Ermm...tentu kalian tertanya-tanya, kenapa dengan tajuk entry kali ini kan? mengenai apa? kisah apa? Okeyh..untuk entry kali ini, aku ingin menceritakan apa yang telah terjadi pada showroom aku setelah di terjah. Pertamanya, aku betul-betul lupa yang aku nak kena terjah. Selamat la time diorang datang tu, aku berada di showroom. Buatnya aku balik awal ke ape ke, tak ke naye namanya tu?
Semalam,tepat jam 3.30 petang, sebuah van putih, parking betul-betul depan showroom aku. Aku mulanya tak kisah sangatlah. Sebab aku fikir mungkin skuad Melodi dari TV3 mahu terjah aku. (adehh..mood boleh blah..!!) Hahahaha...! uhukk..!! uhukk!! berbalik pada cerita tadi, aku fikir mungkin mereka mahu pergi ke kedai sebelah. So..aku pun buat tak tahu je la. Aku tersentak bila loceng kedai berbunyi tiba-tiba setelah salah seorang daripada manusia yang keluar dari perut van tu memetiknya.
Cuak juga aku pada mulanya. Mana tak nya, ada 3 orang yang tidak aku kenali berdiri di hadapan pintu kaca yang telah di kunci ketat-ketat oleh aku. Yang sorang tu, berbadan besar dan tinggi. sorang lagi rendah sikit dan berkulit gelap dan yang sorang lagi tu lah yang membuatkan aku curiga. sebab apa? Dia pakai topeng penutup hidung. Nampak mata je. mahu aku tak takut..!!
Tawakal je la, walaupun pada mulanya aku tidak mahu membuka pintu, bila berkali-kali loceng di tekan, baru la aku terhegeh-hegeh keluar tunjukkan diri. sebaik saja pintu kaca dibuka, belum sempat aku tanya mahu cari siapa, salah seorang dari mereka segera memberitahu tujuan mereka yang sebenarnya
Dia : Amoi..!! saya mau pasang itu lantai kayu.
Aku : Oooo....masuk-masuk. (dalam hati, macam mana aku boleh lupa ni..!!sambil berlalu segera menyusun meja yang besepah )
Dia : mana tempat mau pasang??
Aku : Semua la..
Dia : semua ka?? tak cukup kayu maa...
Aku : Macam mana boleh tak cukup? hari tu kan dah sukat.
Dia : Sukat mehh..? (buat muka pelik dan hairan)
(dalam hati, ada yang kena kang..! tak makan penumbuk, kompom makan kayu. )
Dia : Betui..betui..heee....!! ( selamber je senyum macam kerang separuh masak )
Aku : u mahu pasang dari mana? sana ke sana?? ( sambil menunjukkan arah yang mahu di pasang)
Dia : Sini dulu boleh mehh??
Aku : boleh..!! saya mahu susun barang dulu.
Aku pun gegas la mengangkat apa yang patut, nasib barang tak banyak. cepat juga aku simpan barang- barang di tempat yang selamat. Maka bermulalah kerja pemasangan lantai kayu.
Jom kita layan gambar yang aku titipkan di ruangan ini:
Sebelum Pemasangan.
Kerja-kerja bermula.
Bersepah tak hengatt..!!
Tekun je. best juga tengok..!!
Hampir Siap...!!
Lucano Flooring.
Nampakkan, bersepah-sepah jadinya. tapi kalau tak sepah macam mana nak buat kerjakan. Debu-debu jangan cakap la. Penuh setiap ruang. Kerja pemasangan ni , selesai jam 6.30 petang. Kayu yang disangkanya tidak cukup tadi, lebih daripada cukup. Malah siap ada lebih 2 kotak setengah lagi. Lepas ucapkan terima kasih pada orang diorang yang bertungkus-lumus memasang lantai tu tadi, segera aku mencapai penyapu dan bulu ayam. Untuk apa?? Mengemas la. lantai bedebu-debu. Geli mahu memijaknya. Lepas selesai menyapu dan lap-lap tempat yang berdebu, aku segera ambil mop, dan mop time pun tiba. Adehh..! penat wehh..!! dah akhirnya selesai segala.!
Jom, layan gambar setelah semuanya selesai:
Berbolang-bolang wehh..!!
Taraa...!! cantik tak??
Baru lepas mop..!!
Pandang lama-lama, berpinor mata..:)
Shantek kann..??
Almari bilik..!! lantai ni memang sesuai untuk bilik.
Nampak tak kawasan lepaking..hehehe..!
Sudut yang paling di gemari pelanggan.
Rumah kedua aku...!! Dari pagi sampai petang aku disini..!
Adehh..!! letih sesangat lepas mengemas tu. Tengok-tengok jam dah pukul 7 lebih. Apa lagi, gegas la mahu pulang. lagipun hari dah gelap. Hujan pulak tu. Apa-apapun, Alhamdulillah, semua selesai.
Salam...
Daaa...!!
Kata Hati : Rasa lega bila semua dah selesai, nak berhujung minggu pun rasa tenang aja..!!
P/S : Sila klik tanda suka di bawah, jika anda suka entry untuk kali ini dan seterusnya.
Terima kasih..!!
* Ribuan terima kasih buat PROF HARIZ yang sudi berkongsi ilmu dengan saya. Terima kasih En.Hariz..!!