Isnin, 30 September 2013
CPUV Ke-20
Mood :
Bonus Nuffnang,
Cost-per-unique-visit,
CPUV,
Nuffnang
Jumaat, 27 September 2013
Rahsia Allah
Assalamualaikum.
Entry ini di Auto Publishkan pukul 03:51 petang. Kenapa
03:51 petang, entah aku sendiri pun tak tahu. InsyaAllah, malam ni akan
berlangsungnya majlis pernikahan sepupu mak merangkap makcik aku. Dan keesokan
harinya pula akan diadakan kenduri. Dan ketika korang sedang baca entry ni, aku
sedang memandu dengan hemahnya menuju ke destinasi, iaitu kampung untuk
memeriahkan majlis perkhawinan Maksu Wanie. InsyaAllah…
Bila cerita bab kenduri, bagi yang bujang macam aku ni,pasti akan ditanya dengan soalan cepuk cemas. Jadi, kenalah stanby jawapan ala-ala retis popularkan. Hahaha. Al-maklumlah bila dah berkumpul
reramai tu pasti punyalah kena tanya. Nak-nak
pula yang menanya tu opah-opah ataupun moyang-moyang sedara. Haduhh.. jenuh kot
nak menjawab oii.
Sebenarnya aku tidaklah anti sangat dengan soalan pasal
jodoh ni, cumanya rasa segan kot bila soalan tu aku sendiri tak mampu nak
jawab. Paling tidak aku senyum ataupun hanya diam. Walhal ikut hati nak je jawab soal bila nak
tamatkan zaman bujang bukan dalam kawalan aku.
Macam itu jugaklah soalan bila nak dapat anak lepas kawin.
Bila jawapan kita “Ada jodoh kawinlah..” atau “Belum ada rezeki lagi..” dan
jawapan sebegini selalunya dibalas dengan soalan yang menyakitkan hati, lagilah
aku rasa macam “Err…apa ni, semua ni boleh main beli kat mana-mana kee..Grrr…”
Tapikan orang tak
faham. Yang orang tahu, orang fikir cukup umur, kawin. Bila dah kawin kena
mengandung, bila dah anak satu kena tambah, bila dah tambah kena tambah lagi,
bila ank besar tanya pula bila nak bemenantu, bila dah bemenantu tanya lagi
bila nak dapat cucu, bila dapat cucu tanya bila nak tambah cucu…err..macam
itulah seterusnya… Soalan-soalan macam ni memang kita tak akan boleh lari.
Apa yang orang perlu tahu, mungkin kita berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah. Tapi tidak semestinya rezeki kita tetap sama walaupun
luarannya kita nampak sama. Hal rezeki, jodoh, maut semua RAHSIA ALLAH. Ya,
kita mampu merancang, tapi DIA menentukannya..betulkan...?
Err..cukuplah sampai sini. Doakanlah aku selamat sampai yea..! Oh yea..! Diatas kesempatan ini, aku ingin ucapkan Selamat Pengatin Baru buat Maksu Wanie dan Suami. Moga kekal berbahagia bersama suami tercinta sehingga ke Jannah...! Aminn..!
Kata Hati : Percaya pada ALLAH, pasti bahagia.... ^_^
.
Rabu, 25 September 2013
Wordless Wednesday #76
Mood :
Wordless Wednesday
Isnin, 23 September 2013
Bibimbap | 비빔밥 | Resepi Bibimbap Paling Mudah
Khamis, 19 September 2013
Running Man | 런닝맨
Annyeonghaseyo... Ehem-ehem...! Tolong jangan pelik dengan tajuk entry yea.
Bila sebut Running Man, pasti orang ingat Korea. Dan bila sebut Korea, pasti
orang akan ingat K-Pop. Dan bila sebut K-Pop pulak berapa ramai yang akan
tersenyum tak kurang juga berapa ramainya yang sedang mencebek ketika ini
kan...Heee. J
Kalau dulu, bila Miss Banu atau blogger-blogger lain yang up entry
pasal Running Man, Aku mesti macam blur tak tahu nak komen apa. Iyelah, aku
bukan pernah tengok pun kan. Dan mula-mula dulu, aku fikir Running Man ni drama
berepisod tau. Bila siasat-siasat barulah tahu, bukan drama rupanya. Dan bila
tahu Running Man bukan drama pun, aku masih tak hingin nak tengok. Walaupun TV2 tayangkan Running Man, Jun lalu tapi aku masih belagak tak nak layan. Hahaha
Sampailah Ramadhan lepas. Biasalah bulan puasa, balik awal.
Bila dah sampai rumah tu, join adik lepak layan Running Man ni. Asalnya nak
kejap je lah, sebab kena tolong mak sediakan juadah berbuka. Tapi bila dah
tengok terus melekat daaa....
Running Man adalah Variety Show lain dari yang lain.
Rancangan Running man ni tanpa Skrip,
dan dianggotai 7 ahli tetap. Peserta
yang terlibat dalam Runinng Man pula terdiri daripada Selebriti tempatan. Dan setiap episod akan ada
tetamu undangan yang terdiri daripada selebriti tanah air Korea juga.
Oleh sebab rancangan
ini memang langsung tidak disediakan skrip, Kiranya semua yang terlibat ikut
main sedap mulut diorang je nak bercakap.
Disebabkan ikut sedap mulut tu lah wujudnya pelbagai aksi spontan dari
peserta yang terlibat.
Aksi-aksi spontan inilah yang buat penonton tak kering gusi.
Macam-macam perangai. Memang kelakar tak hengatlah. Siapa-siapa yang pernah
tengok Running Man ni pasti tahu, peserta lelaki yang terlibat dalam Running
Man ni langsung tak jambu ( Dulu Song Jong Ki sorang je jambu, sekarang dia dah tak ada dalam Running Man) Tapi diorang semuanya best. Tak adanya nak cover
macho. Peserta wanita tunggal, Ji Hyo pun tak adanya nak cover cun. Perangai
semuanya semula jadi. Tambah-tambah bab gaduh mulut..Hahaha.
Sepanjang aku tengok Running Man tu, memang aku kerja gelak
je. Sampaikan mak bising duk dengar aku mengilai kuat sangat. Nampak punya tak
sedor diri aku gelak.Hahaha. Bila habis je episode hari tu, aku tak sabar nak
tunggu sabtu depan, dan waktu itu jugalah adik aku ada beritahu yang kawan dia
ada download Running Man dari episode pertama. Aku pun apa lagii…pederah dialah
suruh kutip episode satu sampai yang terbaru…Jahat tak aku..? Hahaha.
Sikit berterabur, tapi still boleh nampakkan..?? Boleh nak
dikatakan semua episode ada. Ada jugak yang tak ada. Tapi tak kisahlah janji
ada. Semua ni bukan free tau, aku bayar kawan adik aku tu. Iyelah lama kot nak
pindahkan semua ni. Dengan dia nak study
untuk PMR lagi. Jadi, aku berilah sikit saguhati untuk dia. Yang latest macam episode
159 – 160 – 161 – 162 tu aku download sendiri.
Ji Hyo & Haroro
Sumber : Google
Rata-rata peminat setia Running Man pasti suka pasangan
Monday Couple Kang Gary dan Ji Hyo kan. Memang tak dinafikan , sweet je diorang
tu. Tambah-tambah Ji Hyo, yang super duper comel. Kalau ditanya aku, siapa aku
suka, jawapannya adalah semua tapi lebih sikit kepada Ji Hyo dan Haha. Serius
Ji Hyo dan Haha comel..! Ji Hyo dengan sikap dia yang sentiasa Blank, Haha pula
sikap suka main-main dia tu. Serius lawak..!
Errkkk..cukup-cukuplah aku bebel pasal Running Man. Pada
yang belum layan tu, cuba layan try. Kalau tak ngam dengan jiwa kalian, tak
dapetlah aku nak nolongnya. Tapi kalau ter’ketagih’ macam aku, maaflah yea, tak
berniat nak sebarkan virus..Kehkehkeh..
Kata Hati : Running Man Daebakk..!!
.
Rabu, 18 September 2013
Isnin, 16 September 2013
Review Novel | Suami Yang Kubenci
544 Halaman
SINOPSIS BELAKANG BUKU.
PERKAHWINAN di antara dia dan Uwais Ukasyah duri yang
mencucuk tangkai hatinya. Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang
penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah
bekas tunangnya, Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya,
pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan
itu.
Hannah Maryam, nama secantik wajahnya. Namun sayangnya…
cantik itu hanya pada wajah, bukan pada hati! Kebencian isterinya itu hanya
disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan
ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati… satu hari nanti dia akan
pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger layak untuk
dicintai!
Mampukah rumah tangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah
bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan
lagi kekeruhan rumah tangga mereka yang sedia berantakan. Lakonan demi lakonan
dimainkan. Ke mana hala tuju pernikahan mereka? Atau mungkinkah perceraian
adalah jalan penyelesaiannya?
“Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malas aku nak cakap
pasal dia…”
Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia
masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari lalu. Pasal burger pun nak
marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu!
“Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal
masa depan kau dengan dia? Korang kan dah jadi suami isteri…”
“Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu?
Kerja pun jual burger…masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?”
“Astagfirullah…Mengapa Hannah, tak baik kau cakap macam
tu…!”
“Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku
bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara
hidup dengan dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?”
ULASAN AKU:
Walaupun jalan cerita novel ni sama seperti kebanyakan novel
yang lain iaitu KAHWIN PAKSA, tapi aku tersangatlah seronok baca novel ni
tahu..! Sungguh aku tak tipu, novel ni penuh dengan lawak. Gaya bahasa yang
bersahaja dan yang paling penting watak Mak hero dalam novel ni tersangatlah
sempoii..! Jujur, sampai tersedak aku gelak..!
Tahniah E-Man Sufi berjaya buat aku jatuh cinta dengan hasil
karya anda. Dan terima kaseh juga buat Atil, sebab dialah orang yang
bertanggungjawab kenalkan novel ni pada aku. Thanks buat mereka berdua..!
UWAIS UKASYAH. Sedapkan nama ni. Uwais, bukan calang-calang penjual burger. Al-maklumlah
perempuan yang dikahwininya adalah seorang CEO disebuah syarikat terkemuka.
Walaupun rasa rendah diri tu ada, tapi dia tetap bercita-cita untuk mendidik
dan cuba pupuk rasa cinta dan sayang terhadap isterinya.
HANNAH MARYAM. Perempuan yang hidupnya Cuma nak high class
je. Biasalah CEO katakan. Mana pandang bawahkan..! Rela terpaksa untuk menerima
penjual burger yang low calss itu sebagai suaminya apabila di ugut tok ayahnya
untuk menarik balik jawatan CEO dari syarikat milik arwah papanya. Gelabah
jugaklah Hannah bila diugut macam tu. Itulah penyebab dia terus bersetuju
dinikahi dengan penjual burger.
Walaupun Hannah tak sebulu dengan suaminya, dan segala
permasalahan dalam rumah tangga dia dan Uwais hanya mereka berdua je yang tahu.
Kiranya bila depan Tok ayah mahupun Mak Mertua Hannah iaitu Makcik Sarimah,
diorang berdua akan berlakon seperti pasangan paling bahagia. Hannah sanggup
berlakon sebab tak mahu kehilangan jawatannya. Kira okaylah sebab Hannah Cuma
benci suaminya je, tak benci keluarga suaminya.
Kehadiran Makcik Sarimah untuk bermalam beberapa hari di
rumah anak menantunya dan peristiwa bermalam dirumah tok ayah adalah salah satu
perkata yang merungsingkan Hannah. Mana taknya, selama ni dia dan Uwais tidur
di bilik berasingan. Untuk jayakan lakonan, tak kan diorang nak tidur bilik
asing-asing. Kantoilah lakonan dia selama ni. Jadi mahu atau tidak, dia
terpaksa duduk sebilik dengan lelaki yang paling dibencinya. Asalkan lakonannya
berjaya.
“Tak payah buat-buat
tak faham. Awak memang cari peluang untuk tinggal satu bilik dengan saya,kan?
Eee…tolonglah! Saya tak de hati tau nak tidur satu katil dengan awak”
Uwais yang mula sukakan Hannah apa lagi, bukan main sukalah.
Dan diatas kesempatan itulah dia boleh kenakan si Hannah ni cukup-cukup. Dia
tahu, isterinya langsung tidak boleh buat kerja rumah, tapi apa yang diakuinya
depan ibunya Hannah seorang yang bijak menguruskan rumah tangga. Mengemas
pandai dan masak pun sedap. Melopong si Hannah bila dengar butir-butir palsu
yang keluar dari mulut suaminya. Bila ditanya oleh makcik sarimah, sama ada
betul ataupun tidak, Hannah seperti lembu dicucukkan hidung, main angguk je.
Almaklumlah…diakan CEO, mana mahu mengaku kalah..! HAHAHA.
Lakonan demi lakonan terbaik mereka berikan, dan siapa
sangka lama kelamaan ada sesuatu yang mula terbit dalam hati Hannah. Rasa
sayang, cinta mula menjalar pelahan dalam diri Hannah. Sedikit sebanyak dia
mula boleh terima Uwais sebagai suaminya. Dan mulalah kehidupan yang sempurna
pasangan ini untuk saling lengkap melengkapi.
“Hannah tak pernah
terfikir lelaki yang Hannah jeling tu akan jadi lelaki paling Hannah sayang
dalam dunia ni…Walaupun permulaan kita tak begitu indah, tapi hari ni Hannah
mengaku depan abang… Hannah menyesal sebab pernah jadikan abang sebagai suami
yang Hannah benci. Demi Allah, sekarang Hannah cinta abang dunia akhirat…?
Dan bila rasa dihargai, Uwais mula menunjukkan sikap
romantik, manja dan kadang-kadang nakal pada sang isteri yang sudi menerima
dirinya. Bila hati dah sayang, cemburu tentu adakan, itulah yang Hannah rasa bila
dia sendiri nampak suaminya sedang berborak mesra dengan gadis bertudung litup
lagi lemah lembut iaitu Batrisya anak jiran Makcik sarimah. Kerdil Hannah rasa
ketika tu. Dulukan dia berkasar dengan suaminya.
Manakala Uwais juga mula cemburu bila Fawaz, sepupu Hannah
cuba rapat dengan isterinya. Sedia maklum, Uwais sediri tahu Tok Ayah sendiri
pernah menjodohkan Fawaz dan Hannah. Dan sedia tahu, Fawaz sendiri memang
mencintai Hannah. Bila kehadiran Fawaz seakan mahu mendekati isterinya, Uwais
jadi tidak keruan. Dan lebih menyakitkan hati apabila Fawaz cuba mengambil
kesempatan memenangi hati isterinya bila tidak berlaku jujur dengan masakan
isterinya. Bagi Uwais, kalau terus-terusan menipu, sampai bilapun isterinya tak
pandai masak.
“Adil… madil..! Kau
jangan banyak cakap, ini keputusan mak… sebarang surat menyurat tidak akan
dilayan. Kalau kau nak datang, boleh… tapi sampai depan rumah aje… kau
bercintalah ikut tingkap, jangan kau panggil Hannah guna botol sudah! Kau nak
call ke SMS ke, suka hati… Mak tak kisah, Tapi Hannah ada pesanan ni… dia malas
nak layan kau”
Dalam novel ni, selain watak Uwais dan Hannah yang
tersangatlah manis dan masam, aku juga tersangatlah tercuit hati dengan watak
Makcik Sarimah dan Fawaz. Makcik Sarimah dengan sikapnya yang cool, bertuah kot
dapat bakal mak mertua macam Makcik Sarimah ni, gila sempoi punya cool beb..!
Manakal Fawaz pula seorang yang blur-blur sengal. Belagak pandai tapi sebenarnya
bongok jugaklah. Hahaha. Serius memang tak kering gusi bila usaha dia cuba
mengorat anak jiran Makcik Sarimah.
Macam biasa, aku kan suka berangan, sebab itulah jerawat
pasir dekat dahi tak pernah habis. Hahaha. Okay, watak Uwais Ukasyah ni, aku
rasa Izzue Islam Sesuai kot. Sebab watak Uwais ni nakal-nakal selamba badak
gitu. Manakala watak Hannah, aku rasalah kan Nora Danish okay kot. Rasanyalah..!
Izzue Islam Dan Nora Danish
Pengajaran penting dalam novel ni banyak. Antaranya cuba
belajar BERSYUKUR dengan apa yang kita miliki. Selain dari itu cuba belajar
terima seseorang dalam hidup kita, walaupun seseorang itu mungkin bukan yang kita
suka, sebolehnya CUBA. Lagipun tak rugi apa-apakan kalau kita cuba. Malah kita
sendiri yang akan rugi kalau kita mengalah sebelum mencuba.
Siapa yang suka membaca, serius novel ni tak rugi kalau
dibuat koleksi peribadi. Dah la jalan cerita sempoi, bahasa santai tak berat
kepala nak faham, lawak sengal segala memang enjoy je aku baca novel ni. Dan
aku tak sure, sama ada novel ini masih lagi dijual dimana-mana kedai buku
ataupun tidak. Sebab buku yang aku miliki sekarang ni pun aku beli dari page
novel terpakai di Mukabuku.
Pada aku barang baru ataupun terpakai aku tak kisah, janji
bahan tu kita boleh baca. Pada peminat-peminat novel diluar sana, kalau ada
novel lama-lama yang kalian suka dan ingin jadikan koleksi, boleh terus ke PAGE MENJUAL NOVEL BARU DAN TERPAKAI DIMUKABUKU. Setakat ni, aku dah beli 3 buah
buku dari sana. Bukan setakat jual beli je, malah siap boleh tukar pandangan
pasal novel-novel ni tau. Heeee… ^_^
Jadi pada yang suka novel romantik sengal, inilah novelnya.
Jangan lupa dapatkan yea…!
Kata Hati : Sekarang ni mood membaca aku kelaut...ada lagi 2 buah yang belum sentuh...huhuhu..!
.
Jumaat, 13 September 2013
Khamis, 12 September 2013
Khasiat Daun Kaduk
Assalamualaikum.
Ingat tak ENTRY ISNIN lepas? Pasal makanan ringan Miang Kham
tu. Ramai juga yea yang tak pernah makan. Bagi yang tak tahu macam mana rupa daun
kaduk tu, daun kaduk tu sebiji macam daun sireh. Kalau nak bezakan daun sireh
dengan daun kaduk melalui bau dia. Macam mana bau dia tu, aku tak reti pulak
nak jelaskan dalam bentuk kata-kata ni weh..! Kome pegilah cari sendiri dan
bezakan sendiri..Hehehe.
Hokey..! Bagi yang pernah tengok, pegang, hidu atau makan
daun kaduk ni pasti kalian tahukan macam mana bau daun kaduk tu sendiri. Kalau
direbus..uhh..bau dia jangan dikenang. Melekat busuknya..! Aku sendiri kalau
mak rebus daun kaduk lari keluar, sebab tak tahan. HAHAHA. Tapi percayalah, Cuma
bau je. Rasanya okay. Tapi bagi aku, sedap lagi makan segar macam Miang Kham,
atau dibuat kerabu..Serius sedap..!
Walaupun bau daun tu busuk, tapi jangan tak tahu..Khasiatnya
sangatlah banyak. Baik daun dan agar dauk kaduk tu sendiri memang
tersangat-sangatlah banyak khasiatnya, salah satunya dapat mengatasi masalah
cacing. Selain itu, daun kaduk juga mampu merawat sembelit, mengurangkan sakit
gigi, meredakan batuk, melawaskan kencing, merawat ulser perut. Semua rawatan
adalah dengan meminum air rebusan daun kaduk itu. Ia juga mampu merawat Demam
Malaria.
Kalau kalian tak percaya dengan keistimewaan daun kaduk ni,
kalian boleh terus berhubung dengan PAKCIK GOOGLE. Confirm berderet info pasal
Daun Kaduk ni. Tak percaya, cubalah..Hehehe..
P/s: Ramai yang tanya
sedap ke Miang Kham tu, Sumpah sedapp..! Langsung tak pahit okay.!
Kata Hati : Makan miang kham sambil tengok TV, memang
syiokk..!
.
Rabu, 11 September 2013
Wordless Wednesday #74
Mood :
Wordless Wednesday
Isnin, 9 September 2013
Miang Kham | Resepi Miang Kham Paling Mudah
Assalamualaikum..
Pernah dengar Miang Kham? Sejenis makanan tradisional yang
sangat popular di Thailand. Miang Kham adalah sejenis makanan ringan yang sangat
sedap dan sihat. Bahan utama Miang Kham adalah daun Kaduk. Sesiapa yang pernah makan daun
kaduk mesti tahu, rupa dan bau daun kaduk tu. Sejujurnya, kalau daun
kaduk tu di rebus, aku memang tak boleh telan. Lain pula dengan Miang Kham ni, Daun
kaduk dimakan mentah memang sedapp…!!
Macam yang aku cakap tadilah, bahan utamanya adalah daun
kaduk. Kalau tak ada daun kaduk tak boleh nak nak buat Miang Kham ni. Bahan-bahan
lain tu terpulang pada diri sendiri. Ada yang letak kelapa goreng, halia,
bawang goreng, bawang putih dan macam-macam lagilah. Oh yea…! Ada juga yang
panggil Miang Kham ni sireh Thailand. Sebab makannya ala-ala macam makan sirehkan..
Okay, dekat sini aku sertakan sekali Resepi Sos Miang Kham
ni. Kalau kalian google, memang boleh nampaklah macam-macam resepi. Tapi yang
aku nak beri ni, resepi paling mudah. Terima kaseh buat Sepupu aku yang sudi
share resepi. Kalau sebelum ni, aku buat guna banyak bahan, tapi yang ni,
simple je..Hehehe
Bahan untuk sos :
Air
Gula Merah
Udang Kering goreng – Di tumbuk Halus
Tepung Gandum – Untuk pekatkan sos
(Campurkan gula merah, air dan udang kering didalam kuali
dan kemudiannya campurkan tepung untuk likatkan sos. Ingat kepekatan sos
bergantung pada kalian)
Bahan –bahan lain :
Kacang
Limau kasturi
Cili padi
Bawang
Udang goreng
Pelam muda
Cara Makan :
Calitkan sos pada daun kaduk, dan masukan sedikit semua
bahan-bahan yang ada, balut dan ngapp..!!
Kata Hati : Aku lebih suka makan daun kaduk macam ni, berbanding rebus..
.
Rabu, 4 September 2013
Wordless Wednesday #73
Ini je yang jumpa, yang lain-lain entah kemana.
Hilang dalam simpan..
Huhuhu..
Kata Hati : Mood masih rindukan Shekolahh....!!
.
Mood :
Wordless Wednesday
Selasa, 3 September 2013
Merdekakan Hati
Assalamualaikum..
Errr…serius kering idea sekarang ni. Blog pun dah berapa
hari tak buka. Normal bagi aku, bila tak ada idea, terus jadi malas nak buka
blog. Dan idea untuk entry ni pun sebab terbaca sesuatu tadi. Ehh..bukan pasal
minyak ehh yea, sebaliknya merdeka. Iye, pasal Merdeka. Kita baru je kan sambut
Merdeka hari sabtu lepas.
Dan bila aku terbaca komen Cik Aini dalam entry INI, terus
datang satu idea untuk aku kupaskan isu MERDEKAKAN HATI ni. Bila sebut pasal
Merdekakan Hati, pasti orang akan ingat tentang pengaruh-pengaruh hati dan
minda dengan budaya barat, k-pop dan sebagainyakan. Jadi untuk entry ni aku tak
nak cerita kearah itu, tapi nak twist sikit. Jangan tak tahu, merdeka ni
skopnya luas. Bukan hanya pada negara, malah pelbagai hokay.
Bila sebut pasal Merdeka Hati, sejujurnya hati aku sendiri
pun belum Merdeka. Iyea, untuk lupakan seseorang yang pernah kita sayang dan
suka bukan senangkan. Dan rasanya selagi aku begini, selagi itu kot aku akan
fikir dan ingat. Merdekanya hati, mungkin disaat sahnya aku sebagai isteri
kepada Hamba Allah yang belum tahu dimana keberadaan dia. Itu aku..kalau kalian
boleh merdeka awal, kira baguslahh..!
Hati perempuan ni lembut. Soft kalah teddy bear gituw. Tak
kiralah dengan siapa pun kita jatuh sayang, pokok pangkalnya kita mesti kuat.
Perit tu dah pasti, tapi percayalah semua rasa itu hanya sementara. Cuma kena
ingat, jangan lupa segala perit yang pernah kita lalui. Jadikan luka perit yang
kita tempuhi tu sebagai pengalaman untuk diri sendiri. Ingat, pengalaman yang melibatkan hati ni tak
semua sama. Lain orang, lain pengalamannya. Kalau sama, mungkin tak seratus
peratus sama. Cuma luka perit yang kita rasa itu adalah sama.
Macam mana pun perit kita rasa, kita kena terus melangkah.
Jangan disebabkan itu kita terus jatuh tak bangun-bangun. Haa..macam ni tak
naklah. Bina balik jalan untuk terus kita melangkah dan terus melangkah. Anggap
saja Allah sedang menguji hati hambaNYA. Orang yang diuji, adalah orang yang
paling dekat dengan Allah. Dan setiapa apa yang diuji olehNya, pasti aka nada hikmahnya..
InsyaALLAH…!!
Walaupun aku rasa entry ni macam lari tajuk, tapi aku harap
sedikit sebanyak entry ni dapat redakan hati yang sedang dilanda kegelisahan.
Percayalah, DIA tahu apa yang terbaik buat hambaNYA. Jangan sedih-sedih, sebab
setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Inilah lumrah kehidupan..kan..!
Apapun jom Merdekakan Hati dan jom kita senyum selalu…
Fighting…Caiyokkk..!!
Kata Hati : Ini isu hati, bukan isu minyakkk..ehh..!
.
Mood :
Aku Maafkan Kamu,
HANYA AKU,
Hati Kita,
JIWA AKU,
KIsah Dia,
Kisah Dulu,
Merdeka Hati,
SANTAI,
SAYANG KAMU
Langgan:
Catatan (Atom)