Assalamualaikum.
AMARAN KERAS, ENTRY INI TERSANGATLAH PANJANG.
Ahad, 19 Mei. Seminggu sebelum majlis pertunangan
dilangsungkan. Hari yang sepatutnya aku shopping habis-habisan untuk persiapan
hantaran. Tapi apakan daya, sebagai hambaNya, kita hanya mampu merancang, DIA menentukan
segalanya. Jangan kata nak keluar rumah, nak turun katil pun aku tak larat.
Tersangatlah tertekan. Hantaran tak siap, barang belum cukup sempurna.
Memandangkan aku tak berapa larat, awalnya aku minta adik yang drive. Dia
setuju, almaklumlah, dia pun cuak jugak bila hantaran dia tak siap lagi. Dan
sekali lagi, sekadar mampu merancang. Seriusly keadaan aku tak mengizinkan.
Makanya sepanjang hari tu, aku hanya habiskan masa dalam bilik jeeee..
Isnin, 20 Mei. Seawal 4pagi aku dah tak tentu hala. Segala
isi perut dah keluar aku still tak okay. Cuba tidur, tapi tak boleh.
Macam-macam aku fikir. Pertama aku risau kalaulah keadaan aku melarat
berhari-hari macam mana? Aku nak minta tolong sesiapa yang siapkan hantaran tu.
Aku siap cakap dekat mak, kalau keadaan aku macam ni jugak pada hari majlis tu,
mungkin aku tak dapat pergi hantar rombongan. Mak cakap “Jangan mengada, mak sanggup
pimpin asalkan kaklong pergi”. Hahaha..Tergelak aku dengor.
Sampai pukul 7 pagi, aku tak boleh tidur. Lepas mandi
barulah kurang sikit rasa sakit dan barulah mata boleh lelap. Dan pertama
kalinya aku cuti kerja atas alasan sakit pada tahun ini. Dan hari ini jugaklah
coklat Chic Na yang aku sponser sampai. Dalam
tu siap ada coklat yang kiut-kiut lagi.
#thank’s Chic Na bagi orang sakit coklat..!
Sepanjang hari, aku memang habiskan masa atas katil je. Adik
aku berkali-kali jugaklah datang jenguk kebilik tanya aku okay ke tidak.
Padahal aku tahu dia risau pasal hantaran dia tak siap lagi. Walaupun dia tak
cakap, tapi aku tahu dia cuak. Memanglah dia tak beri tekanan pada aku, tapi
aku yang rasa tertekan. Sebab 100% mengenai hantaran diserahkan pada aku
bulat-bulat. Dia Cuma keluarkan duit. Yang lain, semuanya aku uruskan. Tapi
bila aku dah tejelepuk macam tu, mahu dia tak risaukan.
Selasa. 21 Mei. Aku gagah juga pergi kerja. Tak boleh
manjakan badan. Lagipun aku rasa okay sikit berbanding sebelumnya. Aku nekad,
balik kerja aku nak shopping barang-barang yang belum lengkap. Apakan daya,
sekadar mampu merancang. Sekali lagi tak jadi. Aku betul-betul tak larat. Waktu
ni memang rasa down gila kot. Macam-macam perasaan ada.
Inilah hasil gubahan hantaran ala kadar dari aku.
Rabu, 22 Mei. Aku belum okay sepenuhnya. Tapi aku gagah juga
keluar nak shopping. Aku keluar rumah lepas magrib, ditemani mak. Pusing satu pekan
Taiping cari barang-barang. Malangnya tak berapa cukup lengkap, yelah, kedai
dah banyak tutup. Kedai bunga yang aku selalu tengok malam-malam buka tetiba je
malam tu tutup. Grrr…serius aku rasa nak bakar je kedai tu.
Khamis, 23 Mei. Opah dengan 3 orang makcik kecik sampai dari
Tapah. Jadi aku memang tak keluar kemana-manalah. Just duduk rumah siapkan
hantaran yang boleh disiapkan. Sambil tu adalah sesi soal jawab dengan opah
aku. Kiranya malam tu aku ala-ala retislah. Aku memang dah jangka pun, aku akan
jadi tumpuan. Iyelah, ramai yang sangka aku yang bertunang. Hahaha.
Jumaat, 24 Mei, lepas orang habis solat jumaat aku siap-siap
nak balik. Aku dah janji nak bawa 3 orang Mak kecik aku pergi kedai buku.
Sambil tu, aku bolehlah cari barang. Lagipun masa tersangatlah suntuk. Dah
selesai semua, elok je hidupkan enjin kereta, abah pulak call, minta tolong aku
carikan hadiah untuk lelaki yang aku tersalah hantar mesej tu. Blur kejap aku
tak tahu nak beli hadiah apa untuk dia. Pening jugaklah pilih, last choice, aku
belikan dia bekas untuk letak rempah yang kiut-kiut tu. Malas dah aku nak
pusing-pusing. Penat tahu..! Dan petang itu juga, adik dan 3 orang adik sepupu
sampai dari Putrajaya.
Sabtu, 25 Mei. Aku cuti kerja hari ni. Tapi bukan nak pergi kenduri lelaki yang aku tersalah send mesej tu, Tapi aku bawa mak beli
barang-barang untuk kenduri doa selamat esok. Dari pukul 8pagi sampai pukul
11.00 keluar cari barang. Dalam masa yang sama paksu baru sampai dari Shah
Alam. Rumah aku dah mula padat dan kemeriahan mula terasa. Dan malam tu, memang
aku nak keluar ke pekan dengan mak, sebab nak cari buah-buahan untuk hantaran.
Buah tak boleh beli awal-awal. Takut selamat terjunam dalam perut. Hahaha.
Bila dah ramai-ramai keluar
bukan saja singgah plaza cari buah saja, tapi maksu pula ajak singgah
supermarket. Haaa..dari sinilah menambahan barang hantaran bermula. Ramai
bebeno yang nak sponser. Ferrero sekotak, biskut butter setin. Ikutkan ada lagi
yang nak ditambah, tapi aku halang. Atas alasan pelapik yang aku sediakan untuk
hantaran tak banyak.
Hantaran dari pihak perempuan.
Lepas dah selesai semua, kitaorang semua singgah kepsi
simpang. Menapak dinner kat situ. Masing-masing lapar. Lama jugaklah kitaorang
lepak makan. Dan beberapa kali jugaklah adik aku call tanya aku kat mana bila
nak balik, aku tahu dia tak senang duduk sebab hantaran tak siap lagi. Kahkahkah. Pukul 11, baru aku
selamat mendarat kat rumah.
Dan aku pun mulalah mengubah. Ada yang tolong potongkan daun
pandan untuk jadikan bunga rampai. Gubahan pada hantaran, semuanya atas aku.
kata makcik-makcik diorang tak berani nak tolong, sebab takut silap. Cuma
diorang boleh tolong komen-komen je. Grrr….! Dan syok-syok buat hantaran, reben
pulak habissss..! Terus stop kemas-kemas, sedar-sedar dah pukul 2 lebih. Aku
lelapkan mata dekat 3 pagi jugaklah..
Ahad, 26 Mei. Seawal 7 pagi, aku dah hantar segala barang
kerumah sepupu. Rumah dia selang beberapa buah rumah dari rumah aku je. Mak
minta tolong dia masakan menu pagi untuk kenduri doa selamat pagi tu. Dan
Alhamdulillah, kenduri doa selamat berjalan dengan lancar. Dan dalam pukul 11
pagi, sekali lagi aku keluar ke pekan untuk beli kek dan reben. Kali ni keluar
tak lama, mak pesan lepas beli kek, terus balik. Jangan merayau. Lagipun aku
tak ada hati kot nak merayau. Sebab hantaran tak siap sepenuhnya.
Lebih kurang 12 lebih sampai je rumah, aku terus ikatkan
reben pada kotak kek. Dah siap terus simpan dalam peti sejuk, risau kalau-kalau
kek tu cair. Nak ke semanggol lepas zohor. Dan hantaran terakhir yang aku
siapkan ialah Coklat Chic Na. Selama ni, coklat tu dalam peti sejuk.
Makcik-makcik semua tak tahu. Bila dah siap hias, memang ramailah yang puji coklat
tu cantik. Dan coklat tu sangat meyerlah keayuannya. Kombinasi warna yang
sangat cantikkk..!
Bila diberitahu coklat tu, made in Kelantan, ramai yang tak
percaya. Yelah, dari Wakaf baru sampai ke Taiping coklat tu still ayu.
Beribu-ribu batu perjalanan coklat tu Alhamdulillah selamat sampai dengan
jayanya. Terima Kaseh tau Chic Na..!
Chic Na memang terbaiklah..!
Pung-pang-pung-pang. Keluarga dari pihak Mak dan abah
berkumpul di rumah. Lepas selesai je perbincangan ringkas, lebih kurang pukul
2.30petang 7 buah kereta yang di ketuai oleh aku, menyusul perlahan ke arah
Semanggol. Adik yang mahu ditunangkan tu tak ikut, kira aku jadi mashall sebab
aku je yang tahu jalan nak ke rumah tu. Sekali je adik tunjuk jalan dekat aku,dan
Alhamdulillah kami tak sesat. Kehkehkeh.
Perbincangan diadakan secara ringkas, selesai mak sarungkan
cincin di jari manis si dara, kami dijamu dengan nasi tomato. Lepas kenyang,
kami semua mohon diri beransur pulang. Alhamdulillah..Babak kedua kerja kawin
selesai. Aku terasa lapang betul bila dah selesai. Tak adalah serabut sangat
dah. Kalau nak serabut pun mungkin tahun depan. InsyaAllah.
Apapun, selamat Menempuhi Alam Pertunangan Buat My adik
Nasri dan tunangnya Shafila. Moga tabah menghadapi segala dugaan ketika tempoh
bertunang. Dugaan apa, aku tak sure, sebab aku belum pernah bertunang.
Kehkehkeh.
Terima kaseh pada saudara mara yang terlibat. Tanpa kalian
tak meriahlah majlis yang berlangsung serba ringkas ni. Usik mengusik sepanjang
minggu lepas memang mengamatkan lagi suasana. Walaupun aku sedar, aku adalah
bahan utama usikan diorang.
Apapun, Alhamdulillah dan bersyukur sangat PadaNYA, diberikan kesempatan untuk terus jayakan
segala perancangan walaupun sudah di hujung-hujung, tapi semuanya berjalan
dengan lancar. Walaupun kerja last minit dan sedikit penat, tapi semuanya okay.
Syukran YaALLAH..!
Err..panjang gila..! Nama pun entry randomkan..adatlaaa..kehkehkeh.
P/s I: Adik aku yang bertunang ni pendiam orangnya.
Kadang-kadang kalau demam pun dia diam je. Tahu-tahu jumpa plastik ubat demam
je dalam bilik dia. Sebab tu bila mak bagitahu adik beradik yang dia nak
bertunang ramai tak percaya. Dan ramai yang ingat majlis
pertunangan baru-baru ni majlis aku. Padahal pertunangan adik aku, tapi aku aminkan je sape yang kata aku nak
bertunang tu..Kahkahkah.
P/s II: Abang Ngah ada
hulurkan beberapa keping not RM50 sebagai upah untuk aku siapkan hantaran dia.
Aku tolak cara baik. Sepanjang aku siapkan hantaran dia, sikit pun aku tak
harapkan upah, sebab niat aku memang ikhlas. Tapi dia paksa jugak aku amik.
Katanya dia pun ikhlas nak bagi. Aku amik separuh, dan separuh lagi aku beri
pada mak… ^_^
Kata Hati: Entah dari mana, salah sorang makcik aku tanya
betul ke boiperen aku orang Negeri *tettt..! Tak cukup bahan aku, siap gossip bagai
nih.. Grrr…!
.