sentiasa berdoa,
moga masjid yang dibina bersama yang tercinta bahagia hingga syurga.
Cuma satu, hingga aku sedang
menaip entry ini, keberanian untuk berjumpa dengan dia masih ‘KOSONG’.
Seandainya terserempak atau berselisih bahu dimana-mana, aku rela akui tidak
mengenali dia. Bukan berdendam, Cuma aku belum bersedia.
Mungkin aku pemaaf orangnya. Tapi
untuk lupakan segala apa yang telah terjadi. Tidak mudah. Lebih terkesan bila
dia berpaling tanpa sebarang kata. Ya..TANPA SEBARANG KATA. Perkara inilah yang
buat hati dan jiwa aku benar-benar hancur. Seandainya dia putuskan cara elok,
aku masih boleh terima. Ini tidak.
Kini apa yang ada pada ‘RASA’
hanyalah KOSONG. Cuma, ingin kikis dia dari ingatan perlu makan masa. Seboleh-bolehnya
akan aku cuba sedaya upaya. Kerana aku
bukan siapa-siapa lagi pada dia. Dan dia bukan siapa-siapa lagi pada aku. Sudah
tiada ‘RASA’ , tiada ‘HATI’ , tiada
‘JIWA’.
Moga semuanya hilang dalam
ingatan seperti angin lalu. InsyaAllah, aku bisa..!
Hanya dulu weii…aku pernah sayangkan
dia.
Kata Hati : Aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu cukup kau tahu…
.
Jumaat, 19 Julai 2013
Tazkirah Jumaat | Doa Mohon Kemudahan Dalam Segala Urusan
SUMBER GOOGLE
Kata Hati :
Salam Jumaat semua...!
Jumaat kedua dalam bulan Ramadhan,
Syukran Ya Allah....!
.
Mood :
Tazkirah Jumaat
Rabu, 17 Julai 2013
Wordless Wednesday #66
Nur bangga punya
sahabat seperti dia.
Dia sentiasa ada untuk
“TARIK” Nur dikala Nur hampir terleka
dengan “KEPALSUAN DUNIAWI”
Kepalsuan apa? Biarlah kami dan DIA saja yang tahu…
Kata Hati : Terima kaseh sekali lagi..! Nur akan ingat semua
pesan awak..Janjiii..!!
.
Mood :
Wordless Wednesday
Selasa, 16 Julai 2013
Nota Ringkas
Assalamualaikum.
Keperitan jelas terasa bila ia dilepaskan secara paksa,
Menunggu untuk ia dilepaskan secara rela. Entah bila,
Nota ringkas ini, ikhlas dari aku yang masih bernyawa,
Itu aje.
Sekian terima kaseh.
Kata Hati : Mohon suatu hari nanti KAMU rasa apa yang AKU rasa...
.
Mood :
HANYA AKU,
Hati Yang Tersakiti,
Hidup Dan Mati,
JIWA AKU,
KERJA GILA,
KINI DAKU,
SANTAI
Sabtu, 13 Julai 2013
Ramadhan Vs Blogwalking
Assalamualaikum.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya”
(QS Al Baqarah [2] : 286)
4 Ramadhan 1434H. Alhamdulillah,
pejam celik – pejam celik dah masuk hari keempat kita semua menjalani ibadah
puasa yea. insyaAllah, jika dipanjangkan usia, 3 kali jumaat lagi kita semua
bakal meraikan hari kemenangan. Untuk entry kali ni, idok le aku nak bercerita
pasal raya. Tak…
Dan insyaAllah juga, hari ni hari
ke-5 kita semua berterawihkan. Pada kalian yang buat sampai 21 rakaat tu, tahniah
diucapkan. Sejujurnya aku dari hari pertama, hanya buat 8 rakaat je, lepas tu 3
rakaat witir. Dan betapa kagumnya, bila mana aku sendiri lihat makcik-makcik
yang sudah berusia gagah menghabiskan terawih. Terbaiklahh…!
Entah kenapa, Ramadhan kali ini aku
rasakan auranya begitu berbeda. Ya, aku tahu ramadhan kali ini tidak sama
seperti tahun – tahun sebelumnya bila mana aku sentiasa…errr…. Ok. TITIK..! #aku
malas ingat apatah lagi menaip.
Sebenornya aku cuma nak kabo,
kalaulah kome perasan, sejak kita puasa ni aku dah macam jarang up entry kan.
Kalau sebelum ni, sehari satu tu insyaAllah mesti ada. Tapi sejak puasa ni,
entah kenapa aku rasa macam malas tu lebih dari rajin. Hahaha. Serius weh, aku
tak tipu..! Aku cuma blogwalking je, itupun kalau aku laratlah. Buatnya aku
penat macam semalam, nak habiskan 8 rakaat pun tersengguk-sengguk, memang balik
masjid cari bantal laa…!
Tapi kalau aku blogwalking pula,
paling cepat aku tidur pukul 2 pagi. Itu paling cepatlah. Kadang-kadang
terlajak sampai ke 3 pagi. Dah tu pukul 4.30 nak kena bangun sahur lagi. Nak
tidur lepas subuh, alamatnya bertimbun kerja rumah yang tak siap kot. Silap
hari bulan bahan-bahan nak masak tak ada, sebab aku tak bawa mak pergi pasar.
Hahaha.
Jadi, bila fikir-fikirkan balik,
faham sangatlah kenapa aku cepat letih bulan puasa ni. Semuanya sebab masa tidur aku yang tak
menentu. Kira pendek cerita dalam bulan yang mulia ni, aku mungkin akan
blogwalking ikut tahap kerajinan. Ya..semuanya bergantung kepada kerajinan.
Hehehe. Ohyaa…! Tahun ni macam tahun lepas, aku dah tak ambil upah menjahit
dah. Errm..kalaulah aku menjahit, rasanya risiko tak siap tu berkemungkinan
ada. Al-maklumlah terlebih malas dari rajin. Hahaha.
Okay, sampai disini sajalah. Bila
entry seterusnya? Semuanya bergantung tahap kerajinan. Hehehe.
Kata Hati : Aku sentiasa doakan
kalian…InsyaAllah. Dan terima kaseh buat orang jauh, yang saban malam tidak
jemu kejutkan aku, sesungguhnya hanya DIA yang mampu membalas jasa baik kamu itu...
.
Mood :
Blogwalking Ramadhan,
HANYA AKU,
JIWA AKU,
PUASA 1434H,
SANTAI
Rabu, 10 Julai 2013
Isnin, 8 Julai 2013
Percutian Spontan
Mood :
Cik Aini,
Kedah,
Kulim,
LAut,
Nasi Ayam,
Nasi Ayam Periuk Besar,
Ombak,
Percutian Spontan,
Pulau Pinang,
Seoul Garden
Khamis, 4 Julai 2013
Cubaan
Mood :
HANYA AKU,
KERJA GILA,
KINI DAKU,
SANTAI
Rabu, 3 Julai 2013
Wordless Wednesday #64
Mood :
Wordless Wednesday
Selasa, 2 Julai 2013
Terbelah Dua
Disuatu sudut cuma ada aku yang kaku berdiri sambil
menteliti kemasan paku-paku tanpa biar sesiapa tahu wujudnya aku diwaktu itu.
Disuatu sudut yang lain pula aku lihat kamu sedang tersenyum
dan berborak mesra bersama dengan tiga lelaki lain sambil mata aku mencari
susuk tubuh yang sepatutnya ada bersama ketika itu.
Dan disudut lain pula aku mula dapat lihat salah seorang
dari mereka bertiga mula bertindak berani keatas kamu. Kamu tidak menepis tapi
kamu hanya biarkan.
Dari sudut aku berkali-kali menjerit agar kamu sedar apa
yang kamu biarkan salah. Kamu sudah ada dia. Namun jeritan aku tidak lepas,
seperti tersekat kesat.
Aku cuba bergerak, kalau boleh aku mahu belasah kamu dan
tanya apa yang sedang kamu lakukan. Mana dia dan mengapa dia tiada disisi kamu.
Seperti jeritan tadi, kaki aku tidak mampu melangkah walaupun seinci.
Aku gagal untuk sedarkan kamu. Dan satu sudut itu juga aku
hanya mampu merintih atas segala perbuatan yang telah kamu lakukan. Kenapa
harus rebut dia dari aku seandainya kamu tidak mahu untuk setia.
Dengan melihat segala perangai kamu di sudut itu jugalah ada
satu perasaan yang membuak-buak dalam hati aku. Cuma satu rasa, Aku BENCI
kamu..! Aku BENCI kamu..! Aku BENCI kamu..!
Dan di satu sudut, aku buka mata terasa beratnya kepala dan terasa
tersangat kering tekak. Minda aku sedang mencerna apa yang terjadi. Mata aku
mencari kamu. Tapi tiada. Hilang. Lenyap. Lesap..!
Aku pejam dan buka
mata kembali, dan aku pandang sekeliling mencari kepastian. Ya..tadi aku hanya
bermimpi. Bermimpi kamu menduakan lelaki yang pernah aku suka satu ketika
dahulu….
Tapi rasa BENCI itu tidak pula lenyap bersama igauan yang
tersarat dalam mimpi aku….
Kata Hati : Mimpi itu buat pegangan prinsip aku TERBELAH DUA….!
.
Mood :
AKU TERLUPA,
HANYA AKU,
JIWA AKU,
KERJA GILA,
KINI DAKU,
Mimpi Ngeri,
SANTAI,
Terbelah Dua
Langgan:
Catatan (Atom)