Isnin, 30 April 2012

.:: Pernah Terjadi Tak...? ::.







Gambar di atas, tiada kena mengena dengan cerita di bawah.
Ianya sekadar gambar hiasan.

Sabtu lepas ke salah sebuah bank sekitar Taiping.
Di antara jam 3.45 – 4 petang.
Keluarkan sejumlah duit simpanan.

Berdengung bunyi  mesin ATM tu tanda pe,prosesan.
Tak lama lepas tu, kad ATM keluar dari perut mesin tu.
Tunggu duit yang di minta tapi tidak keluar-keluar.

Sebaliknya skrin di mesin ATM bertukar menjadi 
‘Out of service’
Malah resit juga tidak keluar.

Ahh…sudah..!
Pindah ke mesin ATM sebelah.
Semak penyata ringkas.
Sejumlah duit yang di tekan sebentar tadi telahpun di potong dari akaun.
Padahal tadi sedikit duit pun tak keluar.

Apa ni…!
Tak apa, tunggu lagi setengah jam.
Mungkin jumlah duit tu akan masuk balik.

Sebelum ni, pernah perkara yang sama di bank lain.
Alhamdulillah, duit tu masuk balik.
Dan mungkin bank tu sama dengan bank yang ini.

Setengah jam berlalu, semak baki sekali lagi.
Tapi hampa…! Masih tak ada.
Dahlah Lusa ni kena gerak ke selatan.
Memang nak pakai duit..!

Pagi tadi ke bank tersebut. Ingatkan kena jumpa pegawai bank.
Tapi tadi cuma isi borang aduan, bagi pada penyambut tetamu.
Dia kata, nanti pihak bank akan call.
Bila..? secepat mungkin katanya.

Boleh pula gitu. Kita nak cepat ni.
Errmmm..Letih sudahh..!

Kalian pernah alami situasi macam ni tak…?
Apa lagi yang haru aku lakukan...?


Kata Hati : Kalau boleh nak hari ni juga...! Ada orang bank boleh tolong takk....??? 

.

Ahad, 29 April 2012

.:: Ayam Paprik ::.





Selamat berhujung minggu semua...!
Kalau siapa yang rajin singgah ke sini, Selalu hari minggu aku akan ajak kalian terjah-terjah kan..?

Tapi untuk minggu ni, kita tukar mood lak.
Jom kita jamu mata dengan menu hari ini.

Kalau yang buntu tak tahu nak masak apa dah tu, bolehlah ambil resepi ni.
Senang je masaknya. Ikut apa yang ado dalam peti sejuk.
Lepas tu bak kata Yayan's Mum , campak-campakkan je.
Lepas tu dah siapp..! Senang kan..?

Tapi kalau peti sejuk tu dah kosong, kena ke pasar terdekat dengan rumah la.
Kalau tak ada bahan nak masak macam mana ye dak..?

Okeyh, jom usha bahan dan cara masaknya.

Bahan-bahan :

Isi ayam.
Cabai kering yang di kisar bersama bawang.
Bawang putih di racik halus.
Cili padi yang di titik sahaja.
Sos cili.
Bawang yang di hiris bulat atau sebaliknya.
Daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-caranya :

Tumiskan bawang putih yang di racik, sehingga naik bau.

kemudian, masukkan cili kering yang di kisar bersama bawang dan sos cili. Tunggu sehingga pecah minyak. ( terpulang nak banyak mana )

Masukkan isi ayam. Dan tunggu hingga isi ayam tu betul-betul masak.

Kemudian masukkan daun limau purut, bawang yang di potong dan cili yang di titikan tadi.

Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.

Kacau hingga sebati. Hidangkan.

Dan siap..!!


Senangkan..? Tapi kalau ada sayur kobis, lobak merah, kacang buncis , tomato atau apa-apa je. 
Bolehlah masukkan sekali dalam masakan ni.

Yang aku buat ni, simple je. sebab itu je yang ado dalam peti sejuk.
Kalau nak tukar ke daging pun boleh. 

Tapi daging kena tunggu lama lagi, sebab nak bagi betul-betul empuk.
Kalau tak empuk, pakat tercabut gigi nak menguyah. Hehehe.

Okeyh, sampai sini jelah. Selamat mencuba...!


Kata Hati : Lepas ni nak Bersihkan aku punya dapur jap..!

.

Sabtu, 28 April 2012

.:: Keyword ::.




Di hari Sabtu yang mulia ni,
Boring tak tahu nak buat apa.
Sajalah aku gedik-gedik semak keyword yang singgah di teratak aku ni.

Aku semak di Nuffnang , biasa-biasa saja.
Tapi bila aku semak sumber trafik di statistik.
Bekerut dahi aku...!

Nak tergelak pun ado.
Yang BAYAM GORENG tu oklah lagi.
Tapi bab curang-curang tu yang tak tahan...!
Mungkin gara-gara entry yang INI dan INI .

Ya..! Dulu memang aku pernah curang dengan FIBOX ni.
Sekarang ni kira dah berbaik baliklah.
Sebab tu FIBOX masih kekal di teratak ni.

Tapi kalau curang dengan kekasih.
Maaflah, aku tak pernah lagi curang ye.
Sebabnya aku belum ada boiperenn.! 
Hahahahaha..! #Segmen peromot diri..!

Pastinya, kalian pun mesti ada keyword yang pelik-pelikkan...?
Ke kalian ada keyword tak ada kaitan langsung......?
Haaaa...cuba semak cepatt...!


Kata Hati : Jarang semak keyword ni, sekali semak terhibur pulak... kehkehkehkeh...!

.

Jumaat, 27 April 2012

.:: SEGMEN : SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI ::.








BEST ATAU TAK BEST...?


Kata Hati : Nak Join..? KLIK BANNER. 

.:: Rabiatul Adawiyah ::.





Rabiatul  Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu di miliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun sultan negara yang datang merisik. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinyahanya untukNYA.

Kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermakna nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup itu, beliau di culik pula lalu menjadi hamba.

Tidak sedikit pun Rabiah kesal. Untuknya, ALLAH tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain ALLAH dan tiada tempat sebaik-baik mengadu juga selain ALLAH. Sampai akhir hayatnya Rabiah tersenyum pada saat malaikat sudah hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada kekasih hatinya.


P/S : Antara 1-10 bintang, aku bagi 10 bintang untuk buku ni. Sangat best...!


Kata Hati : 
Buku  novel sejarah Srikandi Islam ni, memang terbaik. Tak rugi beli dan tak rugi kalau baca..! Terima kaseh pada kakak sepupu yang sudi pinjamkan aku buku ini...! Terbaikkk...!

.

Khamis, 26 April 2012

.:: Ku Menunggu... ::.





Aku, masih di tempat kerja.
tak ada ura-ura nak balik awal ok..!

Tengah menunggu seseorang. 
Dia belum lagi sampai.
Tapi air tehnya dah siap.

Yang lawoknya, aku siap tuang dalam mug lagi..!
Bagi sejuk sikit. 
Karang senang nak minum sambil menikmati pisang goreng yang di bawanya.

Tapi macam lambat je lagi dia nak sampai.
Erm...tuang baliklah dalam jag, 
sejuk sangat tak sedap pulakkan.
#Nampak tak sengalan aku...? hahahhaa...!



Kata Hati : Psst..! Menu kalian petang ni apa...? #Nyebok aku nak tahu...hihihi

.

.:: Jangan Pernah Berubah - ST12 ::.





Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan

Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya



Kata Hati : 
Entah kenapa, tiba-tiba aku teringatkan seseorang..!

Rabu, 25 April 2012

.:: Wordless Wednesday #8 ::.



KLIK UNTUK TUMBESARAN



Kata Hati: Lama tak buat kek coklat ni.. kalian nak resepi..?
[ KLIK SINI ]

.

Selasa, 24 April 2012

.:: 24 APRIL... ::.





Inilah akibatnya kalau suka buat kerja saat-saat akhir. 
Bila kita nak cepat, semua akan jadi lambat.
Dah tu, ada je yang tak kena.

Dugaan..! Dugaan..!

Bertahun buat kerja ni, tapi entah tahun ni terlewat sikit.
Bukannya lupa, tapi tak ingat..! Boleh pakai ke ayat tu dalam masa sekarang ni..?

Nak sedapkan hati sendiri, itu je ungkapan yang sesuai ye dak..!

Selalunya seminggu lagi nak tiba 24 April, roadtax moto segera  di tukar.

Tapi tahun ni, hari ni 24 April, malam tadi baru terhegeh-hegeh tukar roadtax. 
Kalau lupa juga nahaslah jawabnya.

Harga insuran motosikal kali ni, mahal sedikit berbanding tahun lepas.
Pernah sekali dapat yang betul-betul murah, RM70.++
Third party. Tapi sekali tu je lah.
Sekarang semua seratus keatas..!

Alasan Insurans dan naik. Bla..bla..bla..dan blah..!

Tahun depan malas dah nak ambil insuran dekat tempat yang baru ni.
Banyak tanya..!

Bila dah lambat semua jadi kalut..!

Pstt..! Ada ke di antara kita memang suka buat kerja saat-saat akhir ni..?


Kata Hati : Tahun depan tak nak buat lambat-lambat dah..!!

.

Isnin, 23 April 2012

.:: Terima Kaseh Mama Alesya ::.







Alhamdulillah. Kita masih di sini. Semua atas IzinNYA.
Tanpa izinNYA, kalian pasti tidak akan sampai ke sini kan..?

Maka bersyukurlah sabagai tanda kita berterima kaseh pada DIA.

Selain berterima kaseh dan bersyukur pada DIA,
Yang sentiasa menurahkan rezeki aku. 

Aku juga ingin mengucapkan  jutaan terima kaseh juga pada pemilik BLOG BUNGA HATI MAMA.

Kalau yang bukan dari GENG SEGAR FOLLOWER mungkin tertanya-tanya sebab apa aku berterima kasehkan..?

Kalian nampak tak gambar di atas, itulah hadiah yang aku terima dari MAMA ARINA sebagai FOLLOWER TERBAIK SEPANJANG BULAN MAC. 

Dan alhamdulillah selamat sampai ke tangan aku pada 17 April yang lalu.

Bersyukur sangat-sangat. hadiah di hantar mengunakan alamat pejabat. Maka ingatkan pos laju menghantar dokumen penting di pejabat. Sebaik nama aku di sebut, terpinga sekejap dari siapa. 

Jenuh duk ingat, aku ada beli barang online ke..? Bila tengok mana di belakang sampul tu, terus aku senyum lebar.

"Dari Mama Alesya rupanya..!"

Suka betul aku dengan Keychain n broch comel tu. Tak nyempat-nyempat aku test letak dekat tudung. Macam-macam gaya aku buat..! Heeeee... # Akak..terukkan perangai saya..! Hahaha.

Lepas dah test, laju je aku capai telefon pejabat, dail nombor yang ada kat belakang tu. 

Mula-mula, aku ingat nak menyamar. Tapi di sebabkan jantung ni dup..dap..dup..dapp megalahkan telefon boiperen, maka niat nak menyamar tu tak jadi..! hehehehe.

Pertama kali dengar suara mama comel tu..! Fuhh..! yang hebatnya dia tahu siapa yang menelefonnya..! Akak memang hebat..cayalah..!

Apa-apapun kak, terima kaseh sekali lagi. Nur hargai semuanya. Sayang nak guna. Sebab bila Nur tengok barang tu, terus Nur ingat akak. Ada kenangan antara kita di situ.

Sekarang kita berhubung hanya melalui alamaya, insyaALLAH satu hari nanti, kita pasti ketemu. InsyaALLAH..!


Kata Hati : 
Balik dari kerja aku tunjukkan keychain dekat adik, tiba-tiba dia nak juga..! ohh..mana boleh...!

#Nampak tak kecomelan keychain tu..?

.

Ahad, 22 April 2012

.:: Jom Terjah...! Part 4 ::.



Selamat hujung minggu semua..!

Rasa dah macam wajib pula nak ajak kalian yang singgah ke sini terjah menerjah tiap-tiap minggu eh..!

Tapi kira oklahkan, kalau hari minggu ni ada di antara kita sampai kebosanan melampau,

maka, bolehlah menerjah blog yang ada ni.

Macam biasa, KLIK HEADER untuk terus ke destinasi..!

Selamat menerjah...!!












Jadi, kalian yang di kasihi semua..! Apa tunggu lagi... Jomlah TERJAHHHH...!!

p/s: Entry ni di siapkan tepat jam 2.13 PAGI..! Entah kenapa mengantuk tak datang-datang lagi...!


Kata Hati :
Macam biasa , mohon jutaan kemaafan jika header kalian berempat di ambil tanpa izin..!
Maafkan Cik Nur ya..!
.

Sabtu, 21 April 2012

.:: HomeMade Aiskrim Pun Siap..! ::.








Selamat hari Sabtu semua. Pagi-pagi buka blog tengok dashboard dah jadi lain. Dia tukar dengan sendirinya. Sedikit runsing campur dengan pening-pening lalat. 

Tapi nak buat lagu mano, kena hadap jugalahkan. Dan belajar biasakan diri dengan persekitaran yang baru.

Okeyh..! Untuk entry resepi kali ni. Punyalah dah lama nak buat, tapi hajat tak kesampaian di sebabkan aku tak boleh makan telur. 

Bila tengok pemilik Blog TheCoklatBlog , Chic Na dah siapkan aiskrim resepi dari Pemilik blog Hikayat Ceritera Terindah ni, perasaan ingin mencuba tu membuak tak hengat..!

Sebaik je aku di benarkan makan telur seperti biasa, apa lagi, segera aku cari bahan-bahan untuk buat ais krim ni.

Kalau dalam blog Hikayat Ceritera Terindah kita lihat, Kak AA mengunakan pemutar khas untuk buat kek tu kan.

Tapi yang aku punya benda tu dah rosak. Maka, aiskrim yang aku hasilkan ni, mengunakan blander yang ado...!

Sebelum guna tu aku blend kan daun pandan, bagi hilang rasa pedas. Kang tak pasal ais krim tu rasa pedas.! Hehehe.

Tapi ais krim ni, memang terbaiklah weh..! Sampai ada yang suruh aku buat lagi. #Nampak tak kesedapnya di situ...?

Kalau kalian nak cuba, boleh KLIK SINI untuk dapatkan resepi yang mudah, ringkas dan sedapp..!



Kata Hati : Resepi ni, mudah dan teramat mudah...! Rugi tak cuba..!

.

Jumaat, 20 April 2012

.:: Terima Kaseh Fisha...! ::.





Pertama yang pertama, minta maaf sangat-sangat dekat Fisha, sebab Nur baru nak publish entry mengenai doodle yang Fisha buat khas untuk Nur ni.

Dan pertama yang kedua, Nur ucapkan terima kaseh banyak-banyak dekat Fisha sebab susah payah buatkan doodle untuk Nur dan rakan-rakan yang lain.

Terima kaseh ye...!

Sebenarnya dah lama nak keluarkan entry ni, tapi belum berpeluang lagi. Sekarang baru ada masa, lepak-lepak depan lappy sebelum sibuk sekejap lagi.

Kalian yang singgah sini, nak kenal dengan Dak Fisha ni, Klik je kat doodle kiut di atas entry ni. InsyaALLAH doogle tu akan bawa kalian ke tuan yang wujudkan dia.

Apapun, Jutaan terima kaseh sekali lagi ye Fisha... ^__^

Apa tunggu lagi, cepat KLIK...!


Kata Hati : 
 Esok mungkin bakalan sibuk.
Tak lama dah lagi tiba Mei, lepas tu Jun.
Haishh.. Debo2..!
.

.:: Zikir Terapi Diri ::.







Selamat Hari Jumaat penghulu segala hari.
Alhamdulillah, di berikan kesempatan olehNYA untuk kita terus bernafas di muka bumiNYA.

Syukran YaALLAH...!

Jom kita luangkan masa 4 minit je untuk hayati Zikir terapi diri ni.



Kata Hati :
Pejam mata dan hayati...Syahdunya...!
.

Khamis, 19 April 2012

.:: LIMITED : ♥ TUDUNG BAWAL CUTE ♥ ::.



Biru laut
RM50
Free Postage



Merah hati
RM50
Free Postage


Putih 
RM50
Free Postage


Purple
RM50
Free Postage

Berminat..?

Ada pelbagai jenis warna lagi. Kalian boleh lihat DI SINI
Atau add FB ownernya NURUL JANNAH ISMAIL


Kata Hati :  Geram tengok...! Cantik-cantikkan...?
.

.:: RM150.00 Cash | Give Away From lidarahim.com ::.





SYARATNYA:

1. Sediakan satu entri khas yang bertajuk :  
dan linkkan ke entri ini

2. Copy & paste senarai hadiah di bawah ini ke dalam entri kamoo-kamoo.

Hadiah Utama : 1 orang x RM50.00 tunai
 Hadiah Kedua : 2 orang x RM30.00 tunai
 Hadiah Ketiga : 2 orang x RM20.00 tunai
Hadiah Saguhati x 10 orang

3. Terbuka kepada blogger warganegara Malaysia sahaja.


4. Nak follow blog ini dialu-alukan tetapi tidaklah diwajibkan. Tapi make sure la masa pengumuman pemenang nanti dapat alert dan beri feedback dalam masa 3 hari selepas pengumuman dibuat. Lepas 3 hari tak der feedback, automatik LR akan buat cabutan baru untuk pemenang baru k.

5. Nak tag kawan-kawan juga dialu-alukan tapi tidaklah diwajibkan.

6. Tinggalkan link lengkap entri kamoo-kamoo di ruangan komen entri ini. Oh ya.. letakkan sekali ID facebook atau alamat emel untuk mudah dihubungi nanti.

7. Tarikh tamat GA ini pada 07.05.2012 jam 12.00 tengahari.


Kata Hati : Nak Join..? KLIK HEADER LIDA RAHIM.

.

.:: GuGurl GiveAway By Anis Athia ::.






Kata Hati : Kalian Nak join..? KLIK BANNER jee.

.

.:: Barangan Garnier Untuk Direbut #3 by Pupel Liyana ::.





Boleh rebut sampai hari :
JUMAAT MINGGU DEPAN ( 27 APRIL 2012)
Pemenang : Cabutan Bertuah.

Kata Hati : Nak join..? KLIK BANNER.

.

.:: Giveaway Herba Tihara ::.







Nak join..? KLIK je Banner di atas...!



Kata Hati : Cepat sebelum terlambat...!!

UPDATE : NO.PENYERTAAN-84.
..
.

Rabu, 18 April 2012

.:: Wordless Wednesday #7 ::.









Kata Hati : Cakkk...!!!

.

Selasa, 17 April 2012

.:: Selamat Ulangtahun Ke-2 Sayang..! ::.





Sumber : Google

Selamat Ulangtahun Ke-2 Sayang....!!

Ulangtahun siapa pulak ni..? Siap ber"sayang" bagai..!

Heeee..!!  ^__^

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan..?

Nak kata ulangtahun kelahiran anak, Bila masa aku kawin..?

Sebelum aku beritahu,

Pertama, Jutaan kemaafkan pada sahabat blogger yang lebih tuan dari Nur, kerana mengunakan bahasa "AKU" dalam setiap entry.

Kedua, Terima kaseh buat sahabat yang tak putus-putus sudi berkunjung ke teratak aku yang tidak seberapa ni.

Di sebabkan kunjungan dan sokongan kalian, aku masih berada di sini.

Dan hari ini, 17 April 2012. Genap 2 tahun usia teratak ini. 

Ingat lagi perasaan aku waktu mula-mula mahu terjebak ke kancah ini.
Macam-macam perasaan ada.

Dan di saat ini, kalau tengok ENTRY PERTAMA aku, memang gelak tak hengat..!
Sebab time tu memnag buta bab blogging ni.
Tapi lama-lama jadi pandai.

Terima kaseh yang banyak beri tunjuk ajar pada aku.
Terima kaseh yang tak terhingga buat semua yang sudi singgah ke sini ye.

Memang di awal penglibatan aku ke sini hanya untuk meluahkan segala isi hati. 
Tapi lama-lama jadi tempat berkongsi cerita pula.
Aku seronok berblogging. Dan aku harap kalian juga seronok berkunjung ke sini.

Sekian Terima kaseh sangat-sangat..!!

Aku sayang kamu..kamu..kamu dan kamu...eh..Kamu juga..!


Bisik Hati :
 Doakan aku sihat dan di murahkan rezeki selalu..!


Kata Hati : 
Nak tengok ENTRY PERTAMA aku..? Sebelum KLIK, tolong gelak dulu ek..! Hahahahahha.

Dah gelak..? 

[ KLIK SINI ]
..................................
.

Isnin, 16 April 2012

.:: Terima Kaseh Sekali Lagi..! ::.





Selamat hari isnin..! Jangan bermalas-malasan yer.

Kalau ada di antara kalian yang selalu singgah di sini,
Tentu perasaan header baru blog aku kan..?
Macam mana..? Cantikkan..?

Semestinyalah cantik tau..!
Kalau tidak, taklah Cik Aini Lavender Jeles kan..?

Lagipun orang yang desingkan header ni pun cantik lagi cute.
Tengok si kecil Alesya, dah tahu yang mamanya memang cantik..!
Tak berpeluang je nak jumpa, kalau tak tentu merah pipi Alesya. Hehehe.

Sebenarnya ini bukalah header PERTAMA yang aku dapat dari pemilik blog BUNGA HATI MAMA.
Tapi ini adalah header KEDUA.
Yang bukan dari GROUP SEGAR FOLLOWER tentu tertanya-tanyakan
macam mana aku boleh dapat header ni.

Kalau kalian nak tahu, terjah sendiri ke BLOG BUNGA HATI MAMA
Segala info ada di sana. Ini kerana, pemilik blog itu adalah BIG BOSS dalam group GSF.

Okeyh..! Di kesempatan ini, sekali lagi Nur ingin mengucapkan jutaan Terima kaseh pada Kakak ARINA kerana telah bersusah payah memberikan header yang cantik pada Nur.
Moga rezeki akak, sentiasa murah, walau dimana sekalipun akak sekeluarga berada.

Terima kaseh akak...!!



Kata Hati : Senyum...!
.

Ahad, 15 April 2012

.:: Jom Terjah...! Part 3 ::.




Selamat berhujung minggu semua..!

Harap semuanya dalam keadaan sihat hendakNYA.

Okeyh..! andai ada di antara kalian yang nak Blogwalking sampai lebam hari ni, 

Moleh sungguh singgah ke sini, sebab kat bawah ni 

ada LIMA buah blog yang sempoi untuk di terjah.

Cara nak terjah senang je.. KLIK je dekat header.

Keluarlah nanti blog tu.
















Apa lagi..? Moh lah TERJAH...!!!


Kata Hati : 
Sekali lagi Nur mohon jutaan kemaafan, seandainya header kalian berlima Nur ambil tanpa izin..!
Jangan marah ye..! (^__^)
.