Sabtu, 31 Mac 2012

.:: BzZzzZzZz...! ::.





Selamat hari sabtu, dan selamat berhujung minggu..!

Tak lupa juga selamat ulangtahun kelahiran pada kalian yang menyambut ulangtahun kelahiran atau apa saja sambutan pada hari ini.

Moga sentiasa di lindungi dan di rahmati ALLAH selalu..InsyaALLAH..!

Okeyh..! Minggu lepas, memang aku sibuk kemain. Sampai nak BW pun tak sempat.

Siang terkejar-kejar dengan tanggungjawab. Malamnya pula, atas faktor kesihatan tak menentu, jadi aku pilih untuk tidur awal dari biasa. 

Dan bangun subuh tadi, aku tak henti bersin. Tandanya nak selesema, dan memang tengah selesema pun sekarang ni.

Nampak, macam-macam dugaan yang DIA nak uji kita kan..? Tak kira siapa, jika mahu di ujiNYA, sekelip mata je kita akan di ujiNYA.

Tapi Jangan pula merungut, sebaliknya bersyukurlah..! Atau fikir, orang yang di uji lebih hebat dari kita.

Sedang menaip entry ni, aku berada di tempat kerja. Bila berkeadaan begini, memang mata tu nak pejammm je...!

Tambah-tambah baru lepas telan ubat selesema..! Memang mengantukk...! Rasa macam nak jerit sambil buat muka macam gambar di atas..! Boleh..? Hahahahahaah.


Kata Hati : Hari ni redup je.... ^__^

.

Jumaat, 30 Mac 2012

.:: Dengan KuasaMU... ::.






Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia… cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)

Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta


Kata Hati : Dengan KuasaMU...aku redha.....!
.

Khamis, 29 Mac 2012

.:: Faham Tak..? ::.





Alhamdulillah.

Lambat pulok teman keluorkan entry ye..!
Sibuk sikit hari ni. Tetibe ade keroje.

Jadi uruihkan keroje dulu le, baru uruih belog ye dak.
Udoh selesei semue, baru best nak uruihkan belog.

Kalian semua ape kabo..? harap semuanya sihat le hendakNYA.
Ate,  yang tak sihat tu, tak reti-reti nak jumpe dokter..?

Tak kan nak kena teman pakse kot, baru ngelupor nak pegi.
Kome tu udoh tobeng, bukannye bebudak lagik. Haishh..malu le sikitt..!

Ehh…! Ngape pelik beno ayat teman hari ni..?
Sebenonye saje je nak keluarkan entry ni dalam bahase kelahiran teman sendiri.

Mane lagi, kalau bukan negeri perok.
Tapi kalau tak kabokan negeri mane pun

Mungkin kome udah tahu bahasa ape yang teman gunekan ni ha kan..?

Tapi kan, ayat  yang teman gune ni idok le pio bebeno.
Ada yang lagi pio tau. Tapi teman tak le bagus sangat.

Sebab teman aseinye tepen je.
Ce kalau teman asei kuale, bote ke.. 

Haa..kompom ayat teman lagi hebat dari ni.

Tak caye tanye MawarQaseh . Heeeee.. ^__^

Ni teman nak tanya ni, kome yang bukan orang perok ni, paham ke ape yang teman tulih ni..?

Hahahaha….teman rhase, ade yang tak paham kan..?

Yang tak paham tu, buat-buat paham udoh le ye…hehehe.
Dah le weh, teman udoh tak tahu nak nulih ape dah ha..

Cukup le sampei di sini…sekian terima kaseh le ye..


Kate Hati : Nanti teman kuarkan entry ayat Tepen pulok ye..! Heeeeeee…!

.

Rabu, 28 Mac 2012

.:: Wordless Wednesday #5 ::.






Kata Hati : Siapa Yang Makan Cili, Dialah Yang Terasa Pedasnya. Kan..?

.

Selasa, 27 Mac 2012

.:: Alhamdulillah...Masih Di Sini..! ::.





Dengan kuasaMU..Alhamdulillah, kita semua masih di sini.

Syukran YaALLAH, segala puji bagiMU.

Alhamdulillah, hari ni kesihatan badan terasa segar sikit.

Semua terjadi atas IzinNYA…!

Kita manusia yang lemah. DIA berhak memilih sesiapa untuk di ujiNYA.

Cuma bergantung pada kita, sama ada sudah bersedia mahupun belum untuk menerima UjianNYA.

Mana yang kesihatannya terganggu, ataupun sedang di ujiNYA dalam pelbagai cara sekali pun,

Aku di sini, doakan moga kalian cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian dariNYA.

Ingat, bila di uji, DIA sentiasa di sisi kita. Dan DIA sayangkan kita. Jangan sedih-sedih tau.

Bila di uji sebegini, aku sedar satu perkara. Iaitu, Kuasa DIA.

Semua  yang terjadi di muka bumi ini, tanpa izinNYA, ianya tidak akan terjadi.

Siapa kita mahu menentukan sesuatu perkara yang luar batasan kita.

Kita tidak layak, sebaliknya kita hanya mampu menduga.
Yang menentukan sesuatu perkara itu, Hanya DIA…!

Seperti apa yang kita lakukan sekarang ni, semuanya atas IzinNYA. 

Jika tidak, kalian pasti tidak akan ke sini kan..?

Tapi jika perkara tidak baik yang kita lakukan itu bukan keranaNYA, tetapi di sebabkan kelemahan iman pada diri kita. Terlalu ikutkan nafsu…!

Jadi fikir-fikirkanlah sebelum melakukan sesuatu perkara..!



Kata Hati : Aku insan yang lemah…!
. 

Isnin, 26 Mac 2012

.:: Aku Di Sini... ::.





Alhamdulillah..! 

Syukran YaALLAH..!

Masih lagi di beri kesempatan untuk mengudarakan diri.

Bulan ni, banyak kali jugalah di ujiNYA.

Aku Redha kadang-kalanya merungut juga.

Tapi siapa aku untuk melawan takdir Pencipta.

Aku hanya mampu, Menadah tangan memohon doa, 

Moga di sembuhkan dari segala penyakit.

Dan 

Terima kaseh pada kalian yang tidak henti-henti berkunjungan kesini

Walaupun, tiada entry baru.

Terima kaseh sekali lagi, InsyaALLAH

Aku akan ber'BW' seperti biasa...!



Kata Hati : Ingin seperti selalu......!

.

Jumaat, 23 Mac 2012

.:: Taubat Seorang Hamba ::.





Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...



Kata Hati : JOM KITA MUNASABAH DIRI SELAMA 4 MINIT DI PAGI JUMAAT YANG MULIA NI. SUBHANAALLAH...! 

.

Khamis, 22 Mac 2012

.:: Tips Untuk Promot Blog ::.





Terima kaseh buat kalian yang tak jemu singgah di blog ini.

Kalau dulukan, blog ni, sunyi je. Tapi sekarang dah meriah.
Semuanya di sebabkan kunjungan kalian yang tak jemu-jemu ke sini..!

Tambahan pula, dengan adanya GROUP SEGAR lagi bertambah serinya blog ini.

Syukur Pada DIA..!

Tanpa izin DIA, kalian tentu tak berada di sini kan..?

Okeyh, entry ni ringkas je.
Tengok tajuk pun dah tahukan..?

Macam mana ye nak promot blog kita..?
Bukan setakat promot, nak tambahkan kenalan pun boleh.

Cuma satu, HATI MAU IKHLAS yeee.. ^__^
Senang je caranya.  Kalian kenalah sertai kumpulan tersenarai di bawah ni.

Lepas di sahkan keahliannya, kalian boleh promot setiap entry baru yang kalian buat.
Mudahkan..? memang mudah...!

Sebenarnya banyak tau kumpulan yang ada.
Tapi yang aku sertai, 10 kumpulan jeee… ^__^ :












Apa lagi…jom la terjah dan join..!

Lepas tu, jangan lupa terjah blog 
HIKAYAT CERITERA TERINDAH.
 Pemilik blog tersebut AINE AINUN, sangatlah baik..! Tak caya..? [ KLIK SINI ]  dan terjahlah sendiri.. ^__^



Kata Hati : SAYANG KAMU SEMUA……!!
.

.:: Layanan Yang Adooo..!! ::.







Selamat hari khamis. Harap semuanya dalam keadaan sihat sokmo.

Kalau tak sihat, cepat-cepat jumpa doktor ya.!

Untuk entry kali ni, aku nak cerita pengalaman yang aku lalui sendiri. Dan aku rasa, kalian juga mungkin pernah menghadapi situasi yang sama seperti mana aku.

Okeyh..!

Macam ni, aku pergi salah satu pusat servis  yang ada di sekitar Taiping ni. Dari jauh, aku dah nampak semua yang bertugas hari tu, perempuan belaka.

Dalam hati ni legalah betul…! Sebab sebelum ni ada 2 orang lelaki yang bertugas. Jadi, bila perempuan semua,   taklah aku segan sangat bila nak berkomunikasi nanti.

Jadi, aku pun masuklah ke dalam macam biasa. Sebaik saja jejak kaki kedalam tu, aku perasan ada pekara pelik yang berlaku..tiada sambutan..!

Dalam hati ni duk kata, “mungkin depa tak perasan aku masuk kot..!”

Dan bila aku tiba di kaunter. Masih lagi taidak ada kata sambutan, atau apa-apalah..!

Aku pula yang mula bersuara. Salah seorang daripada empat orang sambut soalan aku.

Okayhlah daripada tak ada yang nak jawabkan. Tapi yang aku tak puasa hati, layanannya..!

Yang adooo..! suara macam nak tak nak keluar. Dan kebanyakan yang aku tanya semua dia cakap tak tahu..! sakitnya hati weyhhhh..!!!!

Mendidih jugalah hati waktu tu…!

Tak lama lepas tu,  Aku tak tahu pun ada pelanggan lain yang datang. Sebab aku boleh tahu, tiba-tiba je perempuan-perempuan dalam tu cakap dalam keadaan bersemangat.

“SELAMAT DATANG…ADA APA YANG BOLEH SAYA BANTU”

Kepala aku automatik kot pusing tengok siapa yang datang.  Tengok-tengok dua orang mamat ala-ala macho masuk.

Ohh…aku faham dalam keadaan bengang..!

Kalian faham tak..?

Yeee..!! kalau yang lelaki tu, kemain lagi diorang melayan. yang aku ni tadi berbincang dengan perempuan tu suara macam nak tak nak keluar.

Bila mamat tu datang, amboiii kemain derasnya suara..!! #deras tu sama dengan kuat…!

Sejak itu..! aku tak jejak dah kaki ke sana. Kalau pergi aku lalu buat bodoh je depan kiosk tu. Dan bila aku tengok muka perempuan yang layan aku tu, memang terasa ringan je aku nak baling batu..!

Geram oo..!!

#NAK TAMBAH KENALAN TAK...? JOM TERJAH BLOG MISS BANU KLIK HEADER COMEL DI BAWAH YE.. ^__^





Kata Hati : Aku juga selalu berdepan dengan customer, tapi aku lebih malu dan segan bila berdepan dengan customer lelaki…! Kalau customer perempuan aku layan baikkk punya…berbanding aku berkumunikasi dengan customer lelaki. Kecuali aku dah kenal lelaki tu..!

. 

Rabu, 21 Mac 2012

.:: Wordless Wednesday #4 ::.





Kata Hati : Gambar ini di ambil, sebelum pukul 8 pagi.

.

Selasa, 20 Mac 2012

.:: Indah Alam ::.





Siapa setuju lukisan alam tanpa edit di atas sangat-sangat cantik..?

SubhanaALLAH..! Cantikkan..?

Kalau tengok dalam gambar pun dah cantik, tengok depan lagilah bertambah cantik.

Betul, aku tak tipu, sebab aku sendiri terpesona dengan lukisan alam semula jadi ini. Sampai terpaksa berhenti ke tepi jalan semata-mata ingin snap gambar tu.

Dan hasilnya, memang cantik..!

Kalau nak tengok koleksi awan yang ada dalam simpanan aku, kalian boleh [ KLIK SINI ] 

Yup...aku suka awan dan juga bulan, dan menangkap gambar awan, masih menjadi sebahagian daripada hobi aku. ^__^

Hobi kalian apa ya..?

Kata Hati : Psstt..! Nak kongsi sikit ni. Ada tak dia antara kita yang ingin menambah PENDAPATAN SAMPINGAN..? Kalau ada , atau nak cuba servey-servey, meh jangan segan silu klik BANNER dekat bawah ni ye. ^__^





Isnin, 19 Mac 2012

.:: GROUP SEGAR FOLLOWER | SUDAH PENUH..!! ::.



JIKA KALIAN MENYERTAI 'GROUP SEGAR FOLLOWER' DAN LIHAT BLOG KALIAN TIADA DALAM SENARAI CIK NUR. TOLONG BERITAHU CIK NUR YA..!!










Alhamdulillah, sedikit kelapangan sekarang ni.

Hari ni, tak selaju seperti selalu. Al-maklumlah hari pertama sekolah.

Mengah juga nak nak mulakan tugas setelah seminggu bercuti.

Sebelum ni kalian ada baca entry [ INI ] kan..?

Seperti mana yanh kita tahu, pemilik BLOG BUNGA HATI MAMA ada buka satu peluang untuk 20 pemilik blog beramah tamah antara kita.

Okay di sini aku sertakan 15 BLOG yang tersenarai. #Termasuk Blog aku..!

0.ARINA SHAMSUL 

1. AUTOPUBIZ RELOAD

2.MISS BANU

3.AINE AINUN

4.DIEYNA

5.YANA LIBRA

6.DEQLA MANJEW

7.9NOL4

8.MS VELENTINE
9.CIK NUR #Blog aku..

10.CHIC NA

11.LELAMAISARA

12.ETUZA.

13.SWEET HONESTY.

14.AYUNI

15.MISYA MIALEN

16.CIK AINI LAVENDER

17.SOLEHAH SHAMSUDIN

18.DYA BUNGA

19.MZHANY

20.CENDOL 

Kata Hati : DALAM SENARAI NI, ADA YANG TELAH PUN JADI SENARAI TETAP AKU. JADI, YANG ADA DALAM SENARAI TETAP TU AKU AKAN PADAMKAN. SEBAB KALIAN SUDAH ADA DALAM SENARAI 'GROUP SEGAR FOLLOWER' . BAGI SENARAI BLOGLIST APRIL 2012, YANG BETUL-BETUL MEMIKAT HATI SAJA AKAN MASUK DALAM SENARAI BLOGLIST TETAP. AWAL BULAN DEPAN BLOGLIST APRIL AKAN DI PADAMKAN....! HARAP MAKLUM...!

.

.:: Nak Di Edit Blog Dan Header Percuma Tak..? ::.







Alhamdulillah, kita masih dapat bersiaran di sini secara tidak langsung. 

Selamat hari Isnin semua. Memang hari ni, hari paling berat nak bangun pagi ye dak..!

Apa-apapun, selamat bertugas buat kalian yang telah pun berkerja, dan selamat pergi ke sekolah buat adik-adik semua ye.. ^__^

Nampak tak tajuk entry di atas..?

Ini bukan tipu-tipu ye, tapi ini betul-betul. Baru-baru ni, memilik blog BUNGA HATI MAMA telah umumkan, akan memberi header secara percuma kepada mereka yang berada di top 5. Kalau sebelum ni, top 3 je. 

Bila sambutan sangat mengalakkan, Mama Arina, telah mengubah fikiran untuk memberi khimat mengedit blog mengikut citarasa kita dan header juga akan di beri secara percuma jika kalian berjaya mengekalkan kedudukan  kalian di TOP 3 sehinggah 20 MAC 2012, tepat jam 2.00 PETANG.

Manakala yang berada di TOP 4 dan TOP 5 , cuma akan di beri header percuma. JELAS..??

Kalu kalian semua nak keterangan lebih lanjut, jangan segan silu KLIK HEADER COMEL di atas entry ini.

Di BLOG BUNGA HATI MAMA kalian akan dapat lihat, cara-cara untuk menyertai. 

Ingat, peyertaan ini hanya untuk mereka yang menjadi follower yang sah di BLOG BUNGA HATI MAMA. 

Jadi, sebelum nak JOIN, jangan lupa FOLLOW dulu. 

Okeyh..! Semoga Kalian berjaya....!!


Kata Hati : Cepat serbuuuu...!!!
.

Ahad, 18 Mac 2012

.:: Menu Petang... ::.





Mee Kari.

Mak yang masak. Aku tolong belakang tabir je. Heeee. ^__^

Nak tak nak, kena buang rasa MALAS jauh-jauh.

Kalau tak, nanti dapat ceramah percuma dari mak. Heee.

Nak sambung makan jap... ^__^

Buat kalian, apa lagi...

Jemput makan semua..! 


Kata Hati : Kekeyangan..!


.:: Siapa Kata Aku Selalu Rajin..? ::.





Selamat berhujung minggu semua..! Dan selamat bekerja buat mereka yang bekerja.

Pada yang bercuti tu, apa aktiviti kalian hari ni eyh...? 

Aku hari ni malas..! Malas segala-galanya. Biasalah bila malas menjelma, bukan senang nak usir.

Tajuk memang tak selari dengan gambar di atas. Tak selalu rajin, tapi gambar di atas semua dari tangan aku.

Percaya tak..?

Okay..Sila percaya ya..! 

Memang semua masakan di atas ni, memang dari tangan aku yang..........

Cop..! Cop...!!......Jom lihat gambar lagi. Kalian pasti tahu jawapannya...!




Haaa...sudah tahu jawapannya..? Sudah percaya...?

Yang masakan tadi memang hasil dari tangan aku yang memBELInya..! Hehehehehe.

Kesemuanya berharga RM7. Nasi sendiri masak ye. Kalau masak nasi pun malas, memang melampaulah tu...!

Rasa pula..bolehlah. Sedap lagi masakan dari air tangan kita sendiri. Tapi apakan daya, hari ni malas memang menguasai diri.

Jadi lauk bungkus je untuk hari ini.. Ehem...ehem..! Apa pula menu kalian hari ni..?


Kata Hati : Taip entry je rajin... Lepas ni nak sambung malas balik..! Heeee... ^__^
.

Sabtu, 17 Mac 2012

.:: Banyak Lagi Tempat Kosong... ::.







Selamat bersantai di hari Sabtu. Semoga kita semua dalam keadaan sihat belaka. Kalau tak sihat, jangan lupa jumpa doktor ya.

Okeyh. Nampak tak gambar di atas? banyak lagi kan tempat kosong yang perlu di isi. Sebenarnya aku ni bukanlah gila sangat nak kumpul perhiasan magnet pada peti sejuk tu.

Tapi boleh jadi gila bila aku terjumpa buah-buahan yang tergantung tu. Mula-mula aku ingatkan itu buah-buahan untuk perhiasan atas meja.

Rupa-rupanya bukan. Bila tengok ada magnet, baru tahu itu perhiasan untuk peti sejuk.

Apa lagi terus belilah. ..!

Balik-balik terus lekatkan dekat peti sejuk. Alahai..comeinya..!! Kalau buah betul dah lama lesap dah tu. Sebab plastik je buah-buah tu kekal sampai ke hari ni. Heee.. ( ^___^ )

Sejak hari tu, kalau pergi mana-mana aku mesti nak cari benda magnet tu. Tapi di sebabkan aku ni jarang keluar kawasan. 

Apatah lagi nak keluar negara, susahlah nak kumpul dari negara-negara lain. Sebab tu banyak tempat kosong lagi.

Tapi tak kisah sangatlah..! Dapat dari mana-mana pun aku tak kisah, Janji cantik dan comel pada aku. Heeeee..!!

Pada mereka yang ada minat mengumpul fridge magnets ni, pasti  peti sejuk rumah kalian pasti dah penuhkan..?

Waaaa..Jelessssnyaaa..! hihihi.



Kata Hati : Kadang-kadang lupa nak beli bila ke luar kawasan..hohoho..!
.

Jumaat, 16 Mac 2012

.:: Tidak Sendirian... ::.





Selamat Hari Jumaat..!

Alhamdulillah, di hari yang mulia ini, kita masih di sini. Harap semua dalam keadaan sihat hendakNYA.

Semalam, tak sempat nak mengudarakan diri. Sampai pejabat pun dah pukul 5 lebih. Tiba malam pula, mata ni berat semacam je..! Jadi tidur awal dari biasa.. ^__^

Lewat pagi ni, baru bekesempatan untuk mengudarakan diri.

Sebenarnya, kalau aku mengudarakan diri sampai lewat malam, dikala semua penghuni dalam rumah dah di buai mimpi.

Aku tidaklah keseorangan. Ada makhluk ALLAH yang sudi temankan aku. Kadang-kadang sampai terlena dia temankan aku.

Dan kadang-kadang dia jadi mangsa aku juga, sebab geram..! #selalu pipi dia kena cubit dengan aku..!!

Kalian tengok gambar di atas tu..! Salah satu gaya tidur yang dia ado..! Hehehe...

Itulah Dia. Peneman di kala aku sibuk ber'blogwalking' di malam hari.

Comell kan..?



Kata Hati : Hobi dia duduk betul-betul depan lappy..! Lepas kena seliang dengan aku, mencanak dia lari..! Lepas tu datang buat pekara yang sama...hahaha..
.

Khamis, 15 Mac 2012

.:: Setenang Air Itu... ::.





Alhamdulillah. Kita masih berkesempatan bersiaran secara tidak langsung di sini. 

Syukran YaALLAH..!!

SETENANG AIR ITU...! 

Wah..tajuk entry, kemain lagi.

Tapi ye lah kan, sedia maklum, sekarang ni kan musim hujan. Datang pula dengan banjir kilat sana sini akibat hujan lebat. 

Bukan setakat banjir, lopak air tengah jalan raya pun lebih banyak dari biasa ye dak,..?

Entry kali ini tidaklah nak bebel tentang hujan ataupun banjir. Lagipun siapa aku nak mengkritik Rahmat ALLAH. 

Sedangkan hujan tu rezeki. Buat apa nak kritik, sebaliknya bersyukurlah. 

Cuma nak bebel sikit pasal lopak air. Rasanya semua orang tahu apa itu lopak airkan..?

Haisshh..! Melampaulah kalau tak tahu. Tapi kalau betul-betul tak tahu, ketuk je pintu rumah abang google. Lepas tu mesti tahu. Percayalah..!

Okeyh..! Pasal lopak air. Kalian jangan ingat, setenang air dalam lopak tu tak ada bahayanya tau..! Sebenarnya adaaaaa..!!!

Ianya lebih bahaya daripada buaya. Kenapa..?

Sebab kadang-kadang, tanpa kita sedar setenang air di dalam lopak itu ada LUBANG yang cukup BESAR serta DALAM.

Jadi..! TOLONGLAH wahai pemandu dan penunggang yang budiman. Jangan sesuka hati langgar lopak ye. Silap hari bulan kalian pula yang akan tercedera. Kalau kalian tak cedera pun, kenderaan kalian yang akan mengalami kerosakkan.

Maka berhati-hatilah ye.!

Bukan apa, aku dah kena dah..! ingatkan lopak air biasa je. Sekali langgar, bunyi macam nak tercabut tayar je. 

Berderau darah kejap. Risau kalau-kalau rim rosak. Nak ganti mana nak kobek duit weh..!

Jadi, jika kalian sayangkan harta benda kalian, TOLONGLAH berhati-hati. Tapi kalau nak elak lubang tu, kenalah hati-hati juga. 

Tengok keadaan dulu, baru elak. Nanti tak pasal-pasal berlaku hal lain akibat terlalu taksub nak elak lubang.

Yang penting, bila nampak lopak air jangan nak pecut-pecut. Bawa perlahan-lahan. Itu lebih selamat..!



Kata Hati : Hari ni kena ke Serdang atas urusan kerja. Semoga berjalan lancar semuanya..!

. 

Rabu, 14 Mac 2012

.:: Terima Kaseh Mama Arina ::.





Waaahh....!! 

Nampak tak apa yang lain..? Header baru...!!

Dapat-dapat terus bertukar wajah..! Gelojoh sungguh..!!

Tapi tak kesahlah....! Yang penting ianya comel dan percuma lagi.

Siapa yang beri..? siapa lagi kalau bukan hot mama kita, MAMA ARINA

Terima kaseh sangat-sangat dekat Mama Arina, Kalau boleh nak lagi..! Hahahahaha...#itu sudah lebeyy..!

Kalian nak juga ke..? Cepat-cepatlah terjah Blog MAMA ARINA ye. Segala keterangan ada di sana.

Mana tahu, lepas ni reseki kalian. Kan..kan..kan..?


Kata Hati : Seronok sangat..!!

.

.:: Wordless Wednesday #3 ::.






Kata Hati : Amacam..Ada Berani..?
.

Selasa, 13 Mac 2012

.:: Selamat Menjamu Selera Ya..! ::.





Wahh...Dah tengah hari kan..? Kejap je rasa. Al-maklumlah, dunia sekarang dah di akhir zaman. 

Banyak sangat jenayah sekarang ni kan..? Tempat yang dulunya di sangka selamat, tapi sekarang belum tentu selamat lagi.

Bukan sekadar jenayah, maksiat pun bersepah-sepah sekarang ni. Seolah-olah mereka yang melakukan maksiat tu, tak takut langsung dengan ALLAH.

Malah macam berbangga pula bila melakukan maksiat. Dunia-dunia..!

Apa-apapun, kita kenalah sentiasa berdoa, moga ALLAH sentisa melindungi kita dan keluarga kita dari pekara-pekara yang tidak baik. InsyaALLAH.

Okeyh. Apa menu kalian tengah hari ni..?

Ni saje je aku nak tayang sikit nasi ayam hasil tangan dari mak..! Ingat, bukan aku yang masak, tapi mak yang masak. 

Nak resepi..? Minta kat mak aku ye...! Hehehe.

Lama dah mak buat nasi ayam ni, saja je aku publish kat sini. Bagi perut kita berkeroncong di tengah hari yang mulia ini. 

Jahat tak..? Hehehe


Kata Hati : Selamat menjamu selera...! ^__^

.

Isnin, 12 Mac 2012

.:: Teringinnya..!!! ::.





Suka tak buah di atas..? Kalau suka, tentu tahu buah apa walaupun dah tak nampak kulitnya. ^__^

Haaa..Betul..!! 10 markah buat kamu.! 

Buah tembikai yang telah di dadukan. Tapi tak kiralah bentuk macam mana buah tu, aku tetap teringin..!!!!

Huh..!! Melampaukan keinginkan aku ni..! Kalau berdegil juga, alamatnya tak bangun lagilah aku..!

Jadi nak tak nak, kenalah tahan nafsu untuk makan buah tembikai tu. 

Tapi nanti dah betul-betul sihat, aku nak makan sunguh-sungguh buah tembikai ni. 

Haissh..! Dah lah, lagi panjang entry, lagi membuak keinginan aku..!


Kata Hati : Tahu tak, air tembikai laici pun sedap juga tau..! Kalau makan luar, orderlah satu... Heee..!

.

.:: Alhamdulillah..!! ::.





SubhanaALLAH..!

Setiap ujianNYA, Pasti ada sebab. Bergantung pada kita, sama ada tahu apa sebabnya, tak tahu atau buat-buat tidak tahu.

Syukran YaALLAH..!

Rasa nak menangis bila kesihatan telah pulih sepenuhnya. Rasa macam tidak percaya masih di berikan peluang untuk terus bernafas di muka bumiNYA lagi..!

Alhamdulillah..!! Terima kaseh YaALLAH..!

Hanya itu saja yang mampu terucap di bibir, bila mana diri makin segar. 

Terima kaseh yang tidak terhingga juga buat rakan-rakan blogger yang turut sama mendoakan kesihatan diri ini. Terima kaseh semua..! Kalian memang terbaik..!

Moga ALLAH sentiasa Melindungi dan Merahmati kalian semua. InsyaALLAH..!



Kata Hati : Lepas ni, kena banyak minum air putih..! Dan..nak berblogwaliking..! InsyaALLAH...!!! ^__^
.

Jumaat, 9 Mac 2012

.:: Saya Masih Bercuti | Terima Kaseh Semua..! ::.





Terima kaseh buat kalian yang sudi terjah blog ini, walaupun tiada entry baru.

Maaf juga kalau saya masih tidak berkesempatan untuk terjah ke teratak kalian semua,

Jika masih di beri peluang  olehNYA, InsyaALLAH saya akan keudara lagi.

Doakan saya cepat sembuh ya..!

Cuma satu pesan saya buat semua, hargailah kesihatan anda.

Ingat DIA akan menguji kita, bila-bila masa sahaja.

Dan

Jutaan Terima Kaseh sekali lagi, buat kalian semua..!!



Kata Hati : Moga rasa segar ketika ini, kekal sampai bila-bila. Amin..!


Rabu, 7 Mac 2012

.:: Wordless Wednesday #2 ::.








Kata Hati : Lama tak makan macam ni. Kalian pernah makan tak..?

.