Khamis, 31 Oktober 2013
Lima Hari Lagi...
Rabu, 30 Oktober 2013
Wordless Wednesday #81

Mood :
Wordless Wednesday
Isnin, 28 Oktober 2013
Malaysia Masih Aman
Assalammualaikum.
Peringatan : Entry ini tiada berkaitan dengan mana-mana
parti politik. Harap maklum!
Bila tengok tajuk entry ni, pasti ada ramai yang cakap
sendiri, ya..Malaysia kita masih aman..! Padahal, kita pasti sedar tahap ketebalan
keamanan negara kita sekarang ni, semakin menipiskan. Buktinya, sebagaimana kita
semua tahu, saban hari kita akan dengar kes-kes yang melibatkan nyawa. Tak
rompak bunuh, tak bunuh rogol. Boleh nak dikatakan setiap harilah.
Terbaru, kes rompakan dalam bilik kebal di sebuah bank.
Rasanya baik di Facebook, twitter mahupun blog dah kecoh pasal kes ni kan. Dan
rakaman cctv kes ni pun dah tersebar secara berleluasa. Sehari selepas tu, juga
kes bunuh di stesen LRT. Dan esoknya pula aku difahamkan melalui status
kawan-kawan di mukabuku, ada kes tembak sekitar kawasan Simpang Taiping. Dan
dekat dah dengan rumah aku ni.
Bila kita saksi sendiri rakaman cctv atapun kita dengar
berita-berita pasal bunuh-bunuh ni, automatic kita akan nampak nak cabut nyawa manusia tu macam
petik suiz on off je. senang gila..! Dengan manusia yang makin pupus sifat
berperikemanusiaannya maka memang makin berleluasalah kes-kes ni. Dan sekarang ni, tempat yang kita sangka
selamat pun dah tak selamat sebenarnya. Agak sukar untuk kita terima, tapi
percayalah kat mana-mana kita berdiri satu perkara je yang perlu kita ingat.
JAGA DIRI.
Bila dunia dah makin sampai ke penghujung ni, orang yang
kita percaya pun tiba-tiba boleh jadi musuh kita. Mungkin kita tak dapat faham
apa yang orang yang berpengalaman lalui. Tapi cubalah ambil iktibar. Jangan
sampai dah terkena batang hidung sendiri baru nak berjaga-jaga. *Peringatan
untuk aku jugak ni. Pokoknya dalam entry ini, Negara kita merdeka cuma pada
nama. Keamanan yang diwar-warkan pun Cuma sekadar perkataan.
Hakikatnya kita harus sedar, nyawa kita terancam setiap kali
kita bernafas. Yea, kalau dah tiba ajal, kita semua pasti pergi jugak. Tapi tak
salahkan kalau kita lebih berhati-hati untuk orang tersayang dan diri sendiri. Jom
kita cegah se;agi mampu dan berdoa moga Allah sentiasa lindungi Kita semua…InsyaAllah….
Kata Hati : Mohon sama-sama jada diri….
.
Rabu, 23 Oktober 2013
Wordless Wednesday #80
2:30PM
Mood :
Wordless Wednesday
Isnin, 21 Oktober 2013
Itu Saja...
Sabtu, 19 Oktober 2013
Entry Merapu
Assalammualaikum…
Semebemernarmarnyama, amakumu takmak kemelumuarmarkanman
enmentryme. Tamapimi amapamakanman damayama, amakumu nakmak kemelumuarmarkanman
jumugakmak enmentrymi ni. jamadimi semesimiamapama yangmang takmak famahammam
amakumu minmintakmak mamaafmaf lama yeme.
Hemehemehemeheme..!
Omokehmehlahmah, sammampaimai siminimi samajamalahmah.
Amadama mamasama kimitama jummumpama lamagimi yeme. Semelamamatmat bermerhumujungmung
bumuatmat sememuama….
Kata Hati : Boleh faham tak..? Hehehe…
.
Mood :
Bahasa M,
Bahasa Pelik,
Bahasa Rahsia,
Entry Merapu,
Funny Face,
KERJA GILA,
Mengarut,
Merapu
Rabu, 16 Oktober 2013
Isnin, 14 Oktober 2013
Salam Aidil Adha 1434H
Assalamualaikum..
Disebabkan kekangan masa, jadi entry ni pendek je.
Jika panjang umur dan Allah masih sudi beri kita kesempatan untuk
terus bernafas di muka bumiNya ni, InsyaAllah, esok seluruh umat islan di
duniaNya ini akan menyambut Hari Raya Aidil Adha 1434H.
Jadi atas kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Salam Aidil Adha
buat semua yang tak jemu berkunjung ke teratak ni. Dan selamat menjalani ibadah
korban pada mereka yang terlibat. Tak lupa juga doa buat mereka yang berada ditanah
suci, moga beroleh Haji Makbur hendakNya..insyaAllah…
Mana yang tak balik raya kat kampung tu jangan sedih-sedih
yea. Ada masa jemputlah kerumah..Hehehe.
Akhir kata, kita jumpa dilain entry… InsyaAllah..!
Selamat Hari Raya Aidil Adha...!!
Kata Hati : Selamat berpuasa buat anda yang berpuasa...!
.
Rabu, 9 Oktober 2013
Wordless Wednesday #78

Mood :
Wordless Wednesday
Isnin, 7 Oktober 2013
FITNAH..!
“Kaklong, ada orang cakap kat abah nampak kaklong ponteng
sekolah.”
Tenang abah bersuara. Aku yang sedikit menyandar akibat
kekenyangan seraya tegak kembali posisi kedudukan aku bila dengar setiap butir
ayat yang keluar dari mulut abah. Dalam kepala otak siapa pula buat cerita ni.
dan yang paling penting siapa ‘ORANG’ tu. Kalau dapat memang lumat..!
“Orang tu nampak kaklong dekat bangunan HSBC dengan
kawan-kawan hisap rokok.”
Sambung abah lagi. Membuntang mata aku. jangan kata mata aku, mata mak pun
sama. Tapi mak tak tengok muka aku, sebaliknya mak tengok muka abah. Aku faham,
mak mungkin nak kan kepastian. Yelah, memang mak tak akan percaya aku buat
semua tu.
Aku macam tu? memang taklah walaupun aku akui, aku ni nakal
sikit. Tapi bukan perangai aku nak ponteng sekolah tanpa pengetahuan mak dan
abah. Dan bab rokok tu, itu memang tak masuk akal..! sangat tidak masuk akal..!
jelas betul semua tu FITNAH…!
Bila disoal siasat macam tu reaksi aku tenang je. Sebab aku
tahu aku tak salah. Dan abah pula tak ada pun tunjuk gaya-gaya nak marah. Tapi
sejujurnya aku rasa nak menangis jugalah hari tu. Bukan nak nangis kerana
takut, tapi geram dan marah apa orang yang buat cerita tak betul tu. #habit
aku, kalau marah tak lepas mesti nak nangis..huhuhu.
“Siapa yang buat cerita tu?”
Kali ini aku beranikan diri tanya soalan yang sedang
bermain-main dalam kepala aku. aku sedar, mak pun nak tanya soalan yang sama.
Tapi aku terlebih dulu mencelah. Benda tak betul, tak akan nak diam je.
“Tadi dekat pasar malam, terjumpa si polan yang duduk jalan
sekian. Dialah yang bagitahu. Dia tanya, anak sulung pakcik sekolah SMDB kan?
Abah iyekan je. Terus dia bagitahu dia nampak kamu dengan kawan-kawan lepask
dekat HSBC sambil hisap rokok. Terkejut jugak abah. Dia siap suruh abah ajar
anak bagi tak degil. Dan bila dia tanya anak pakcik nama AZIZI kan? Terus abah
rasa dia buat cerita. Bila abah bagitahu yang anak sulung abah perempuan,memang
berubah air muka si polan tu dan segera mungkin si polan tu minta diri.”
Mak dah menarik nafas lega. Tapi dengar jugaklah sedikit
keluhan bila mana ada yang cuba buat fitnah sewenang-wenangnya. Bayangkanlah
kalau yang ditembak oleh si polan tepat , tapi tidak melakukan semua apa yang
dia ceritakan, tak ke aku kena hempuk?
Si polan tu, aku kenal gitu-gitu je pun. Bukan sama umur.
Tapi yang pasti aku tak pernah cari gaduh dengan dia. Nak bertegur sapa lagilah
tak pernah. Entah kenapa dia boleh buat cerita sesuka hati dia je kan. Aku
ingatkan orang perempuan je yang suka laga-lagakan orang. Rupanya orang lelaki
pun ada. Haishh…dunia-dunia..!
Walaupun cerita dekat atas ni dah bertahun-tahun terjadi,
tapi aku still tak dapat lupa. Di fitnah bukan pekara yang menyeronokkan tapi
sebaliknya. Dan kena ingat, dosa memfitnah itu lebih besar daripada membunuh.
Jadi sebelum sebarkan cerita, cubalah tanya untuk kepastian. Tambah-tambah di
bulan yang penuh barokah ni. Jangan main
tembak je.!
Kenapa aku cerita semua ni? Tadi aku merayau-rayau dalam mukabuku, lepas tu terjumpa pulak si polan tu punya muka buku, terus teringat FITNAH yang dia pernah buat dulu. Sampai sekarang
dia tak pernah minta maaf dekat abah. Apatah lagi aku. Tapi tak apa, aku dah
maafkan dah pun, aku anggap dia mamai je waktu buat cerita tu…
Kata Hati : Jangan sebarkan sesuatu pekara yang kita sendiri
pun tak pasti, kalau tak tahu TANYA…
.
Mood :
Berhati-hati,
Fitnah,
Jaga Hati,
Jaga Mulut,
Kisah Dulu
Khamis, 3 Oktober 2013
Seseorang Yang Mirip Blogger *****
Assalamualaikum.
Okay, entry ini hanya sekadar cerita dari mata aku. Jadi
memang tidak akan ada sebarang bukti untuk dikemukan untuk kesahihan entry ini.
TIDAK AKAN ADA. kenapa? Sebab aku langsung tak teringat pun nak snap apa-apa
untuk dijadikan bukti. KALAU ADA pun mungkin aku akan blurkan bukti yang ada tu.
Ingat lagi tak Entry Jumaat lepas tu? Kita hanya mampu
merancang, tapi semuanya DIA yang tentukan. Aku sampai kampung lambat jugaklah
hari tu. Mana taknya, aku mengantuk tahap gaban kot time memandu tu. Jadi, demi
keselamatan, aku buat keputusan singgah kawasan Rehat & Rawat Simpang Pulai.
Dan itulah pertama kalinya aku singgah kawasan Rehat &
Rawat Simpang Pulai setelah diubahsuai. Kalau dulu kawasan rehat tu tak ada
food court. Sekarang ni dah ada. Semua makanan sedap-sedap belaka. Nasi lemak
boleh tahan sedaplah. Burger tak kedekut sos, memang sedap. Pau kelapa pun gebu
dan sedap, yang paling penting tak kedekut inti. Kueh karipap sebesar tapak
tangan pun, murah dan sedap…seriuss. Jadi lama jugaklah kami melepak dekat
Simpang Pulai. Hehehe.
Errr…aku rasa entry ni dah melalut kelain. Okay, kita
sambung. Sabtu, hari berlangsungnya kenduri. Seawal pagi, semua orang sibuk dan
aku pun turut sama sibuk siapkan juadah untuk pengantin. Bila dah selesai semua,
lebih kurang 11:00 pagi ada majlis doa selamat dan tahlil. Lepas habis je
bacaan doa, bermulalah kenduri.
Dan ketika berlangsungnya kenduri inilah aku terperasan
kelibat seorang yang pada mata aku dia
nampak sebijik macam sorang blogger perempuan yang aku kenal. Memang sebiji
wehh…! Tambah-tambah bahagian mata. Disebabkan orang yang aku nampak tu kira
macam adik beradik dengan atuk sedara aku, jadi lamalah orang tu ada dekat
kenduri tu. Dan sepanjang dia ada tu, aku dua tiga empat kali jugalah duk usha.
Sebab memang saling tak tumpah..!
Tapi dalam masa yang sama, aku tak berniat pun nak pergi
tanya orang tu yang betul ke dia ni blogger *****. Langsung tak terfikir pun
nak tanya. Sebabnya aku tahu, dia bukan blogger yang aku maksudkan tu. Sebabnya
perempuan yang aku nampak tu, tak bertudung. Tapi blogger yang sebiji macam
muka dia tu bertudung. Tapi kalaulah
dipakaikan tudung dekat perempuan tu, pastu bandingkan dengan blogger perempuan
yang aku maksudkan tu, aku percaya mungkin orang akan kata kembar..Seriuss…!!
Akhir kata, memang tak akan ada bukti atau sebarang gambar
pun yang aku nak tunjukkan. Jadinya, jangan minta aku letakkan gambar mahupun
beritahu siapa blogger perempuan tu yea. Biarlah aku bercerita dalam keadaan
begini. Motif entry ni Cuma nak kabo yang aku jumpa orang yang macam muka
blogger ***** . Itu je…Kekekekeh..!
Kata Hati : Aku berani kata 95% seiras, tapi aku memang yakin 110% itu bukan blogger *****..!
.
Rabu, 2 Oktober 2013
Langgan:
Catatan (Atom)