Jumaat, 29 November 2013
Rabu, 27 November 2013
Wordless Wednesday #85
Mood :
Wordless Wednesday
Isnin, 25 November 2013
Ubi Panggang | Resepi
Assalamualaikum.
Sebenarnya aku tak berapa sihat ni, jadi, malas nak bermukadimah. Kita terus ke tajuk utama la yea. Ingat Wordless Wednesday #84? Ini sambungan itu entry itu. Untuk entry ni, aku nak kongsi resepi yang aku
cuba baru-baru ni. Yea…menu-menu pelik ni semuanya aku tahu dari Variety show
kegilaan ramai, iaitu RUNNING MAN. Contohnya macam BIBIMBAP tu, aku tahu dari
RUNNING MAN jugaklah.
Bila dapat je tahu nama menu, aku
terus google. Lepas tengok resepi, aku cuba olah cara aku sendiri.
Al-maklumlah, nak makan tu tekak kita, jadi ikut selera kitalahkan. Dan rasanya
menu ni tak adalah pelik bagi mereka-mereka yang pernah tengok atau peminat
drama-drama korea ataupun jepun yea dak..!
Cara bakar yang sepatutnya | Running Man Episod 148 - Eating Jumanji Race
Untuk resepi kali ni, sesimple
belajar A B C dan semudah 123. Sebab apa aku kata simple dan mudah? Bahannya
cuma Ubi Jepun/ Sweet Potato tu je. Alatannya bula kertas alimium dengan oven je. Kalau tak
ada oven boleh juga guna pemanggang ajaib. Rasa masak pulak pejam mata pun
boleh buat. Jadi, kalau sesiapa yang teringin nak cuba, jom kita tengok
langkah-langkahnya..
Bahannya :
·
Ubi Jepun / Sweet Potato ( Tak perlu buang kulit)
Cara Menyediakannya :
·
Potong hujung kedua-dua belah.
·
Basuh sebersih-bersihnya.
·
Balut dengan aluminium foil
·
Bakar 200`C selamat 30 minit.
· Siap!! Buang kulit dan untuk di ngap…!!
Kenapa resepi ini tidak
memerlukan garam ataupun gula? Sebab ubi jepun tu sendiri dah manis sebenarnya.
Sekiranya kalian nak makan cicah gula ke, kelapa parut ke, terpulang. Itu tak
mendatangkan masalah pun, ikut citarasa masing-masingkan. Cumanya, kalau ikut
original di Korea ataupun Jepun, diorang makan macam tu je. Makan panas-panas.
Ubi panggang ni, sangat popular
di Korea dan Jepun ketika musim sejuk. Yelah, musim-musim sejuk memang
makanan-makanan panas tersangatlah popular kat sana. Dan selain daripada
peminat-peminat RUNNING MAN ataupun drama Korea mahupun Jepun, peminat kartun
Hagemaru ataupun Atashinchi, pasti tahu pasal ubi panggang ni. Hehehe.
Okaylah yea, rasanya dah panjang
bebenor entry ni. InsyaAllah panjang umur, kitan jumpa dilain entry.
Kata Hati :
Ehh..ubi ni kategori makanan berangin
tau..Sedap memang sedap, tapi makan tu berpada-padalah yea…!
.
Jumaat, 22 November 2013
Tazkirah Jumaat | Jawatan Kosong
Mood :
Tazkirah Jumaat
Rabu, 20 November 2013
Wordless Wednesday #84
Mood :
Wordless Wednesday
Isnin, 18 November 2013
Terkejutnya...
Assalamualaikum.
Okay, entry ni di tulis seminggu yang lepas, dimana hari modem
aku disambar Petir. Biasalah, bila
harapan nak on9 tu jadi 50-50, idea makin membuak-buak sampai tak tahu nak mula
mana dulu. Dalam hati duk syak, aku mungkin akan bercuti panjang dalam bidang
blogging ni, sebab idea luar biasa banyak. **Haishh…bidanglah sangatkan..Kahkahkahkah. Dan Isnin lepas, bila keluarnya entry
yang ini, maka dengan rasminyalah insyaAllah aku boleh kembali berblogging
seperti sedia kala. InsyaAllah.
Hokey..! untuk idea entry ni, semuanya bermula daripada
mukabuku sebenarnya. Bila mana aku terlihat sesuatu yang membuatkan hati aku
berkata “Err…apakah??” Dan bila dah terlihat tu, terkejut jangan cakaplah.
Dalam masa yang sama aku rasa kasihan. Yea..kasihan..!
Tapi kenapa aku perlu kasihan? Kasihan aku sebab ‘mereka’
adalah sahabat aku. Sedih bila mana aku sendiri tak mampu tegur kesalahan yang
telah dibuat dan lagi sedih bila orang yang sepatutnya bertanggungjawab boleh
biarkan je, pendek kata sanggup tanggung dosa laa..
Yea..! aku ni bukanlah bagus sangat. Dan aku memang tak
bagus pun! Sekurang-kurangnya aku ada
daya usaha mempertahankan maruah. Kalau tak sayangkan maruah sendiri,
fikir-fikirlah maruah keluarga. Ini tidak, bila bertindak main ikut lazat je,
macam itulah jadinya. Macam mana? Sendiri fikir boleh? Kehkehkeh.
Seriusly, malas nak terlalu berterus terang kat sini. Nak
tegur, tapi entahlah. Sebab aku ni, dia pandang macam musuh je. Walaupun macam
tu, tapi kami still kawan, walaupun bila berselisih tu, aku dan dia sekadar
senyum. Jadi, risau kalau-kalau dia tendang aku dari senarai kawan senyum,
sekiranya aku tegur apa yang dia buat. Makanya aku pilih, untuk diam.
Dan rasanya ada yang lebih berhak tegur berbanding
aku…Ya..ada yang lebih layak…!
Kata Hati : Jangan putuskan ikatan ukhwah yang terjalin…
.
Jumaat, 15 November 2013
Manfaat Sebaik Mungkin
Assalamualaikum.
Semua orang tahu, hari ini hari jumaat. Penghulu segala
hari. Hari dimana kita digalakkan buat baik banyak-banyak. Tapi kalau ikut
sebetul-betulnya, tak kisahlah hari apapun, kita memang digalakkan buat baik ye
dak..!
Hari jumaat juga adalah hari terakhir untuk satu minggu. Ini
bagi di negeri-negeri yang masih bekerja
laa. Cuma kalau di pantai timur dan kedah, hari last dalam seminggu tu
adalah hari khamiskan. Tapi itu semua tak kisahlah.
Okay, untuk hari jumaat untuk minggu dan tahun ini, ianya
special sikit sebenarnya. Mungkin ramai yang tak alert, tapi aku yakin, cikgu
cikgi confirm tahu pasal hal ni. Dan yang terlebih alert sudah tentulah
budak-budak yang bergelar pelajar. Sebab apa? Jumaat ni adalah hari terakhir sesi
persekolah bagi tahun 2013.
Oyeahhh..!
Dan bila sebut pasal cuti sekolah ni, memang tak
dinafikanlah. Kita dulu pun banyak kenangankan. Ada yang tak sabar-sabar kot
nak cuti. Dan ada pulak yang sedih gila-gila ni sebab cuti, kalau boleh tak nak
cuti panjang-panjang. Yang kategori ni selalunya budak-budak yang dah pandai
bercinta. Tak nak cuti panjang sebab sayang nak tinggal pakwe/makwe kononnya
laaa.. Grrr.!
Err..kalian dulu cemana? Jenis nak cuti ke tak nak cuti?
Aku? Sejujurnya aku waktu sekolah rendah dulu, memang jenis
menantikan hari cuti. Bila dah masuk menengah , barulah gedik-gedik sedih sebab
nak cuti. Kalau boleh memang tak nak cuti. Sedih kott…! Selalu hari-hari boleh
jumpakan, sekali kena cuti panjang rindulah nanti kononyaaa..!! Grrrr…!
Tapi sebenarnya rasa sedih tu sekejap je. Bila dah start
cuti, haaa..baru tahu betapa nikmatnya.! Kekekekeh. Dan bila nak masuk sesi
persekolahan balik, sikit punya liat nak bangun. Padahal sebelum ni nak sangat
sekolahkannn…! Hahahaha.
Pokoknya, buat adik-adik kat luar sana nun, rentikanlah nak
sedih-sedih. Syok apa cuti. Yang paling penting, manfaatkan cuti ni sebaik
mungkin. Kalau tengok tv je, jemu jugakkan. Cubalah cari idea dengan
kawan-kawan. Beriadah ke, kemas-kemas rak buku ke. Apa sajalah, janji bermanfaat.
Apapun, tak kisahlah masih bersekolah ke belum, esok dah
mula bercuti buat mereka yang sememangnya cuti sabtu ahadkan. Jadi, selamat
berhujung minggu semua..!!
Kata Hati : Moga kita sama-sama dalam rahmatNYA....InsyaAllah..!
.
Rabu, 13 November 2013
Wordless Wednesday #83
Mood :
Wordless Wednesday
Isnin, 11 November 2013
Petir
Assalamualaikum.
Akan muncul seekor ular yang bernama “Sujaul Aqra”
dan ular itu
berkata :
“Allah menyuruh aku membelasah engkau
kerana engkau mensia-siakan
sembahyang subuh”
Sejak dari mula masuk ke rumah orang tua aku, sampailah
subuh jumaat lepas, boleh kira dengan jari, berapa kali modem tu dimatikan
taliannya. Bukan tak pernah dinasihatkan supaya tutup modem wifi bila tak
digunakan. Tapi itulah, sikap degil pada diri yang tak pernah kurang.
Sebelum subuh jumaat lepas, hujan rahmat mencurah-curah
membasahi Bandar Warisan. Entah dentuman guruh yang keberapa, aku baru sedar.
Jam baru pukul 6.10pagi. awal lagi rupanya. Bila terlihat cahaya kilat yang
memancar dari luar, aku jadi terkejut. Lagi terkejut bila dengar guruh yang
luar biasa bunyinya. Bergegar pintu kaca rumah setiap kali guruh berdentum. Dan
sepintas lalu, aku teringatkan Wifi yang masih setia menyala.
Dalam hati awal lagi, kejap lagilah subuh. Makanya dengan
perasaan tak malu, aku bersenang lenang lagi di tempat tidur. Langsung tak
berganjak. Dalam masa yang sama, hati memang niat nak tutup wifi bila bangun ke
toilet nanti. Elok je lepas apa yang aku
fikirkan, pantas datang satu cahaya dan dentuman guruh sekali gus letupan kecil
dari meja computer. Jangan kata aku je yang terkejut beruk bulat yang kebetulan
ada dekat dengan meja computer tu pun mencanak lari sebab terkejut.
Mak pun tiba-tiba je muncul dari dapur, duk tanya aku bunyi
apa tu. Time tu gegar jugaklah rasa jantung. Sebab cepat gila benda tu jadi.
Aku langsung tak sempat buat apa-apa. Dan bila aku tgk modem tu dah tak hidup,
memang aku syak, modem tu mesti terbakar. Mustahil bila bunyi jelas macam
mercun pop tu, modem tu tak akan terbakar kan…! Dan bila aku pergi dekat modem
tu, memang tekaan aku tepatlah. Modem tu dah terbakar, siap ada bau hangit
lagi..!
Entah kenapa aku terlalu rileks sangat waktu kejadian tu.
Nak kata sedih tu tak ada. Cuma ralat sebab aku lambat bertindak. Lagipun aku
rasa itu macam satu hukuman ataupun peringatan dari Allah buat aku yang sengaja
melengah-lengahkan subuh. Dan memang aku rasa macam satu hukuman pun. Jadinya
bila kita sedar akan kesalahan kita, tak kan kita nak tunding jari kea rah
orang lain kot. Terima dengan redho itu lebih afdal. Kalau nak marah-marah pun,
siapa aku nak marah atas apa yang terjadikan. Kalau marah jugak ibarat kita
salahkan takdir Dia.
Sejujurnya aku memang tak rasa apa-apa waktu tu. Cuma ada
rasa sedikit ralat sebab aku melambatkan solat. Bayangkan sebaik terjaga aku
terus bangun ketoilet untuk berwuduk sambil tutup wifi tu, mungkin saat ni, modem yang rosak tu masih
setia berkhimat untuk kami..mungkin…! Hehehe.
Jadi, apa pengajaran penting yang boleh aku kongsikan dekat
sini adalah, JANGAN LENGAHKAN SOLAT.
JANGAN LENGAHKAN SOLAT. JANGAN LENGAHKAN SOLAT. Nampak betapa
pentingnya, sampai tiga kali aku tekankan disini. Dan keduanya, tutup apa saja
barang yang melibatkan duit bagi elak pembaziran. Contohnya modem, tv, paip
air. Kalau dah tak nak guna tu, cepat-cepat tutup..!
Selain dapat memelihara
barang tersebut, kita juga boleh berjimat. Betul kan..! Hehehe
Hurm…rasanya sampai disini sajalah. Dan ketika kalian baca
entry ni, maknanya keadaan modem wifi rumah aku dah okay. Telah dibaik pulih pada hari yang sama modem tu meletup. Jadi pengalaman tak punya line untuk beberapa jam, sangat boring. Dan yea..hilang internet bagikan hilang
sebelah sayap…Hehehe.
Sekian..
Kata Hati : Lepas ni status aku mesti macam ni, "Offline ~Petir..!" Hehehe
.
Jumaat, 8 November 2013
Rabu, 6 November 2013
Wordless Wednesday #82
Mood :
Wordless Wednesday
Selasa, 5 November 2013
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435H - Wassatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah
Ahad, 3 November 2013
Kubukanakamis
Sakit hati…!
Hanya itu yang aku dapat.
Dan tiap kali ianya terjadi
Aku hanya diam sepi tanpa banyak bicara.
Dan sekadar memberontak dalam hati.
Nawaitu itu ada, cuma belum ada kekuatan mahu bertindak
lebih jauh…
Kata Hati : ikut hati mati…!
.
Langgan:
Catatan (Atom)