Ahad, 12 Disember 2010

.:: Seiras | Peritku Telan Jua ::.

.



Assalammualaikum.


Di suatu majlis, anda terserempak dengan seseorang iras seseorang yang pernah merajai hati kalian.

Pernahkah kalian menghadapi situasi sebegini?

Jika pernah, bagaimana reaksi kalian?

Tergamam? Terkejut? Melompat keriangan? Menjerit gila-gila? Atau teringat kisah silam dahulu kala?

Jika kenangan itu adalah kenangan manis, sudah tentulah ianya indah-indah belaka. Hinggakan kalian hampir tidak tersedar bibir kalian sedang mengukir senyuman di saat mengimbas kembali kenangan dahulu kala.

Tapi jika sebaliknya, sudah tentu hati yang ceria boleh mendung atau ribut serta mertakan? Mana taknya, hati tengah ceria sokmo tiba-tiba akal dan fikiran di landa kenangan-kenangan sedih belaka. Perit bukan?

Mungkin pada mereka-mereka yang tidak punya perasaan mungkin tidak rasa apa yang aku perjelaskan di atas. Tapi pada yang peka dengan sesuatu hubungan tentu tahu dan memahami apa yang aku cuba sampaikan.

Aku tidak ada pengalaman bercinta, tetapi punya kesetiaan yang wujudnya hingga kini. Walaupun aku sedar dia sudah tentu bukan milik aku. entah kenapa aku masih mahu terus setia walaupun perit untuk aku laluinya.

Percayalah..!!

 
 
 Kata Hati : Masih Di Kampung. Alhamdulillah Selesai Walimatul Urus Fatin  & Asri.
 
.

Sabtu, 11 Disember 2010

.:: Awan Itu Sangat Cantik | Hobi Ketika Memandu ::.

.


Assalamualaikum.

Rasanya masih belum terlambat mahu mengucapkan Salam Maal Hijrah buat kalian semua. Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana di berikan kita kesempatan untuk merasai permulaan baru yang cukup sempurna dariNYA.

Syukran Ya ALLAH…!!

Haa.. Tentu kalian semua dah pasang azam masing-masingkan? Kalau sudah, Alhamdulillah.

InsyaALLAH, Di permulaan tahun baru yang mulia ni, sama-sama kita kuatkan semangat dan tingkatkan usaha demi matlamat kita. Dan jangan lupa mohon doa pada DIA insyaALLAH akan di permudahkan segalanya. Amin…!!!

Okeylah,lama aku tak update blog.huhuhu. sebenarnya untuk entry kali ini, aku nk kongsikan bersama hobi aku ketika sedang memandu.

Jom kita lihat gambar-gambar yang semulajadi cantiknya. Percayalah.




















Haa…amacam?? Cantikkan??


AWAS..!!

Jangan tiru gaya ini. Pastikan anda berhati-hati ketika mengambil gambar semasa memandu. Nanti tak pasal-pasal ke ICU…hohoho.

AWAN.

Ya..! Aku memang sukakan AWAN. Memuji kebesaran ILAHI Maha Pencipta yang sangat hebat. Membuatkan aku bagai di pukau pabila skrin di hadapan mata memaparkan awan-awan yang cukup cantik sekali.

Aku juga sangat suka tengok kepul-kepul awan yang nampak manis-manis gitu. Setiap kali memandu, terlihat awan yang cun melecun, pasti aku tidak lepaskan peluang.

Sehinggakan pemanduan aku sedikit terganggu jikalau kepul-kepul awan berarak di hadapan mata aku. SubhanaALLAH…!!

Sungguh cantik sekali. Percayalah..!!

Jadi inilah aku. Yang pasti keselamatan diri ketika memandu tetap di jaga. InsyaALLAH…!!

 
 
Kata hati : Berada Di Kampung Ketika Menaip Entry Ini :)

Ahad, 5 Disember 2010

.:: Aktiviti Hujung Minggu | Jalan-Jalan Cari Barang,Hadiah Dan Makan ::.

.



Assalamualaikum.


Bersyukur juga kepada Ilahi, kerana di berikan kita semua kesempatan untuk terus bernafas di dunia yang indah ini.

Syukran Ya ALLAH…!!

Hari ini sekali lagi aku kena tingkatkan tahap kesabaran setinggi-tinggi yang boleh kerana line berukband aku masih lagi di tahap yang kritikal.

Psstt..!! ikutkan hati, nak je aku humban kat longkang depan rumah ni..!!

Okehh..!!

Seawal pagi tadi, aku temani mak ke tesco membeli belah barang dapur. Sambil-sambil tu aku cuci mata jugalah mencari sesuatu yang boleh di beli untuk bakal pengantin. Bila lagi kan nak mencari, dah alang-alang keluar, usha-usha teruslah.

Bila dah usha-usha tu, adalah barang yang aku berkenan. Tujuan memang untuk di berikan kepada bakal pengantin, dan barang yang aku bekenan tu amat sesuai untuk mereka yang baru nak mendirikan rumahtangga.

Apa barang tu, biarlah rahsia, bagitahu kang dah tak surprise lagi dah…!! Tapi memang Sesuai Okehh..!! Bila dah berkenan tu, tak tunggu lamalah, terus masukkan dalam troli.

Fuhh..!! Lega,tak payah pening-pening dah. ^__^

Lepas je selesai membeli barang-barang dapur, aku dengan mak tak terus balik. Sebaliknya kami pergi isi perut dulu. Hohoho…lapo wehh..!!

Jadi langkah terus di panjangkan ke restoran makanan segera, bersebelahan dengan bangunan tesco tu, McDonald’s.


 Lapar Wehh...!!


Menu Yang Di Pilih. Nyum..Nyum...!!


Kali Ini Air Teh Menjadi Pilihan, Sebab Kopi Letak Gula 5 Peket Pun Still Pahit Lagi. Hohoho..!
  
Wahh..!! walaupun dah kenyang, tengok gambar boleh jadi lapo balik eyh..!! ( Dasar tuan tanah kuat makan…!!)


Hohoho..!!

Lepas Aktiviti Makan, aku dengan mak gegas teruslah pulang ke teratak. Sebab lepas ni ada aktiviti masak memasak di hujung minggu. Sambil-sambil tu aku kena uruskan kedai dobi sendirian berhad pulak.

Macam ni lah hujung minggu aku, kalau tak balik kampung, aku sibuk dengan aktiviti sendirian berhad. Hohoho..!!



Kata Hati : Terima Kasih Banyak Pada Si Pengacau Rendang Pagi Tadi, Kerjasama Anda Amat Di hargai. Lain Kali Boleh Tolong Lagi..  ^___^


.

Jumaat, 3 Disember 2010

.:: Bila Berukband Jatuh Sakit | Edit-Mengedit Berlaku ::.

.



Assalamualaikum


Aik..! sekali lagi tuan tanah tepek gambar sendiri.

Apasal?

Gila glamor dehh..!! Hohoho…!!

Haissshhh…!!

Hari ini memang kesabaran sangat-sangat di uji. Mana tak nya, time nak meng’online’kan diri, tiba-tiba pula line broadband menunjukkan kelakuannya yang beruk itu.

Adehh..!! Lembab sungguh. Tapi selamatlah aku sempat mengutip hasil tanaman dari ladang. Kalau tidak, rugi tahap cipan la jawabnya. Huhuhu… T_T

Di sebabkan line berukband tak berapa nak sihat, masa yang terluang tu, aku habiskan masa dengan mengedit gambar-gambar yang di ambil pada hari selasa hari tu.

Aku tak lah hebat atau pandai sangat dalam mengedit ni, sebab tu hasil yang kalian tengok di atas, ala kadar je. Ternyatakan, Tak sehebat kalian.

Aku mengedit ni sebab terlalu boring. Tak de kerja, edit-edit la mana yang ada…hehehe. n_n

Oh..ya..!! gambar-gambar di atas, aku bersama sahabat yang paling aku sayang…!!

 
 
Kata Hati : Ribuan Terima Kasih Pada Hans, Kerana Sudi Berikan Tunjuk Ajar. Terima Kasih Sahabat..!!
 
 
.

Khamis, 2 Disember 2010

.:: Tetamu Hati | Aini Al- Syahnas ::.

.

Rindu Aini.
*Sila abaikan muka tuan tanah yang makin membulat.. hohoho..!!




Assalamualaikum.


Eh..! tuan tanah awal-awal lagi dah tepek muka sendiri dengan budak kiut la..!


Apa motif?

Tak de motif apa laa…kalau tuan tanah tak letak gambar sendiri, sape lagi nak letakkan..hohoho.

Budak yang dalam gambar tu, namanya Aini Al-Syahnas. Bukan anak tuan tanah ye, tapi anak kepada sahabat tuan tanah.

Entah kenapa, di tengah hari ni, rasa rindu sangat dekat budak comel tu. rindu celotehnya, rengekan dia. Memang si Aini ni, banyak mulut. Ada saja yang di tanyanya. Baru beberapa jam kami sama-sama kuar ke pekan, aku mulai senang dengan dia. Begitu juga dia.

Bila aku ajak balik kerumah aku, tanpa di temani ibunya, mahu pula dia mengikut aku. tapi bila sampai rumah aku, dia senyum-senyum dan tak nak masuk. Bila tanya, kenapa Aini tak nak masuk? Jawapannya.

Aini malu.

Ketawa kecil aku mendengar jawapan dia.

Haiss..! senyum sorang-sorang aku bila ingat gelagat budak ni. Rindu sungguh..!!

Bila lagi mahu berjumpa entahlah. Kalau setakat duduk lain-lain taman perumahan tak kisah sangat. Tapi sahabat aku ni, menetap di Kota Kinabalu Sabah bah..!!

Nak berjumpa selalu tu, tak kesampaianlah. Cuma SMS dan Video call je la pengubat rindu.

Sabar  je lah... T_T





Kata Hati : Bandar Warisan Di Basahi Dengan Hujan Rahmat...Alhamdulillah...!!
 
 
.

.:: Sementara Atau Selamanya? ::.

.



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih boleh terus menulis di sini. Syukur padaNYA kerana di berikan kesempatan untuk semua ini.

Syukran Ya ALLAH.

Eh..eh..!!

Kalian perasan tak apa yang aku perasan?

Dah salin kulit baru eyh? Blog dah berubah wajah.

Kemajuan ke apa ni?

Bebenornya, sekadar mencuba. Sebab rasa bosan dengan warna yang lama. So, sajalah tuan tanah tukar sikit-sikit. Kebek-kebek di tengah malam yang hening sambil serangan tentera mukus tak henti-henti menyerang..! huh…!! Sangat mencabar.

Apa yang mencabarnya?

Tentulah, sebab aku takdelah pandai sangat nak gubah-gubah ni. Tak sehebat blogger-blogger yang lain. Jadi, dengan bebekalkan kehebatan yang ciput tu, inilah hasilnya.

Tapi kalian jangan lak tekejut, tup-tup..esok lusa aku tukar kembali pada asal. Hehehe.

Biasalah, bila ada sesuatu yang tidak kena di mata aku, aku tak teragak-agak mahu menukarnya semula. So, ini aku berani cakap, untuk tempoh bercubaan.hehe

Benda baru, nak terima susah sikit kan? itulah kehidupan.

Jadi, sementara atau selamanya?
ALLAHUALLAM.....!!


Kata Hati : Kepala Dah Berat, Minta Di rehatkan....!!

.