Allahu
Rabbi..!
Rindunya nak menaip. Rindunya nak bebel-bebel kat ruangan bisu ni.
Serius aku rindu. Dan paling tak menahan, tahun 2016, satu entry pun tak ada
aku titipkan dekat sini. Sadisnya rasa. Sedih sungguh..!
Bila hadap
blog ni, aku teringat janji-janji aku pada teratak ni. yela, aku sendiri tahu
yang aku dah tak punya masa kot nak berceloteh bisu kat sini. Aku rasa aku
boleh kot keluarkan 4 entry dalam masa sebulan, kononnya. Tapi harammm…! Aku memang
dah kelaut sungguh nih..!
Bila masa
mood blogging aku datang, lappy kesayangan aku pulak buat hal. Separuh daripada
button dia tak berfungsi. Pakai keyboard PC umah sekejap, pastu rasa cannot go,
sebab serabut nak kena usung sana sini bagai.
Pastu, nak
tak nak aku kena repair gak lappy aku ni. manalah tahu kalau lepas repair tu,
mood blogging tu mai. Hehehe. Harapan tu ada beb, Cuma nak laksanakan tu je,
mungkin makan masa. Dan sekarang, tarraaaa…terhasillah satu entry untuk
permulaan 2017 ni.
Aku harap,
di ulang, AKU HARAP ini bukanlah entry yang terakhir untuk tahun ini. Di ulang
sekali lagi, BUKAN ENTRY TERAKHIR untuk tahun ini. Moga-moga harapan aku ni,
tak tinggal harapanlah hendaknya. Aku harap mood blogging aku kembali macam
dedulu balik. Serius beb aku rindu.
Dan
disebabkan aku dah lama sangat tak mengarang entry, aku rasa entry aku kali ni
tersangatlah teruk. Dengan susunan cerita yang entah apa-apa. Haishh..sabo
ajelah. Aku hanya mahu aktifkan kembali blog ni, tanpa peduli inti pati entry
ni. Boleh gittuw..!
Oklah beb. Aku
rasa entry ni dah cukup panjang kot eh. Rasanya dah boleh publish dah kot ni
kan. InsyaAllah kalau rajin nanti, aku bebellah lagi kat sini. Harap, entry ini
mampu buat mood aku kembali berbunga-bunga. InsyaAllah..!
Kata Hati :
Kena cari idea balik nak mengarang ceritera. Heeeee… J