Jumaat, 29 Oktober 2010

.:: KUNCI MILIK HATI ::.

.




Salam Jumaat.


Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana di berikan kesempatan untuk aku berceloteh di sini. Pada kalian yang selalu singgah di ruangan ini, terima kasih aku ucapkan. Dan kalian mungkin perasan bila ada dua atau tiga hasil nukilan aku tiada di ruangan ini.

Ini kerana di sebabkan masalah-masalah yang tidak dapat di elakkan. Atas dasar keselamatan hak milik laman sesawang  www.cahayacita2.blogspot.com , maka terpaksalah aku bubarkan nukilan itu dari terus di siarkan di ruangan ini. Maaf atas segala kesulitan.

Sebagai tuan empunya diri, rasa terkilan jugalah. Tapi apa boleh buatkan. Aku tetap mahu menulis dan bercerita di ruangan yang aku cipta sendiri. Okeylah, kita lupakan segala duka lara di hati ni. InsyaALLAH, semuanya kian pulih.

Tentu pelikkan tajuk entry aku kali ini. KUNCI MILIK HATI. Apa tu??

Begini, 9 tahun yang lalu, aku miliki kunci yang paling aku sayang dan paling aku suka. Hingga kini, aku masih sayang akan kunci tersebut. Walaupun aku tahu, kunci itu telah lama lenyap dari gengaman aku. Dek kerana terlalu sayang, aku langsung tidak mahu memiliki mana-mana kunci pun. Bagi aku, kunci itu memang tiada gantinya. Nekad.

Dan bila pagi Jumaat yang indah ini tiba, ada satu kunci yang mungkin sedang cuba mengetuk pintu hati. Aku berdalih melarikan diri di sebalik degupan jantung normal, bagi mengelakan satu bertembungan secara spontan. Hahaha..itu akulah. Selalu begitu.

Ini kerana bila aku percaya akan temui kembali kunci yang telah lenyap dari simpanan. Sebaik sahaja kejadian itu, sedang asyik memandu menuju ke tesco pagi tadi, aku cuba berfikir secara waras, punca aku jadi begitu. Aku cuba mencari kunci pintu hati yang sudah hilang sejak 9 tahun lalu. Tapi malangnya, aku masih tidak jumpa kunci yang aku maksudkan. Macam mana tu?

Dan sedang asyik melayan segala yang bermain di fikiran, tiba-tiba hati aku berdetak. Ya..!! mungkin kunci itu masih lagi pada insan itu. Tak salah lagi. memang pada dia. Untuk merayu mengembalikan sisa kunci yang ada, aku tidak sanggup lakukan. Biar rasa kecewa itu bermaharaja lela, asalkan aku tidak merayu segala.

Dan di sebabkan kunci itu, respon aku kepada kunci lain terus terkubur. Pasti..! Aku pasti..!! Bagaimana untuk aku kikis cebisan rasa ini. Bukan mudah. Hanya itu sahaja yang sedang aku fikirkan. Tapi sampai bila aku mahu terusan begini? Aku sendiri pun tak tau….! ( teruk sungguh..! )

Ketika aku sedang menaip entry ini, aku cuba pujuk hati, agar cuba belajar untuk melupakan segalanya walaupun diri dan hati tahu, bukan mudah. Tapi tetap masih boleh cuba. Kata orang, belum cuba belum tahu kan?

Dan, ketika menulis entry ini juga, aku cuba pujuk hati agar biarkan kunci yang lain membuka pintu hati yang dah lama bersawang tu. Sekadar mencuba. Kalau tak boleh jangan di paksa. Sebab itu bukan prinsip hati aku, mahu memiliki secara paksa, terdesak , adat budaya, ataupun ikutan zaman-zaman sekarang ni.

Biarlah aku memiliki kerana ALLAH SWT. Itukan lebih afdal dan lebih selamat . InsyaALLAH. Jangan sesekali kita putus doa yang terbaik buat diri sendiri. Agar setiap apa yang berlaku biarlah Di restuiNYA dan yang di restui kedua ibubapa kita. InsyaALLAH.

Okeylah. Rasanya sampai di sini je lah untuk kali ini. insyaALLAH, jumpa lagi. rajin-rajinlah jenguk ke blog ini lagi.



Sekian.Wassalam.

 
 
Kata Hati : Respon Masam Mencuka, Langsung Tak Boleh Pakai..!! Hehehe...
 
 
.

Khamis, 21 Oktober 2010

.:: PASRAH ::.

.


PERHATIAN: Nukilan  " PASRAH " adalah hak milik blog
 http://www.cahayacita2.blogspot.com/
Sebarang penyalinan semula tanpa izin penulis akan diambil tindakan.




.:: PASRAH ::.



Masih segar di ingat aku



Sewaktu aku mengejar kasih kamu


Sewaktu aku cuba mendekati kamu


Sewaktu aku terlalu menginginkan kamu


Semuanya tetap kekal segar


Dalam kotak fikiran aku


Masih utuh di lubuk hati aku


Makin sebati dengan aku


Dan tetap kental dalam sanubari aku


Bukan aku tidak cuba untuk lupakan kamu


Cuma aku tidak berdaya


Kerana kamu sudah sebati dengan diri aku


Aku pasrah


Sekiranya tiada jalan dan ruang untuk kita bersama


Aku cuba memahami


Aku cuba pujuk hati


Aku juga akan cuba lupakan kamu


Tapi aku tidak akan buang kamu


Dalam hidup aku


Kerana kamu adalah kenangan terindah


Sewaktu ketika dulu


Walaupun perit yang aku alami tika ini


Tapi aku tahu dan aku mengerti


Tentu ada sinar untuk aku dan kamu


Kerana ini semua


ketentuanNYA.




 Kata Hati : Sembilan Tahun...! Aku Pasrah..!!



.

Sabtu, 16 Oktober 2010

.:: CINTA KASIH ::.

.

PERHATIAN: Nukilan " CINTA KASIH " adalah hak milik blog
http://www.cahayacita2.blogspot.com/
Sebarang penyalinan semula tanpa izin penulis akan diambil tindakan.



.:: CINTA KASIH ::.



Salam kasih yang dulu aku hulurkan

Kemudiannya

Menjadi satu lambang persahabatan

Di antara aku dan kamu

Tidak siapa pun tahu

Tentang persahabatan ini

Dan

Bila rasa cinta mulai menjalar

Hati kita tidak keruan

Mahu di buang rasa sayang

Mahu di telan terlalu perit

Namun aku cuba pertahankan

Rasa kasih yang mencengkam hati kecilku

Rasa sayang yang terpahat di hatiku

Rasa cinta yang bersarang di hatiku

Dengan kesabaran dan doa

Moga kamu merasai kehadiran aku

Moga kamu sedar rindu yang aku pendamkan

Moga kamu merasai bahang cinta yang telah aku nyalakan

Tapi sayang

Itu Cuma hayalan aku

Meminta yang tidak akan menjadi hak milikku

Kejam jika aku memaksa kamu

Supaya terima cinta dan kasihku

Kini aku buntu

Bagaimana untuk aku melupakan dirimu

Bagaimana untuk aku melenyapkan

Rasa kasih, sayang dan cintaku padamu

Bagaimana?

Tapi

Jika aku tidak bisa lupakan dirimu

Izinkan aku

Terus

Menyintaimu…




Kata Hati : 9 Tahun. Cinta Kasih.



.

Khamis, 14 Oktober 2010

.:: KAMU ::.

.



PERHATIAN: Nukilan " KAMU " adalah hak milik blog
Sebarang penyalinan semula tanpa izin penulis akan diambil tindakan.




.:: KAMU..! ::.



Hanya KAMU..!

 
Aku Hanya Suka KAMU..!

Aku Hanya Sayang KAMU..!

Aku Hanya Rindu KAMU..!

Aku Hanya Cinta KAMU..!


 
Cuma KAMU..!


Aku Cuma Ada KAMU..!

Aku Cuma Punya KAMU..!

Aku Cuma Mahu KAMU..!

Aku Cuma Gila KAMU..!



Untuk KAMU..!


Sukaku Untuk KAMU..!

Sayangku Untuk KAMU..!

Rinduku Untuk KAMU..!

Cintaku Untuk KAMU..!



KAMU..!


Percayalah Hanya KAMU..!

Percayalah Cuma KAMU..!

Percayalah Untuk KAMU..!

Percayalah Semua KAMU..!




Kata Hati : 9 Tahun, Aku Cuba..!! ( KLIK)


.

.:: AKU MAHU KAMU TAHU ::.

.

PERHATIAN: Nukilan  " AKU MAHU KAMU TAHU " adalah hak milik blog
 http://www.cahayacita2.blogspot.com/
Sebarang penyalinan semula tanpa izin penulis akan diambil tindakan.



.:: AKU MAHU KAMU TAHU ::.



Dalam Jagaanku,

Aku Mahu KAMU Tahu,

Aku Sentiasa Mengingatimu.


Dalam Kehangatan Mentari,

Aku Juga Mahu KAMU Tahu,

Aku Terlalu Merinduimu.


Dalam Kekalutan Duniawi,

Aku Sentiasa Mahu KAMU Tahu,

Aku Sentiasa Doakanmu.


Dalam Kedinginan Rembulan,

Apa Yang Mesti KAMU Tahu,

Aku Sentiasa Ada Untukmu,

Buat Selama-lamanya.





Kata Hati : Maaf Jika Aku Menulis Mengikut Perasaan. ( KLIK )


.

Selasa, 12 Oktober 2010

.:: Momiji ::.

.


Salam. Alhamdulillah masih berkesempatan menulis di ruangan ini. Sebenarnya sejak tiba-tiba terjatuh cinta dengan 'MOMIJI' ni, memang teringin mahu keluarkan entry khas untuknya. Tapi di sebabkan kelembapan berukband dari spesis maxis ni, terus terbantut segala idea. Dari bersemangat, terus jatuh tiada semangat.

Dari laman sosial mukabuku, aku mengenali salah seorang kakak cute ni yang  juga  selalu menjadikan MOMIJI ini sebagai gambar profilnya. Dan dari situlah aku mula mengenali MOMIJI. Memang comel okey..!! Sampai aku terus suka dan geram dengan MOMIJI ni. Kakak cute ni, hobinya mengumpul MOMIJI ni. Aku di beritahu kakak cute ni, dah ada banyak juga  koleksi MOMIJI ni. Itulah al-kisahnya bila aku mengenali 'MOMIJI' dari salah seorang kakak yang sangat cute ni.




Sebaik sahaja aku tahu, nama benda comel tu MOMIJI, terus aku ke rumah abang Google. Buat apa lagi lakau bukan pinjam album gambar dari dia. Dan seperti biasa yang macam kita semua tahu, abang google sangat-sangat baik hati. Dia bagi je pinjam setiap MOMIJI yang ada dalam simpanannya. Aku pun apa lagi, sempatlah copy sekeping dua. Ikutkan hati nak je copy semua. Tapi tak naklah tamak kan. Tak baik tu..!!

Jom tengok sebahagian daripada MOMIJI yang aku pinjam dari abang Google...









.
Haaaa....apa macam? dah tengok sebahagian gambar MOMIJI yang aku ada? comelkan? dan dah memang nyatanya tersangatlah comel. Sebenarnya banyak lagi yang comel-comel. Tapi di sebabkan line berukband tak berapa nak mengizinkan, aku dapat upload sikit je. Kalau nak tengok lelebih, kalian janganlah segan ketuk-ketuk rumah abang angkat sedunia tu tau. Aku gerenti dia kasi pinjam punyalah. Sebabnya, kalau tak bagi pun, orang akan ambil juga. Hehehehehe.

Ermm..okeylah, rasanya sampai di sini saja untuk kali ini. InsyaALLAH, ada masa jumpa lagi di lain entry. Itupun kalau line ok. Kalau tak, tentu susah nak menulis di sini. Haissshhh.....!!!!

Salam....

Daaa...!!!




Kata Hati : Terima kasih KAKAK CUTE a.k.a Kak NUR AKMALIAH....kalau tak saya tak kenal MOMIJI...!




.

Khamis, 7 Oktober 2010

.:: Jejalan Hujung Minggu ::.

.




Salam.


Erm..lama juga ye aku tak keluarkan entry baru. Al-maklumlah, bila penyakit ‘M’ mulai jadi raja. Semua kerja tak jalan. Alih-alih buang masa macam tu je. Alahai…!

Okey, pasal filem Muzikal Magika tu, aku dah pun berkesempatan menonton pada hari miggu yang lepas, bertarikh 3 Oktober 2010. Kesimpulan cerita itu, sangat-sangat menarik. Tak bosan, malah faham setiap apa yang cuba di sampaikan. Babak nyanyi-nyanyi pun best. Setiap nyayian yang di sampaikan itu adalah dialong dan jalan cerita yang mahu di sampaikan. Bukanlah main nyanyi je.

.:: Ayu Dan Bad ::.


 
.:: Hensemkan Pak Nil ::.

Sepanjang aku berada di dalam panggung tu pulak, takde aku dengan rungutan dari orang belakang ataupun orang-orang lain, nampaknya semua terhibur dengan cerita yang di tayangkan. Cumanya bila babak Bad lakonan Mawi meneguk botol yang berisi muntah, kedengaran pelbagai suara geli di dalam panggung tu. Bukan kata mereka, aku juga turut sama mengeluarkan bunyi yang sama. Bunyi apa?? pergi tonton sendiri, baru kalian akan tahu. Hehehe..

.:: Bawang Merah, Malik Dan Bawang Putih ::.


.:: Uiks, Sempat Aku Ambil Satu Gambar ::.

Lepas habis menonton, aku terus ke restoran makanan segera. Lapar weh. 3 pinggan set  snack plate, dan 3 chezzy wedges. Lepas makan, terus menuju jalan pulang ke rumah. Sebelum tu sempat lagi singgah kedai buku Dynamik, beli satu, dua buku untuk diri sendiri.

.:: Lapar..!! ::.
 
Dan lepas tu, baliklah. Dan bila lepas asar, aku gerak pulang ke kampung halaman. Dan balik ke rumah lepas isyak di kampung. Sampai aku tak perasan yang handphone aku terpadam sendirinya kerana kehabisan tenaga bateri. Punya sakan berjalan. Sampai tak sedar phone terpadam.


Huihuihui…

Rasanya, sampai di sini sahaja untuk entry kali ini ya. Jumpa lagi..!!

Daa….!!

 
 
Kata Hati : Tahniah buat sahabat, Nor Aisyah  dan Suami Atas kelahiran Cahaya Cinta Sulungnya Pada Hari Minggu tersebut... Tahniah...!!
 
 
 
.

Jumaat, 1 Oktober 2010

.:: Muzikal Magika ::.



salam Jumaat.

Diam tak diam kita dah pun sampai ke bulan Oktober kan? Aku, bila sebut je Oktober, terus ingat Awie, yang popular dengan lagu Tragedi Oktober. Erm..mengamit memori sungguh..!!  hehehehe.... opss..!! memori apa ek? kisah "CINTAN" kah? Wikikikiki....sudah tentulah tidak okeh..!! Motifnya cuma ingat Awie je..tidak lelebih daripada itu eyh..!! hihihihi.....!

Amboii..!! gulak-guling sakan nampak? Bukan ke semalam aku penuh berEMOsi? Dan hari ni, tiba-tiba aku happy? Ermm...mungkin ada yang fikir, sah aku kena sawan? Erk..!! tidaklah teruk sampai camtu segala ek. cumanya kisah yang lalu, biarkan ia berlalu pergi. Jangan di tahan, mahupun di kenang, sebab merananya, Akak jugek..!!! So..kira tak sesuai lah.

Okeh, nampak tak poster filem di atas? Bila di beritahu filem ini adalah filem bercorak muzikal arahan pertama Edry KRU, aku betul-betul tak sabar mahu menonton hasilnya macam mana. Selain daripada itu, pelakon-pelakonnya juga hebat-hebat belaka. Pada mereka yang sudah menonton filem tersebut, tentu anda telahpun memberi bintangkan?? Aku belum boleh letak bintang lagi, sebabnya aku belum lagi menonton filem tersebut, walaupun keinginan mahu pergi menonton tu tinggi memuncak. Tapi kalau dah tengok pun, rasanya aku tak boleh letak bintang pada filem tersebut. Sebabnya?? Malu nak di beritahu. Hihihi.

Apa yang menghalang aku untuk terus menonton filem ini adalah, (Erm..tarik nafas dulu sebelum nak beritahu..fuhh..!!.) adalah kerana aku langsung tidak tahu macam mana nak beli tiket..!!! Harga ke apa ke, langsung tak tahu. Beli  kepsi pandailah..T_T huhuhuhu.... ( wahh..ketawa nampak?) eh..ini bukan main-main ya, inilah realiti. Adehh..!! aku ngaku je lah. Seumur hidup aku, baru tiga kali aku pergi menonton di pawagam.

Buat pertama kalinya, aku menonton filem omputih, waktu tu, dalam darjah-darjah lagi. Tajuk apa pun aku lupa, di pawagam Lido Taiping. (sekarang ni dah jadi restoran dah tempat tu.), keduanya filem Transfomer di Jusco Ipoh, dan ketiga kalinya filem Upin dan Ipin di Taiping Sentral Taiping. Semuanya dengan Family, pakcik aku yang belanja, dia yang beli tiket dan pilih tempat. Aku menunggu je lah, memang tak ambil kisah langsung. Huhuhu. Dan andai kata jadi dan berani aku mahu menonton filem Magika pada hari minggu ini, kira kali ke empat sudah aku jejakkan kaki ke dalam pawagam dengan family juga. Cuma bezanya kali ini, aku yang kena beli tiket sendiri. ( Wahh..!! tiba-tiba kecut perut kan?)

Sebab itulah aku tidak layak memberi bintang pada filem itu. Ada faham?? hihihi. insyaALLAH, ada keberanian ataupun kerajinan, mungkin aku akan pergi menonton filem muzikal ni. Sampai bila aku nak pandaikan kalau aku tidak mencubanya sendiri. Betul tak?


Kata Hati : Entry ini adalah fakta dan bukan auta. Aku kurang ataupun tidak sosial?? Pada yang kenal, sudah mereka pasti tahu siapa aku.



.