Rabu, 28 September 2011

.:: 30 Syawal 1432H | Rindu Ramadhan ::.

.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita di berikan kesemptan untuk terus bernafas dan menikmati setiap keindahan yang ada di muka bumiNya ini.

Syukran Ya ALLAH…!

Pejam celik, pejam serta celik kembali sedar tidak sedar kita sudah pun berada di hari terakhir di bulan Syawal bagi tahun 1432H. sekejap je masa berlalu. Terasa bagai semalam kita menjalani ibadah puasa kan? Tup-tup bulan Syawal pula nak meninggalkan kita.  

Apa yang pasti aku sentiasa rindukan Ramadhan. Rasa tak sabar pula mahu tunggu Ramadhan bagi tahun 1433H, InsyaALLAH.  Jika di panjangkan usia olehNYA, pasti kita dapat bertemu dengan Ramadhan dan Syawal lagi. Ataupun mungkin ini adalah Ramadhan dan Syawal yang terakhir buat kita?

Tak siapa tahukan? kecuali ALLAH..!

Dan sudah pastinya, sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini berlalu pasti ada tercalit kenangan indah serta pahit yang telah kita tempuhi kan?  Apa-apapun, sebagai hambaNya yang lemah, kita harus juga menghadapi walaupun perit untuk kita lalui. Sebab semuanya adalah pengajaran hebat buat kita semua.

Pengalaman mematangkan kita, pengalaman juga yang membuat kita lebih berhati-hati untuk terus menempuhi setiap dugaan hidup. Cuma bezanya pengalaman setiap individu berbeza-beza. Kalau samapun mungkin ini adalah satu kebetulan.

Jadikan pengalaman itu sebagai satu kekuatan dalam diri kita.Mahu tidak mahu, sebagai manusia biasa, hidup harus diteruskan. Apa-apapun, aku sentiasa doakan agar kita semua sentiasa dipanjangkan usia dan dilindungi Allah selalu hendakNya..insyaALLAH.


Kata Hati : Selamat Ulangtahun Kelahiran Buat Cousin Tersayang...!!!


.

 

Isnin, 26 September 2011

.:: Otak Jadi Sempit | Bila Aku Malas Membaca ::.

.

Assalamualaikum.

Syukran, kerana di berikan kesempatan buat kita bersemuka secara tidak langsung disini. Alhamdulillah, kehadrat Ilahi memberikan kita kesempatan semua ini.

Terima kasih juga buat kalian yang tidak jemu-jemu berkunjung ke teratak “Aku, Cinta Dan Cita-Cita” terima kasih ya semua. Mana yang tinggalkan jejak tu, insyaAllah jika di izikanNYA aku pasti akan menjenguk ke teratak kalian pula. InsyaALLAH.

Bila baca tajuk entry di atas, nampak sangat semenjak dua menjak ini aku makin atau lebih tempat makin malan mahu membaca. Secara umumnya, aku bukanlah seorang pembaca novel  yang tegar. Tetapi sekurang-kurangnya aku suka membaca.

Entah kenapa, akhir-akhir ini nafsu membaca aku hilang entah kemana. Bukan tidak punya bahan untuk dibaca,ada..! tapi langsung tiada nafsu untuk membaca. Macam mana tu? Haissshh..! Nampak macam tenat je kan?

Sememangnya ianya sudah tenatt..! hanya itu yang mampu aku ucapkan. Aku tak mahu pekara ini berlanjutan dan aku tak mahu aku terus hilang minat untuk membaca. Sebolehnya aku mahu sentiasa ada rasa mahu membaca dan membaca.

Dengan membaca otak tidak lagi rasa sempit mahupun terhimpit kan? Moga lepas menaip entry ini minat membaca itu datang dengan sendirinya..! InsyaALLAH….!



Kata Hati : Rindu nak masuk kedai buku, cium buku baru dan borong buku banyak-banyak..!


.

 

Jumaat, 23 September 2011

.:: Salahkah Saya ??? ::.

.
PERHATIAN: Nukilan  " Salahkah Saya " adalah hak milik blog
 http://www.cahayacita2.blogspot.com/
Sebarang penyalinan semula tanpa izin penulis akan diambil tindakan.
Salahkah Saya ??? 


Salahkah saya suka awak?

Salahkah saya sayang awak?

Salahkah saya rindu awak?

Salahkah saya cinta awak?

Salahkah saya percaya awak?

Salahkah saya lindungi awak?

Salahkah saya sanjung awak?

Salahkah saya kagum awak?

Salahkah saya kaseh awak?

Salahkah saya ambil berat pasal awak?

Salahkah saya hormat pada awak?

Salahkah saya jujur dengan awak?

Salahkah saya berkorban untuk awak?

Salahkah saya setia dengan awak?

Salahkah saya sentiasa ingat awak?

Salahkah saya gilakan awak?

Salahkah saya hanya ada awak?

Sayakah saya buat semua ini kerana awak?

Apa yang saya tahu,

Semua ini memang salah saya,

 Kerana tidak berterus terang dengan awak.

Serta

Salah awak kerana tidak jujur dengan saya….!


.
Kata Hati : Hanya sekadar penulisan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.
.

Selasa, 20 September 2011

.:: Mahu Tapi Malu | What Should I Do ? ::.

.

Assalamualaikum

Okey terus pada tajuk di atas. Mahu tapi malu. Kalian pernah berapa di situasi di atas? Di saat kalian mahukan sesuatu, tapi seiring itu jugalah perasaan malu itu menyelubungi diri. Apa kalian rasa? Oren? Anggur ataupun blueberry?

Yang aku pasti rasa ketidakpuasan hati itu sudah tentu merajai hati. Yelah, mahu tapi malu. Tak ke tidak puas hati namanya.

Mahu nih.! Tapi malu. Alahai..!

Susah nak jelaskan secara  bulatnya di sini. Pada yang faham dan tahu apa yang sebenarnya sedang aku lalui, kalian sudah tentu tahu.

Haisssh..! serius bukan senang aku terangkan, sebab aku malu. Dan bukan senang rasa ini datang.
Aku ada juga minta pendapat dari seorang dua sahabat, dan jawapan mereka adalah sama. Cuma aku je yang tidak berapa yakin lagi dengan diri sendiri.

Jadi, mungkin sekarang ni aku perlu kumpulkan segala keberanian mungkin?

Waaaaaa……!!! Apa yang harus aku lakukan ni? Mahu..tapi malu….dan malu tapi mahu..! Huhuhu…susahnya punya rasa takut..!



Kata Hati : Terima Kaseh Atas Pendapat Yang Telah Diberikan... :)


.
 

Khamis, 15 September 2011

.:: Cuba ::.

.


Assalamualaikum.




Seni itu luaskan?

Dan seni itu juga pelbagai serta halus.

Menulis juga adalah salah satu yang termasuk dalam bidang seni. Cumanya menulis ini memerlukan kerja keras yang sangat peka. jika tidak kita hanya boleh menulis, tapi hasilnya ala kadar sahaja. Adakalanya menulis menjadi mudah bila kita menulis berpandukan pengalaman sendiri mahupun orang lain.

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku buntu untuk mengerah idea. Sedangkan segala rasa itu penuh di minda. Cuma entah kenapa untuk megeluarkan menjadi butiran abjad yang mudah di fahami amat sukar sekali.
Mungkin ini adalah normal untuk minda yang terlalu penat.

Ya..!

Aku terlalu penat setelah apa yang dilalui.
Aku letih dengan dambaan yang aku berikan.
Aku bosan untuk terus menunggu.
Aku sedih kerana kejam pada diri.

Ya..!

Memang berat untuk aku luahkan. Benda yang sudah sebati dalam diri dan tiba-tiba aku terpaksa buang segala yang bersarang. Susah bukan?

Tapi entah kenapa baru sekarang aku sedar akan semua ini. Oh..! kejamnya aku..!
Buka mata, buka minda dan tidak cuba kejam pada diri sendiri lagi.

Sumpah..! di saat aku menaip segala butiran abjad untuk entry ini, aku gentar..! sama ada benar atau tidak keputusan yang aku ambil ini.

Dan harapnya ini adalah keputusan yang tepat..! Moga ALLAH memberi kekuatan padaku, dan sentiasa Memberi Rahmat ke atas kita semua…Amin..! 



Kata Hati : Still Learning.............!!!!!


.

.:: Tiga Suara | Beribu Sesalan ::.

.

Beribu Sesalan

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku…
.
Kata Hati : Tiba masanya aku adil pada diri...!
.

Jumaat, 9 September 2011

.:: Stacy | Kisah Dongeng ::.

.

KISAH DONGENG

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya 
Kisah dongeng saja



Kata Hati : Bait-bait lirik yang sangat mendalam serta bermakna.... hayatilah..!