Ahad, 31 Mac 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Mama Mia & Mama Alesya





Disebabkan kedua-dua Mama ni ada anak dara yang kiut miut, 
Jadi Nur tepek pic kek hello kitty buat
Mama Mia Dan Mama Aleysa.

Bila baca tajuk entry, pasti ramai yang tahukan Birthday siapa hari ni.
Jadi, di atas kesempatan ini, Nur ingin ucapkan

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN
Buat

MAMA MIA


MAMA ALEYSA.

Kedua-duanya dari family GSFian
Mereka kongsi tarikh yang sama.
Pada yang nak kenal-kenal, terjah aje tau..
Jangan memalu....!

Doa Nur, Moga kakak berdua :

Semoga dipanjangkan umur..
Dimurahkan rezeki,
Berbahagia selalu,
Sentiasa dilindungi Allah...
Amin...!


Kata Hati :
Selamat ulangtahun kelahiran
Kak Izan Dan Kak Lela..!
.

Jumaat, 29 Mac 2013

Parah





Okay, malas nak intro bagai, nak ajak kalian terus faham kenapa tajuk entry ni begitu PARAH.

Okay, pertama nak tanya ni, mohon jawab dengan jujur yea. Siapa yang sekarang ni gila shopping online..? sila angkat kening  ^_^

Ohhmaii..! sumpah aku tak nampak, tapi rasanya ramai kot yang gila shopping online kan. Dan diantara ramai-ramai tu, akulah salah seorangnya. Tak mohon percaya pun kalian tentu percayakan..!

Aku berjinak-jinak dengan shopping online ni dah lama dah. Apa yang buat aku KETAGIHAN untuk shopping online ni, mungkin sebab aku TAK PERNAH ditipu. Kalau DITIPU rasanya tak terjebak dah laa. 

Shopping online ni, nak kata harga murah tu tak la. Sebab kalau nak banding  di luar, kita boleh dapat harga yang lebih murah tau. Shopping online, automatik akan jadi mahal bila campur dengan kos penghantaran.

Tapi semua tu tak jadi masalah, sebab bila shopping online, barang terus kerumah. Kita tak perlu susah payah nak keluar, nak cari parking dan sebagainyalah. Cuma klik-klik, ketuk-ketuk papan kekunci sikit, printscreen apa yang patut, dah selesai. Dua tiga hari sampailah barang tu kat rumah.

Jadi, apa kaitannya PARAH dengan shopping online?

Err..tak nampak ke…? Kalau sampai dah tahap KETAGIHAN yang melampau, tak ke PARAH namanya tu..? Yela, makin hari makin susut tau duit dalam akaun. Walaupun tak keluar cash, tapi bisa jadi heart attack tau bila ada depan mesin ATM.  Eee…Memang PARAH..!

Waktu tu, mulalah monolog dengan diri sendiri. Betapa PARAH dan ralatnya rasa bila seronok sangat membeli belah. Tapi  nak menyesalpun tak guna dah kan. Maka tukarkan je la PARAH tu ke pasrah..!

Wujudnya  entry ini  untuk diri sendiri sebenarnya. Kalau kalian rasa entry ini dapat memberi kesan pada kalian, Alhamdulillah. Secara tak langsung aku dapat motivate pada kalian yang memerlukan. Kalau entry ni tak beri kesan pada kalian, itu betul-betul PARAH tu..! Hahaha.

Dan sebenarnya juga, dalam entry ni, aku juga nak kabo, yang aku dah kurang shopping online ni. Sebelum keadaan bertukar bertambah PARAH, lebih baik kita cegahkan. Jika diteruskan juga tabiat tu, aku rasa bukan setakat PARAH..malah TERJELEPOIH terus kot..!

Jadi untuk elakkan keadaan jadi lebih PARAH,PARAH dan PARAH lebih baik aku stop gejala yang memPARAHkan diri aku ni. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri, ingat untuk diri sendiri..!

Oleh itu aku akan cuba kawal nafsu, kena ingat bila poket PARAH, akaun PARAH sakit oo….! Jadi kena kawal nafsu…..insyaAllah boleh..! Caiyokk…! hehehe.

Jadi PARAH…boleh blah rrr….!




Kata Hati : Parah..parah…aku cedera parahhh….! <-- Ingat tak dialog dalam cerita apa..? Hahaha
.

Rabu, 27 Mac 2013

Wordless Wednesday #50






Kata Hati : 
Cuaca sekarang panas lain macamkan,
Sentiasa dahaga je...
Bayangkan dapat hirup sirap limau waktu cenggini..!
Perggghhhhhh....!
.

Isnin, 25 Mac 2013

Sakit Gigi



Ehsan Google


“Kenapa..?”

Tinggi suara abah sebaik saja pintu bilik diterpa dua tahun lalu. Tersentak juga aku, sebab abah tiba-tiba naik angin. Mana tidaknya, hampir pukul tiga pagi esakan aku makin kuat kedengaran. Emak dari pukul 10 malam tadi tak berhenti membebel.

“Sakit gigiiiiiii…..”

Makin panjang esakan aku. Woii..kalian tahu perasaan sakit gigi macam mana? Perghh…pantang sentuh sikit, kompem naik angin tahu. pada yang belum pernah rasa sakit gigi macam mana, jangan gelak-gelak ye.

“Esok kita pergi klinik. Dah tido..!”

**********

Dalam perjalanan ke klinik, gigi yang sakit semalam tu tak sakit langsung. Kalau semalam pantang cuit sikit, automatik kaki naik muka. Tapi pagi tu aku gonyoh kaw-kaw pun sikit pun tak sakit. Grrr..memang saja  tau gigi ni..!

Tapi aku nekad, sakit ke tidak ke,  gigi tu tetap kena cabut.Ya..WAJIB cabut. Aku NEKAD.!!

**********

“Buka mulut, biar saya tengokkan. Hurmm..nampak okay je semua ni. Tak ada apa-apa yang rosak pun”

Lembut suara Dr. Fazlina berbicara. Layanan memang first class. Suka betul aku dengan doktor ni.

“Semalam dia sakit, nangis tak berhenti”

Cepat abah menjawab pertanyaan doctor. Sebenarnya, sebelum sampai klinik tadi dah bincang, abah tak perlulah masuk ke dalam bilik rawatan. Tapi abah degil. Nak jugak masuk. Aku bukan malu, tapi aku segan dengan doktor tu. Tak pasal nanti kena cop ‘ANAK MANJA’

“Cuba adik tunjuk, gigi mana yang sakit”

Aku pun apa lagi, laju jari masuk mulut tunjuk gigi geraham yang buat aku sakit malam tadi.

“Ini ya…!”

Tanya Dr. Fazlina sambil ketuk-ketuk  pada gigi tersebut. Kemudian di tekan-tekannya gigi tersebut beberapa kali.

“Sakit tak?”

Respon aku hanya geleng. Hairan, semalam kemain sakit, hari ni kena ketuk dengan besi pun tak sakit. Grrr…!

“Habis tu adik nak buat apa sekarang? Nak cabut jugak?”

Laju je aku angguk dengan soalan Dr. Fazlina. Tak sanggup kot nak sakit macam malam tadi. Tak tidur malam oo..Nak tunggu siang macam bertahun lamanya…!

“Dikk, gigi ni kuat lagi tau, sayang kalau cabut. Kalau cabut adik tak akan ada gigi baru. Adik muda lagi, gigi semua sihat, tak kan nak cabut pula. Tak sayang ke?”

“Macam inilah pakcik, saya minta kebenaran pakcik untuk buat rawatan yang sesuai dekat adik ni. Saya rasa semalam tu mungkin dia alami keradangan saraf pada gigi tu. Sebab tu sakit. Hari ni saya cuba cuci gigi dia dulu”

Abah mengiyakan saja cadangan yang doctor berikan. Aku mula rasa nak teriak sebab entah macam manalah rawatan tu nanti. Tapi yang pasti tentu SAKIT..!

“Adik, nak ayah tunggu dalam ke luar?”

“Err..luar…!”

Pantas jawapan diberi. Abah memang tak boleh ada dalam bilik rawatan. Sebab abah tak boleh tengok benda pelik atau benda yang menyakitkan terjadi sebentar lagi. Silap hari bulan tak siap kerja doktor tu.

**********

“Okay, dah siap..nanti ambil ubat dekat kaunter depan ye. Dan ingat, ubat yang sapu tu kena sapu tau. Jangan tinggal-tinggal. Lagi 2 minggu adik datang balik. Buat pemeriksaan lanjut.”

Seusai ucap terima kaseh pada Dr.Fazlina, aku lihat abah sudah setia berdiri di hadapan kaunter. Bil dan plastik yang penuh bekalan ubat sudah pun abah ambil. Soalan pertama yang abah tanya sebaik melangkah keluar dari klinik.

“Sakit tak?”

“Sakit sikit, tapi kerja doctor ni lembut. Tak macam klinik kat kemunting tu”

“Nah..nanti balik makan ubat ni. Ubat sapu tu kena sapu.”

Pantas aku mengeluarkan resit dari beg plastic tu. Perghh..alangkah terkejutnya aku lihat kos rawatan tu. Serba salah aku weyy..!

RM190..? Mahalnyaaa…? Nanti kaklong bayo balik kat abah.”

“Tak payah, simpan je duit tu.”

Termenung kejap aku. Pertama kali terima rawatan semahal ini. Kalau Klinik dekat kamunting tu, rawatan cuci gigi tak sampai RM100 pun. Tapi layanannya tak sehebat Dr. Fazlina. 

Walaupun mahal, tapi layanan Dr.Fazlina bagus. Tak kasar, lembut. Berbanding Doktor ganti sewaktu Dr.Fazlina cuti bersalin hari tu. Kalau tahu, aku sanggup tunggu Dr. Fazlina sampai habis pantang. =_="



Kata Hati : Sampai sekarang aku masih lagi selesa dengan Dr.Fazlina. Rasanya memang tak akan tukar klinik dah laa. Sekarang ni rawatan tak sekerap dulu. Jadual aku sekarang 2 kali setahun saja.
.

Sabtu, 23 Mac 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Nor Rabiatul Adawiyah



Ehsan Google



Selamat hari sabtu semua..!

Selamat bercuti pada yang bercuti, 
Selamat yang berkerja pada yang berkerja.
#Aku kerja yeah...!

Okay, terus kepada tajuk yang utama,
Entry ulangtahun kelahiran ini 
Di tujukan buat 

Nor Rabiatul Adawiyah

Atau lebih dikenali dengan nama Kina.
Pemilik blog 
Jari Menari Entry Terpatri.

Selamat Ulangtahun Kelahiran ye Kina...!

Semoga dipanjangkan usia, 
Dimurahkan rezeki,
Dan
Sentiasa berada dalam lindunganNYA.
Ameen...!

Psst...jemput makan kek tu, jangan malu-malu...
Hehehe....



Kata Hati : Happy Birthday Kina...!! (^^,)
.

Jumaat, 22 Mac 2013

Tazkirah Jumaat | Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W






MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumahyang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati




Kata Hati : Lepas ni kena belajar minum susu...
.

Khamis, 21 Mac 2013

Beg Tangan Vs Wanita



Ehsan sini



HANDBAG atau dalam Bahasa Melayunya BEG TANGAN amat sinonim dengan wanita. Kiranya wanita dan beg tangan boleh nak di ibaratkan seperti irama dan lagu. Tak dapat dipisahkan. Pergilah mana-mana pun, pasti kita akan dapat lihat di mana ada wanita, disitu ada beg tangan.

Memang tak dinafikanlah, beg tangan menjadi kegilaan wanita. Tak kecuali my mak. Asal pegi mana-mana mall mesti beg tangan yang jadi bahan bedekkan. Kalau 3 kali lalu, tiga kali jugalah mak akan berhenti dan bedek.

Lebih mengerunkan lagi, kalau ada beg tangan yang dan mak berkenan. Kalau tak sambar, mulalah terbayang sampai berhari-hari tahu. Haaa…nampak punya dasyatkan beg tangan dan wanita. Bagi mak soal harga tolak tepi, yang penting kepuasan memiliki beg tangan yang sudah menjadi pujaan hati.

Tapi, hobi mak yang suka membeli beg tangan itu, langsung tak turun ke aku. percaya atau tidak, aku Cuma ada 2 buah beg tangan. Satu daripadanya aku dapat dari Deqla semasa Gathering di Melaka hujung tahun lepas. Satu lagi aku beli selepas dipaksa mak.

Dan jangan pelik, kalau aku kemana-mana akan berlenggang kangkung je. Semua barang-barang aku sumbat dalam poket seluar. Kalau pergi kenduri pula, aku akan tumpang barang-barang dalam beg tangan mak. Tak banyak pun barang aku. Cuma ada wallet, kamera digital dan 2 buah telefon bimbit.

Dan selalunya bila aku minta emak tumpangkan barang-barang aku tu, akan kedengaranlah ayat-ayat yang menusuk hati. Contohnya:

“Beg mak ni, penuh dengan barang kamu je. Pergilah ambik beg tangan kamu tu. Senang tak payah tumpang-tumpang dah”

“Peliklah dengan kamu ni, mak tengok anak dara orang lain elok je pakai beg tangan. Kamu ni langsung tak reti  nak bergaya”

Err..tak pakai beg tangan tak bergaya ke eh..? Aku rasa bergaya je. Bebas bergerak. Tak risau bab-bab ragut meragut ni. Tapi kalau nak jadi, tak boleh kata apalahkan. Kes jenayah ada dimana-mana. Bersamalah kita banteras jenayah. Haaa..tetiba >_<

Okay, berbalik topik beg tangan. Kalau kalian nak tahu, aku ni sama sepesen dengan sepupu aku yang kawin tahun lepas. Kami tak suka beg tangan bagai ni. Cuma sejak sepupu aku tu kawin, dia dah pandai pakai beg tangan, dan perkara ini disedari oleh emak. Macam biasa, tak cukup kena bahan sebab Ke-TYPO-an, aku selalu juga kena bahan pasal BEG TANGAN.

“Cerr kamu tengok T tu. Elok je dia pakai beg tangan. Kamu tu, orang bagi pun tak reti nak pakai”

“Err..T dah kawin, kaklong belum kawin. Lagipun bukan tak nak pakai, tapi sayang nak pakai”

Selalunya inilah jawapan aku. Tapi tak ada maknanya mak nak dengar. Nak di pendekan cerita, satu malam yang dingin dek udara econ, sedang aku belek-belek gambar di skrin computer, tanpa sedar aku diperhatikan.

Kalau tak edit pic ni, memang akan nampak jelas tali beg tangan Ai

Tiba-tiba je dengar suara mak tanya aku tengah buat gapo. Aku pun dengan seronoknya tunjuk gambar aku dengan Ai yang baru diambil (petang tu). Emak tanya gambar bila? Aku cakap petang tadi (Kira hari tulah). Mata mak memang tajam. Sekali mak nampak tau beg tangan yang Ai galas. Dan apa lagi….

“Tengok, Ai tu. Ada je beg tangan dia. Pandai dia bergaya. Kamu tu tak reti bergaya langsung”

Aku..? gelak bagai nak rak tahu..! Hahaha. Dah lali weii..! *Ehemm..! Nur tahu, Ai tengah senyum-senyum malukan.

Dan tapi, kalau singgah makan mana-manakan, mak memang akan serahkan beg tangan dia dekat aku. tak kiralah apa situasi pun, kompem aku jugalah yang akan ribakan beg tangan tu sambil makan tahu. sebab aku tak akan biarkan mak ribakan atau letak beg tangan di kerusi sebelah, sebab ianya sangat bahaya. Memang macam tu tau, tak kira apa situasi, beg tangan mak, biar kaklong yang pegang..!

Tapi lagi, akan dengar mak mengeluh kalau waktu makan tu, aku ada bawa beg tangan. Haa…Nampak tak..nampak tak..! waktu ni, memang tak adalah perkataan tak bergaya bagai tau..! Hahahaha.

Sebenarnya, apapun mak cakap, aku memang tak ambil kisah. Tak ada nak terasa bagai, sebab mak  pun dah masak sangat dengan perangai aku ni. Al-maklumlah, aku memang anak yang degil, tapi dengar cakap okey..!

Itu jelah, panjang gila entry ni. Sebenarnya Nur tak sihat lagi ni. Entah tiba-tiba je demam panas...sekarang okay sikit dari semalam...^__^



Kata Hati : Sesiapa yang nak bergambar dengan aku, MOHON buang beg tangan jauh-jauh..Hahaha.
.

Rabu, 20 Mac 2013

Wordless Wednesday #49



Ehsan Google




Kata Hati :
Kalau WW #48  penyebab pertama..
Kali ni penyebab kedua pula.

Nampak tak button rapat-rapat dan kecil.
Jari selalu terkehel.. 
Sebab tu lah Nur selalu typo...
Hihihihi...
.

Selasa, 19 Mac 2013

Mood Malas





Entah macam mana, terusik pula kotak barang kraf ni. Lama dah rasanya tak merajinkan diri. Bila dah terusik tu rasa rindu pula nak menjahit. Tapi disebabkan lama dah jari jemari ni tak berseni, jadinya aku buntu tak tahu nak buat apa.

Bila blur-blur terus jadi malas balik. Susun kemas dan simpan semula. Sebelum ni aku ada tunjuk apa yang telah aku hasilkan dari kain-kain felt ni. Kalau yang belum tengok cuba KLIK SINI . Semua yang aku buat ni, aku bagi adik-adik sepupu.

Sekarang ni, nak mula menjahit aku kena seru mood dulu. Kalau tak, memang malas...! Tapi kalau seru-seru pun belum tentu mood tu nak datang. Hehehe.

Okaylah, tak tahu nak taip apa dah. Mood malas + kekeringan idea sebenarnya ni...


Kata hati : Nak sibukkan diri, tapi malas. Macam mana tu...?
.

Isnin, 18 Mac 2013

Jangan Ingat Emak Tak Tahu...






Entah kenapa, minggu lepas emosi diri sedikit terjejas. Penangan hasil karya novel Siti Rosmizah gamaknya. Bila baca, sekaligus fikiran aku terus merewang kepada kamu.

Ya..keadaan jiwa masih belum pulih sepenuhnya, tapi sedang cuba untuk jadi hebat lebih dari sebelumnya. Dalam keadaan emosi yang tak berapa nak stabil, memang agak berat untuk lakukan apa-apa. Sampai nak suap air ke mulut pun terasa berat sangat.

Dan minggu lepas entah kenapa emak kerap pula buat kejutan. Sebenarnya bukan kejutan sangat pun, sebab sebelum tu memang emak ada mesej. Cuma aku je langsung tak jenguk telefon bimbit. Dan bila loceng office berbunyi, aku sendiri terasa macam satu kejutan bila tengok yang tercegat depan pintu itu adalah emak.

Bayangkan dalam keadaan aku beremosi, emak dah setia menunggu aku buka pintu. Errr…apa lagi yang boleh aku lakukan selain senyummmm. Ya…! Mungkin senyuman aku itu palsu. Tapi, ianya lebih baikkan daripada emak lihat aku muncung sedepa.

Bila dalam kereta, dari ekor mata, aku nampak emak kerap kali cuba intai air muka aku. Aku..? Sedaya upaya kekal gaya muka yang  selamba tahu! Walaupun kadang-kalanya bebola mata tertiba berkaca. Arrghhh..! Sangat tidak suka situasi itu.

Dalam hati, mohon emak jangan tanya apa-apa. Mohon emak tidak perasan perubahan anaknya. Sebab aku tak sanggup mahu bercerita. Sangat-sangat  tidak sanggup,tahu! Tapi bila lebih dari 5 kali emak curi-curi pandang, aku cuma hanya mampu berkata …

“Kaklong letih betul hari ni, dahlah tak cukup tidur”

Keadaan sunyi seketika, aku masih lagak seperti biasa. Dan suara emak terus menerpa gegendang telinga hingga buat daku terkedu…

“Kamu jangan ingat mak tak tahu…”

Errr.............................



Kata Hati : Sedikit pun perubahan kita, emak pasti tahu….!
.

Ahad, 17 Mac 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Dya





Mesti ramai yang nak tahukan, 
Ulangtahun kelahiran siapa hari ni.

Ya...! Sudah tentulah ulangtahun kelahiran 
Salah seorang warga GSFian kan..!

Nak tahu siapa...?
Meh rapat-rapat Nur nak bisik...

Hari ini 
Ulangtahun kelahiran 
Dya Bunga.

Jadi, atas kesempatan ini Nur ingin ucapkan, 
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN
Buat Dya....!

Semoga dipanjangkan usia,
Dimurahkan rezeki,
Ceria selalu dan
Sentiasa di lindungi ALLAH selalu...

Selamat menempuhi usia baru ye Dya..!



Kata Hati : 
Bunga tu nama anak Dya tau. 
Nak kenal bunga, terjah aje blog Dya... 
^_^
.

Sabtu, 16 Mac 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Deq Dan Cendol



Sumber Google



Sudah pasti rata-rata warga GSFian tahukan 
Ulangtahun kelahiran siapa hari ini.

Pada yang tak tahu tu, meh rapat-rapat
Nur nak bagitahu ni..

Hari ini ulangtahun kelahiran 2 wanita yang cukup comel.
Dua-dua family GSFian.
Dan dua-dua kongsi tarikh yang sama.
Jadi entry ini memang khas untuk kalian berdua ye..!

Siapa lagi kalau bukan
Mama Qhayra dan juga Cendol..!

Selamat Ulangtahun Kelahiran Sayang...!

Buat Mama Qhayra, 
Jaga kesihatan diri tau. Jaga makan, 
Jaga diri jangan buat kerja berat.
Dan yang penting, jaga kaklong Qhayra dan baby.

Buat Alia Nomi a.k.a Cendol
Belajar rajin-rajin tau. Jaga makan, jaga diri...
Bila balik Malaysia nanti ada masa kita jumpa tau..!

Buat kalian berdua, 
Nur ucapkan, 
Selamat Ulangtahun Kelahiran.
Semoga dipanjangkan usia, 
Dimurahkan rezeki, 
Dan sentiasa dilindungi ALLAH selalu....
Amin..!


Kata Hati : 
Jangan rebut-rebut kek cawan tu, 
ambil sorang satu tau..!
.

Jumaat, 15 Mac 2013

Cinta Kau Dan Aku By Fatihah Ridhwani & Daniel Napitupulu | OST Cinta Kau Dan Aku






 Cinta Kau dan Aku - Fatihah Ridhwani & Daniel Napitupulu



Bunga-bunga yang bertaburan
Alam ibarat meraihkan
Luhurnya satu percintaan
Bagaikan telah ditakdirkan

Namun cinta kau dan cinta ku
Banyak halangan datang bertamu
Mampukah ditempuh satu persatu
Terdayakah menahan onak beribu

Hatiku semakin terluka
Bila setiaku kau permainkan
Mengapa harus sengsara
Bila cinta dalam genggaman

Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Tunjukkan jalan yang terang
Untukku

Tiap cinta ada cerita
Penuh onak ranjau yang berliku
Ku tabah ku harungi jua
Dugaan cinta kau dan aku

Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Kembalikan dia… kepadaku
Kepadaku




Kata Hati :
 Drama yang diadaptasikan dari sebuah novel. 
Setiap kali baca, aku akan teringat kamu...!
Yang pasti, kita tak akan mungkin bersatu... 


Drama ni dimainkan di tv 1.. 
Setiap khamis dan jumaat.. 
10 malam - 11 malam.
.

Khamis, 14 Mac 2013

Aku Dan MILO




Ehsan Google


Amacam, terliur tak tengok gambar MILO tabur tu..? Serius terliurkan. Dulu..aku salah seorang peminat tegar MILO. Tak kiralah MILO tabur ke, MILO ais ke, MILO panas ke, MILO 'o' ke, janji ianya MILO.

Kalau keluar makan, pasti order MILO. Kalau jalan-jalan singgah kedai beli air, mesti MILO. Sampai satu tahap aku mengalami satu KETAGIHAN iaitu sebelum tidur mesti kena minum MILO panas. 

Tapi itu semuanya DULU...Sampailah kejadian yang tak di ingini terjadi pada raya Aidilfitri tahun lepas hari, dimana aku meneguk MILO tabur dengan rakusnya..!  Bayangkan tengah hari panas, aku bancuh MILO ais dan taburkan MILO secukup rasa. Nikmatnya jangan cakaplah, sampai berebut dengan adik.

Selang beberapa hari, aku mengalami kesakitan yang teramat sangat-sangat-sangat sakit. Pergi klinik doktor syak aku keracunan makanan. Memang aku tak akan aku lupa  kesakitan yang aku tanggung waktu tu. Aku jenuh fikir, aku makan apa sampai sakit berguling-guling. Buntu sangat-sangat bila fikir. Sampailah mak tanya, sejak bila aku rasa sakit..? Bila ingat-ingat balik, aku rasa tak sedap badan, selepas aku menikmati MILO tabur. 

Dan tak syak lagi, MILO lah penyebab aku tak bangun-bangun...! Hampir seminggu jugalah aku terbaring. Bila dah sihat sikit memang nekad, belajar berhenti minum MILO. Biasalah bila dah mengalami KETAGIHAN terhadap MILO . Agak sukar untuk berhenti secara mengejut. Padahal dalam hati ni, tak percaya apatah lagi nak terima kenyataan MILO punca aku sakit. 

Dan satu petang, aku cuba teguk sikit MILO yang adik bancuh. Nikmat sangat weii bila dapat lepas anak tekak. Tak banyak, seteguk je. Tapiiii.....kesannya, malam tu aku dah rasa tak sedap badan. Pertama aku akan muntah-muntah. Bila mak nampak, mak tanya ada minum MILO tak...?

Bila aku angguk, mak lagi bebel..! Ayat mak "Degil..degil...! Dah tahu tak boleh minum, pergi minum buat apa..? Saja cari penyakit..!" Sejak pada tu aku serik kot nak minum MILO. Walaupun sebenarnya anak tekak ni teringinnnnn sangat-sangat...!

Disebabkan teringin sangat-sangat MILO, Aku cuba minum CoolBlog perisa coklat. Aku habiskan satu cup tu sekejap sangat. Sampai mak pun terkejut. Dan alhamdulillah, tak ada apa-apa tindak balas pada aku bila minum coolblog.

Nampaknya, lepas ni kalau teringin sangat MILO, kena cari CoolBloglah..! Nak-nak pula ada berlian kata Atil..! Lagi sedaplahkan....! Dan Kakak Coklat ada kenalkan aku dengan minuman Hot Chocolate Cudbury 3 in 1. Aku dah cuba pun, sedap...! Dan yang penting aku tak sakit perut.. 

Aku cemburu tau pada sesiapa yang tahan minum MILO....
Errr...pelik ke aku....?




Kata Hati : Pernah cuba VICO, tapi kesannya sama macam MILO...sakittt perutt....!
.

Rabu, 13 Mac 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Kak Rose



Ehsan Google



Rata-rata warga GSFian dah tahu kan,
Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran Kak Rose.

Kak Rose merupakan pemilik blog 
Cik Rose Cute.

Nur mohon maaf sangat-sangat dekat Kak Rose
Sebab  lambat up entry birthday akak..

Di atas kesempatan ini, Nur ingin ucapkan

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN
SEMOGA DIPANJANGKAN USIA
DIMURAHKAN REZEKI
BERBAHAGIA BERSAMA KELUARGA TERCINTA
DAN SENTIASA DI LINDUNGI ALLAH SELALU....!

Aminn...!

Sesiapa yang nak kenal dengan Kak Rose,
Boleh terjah SINI terus..!
Jangan memalu...!


Kata Hati : 
Selamat Ulangtahun Kelahiran Kak Rose..!!
.

Wordless Wednesday #48






Kata Hati :
Nampak tak ketamakan tu..!

Dan ini adalah salah satu sebab
kenapa Nur selalu typo.

Alasan diterima kan...!
Hahaha..
.

Selasa, 12 Mac 2013

Permulaan Yang Tiada Kesudahan





Komen di atas di petik dari Entry TUALA WANITA. Ummi Irfan kata bila baca entry Nur, seakan-akan baca novel. Kalian rasa..? Ya, mungkin cara Nur olah ayat itu yang buat nampak seakan-akan macam bahasa novel.

Padahal gaya bahasa di dalam entry Nur adalah kata hari-hari yang selalu kita guna pakai. Kalau Nur olah pun, Nur akan guna ayat yang mudah faham dan sedikit skema. Hehehe.

Dan Ummi Irfan juga tanya, ada hati nak jadi penulis tak? Ermm..jujur ya sastera dengan Nur memang sudah sebati. Dan Nur akui, memang pernah bercita-cita mahu jadi penulis. Tapi keyakinan tu tak kuat. Nur pernah ditawarkan menulis e-novel. Tapi Nur tolak atas alasan belum bersedia. 

Tapi Nur masih giat menulis. Cuma sejak kebelakangan ni, mood nak menulis tu hilang. Jadi tak hairanlah kenapa banyak e-novel dan cerpen yang tiada kesudahan tersimpan rapi dalam document. Cuma, ada dua cerpen saja yang Nur berani publishkan di sini. Cerpen Izinkan Aku Bahagia dan cerpen Cahaya Iman

Kalau nak baca, klik je tajuk tu. Tapi ingat, itu adalah cerpen santai. Memang gaya bahasanya entah apa-apa. Ayat merapu-,meraban. Jadi mohon jangan gelak kalau baca ya..! Hahaha. Dan untuk mengetahuan kalian, selain menulis cerpen, Nur juga ada menghasilkan puitis-puitis dari hati. Rasanya berlambak-lambak kot Nur masukkan dalam blog ni. Kodek-kodeklah sendiri ye..!

Rasanya sampai sini je lah Nur bebel ye. Moga Ummi Irfan jelas dengan jawapan yang Nur beri. Kesimpulannya, Nur rasa tahap bahasa Nur masih lagi lemah selemah-lemahnya. Nur juga selalu TYPO. Hinggakan di beri gelaran RATU TYPO. Grrr...!

Tapi semua tu tak patahkan semangat Nur untuk terus berkarya...Aicehhhh....!


Kata Hati :  Setakat ni ada 2 e-novel dan 5 cerpen yang tak tahu bagaimana endingnya. Jadilah Permulaan Yang Tiada Kesudahan...haha.


.

Isnin, 11 Mac 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Deqla



Sumber Google


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN
DEQLA...!!!!

Pada sesiapa yang belum tahu, hari ini adalah ulangtahun kelahiran 
Pemilik Blog Mrs.Erry Bercerita.

Jadi, atas kesempatan ini Nur ingin ucapkan 
Selamat ulangtahun kelahiran buat Deqla.

Nur doakan, 
Moga Deqla dipanjang usia,
Dimurahkan rezeki,
Berbahagia bersama suami tercinta
Dan bakal anak-anak..
Moga Deqla sentiasa DilindungiNya Selalu...!
Amin..!

Pada sesiapa yang belum kenal Deqla
Kalian boleh terus terjah SINI.

Dan pada yang belum tahu, Deqla ada buat GA tau.
Siapa yang nak JOIN, KLIK SINI.
Sila-sila, jangan memalu..!


Kata Hati : Selamat Ulangtahun Kelahiran Kak Deqla..!
.

Ahad, 10 Mac 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Lya



Sumber Google


Di atas kesempatan ini, Nur ingin ucapkan
Selamat Ulangtahun Kelahiran
Buat Mama Asya
Iaitu pemilik blog H.A.T.I

Doa Nur,
 Moga Lya dipanjangkan usia, 
Diberikan kesihatan yang sempurna, 
Di murahkan rezeki, 
Berbahagia bersama putera HATI dan cinta HATI Lya...!

Dan...Moga Lya sekeluarga sentiasa dilindungiNYA...!
Aminn..!

Pada kalian yang belum kenal Mama Asya.
Bolehlah Klik SINI.

Jangan malu-malu ye..!



Kata Hati : Selamat Ulangtahun Lya...!
.

Jumaat, 8 Mac 2013

Tazkirah Jumaat | Berubah



Ehsan Google



Kata Hati : 
Nawaitu Lillahi Taala....
.

Khamis, 7 Mac 2013

Genap Satu Purnama





Macam kata Encik H dalam entry INI , setiap keputusan yang kita lakukan tiada yang buruk, semuanya yang terbaik. Kalau bukan yang terbaik, kenapa kita putuskan keputusan yang kita buatkan..?

Fikir balik..? Setuju atau tidak.

Setujukan..!

Dan sekiranya keputusan yang kita buat itu tidak mendatangkan hasil yang memuaskan, jangan sesekali menyesal. Kalau menyesal pun tak ada guna dah. Hidup perlu diteruskan juga, walaupun tahap kemenyesalan tu menyebabkan tumpahnya air mata darah sekalipun. Kita tetap kena terus bernafaskan..!

Jadi, tak perlulah kita rasa menyesalkan, sebaliknya kita kena berterima kaseh pada insan yang pernah mewarnai hidup kita. Sebab adanya dia, kita kenal erti bahagia, derita, kecewa dan bermacam-macam rasa.

Dan disebabkan pekara itu jugalah kita dapat belajar dari pengalaman. Kalau tak mana kita nak kecau pengalaman semua tu kan. Mungkin boleh dengar pengalaman orang, tapi feeling tu tak sama laa. Melainkan kalau kita lalui sendiri. Setuju tak..?

Pejam celik-pejam celik hampir genap satu purnama berlalu. Tiada lagi keluhan kesal. Cuma sedikitttttt terkilan..! Lagipun inikan pengalaman pertama.  Pengalaman yang cukup ajar aku lebih berhati-hati. Bila fikir-fikir balik, pengalaman pertama dalam usia macam ni agak luculah. Sebab orang lain mungkin dah
Tiga Kali , empat kali atau berkali-kali merasa kuciwa. Aku baru pertama kali... Hek ellehh itu pun Sentap eh..!

Eh..! Lantak kome la nak cakap apa. Janji punca itu bukan dari aku. Okay..! kesetiaan aku tak berbelah bahagi sehinggalah SAH lafaz akadnya untuk orang lain…! Makanya, aku belajar untuk terima kenyataan tiada jodoh antara kami...

Ermm….tak ada apa nak kata dah kot..! oh yaa… Sebelum terlupa, aku nak berterima kaseh sangat-sangat dengan Bulan Dan Bintang, sebab selama ni mereka sentiasa setia tolak Cahaya untuk tinggalkan ruang gelap yang penuh dengan kesedihan. Tanpa kalian,  mungkin adikmu ini masih meroyan..!hahahaha….

Erm….ini sajalah untuk hari ini. Moga kita berjumpa di lain entry… daaa…! <<Poyo giler..!



Kata Hati : Kadang-kadang pengalaman orang lain juga buat kita lebih tabah sebenarnya…
.

Rabu, 6 Mac 2013

Wordless Wednesday #47





Kata Hati :
Bila bosan, inilah akibatnya....
Hahahahaha....
.

Selasa, 5 Mac 2013

Lebih Kurang



Ehsan Google



Sorotan dari kisah ORANG MINYAK NAIK MINYAK. Rupanya ada juga yang pernah terkenakan. Memang agak venganglah dengan situasi tu. Dan sampai sekarang, aku masih tidak singgah ke stesen minyak tu. Sanggup ni pergi jauh sikit dari rumah. :p

Dan sebenarnya, benda benda macam ni bukan pertama kali tau aku kena. Dah banyak kali, tapi lain-lain lokasi dan tidaklah dekat stesen minyak je. Kalau dulu mungkin aku diam je, tapi sekarang ni rasa macam HAK kita untuk tegur mana yang kita tak puas hati. Jadi aku nak cerita lagi dua pengalaman aku di sini....

Lokasi Tesco Taiping :

Tiap hujung bulan, aku pasti bawa mak shoping barang dapur dekat tesco. Memang tak ada tempat lain selain tesco. Kejadian ni jadi sewaktu di kaunter bayaran. Selesai je letak semua barang ke atas kaunter, proses scan harga pun berlaku. Yang aku geram cashier tu boleh pulak main campak-campak barang yang ada tu. Sakit hati aku tengok. Muka cashier tu jangan cakaplah, senyum pun tidak. Wehh, hati mana tak bengang. Sesedap rasa dia campak barang.

Aku tak mati akal, aku tak tegur deret, tapi aku balas dengan perbuatan aku. Dengan cara, Menghempas beras 10kg ke lantai kaunter sebanyak 2 kali. Bergegar kaunter tu. Mak dah mula renung tajam arah aku. Sambil mak tanya kenapa aku buat macam tu. Jawapan aku..

“Jangan ingat dia je boleh hempas barang, kaklong pun boleh hempas barang jugak”

Huh…kaku terus perempuan tu. Terus senyum serba salah. Barulah nak manis muka. Hamikk…! Dan lepas selesai aku ingat mak nak marah aku tau, rupanya mak pun sokong apa yang aku buat. Haha…

Lokasi Tesco Ipoh :

Kes ni pun jadi nak bayar barang jugak. Waktu ni aku dengan pakcik aku. Dia beli pencuci muka. Okay, depan kami waktu tu memang ada customer. Lepas customer tu selesai buat pembayaran, dia pun beredar. Tiba turn pakcik aku, boleh pulak cashier lelaki tu buat kerja lain. 

Cari apatah bawah kaunter tu. Aku usha muka pakcik, dah mula boring. Aku tanya pakcik, ade minta apa-apa ke dekat cashier tu? Pakcik aku cuma geleng. Aku dah mula merungut. Tapi pakcik aku cakap tunggu sikit lagi.

Rasanya dekat 10minit kot kami tercegat depan tu. Tapi lelaki tu tetap buat tak tahu. Dan aku sepantas kilat amik pencuci muka yang ada atas kaunter  terus hempas sekuat mungkin. Sambil cakap..

“Heh…! Berapa lama nak tunggu ni? tak nak duit ke?”

Barulah lelaki tu terhegeh-hegeh nak scan. Sementara dia nak bagi duit baki, aku sempat cakap.

“Lain kali nak buat kerja betul-betul”

Dia usha aku pelikkk je..Lantaklaa. Lepas tu pakcik aku boleh kecoh dekat mak aku kata aku mengamuk dekat kaunter. Haha..!

Ada lagi sebenarnya, tapi malas dah nak taip panjang-panjang. Sebab rasanya ni pun dah cukup panjang dah. Jadi, rasanya layanan terbaik dari mereka itu HAK kitakan….

Ke ada lagi yang pernah kena teruk dari aku….?

Ce kabo..ce kabo…Heee.. :D


Kata Hati : Aku pernah juga jadi cashier, memang penat tapi still senyum..
.