
Dear kamu,
Sekiranya kamu tidak serah diri sebelum waktunya, jangan
harap aku senyum jika kita berselisih bahu suatu hari nanti. FAHAM..! ohh..kejamnya
aku…Dan lebih kejam lagi, sekiranya kamu jatuh disebelah aku, jangan harap aku nak bantu okay...! Hahaha..aku sememangnya kejam dengan KAMU..!
Aku tahu , kamu selalu ke teratak ini bukan..? kamu selalu
baca apa yang selalu aku ceritakan disini. Senang cakap, kamu tahu keadaan dan
segala aktiviti aku. Jika kamu fikir, aku tidak tahu kehadiran kamu ke sini,
kamu silap. Sebaliknya aku sudah lama tahu….
Kamu terkejut..? sudah tentulah. Tapi hairanlah, kenapa kamu
langsung tak menyedari apa yang selalu celotehkan disini adalah tentang kamu. Atau
kamu sengaja tidak menyedari apa yang sedang kamu baca..? Ehemm…hanya kamu dan
DIA saja yang tahukan..
Ini adalah jalan mudah untuk aku berhubung secara bisu
dengan kamu. Mohon kamu baca setenang kamu melupakan aku untuk selamanya. Mohon
buangkan rasa indah yang sedang bersarang dihati kamu, walaupun sekelumit.
Kamu, di atas kesempatan ini aku ingin mohon jutaan kemaafan
dari kamu seandainya sepanjang perhubungan kita, aku pernah menyakiti hati kamu
tanpa sedar. Halalkan segala bagai yang telah kamu hulurkan pada aku. halalkan
kaseh dan sayang yang telah kamu curahkan pada aku…
Aku akur, sekiranya kamu mahu terus berhenti menyayangi aku
seperti mana aku menyayangi kamu. Tapi, jangan susah hati, aku sedang belajar
untuk cuba terus berdiri tanpa kamu. Walaupun sukar, tapi aku harus cuba.
Sebenarnya bukan senang nak lupakan apa yang kamu janjikan. Tapi,
siapa aku mahu menidakkan takdir. Mahu atau tidak, aku kena akur bukan dipaksa,
tapi seikhlas mungkin. Seperti mana yang kamu tahu, untuk ikhlas dengan apa
yang terjadi susah okay…!
Tapi jangan risau dear, aku sedang cuba ikhlas seikhlasnya. Kalau
sebelum ini mungkin perit untuk aku tempuh semua ini. Tapi aku tidak mahu jadi
wanita lemah, mahu atau tidak, aku harus kuatkan..! Cuma sekuat-kuat aku, aku
tidak kuat berdepan dengan kamu. Itu salah satu perkara yang tidak bisa aku
atasi. Tapi aku harus atasi..! insyaAllah, suatu hari nanti mungkin.
Aku tahu, kamu rasa bersalah dengan aku. Aku pula risau
seandainya rasa bersalah kamu itu berlarut hingga terjejas segala perancangan
kamu nanti. Jadi dengan cara ini aku harap rasa bersalah yang membeku dalam
hati kamu itu berkurangan hendakNYA. Tolong jangan malukan aku, cukup hanya
sekali…jangan sampai dua..! Hahahahaha…
Berdasarkan ayat diawal warkah ini, kamu mungkin lihat aku
kejamkan. Tapi sekejam-kejam aku, aku tak akan biarkan kamu, insan yang aku
terlalu jaga kebajikannya dan insan yang pernah merajai hati aku tersungkur
malu okay..! Kita ibarat cubit pipi kanan, pipi kiri pun terasa sakitnya. Jadi, malu kamu, malu jugalah aku. Jadi be cool dear…!
Tenang-tenang saja. Aku pemaaf orangnya, Cuma aku terkilan
dengan sikap kamu je. Apa boleh buatkan, semuanya berlalu, nak menyesal pun tak
ada faedah, makanya aku redho dan terima sajalah…itu lebih baikkan…
Cukup saja rasanya sampai disini, rasanya aku dah bebel
panjang untuk kamu, walaupun dalam hati ni Tuhan saja yang tahu.
Buat kamu, aku izinkannn…..
p/s : Menaip warkah ini sambil dengar LAGU INI....
Kata Hati : Mesti ada yang muntah hijau baca warkah ini kan…
.