Jumaat, 28 Februari 2014

Tazkirah Jumaat | Mengumpat



Durasi : 55 saat




Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. 
Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, 
tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu"
(Surah Hujurat ayat 12)




Kata Hati : Peringatan untuk diri sendiri....

.

Rabu, 26 Februari 2014

Wordless Wednesday #98






"Manja nak makan yea..kejap tau...! 
Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna'adzaabannar...Amin..! 
Dah makan...!"


"YaAllah kaklong, kamu buat dia macam budak je..!"


"Kekekekeh....." ^_^



Kata Hati : Heeee...itulah aku..!
.

Isnin, 24 Februari 2014

Tidak Selari







Ya! mungkin ada dikalangan kalian perasan. Tapi tidak mengapalah, ini barulah namanya kehidupan. Inilah namanya manusia. Hanya sekadar mampu merancang. Selebihnya DIA maha segalanya. Ayuh, terus nekad mahu berlari selari dari garisan mula - berusaha!




Kata Hati : Moga tabah wahai hati...!


.

Khamis, 20 Februari 2014

Nasi Goreng Cili Padi Paling Mudah





Assalamualaikum.

Sebelum teruskan entry, kalian perasan tak sekarang ni, aku macam rajin share resesi mudah dekat sini? Even baru dua kali, tapi terasa macam rajin pulak nak up entry pasal makanan kan..! Itulah hakikat sebenarnya, aku sekarang ni, entah kenapa rajin pulak kedapur akhir-akhri ni. Itu yang boleh share macam-macam resepi dekat sini.

Jadi, untuk entry kali ni aku nak share resepi yang semua orang tahu buat sebenarnya. Tapi itulah, nak banyakkan entry bagi bulan ni aku share lah juga kat sini. Kiranya blog ni tak adalah sepi tanpa entrykan. 'NASI GORENG CILI PADI' nama diberi. bahan dan cara buatnya sangatlah simple. Sebab semuanya bergantung pada citarasa masing-masing. Dan, apa lagi jom usha resepi...!


BAHAN-BAHAN :

Nasi 
Isi Ayam ( Dipotong dadu )
Terung Panjang ( Dihiris serong )
Cili Padi ( Ikut kepedasan )
Bawang putih ( 3-5 ulas )
Sedikit daun sup dan daun bawang ( Dihiris halus )
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa


CARA-CARANYA :

Goreng garing terung panjang yang dipotong serong
Tumbuk separa lumat cili pada dan bawang putih.
Panaskan minyak dan masukkan isi ayam yang dipotong dadu.
Kemudian masukkan Cili dan bawang putih yang ditumbuk separa lumat tadi- biarkan garing
Masukkan nasi dan gaul rata.
Masukan garam secukup rasa, dan masukkan terung panjang yang telah digoreng garing.
Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.
Siap..!



Senang bukan. Selain daripada terung panjang, kalian boleh je guna sayur-sayur lain. Misalnya macam sawi ke, kacang buncis atau kacang panjang ke, bayam dan kangkung pun boleh. Semuanya bergantung pada citarasa masing-masing.

Macam aku ni, peti sejuk dengan kosong time tu, ada pun terung panjang je. Jadi bedal je la dari pada kosong gitu je nasi goreng tu kan..! Janji boleh di makan. Hehehe.

Ermm...hokaylah. Kalau rajin lagi lepas ni bolehlah share lagi resepi-resepi lain pulak..heeeee..!



Kata Hati : Apa saja yang kita buat, mulakanlah dengan Bismillah....

.

Rabu, 19 Februari 2014

Wordless Wednesday #97










BLANK










Kata Hati : Ini betul-betul wordlessssssssss...! =_=

.

Isnin, 17 Februari 2014

Bernafas Kurang Dari 60 Hari





Assalamualaikum.

Apa perasaan pertama kalian rasa bila terbaca tajuk entry?

Sedih?

Terkejut?

Seram sejuk?

Itulah yang aku sedang alami..!

Tapiiiiiii…! Ianya SEKADAR TAJUK. Tak ada kena mengena dengan aku ataupun orang yang hidup mahupun yang sudah tiada. Diulang, SEKADAR TAJUK.

Dari semalam hidung aku ni tersumbat. Jadi, aku terus terang, memang tak ada mood nak menaip. Tapi, kalau nak cerita pasal mood ni, dari bulan lepas lagi dah mood aku ni duk pasang surut. Kejap okay kejap tak. Bila masuk bulan kedua, aku harap sangat keadaan aku okay. Tapi hampa. Aku makin TERTEKAN..!

Ingat lagi bila aku cakap pasal urusan kerja kawin dalam ENTRY NI? Aku cuba okay. Tapi hampessssss satu apa pun aku tak buat lagi. Mood aku memang kelaut beb..! Dalam masa yang sama aku rasa kepala aku padat dengan masalah. Dan bila aku cuba nak mula buat apa yang patut, tiba-tiba  kepala aku jadi kosong. Aku tak tahu nak mula dari mana. Serius aku stress..!

Okay. Kad jemputan dah siap minggu lepas lagi dah. Tapi aku punyalah malas nak pergi ambil. Punca tak nak ambil tu, pertama sebab jauh, dia sebab keadaan cuaca sekarangkan. Punyalah panaskan..! Malas nak drive pun sama. Heeee….!

Nak dipendekan cerita, sekarang ni aku terlalu penat. Penat fikir masalah yang sedang aku hadap dan bakal aku hadap. Perasaan aku, sama seperti tajuk kat atas nun..!  mungkin ramai yang tak faham. Pada yang mungkin faham, biarlah hanya kita saja yang tahu.

Okaylah, tadi kata malas nak menaipkan. Ni bila dah menaip tak reti nak sudah pulak..! Aku harap, mood aku kembali stabil. Semangat yang hilang kembali pulang, kekuatan yang lain datang kembali. Moga aku boleh terus bernafas dalam ritma yang normal..!

Panjang umur, jumpa lagi..!

Adiosss..



Kata Hati : Aku simpan semua sebak di dada…!

.

Jumaat, 14 Februari 2014

Tazkirah Jumaat | Redha






Setiap apa yang terjadi, pasti akan ada hikmahnya...




Kata Hati : Aku sedang belajar meredhai segala apa yang terjadi....

.

Rabu, 12 Februari 2014

Wordless Wednesday #96






Alhamdulillah..
Rezeki ke-enam sepanjang berblogging...!
Thanks Nuffnang..!!


Kata Hati : Moga kita sentiasa dimurahkan rezeki dariNya...Amin..!


.

Isnin, 10 Februari 2014

Baby Bok Choy Goreng Ala Chinese





Assalamualaikum.

Hamboi tajuk, kemain lagi ehh..! Padahal sayur tu nama dia Zhong Cheng Muda China. Aku je pandai-pandai ubah. Lagipun ini memang sayur ni memang sayur bok choy, rasanyalah...! Tapi baby lagi. Sayur ni, aku beli pun sebab tahu sayur ni sedap. Dan kebetulan hari tu sayur ni betul-betul murah. Sebungkus Rm0.98 ajee..! Jadi apa lagi, rembat dua bungkus lerr...

Waktu nampak sayur ni atas rak di pasaraya Tesco tu, dalam kepala ni dah tahu nak masak apa dengan sayur ni. Jadi hari ni, aku nak kongsi resepi dengan kalian. Resepi ni sebenarnya aku dapat pun dari sepupu aku. Kiranya resepi ni copy paste la..Heeee.. Apapun thanks la dekat sepupu sebab sudi share resepi ni dengan aku. Hokay..! Resepi ni bahan basic dia simple giler je. Jom kita usha...


Bahan-bahan :

Sayur Bok Choy
5 ulas Bawang putih
Cili Padi mengikut citarasa
Garam
Serbuk Lada Hitam
sedikit minyak untuk menumis.


Cara-caranya :

Tumbuk lumat cili padi dengan bawang putih tadi.
Kemudian tumis dalam kuali dengan minyak yang sedikit.
Agak-agak bertukar warna, Masukkan sayur. Dan gaul rata.
Masukkan garam secukup rasa dan sedikit serbuk lada hitam.
Siap..!


Senang bukan? Kalau kalian nak tambah rencah pun boleh. Semuanya bergantung pada citarasa dan kreativiti masing-masing. Tak kisahlah nak tambah ikan bilis ke, udang, ayam daging ke, semua tu terpulang. Resepi yang aku bagi ni basic je pun. Simple tapi sedap..!

Okaylah. InsyaAllah lain masa aku share resepi lain pulak yea. Itupun kalau rajin....heeeee..!


Kata Hati : Bulan lepas ada cuba buat sesuatu, sampai melecur jari...Haishh...!
.

Jumaat, 7 Februari 2014

Muhasabah Cinta By Edcoustic






MUHASABAH CINTA


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doa ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu



Kata Hati : Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah.


.

Rabu, 5 Februari 2014

Wordless Wednesday #95






Minggu lepas, turun je dari bas mak request kek coklat ni. 
Esoknya cari bahan petang balik kerja terus buat..!

Nak resepi? 
> KLIK SINI < 



Kata Hati : Mood sekarang nak masak-masak je lah..! kekekek..

.

Selasa, 4 Februari 2014

"IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"






Rasanya dah lama tak join mana-mana GA. Jadi di hari yang baik, bulan yang berbahagia ni, dengan senang hatinya, nak menjoinkan diri dengan "INTAN BERLIAN MEGA GIVEAWAY 2014" ni. InsyaAllah, kalau ada rezeki tak kemanakan..! Jom usha syarat-syaratnya...!


Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini

 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)


TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)



Kata Hati : Moh le join beramai-ramai..!

.

Isnin, 3 Februari 2014

Permulaan February





Assalamualaikum.

Nahh… Kita dah pun masuk bulan kedua bagi tahun 2014 ni. Mana kenangan-kenangan bulan lepas tu simpan elok-elok yea. Yang Manis jadikanalah kenangan terindah. Yang pahit pulak, jangan dibuang macam tu je tau, sebaliknya jadikanlah ianya sebagai pengalaman paling berharga.

Bila masuk je bulan Februari ni kan, aku Cuma nak maklumkan yang aku mungkin akan sibuk mengalahkan menteri tau. Hehehe. Jadinya lepas ni, mungkin aku jarang-jarang ke teratak kalian. Tapi aku akan cuba usahakan jugalah. Kalau boleh…

Pasal ‘Sibuk’ ni, dari bulan lepas lagikan aku ada bagitahu. Tapi Cuma bagitahu gitu-gitu je tak detail. Dan dari situ ramai jugaklah yang tanya, aku sibuk kenapa. Meh rapat meh, nak kabokan ni. Aku bakal sibuk dengan kerja-kerja kawin. Macam mana majlis bertunang tahun lepas, untuk majlis perkahwinan ni pun adik aku serah bulat-bulat ke aku. Boleh nak dikatakan segala bendalah semuanya bergantung pada aku..!

Benda-benda ginilah yang buat aku bakalan sibuk tak tentu masa. Apa ingat kerja kawin senang? Kalau yang tak kisah bab kos tentu tak kisah. Tapi pada aku, biarlah bersederhana. Sebab dalam perkahwinan ni, yang penting, lepas kawin itu tau..! Jadi sejumlah wang adik berikan pada aku tu, aku kena control sebaik mungkin.. InsyaAllah…

Rasanya dah melarat-larat dah entry ni. Point entry ni cuma nak bagitahu aku sibuk ajekan..! Jadinya sampai sini sajalah yea. InsyaAllah ada masa, punya kesempatan kita berjumpa dilain entry. InsyaAllah…




Kata Hati : Aku sebenarnya tak tahu nak mulakan mana dulu….

.