Sabtu, 29 Januari 2011

.:: Kembali | Syukran..!! ::.

.



Assalamualaikum.


Syukran…!!

Alhamdulillah. Setelah sekian lama, dapat juga aku mengeluarkan entry baru. Terima kasih buat kalian yang masih sudi singgah di blog yang sudah lama tidak mengeluarkan entry-entry baru. Bukan kerana ketandusan idea mahupun jemu untuk menulis. Tapi semuanya berpunca daripada kesibukan yang tidak dapat di elakkan.

Mungkin libatnya aku dalam seperkara yang semua manusia harus tempuhi membuatkan masa, sekaligus emosi aku bergelodak hingga tidak dapat di bendung sama sekali. Bila di tanya kepada orang-orang yang lebih berpengalaman, jawapan mereka ini adalah normal untuk wanita yang mula melangkah ke satu perkara baru. Dewasakah aku?

:P

Pada mata kasar manusia, mungkin aku sentiasa di lihat happy. Tapi, pabila emosi itu tidak dapat berfungsi dalam keadaan normal, aku lebih rela mendiamkan diri sehingga emosi itu benar-benar kembali stabil. Dan untuk pengetahuan kalian, ketika sedang aku menaip butiran abjad untuk entry kali ini, emosi aku masih dalam pemerhatian. Al-maklumlah, setelah pelbagai pekara aku lalui emosi itu sudah semestinya tidak pulih sewenang-wenangnya. Senang cakap mahu kembali pulih dan stabil.

Tapi kadangkalanya berdiam diri lebih baikkan? Itu lebih afdal. Asalkan DIA tahu setiap perjalanan hidup ini adalah keranaNYA. Semua yang aku lakukan adalah kerana DIA.

Percayalah…!

 
 
Kata Hati : Ada Hikmah Di Sebalik Tanpa Berkata-Kata.
 
 
.

Sabtu, 1 Januari 2011

.:: 1.1.11 ::.

.

SELAMAT TAHUN BARU

Semoga Tahun Ini Kita Akan Menjadi Lebih Baik Dari Sebelum-Sebelumnya... InsyaALLAH....!!