“KEMANA HALUAN SELEPAS ITU…?”
Wahh..ayat..! macam budak lepasan SPM. Yelah, sibuk mencari arah tuju untuk mencorak dan mewarnai kehidupan yang akan datang.
Kalau lepasan SPM cabangnya banyak jugalah kan..?
Kalau buat keputusan nak sambung belajar, jurusan apa yang patut di ambil, kolej apa, di mana dan sebagainya.
Kalau buat keputusan untuk bekerja pula, banyak juga cabangnya ye dak..?
Tapi kalau kehidupan lepas khawin pula macam mana ya..?
Dimana pula haluan kita akan menetap selepas di ijabkabulkan..?
Setahu aku cabang UTAMAnya Cuma tiga. Kenapa tiga..?
Rumah ibu sendiri.
Rumah ibu mertuaku
Dan rumah sendiri (menyewa atau rumah sendiri )
Bila entry aku seakan-akan berbau nasi minyak, kalian jangan salah faham pula ye. Aku belum pun nak berumah dan tangga lagi.
InsyaALLAH akan datang. Mohon doa dari kalian semua ye. Cuma entry kali ni, saja aku nak tanya pendapat orang ramai.
Dan aku percaya pandangan kita berbeza. Dan setiap pandangan kita tentu ada baik dan buruknya.
Jadi jika di tanya pada aku haluan sepatutnya selepas berumahtangga, sudah tentulah aku memilih untuk hidup bersama pasangan secara sendiri.
Kiranya, tinggal di rumah emak sendiri pun tak mahu, rumah mertua pun tak mahu. Tinggal di rumah sendiri.
Kalau tak ada rumah sendiri, menyewa rumah yang kecil pun tak apa. Janji aku dan pasangan boleh hidup berdikari sendiri.
Sesekali kita balik jenguk keluarga kita dan mertua. Tinggal berasingan tak bermakna lupa keluarga teruskan. Ibubapa, tetap nombor 1.. setuju..?
Itu pendapatan aku. Pendapat kalian..?
Kata Hati : Benda-benda macam ni patut bincang sebelum khawin ye..!!
.