Isnin, 31 Disember 2012

Terima kaseh Semua...!!





Alhamdulillah...Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izanNYA kita masih bernafas di bumi yang bertuah ini. 

Syukran YaALLAH....!!

Dan bersyukur juga kerana semalam selesailah segala debaran yang di nanti-nanti iaitu majlis pertama Hari keluarga bagi Blogger Geng Segar Follower di Melaka. 

Alhamdulillah, semuanya berlangsung dengan jayanya. Walaupun ada pekara yang tidak di ingini berlaku, tapi kemanisan pertemuan pertama julung kalinya berjaya menutup segala kepahitan yang ada. Kerjasama antara kita menambahkan lagi erat kekeluargaan yang ada pada kita.

Pada yang tidak dapat turut serta perjumpaan kali ni, jangan sedih ye, InshaALLAH kita minta Big Boss buat lagi tahun hadapan. Mungkin sebelum beliau berangkat Ke Korea...? Kalau ada, pastikan kita semua terlibat sama..InshaALLAH....

Untuk entry ni, aku nak cerita pasal buah tangan yang aku dapat dari keluarga GSF. Bayangkan, pergi satu beg, balik jadi berganda. Apapun, seronok sangattt..!




Ini hamper untuk cabutan bertuah. Memang tak sangka nama aku bertuah malam bersejarah tu. Big Boss yang cabutkan undi. Apapun, terima kaseh pada Big Boss dan Encik Matlin (Suami Big Boss) yang sponser semua hamper kita...! Terima kasehhh sangat-sangatt....!




Aku pasti mesti geramkan tengok beg comel dekat atas ni. Serius memang comel..! Disebabkan kecomelan tu, semalam waktu nak balik dari melaka aku dah rasmikan beg comel ni. 

Beg ni, aku dapat ketika pertukaran hadiah di buat. Setiap hadiah di tuliskan nombor, dan kami semua hanya perlu cabut undi saja. Aku dapat nombor 4. Dan hadiahnya tentulah beg yang comel tu. 

Dannn...tuan yang beri beg ni juga comelll sangat tau...! Siapa lagi kalau bukan Blogger Deqla. Apapun, aku memang suka sangat dengan beg comel ni. Terima kaseh tak terhingga buat Deqla..Nur sukaaa sangattt.....! 




Selain dua hadiah pertama, ada juga tau dapat cenderahati dari blogger-blogger lain. Kira tak sangkalah malam tu betul-betul murah rezeki. Mana tak berganda bila balik Taiping...Heeee....

Yang pertama tu, dari Big Boss. Sampai 3 keychain kami dapat tau. Dua dari Bandung dan satu lagi dari Tanah kelahirannya Sabah. Selain tu ada bawal hijau peach, klip comel dan kad ucapan yang comel. Perasaan tentulah happy...! Terima kaseh banyak-banyak ya Mama..! Nur rindu dan sayang mama.....! #Serius rindu nak peluk mama lagii...!

Yang kedua itu pula, pemberian dari Mama Cute, siapa lagi kalau bukan Blogger Lela. Ada tiga barang yang  Kak Lela beri. Kotak hiasan, pen dan ketip kuku. Untuk pengetahuan Kak Lela, Nur dah juga kotak hiasan tu. Nur letak brooch...heeee.. Apapun, terima kaseh tak terhingga buat Kak Lela dan rindu Akakkkk...!

Ketiga itu pula dari Blogger M . Keychain berbentuk kipas dan minyak gamat dari Langkawi. Macam biasa, Keychain tu, Nur simpan. Sayang nak pakai..! Minyak gamat tu, Nur letak dalam beg kerja. Sebab senang nak bawa mana-mana. Kalau ada kecederaan tiba-tiba sangatlah berguna tau minyak tu. Terima kaseh ya Kak M...dua hari dua malam kita di sana. Macam-macam kita tempuh. Seriua nur tak akan lupa...Rindu dan sayang juga kak M dan Khalish...Rindu aduiii dia..hahaha..! #Minyak gamat sangat berkesan tauuu..terbukti pada diri sendiri dan kucing Nur, bulat...!

Dan yang ke empat tu pula sepasang brocch yang sangat cantik. Macam tahu je kan Nur sekarang nak kumpul brooch. Jadi inshaAllah brooch ni, nur akan simpan baik-baik. Dan Nur akan pakai dengan bawal yang Mama Arina bagi. Oh ya..! Brooch ni dari Blogger Ai. Terima kaseh Ai..! Sama macam Kak M, Kenangan kita bersama memang tak akan di lupakan. Dua malam tidur dengan Ai..bangun pagi tadi, tengok Ai dah tak de...Lupa bukan di Melaka dah..huhu...akan rindu Ai....! Sayang Ai jugakkk....!!

Oh ya..! Nampak tak Keychain strawberi tu..? Walaupun tak dapat join, tapi sempat lagi dia kirim cenderahati buat kami semua di Melaka. Terima kaseh tidak terhingga juga buat Blogger Dya. Dan atas kesempatan ini Nur ucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Mama Dya ya..! Dan Waniey juga ada kirimkan hadiah untuk cabutan bertuah. Dapat dekat big boss tau hadiah waniey tu. Apapun terima kaseh sekali lagi... Sayang Dya dan Waniey juga..!

Dan aku juga sayang dengan Family GSF yang lain....Walaupun kita belum lagi ketemu, tapi ukhwah persaudaraan antara kita akan tetap kekal selama-lamanya...InshaAllah....! Sayang korangggg semua...!

Nak tahu apa aktiviti kami di Melaka...? Boleh terjah blog Ayu di entry [INI] . Silaaa...jangan malu-malu...!


Kata Hati : Siapa ada gambar game getah asmara...?? 
.

Dalam hati Ada Taman | Episod 10





Judul : Dalam hati Ada Taman.
Masa : 31 Dec 2012 | 9.00malam -10.00malam.
Chanel : Astro Ria ( 104 )

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 10 ]



Sinopsis Episod 10:
Tempoh seratus hari hampir tiba ke penghujungnya. Bella ingin menemui Randi tetapi hampa apabila mengetahui  bahawa Randi sudah meninggalkan Malaysia.

Pada yang terlepas menonton episod-episod lepas, boleh terus ke link di bawah ini:

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 1 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 2 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 3 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 4 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 5 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 6 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 7 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 8 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 9 ]


Kata Hati : 
Alhamdulillah...Gathering GSF Di Melaka selesai dengan jayanya...
Yang pasti Nur akan terus merindui korang semuaaaaaa...!
Rindu serindu-rindunyaaaaa...!
.

Jumaat, 28 Disember 2012

Tazkirah Jumaat | Rezeki



Sumber : Google


Sesukar manapun, kalau ADA REZEKI
InshaALLAH tetap ada..
Semudah manapun, kalau TIDAK ADA REZEKI,
Walau depan mata pun belum tentu milik kita....

Renung-renungkanlah..!


Kata Hati :
 InshaAllah, lepas zohor akan gerak ke Melaka. 
Doakan Nur, Ai , Kak M dan Khalish selamat sampai ke destinasi ya..!
Family GSF yang terlibat...Kami tunggu di sana..!
.

Khamis, 27 Disember 2012

Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun






Follower Terkini : 



Target Follower :



Tarikh Tutup : 
29 Disember 2012.

Nak Join...?
KLIK BANNER..!


Kata Hati : Siapa belum join..ayuhhh join..!
.

Terima Kaseh MV....





Pertama , mohon maaf sangat-sangat pada pengirim sebab nur lambat up entry pasal ni. Sebenarnya, brooch ni sebenarnya selamat sampai minggu lepas. Jadi minggu ni, baru berkesempatan aku nak up entry.

Rata-rata keluarga GSF sudah pun terima cenderahati comel inikan. Datangnya nun jauh dari Sabah. Pengirimnya pula ibu muda kepada 3 cahaya mata yang comel sekali..!

Siapa lagi kalau bukan Ms. Velentine. Ribuan terima kaseh Nur ucapkan pada MV. Comel sangat brooch tu. Tak sangka Nur pun dapat juga.. ^__^

Maaf ye MV, sebab Nur lambat up entry pasal ni. Nur belum ada lagi baju warna peach. Bila ada brooch, bolehlah beli baju warna peach....

Apapun, Nur ucapkan terima kaseh sekali lagi pada MV. Pada yang mahu berkenalan dengan MV, kalian bolehlah terjah ke Blog ALL Abaout Love . MV ni baik tahu orangnya..!

Jangan lupa terjahhhh...!



Kata Hati : Tiba-tiba hati mendung ni..!

.

Rabu, 26 Disember 2012

Wordless Wednesday #38






Kata Hati :
Damia in the showroom...!!
Rindu ini budak laaa..
Hari tu tak puas buli..Heeee..
Bila nak jumpa lagi entahlah...


P/s: Kepada ibu Damia, tolong rajin-rajin singgah dekat aku ye..! haha...
.

Selasa, 25 Disember 2012

Ayam Penyet Dan Bakso





Selamat bercuti pada yang cuti. Ada sesiapa tak yang sedang berkerja..? Kalau ada kita geng..! Heeee.... 
Memandangkan hari ni cuti bagi kalian yang sedang bercuti, jadi aku nak tayang sikit gambar makanan. 

Makanan yang mula-mula untuk entry ni namanya Nasi Ayam Penyett..! Baru makan sabtu lepas di KLCC. Saja nak merasa. Sambal tu, teramatlah pedasssss..! Terasa terbakar lelangit dibuatnya. Serius tak habis pun aku makan, sebab pedas bangett..! Jadi sesiapa yang sukakan pedas tu, bolehlah cuba..

Dan saja nak serkap jarang, sebelum makan laju aku hantar pic di atas pada orang jauh. Sama ada dia tahu atau tidak makanan yang aku makan tu. Tekaannya tepat...! Kira rupa ayam penyet yang aku makan dengan yang sana. Cuma di sana ada dua jenis. Satu ayam itu dimasak dengan kicap. dan satu lagi seperti gambar di atas.




Dan hari ahadnya pula, adik bawa kami makan bakso yang pembuatnya memang asli dari Indonesia. Sebelum ni aku pernah makan bakso di Taiping tau. Nak bandingkan rasa bakso di atas ni, memang lain. Sebab bebola daging tu, memang terasa segarnya..!

Bakso ni ada sambal khas tahu. sambal tu punyalah pedas macam sambal ayam penyet tu. Sekali lagi terasa macam terbakar lelangit bila makan. Tapi aku teruskan juga sebab sup bakso ni sedap hokey..! 

Lepas habis ngapp, macam biasa aku hantar gambar dekat orang jauh. Katanya rupa bakso yang aku makan, memang serupa yang ada di sana. Tapi adakah cilinya memang pedas sangat-sangat..? Katanya tidak enak kalau tidak pedassss...! Tapi seriuslah, memang sedap walaupun pedasss..!

Sesiapa yang duduk area Dengkil, bolehlah cuba bakso ni. gerainya terletak betul2 berdekatan dengan lampu isyarat. Nama gerai itu lupa pula. Heeee...tapi yang pasti selain bakso ada lagi masakan Indonesia yang lain. 

Pssttt..orang tu pun dah mula nak makan masakan melayuuuuu....Adehhh..!



Kata Hati :
Entah bilalah aku nak cuba buat bakso nii....huhuhu...
.

Isnin, 24 Disember 2012

The Secrets Of Leonerz Dan Karukord Jagau



sumber google


Alhamdulillah, dipermudahkan semuanya. Dalam 12 lebih malam tadi baru sampai Taiping. Bila dah sampai tu jangan haraplah nak rehat-rehat teruskan. Pekara pertama masuk semua baju-baju kotor dalam mesin. Ini penting, sebab minggu depan InsyaAllah aku akan ke Melaka pula. Kalau tak basuh segera, tak ada bajulah nak pakai..!

Sementara tunggu mesin basuh menamatkan pusingannya, aku kemas ala kadar je sambil tu BBM sahabat nun jauh di sana serta yang terlibat tentang ketibaan kami di rumah dengan jayanya. Lepas tu, batery terus king kong kata Deqla... Hahahaha..!

Percutian 2 hari 2 malam kali ini cukup beri kesan yang manis. Walaupun ada sedikit rasa ralat kerana tidak dapat memenuhi kehendak hati. Dapat bertemu 2 orang rakan blogger dari Geng Segar Follower (GSF) cukup mengembirakan. Cuma sedikit kesal dengan masa yang sentiasa mencemburi. Memang nak sangat jumpa Blogger Mama Mia. Tapi keadaan tidak mengizinkan. Nur mohon maaf sangat-sangat kak..InshaALLAH..kalau Nur kesana lagi, kita jumpa.

Mungkin ada warga GSF sudah tahu, blogger mana yang aku jumpakan. Tapi apapun, aku tetap nak up entry juga. Dan kalian yang belum tahu, bila baca tajuk entry ni tentu sudah tahu dengan siapa aku jumpakan..kan..kan...! 




Yana Libra, salah seorang pemilik blog The Secret Of Leonerz . Aku percaya, rata-rata warga GSF kenal dengan Yana Libra kan...? Kalau tak kenal, silalah cubit pipi kalian sekuat mungkin okeyh..!! 

4 hari sebelum gerak ke Putrajaya, aku memang ada risik-risk Yana. Dalam duk risik-risik tu, terlupa pula nak ambil nombor telefon masing-masing..Haishhh...! Selamatlah Deqla ada. Dia yang tolong berikan nombor phone aku dekat Yana. #Terima Kaseh ye Deqla...!

Petang lepas Yana Kursus kahwin baru Yana sms. Dan bermulalah perancangan kami mahu berjumpa. Kebetulan masing-masing sibuk ketika tu. Yana di sana, aku pula di situ. Dan waktu itu jugalah bateri handphone kingkong..!

Tapi tak bermakna aku terus putus asa. Tetap mencari ruang dan peluang untuk berjumpa. Walaupun tengah malam..! Dan akhirnya, lebih kurang pukul 11.25 malam, baru Yana sampai hotel yang aku menginap.

Bersaksikan bulan dan kapal terbang yang duk lalu lalang atas kepala, akhirnya dapat juga aku kenal pemilik blog TSOL . Sangat bertuah sebab dapat jumpa Yana Libra . Kalau sebelum ni selalu singgah di blog dia je. Tapi malam tu, dapat kenal terus. 

Lama juga kami borak, sedar-sedar dah pukul 12 lebih. Tapi maaf lah ye, tak ada gambar kami berdua. Aku hormat hak Yana. Cukuplah sekadar kenangan di minda kami berdua. Dan apa yang boleh aku katakan, Yana kamu sangat sweet..!

Pada yang join Gathering ke Melaka hujung minggu ni. InshaAllah, mungkin Yana akan join. Jadi bolehlah kita berkenalan dengan lebih erat lagi. InshaALLAH. 




Karukord Jagau's . Blogger kedua yang aku jumpa. Dan kalau ada warga GSF yang tak kenal dengan pemilik blog yang kaya dengan acah mak labu ni, tolong ya...terjun dengan luncai dan lelabunya. Lepas tu kasi cubit pipit kalian tu ye..! Hehehehe.

Macam Yana juga, aku memang ada risik-risik dengan KJ kata nak jumpa. Walaupun ada rasa segan tapi cuba jugalah nak jumpa kawankan. Dan aku fikir aku je kot segan. Tak sangka dalam rock-rock KJ dia pun kata segan lorrr.... Adehhh...!! Tapi dalam segan-segan tu, KJ datang juga jumpa aku tau. Wa respek lu bro..! Hahahaha...

Adik aku, memang tak berapa tahu sangat jalan Klang. Aku pula lagilah buta jalan. Jadi KJ sendiri datang ke Apartment Sri Ayu, rumah makcik aku. Kalau KJ tak datang, mungkin tak berjumpa kot. Pukul 12 lebih, KJ sampai dekat kawasan rumah makcik aku. Kami lepak kedai mamak. Sebab kata KJ kalau tak lepak dekat makan dia akan jadi bisu terus..! Hahahahaha...

Serius memang pak lawak betullah KJ ni. Tapi sepanjang borak-borak tu tak ada pula cerita pasal acah mak labu. Aku pun lupa mau tanya daaa....Hehehee...Dan rasanya ini pertama kali blogger lelaki yang aku jumpa. Apapun memang lawaklah KJ ni. Pastikan anda masuk maharaja lawak tahun depan. 

Oh yaa..gambar KJ ada. Tapi tak diletakkan di sini ya. Cuma telah di sebarkan di group wassup je. #KJ jangan marah naa...Hahaha....

Apapun, terima kaseh tak terhingga pada Yana Libra dan Karukord Jagau's sebab sanggup susah payah datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa Nur. Moga ukhwah persahabatan ini kekal terjalin sampai bila-bila...Ameen..!


Psstt..Panjang gila entry ni kan....!


Kata Hati :
 Nur minta maaf sangat dengan Mama Mia.InshaAllah kak,
 Suatu hari nanti kita pasti ketemu jua..
.

Dalam Hati Ada Taman | Episod 9





Judul : Dalam hati Ada Taman.
Masa : 24 Dec 2012 | 9.30malam -10.30malam.
Chanel : Astro Ria ( 104 )

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 9 ]


Sinopsis Episod 9:
Amy menasihati Bella untuk tidak mengecewakan kedua-duanya dan berterus terang. Masa semakin suntuk untuk Bella membuat pilihan. Sam menemui Randi secara rahsia.

Pada yang terlepas menonton episod-episod lepas, boleh terus ke link di bawah ini:

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 1 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 2 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 3 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 4 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 5 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 6 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 7 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 8 ]


Kata Hati : Masih penatttt...!
.

Sabtu, 22 Disember 2012

Kesepian By Dygta | Lirik Lagu






Kesepian By Dygta.


Kurindu disayangi
Sepenuh hati
Sedalam cintaku
Setulus hatiku

Kuingin memiliki
Kekasih hati
Tanpa air mata
Tanpa kesalahan

Bukan cinta
Yang melukai diriku
Dan meninggalkan hidupku
Lagi

Tolonglah aku
Dari kehampaan ini
Selamatkan cintaku
Dari hancurnya hatiku
Hempaskan kesendirian
Yang tak pernah berakhir

Bebaskan aku
Dari keadaan ini
Sempurnakan hidupku
Dari rapuhnya jiwaku
Adakah seseorang
Yang melepaskanku
Dari kesepian ini

Bukan cinta
Yang melukai diriku
Dan meninggalkan hidupku
Lagi

Tolonglah aku
Dari kehampaan ini
Selamatkan cintaku
Dari hancurnya hatiku
Hempaskan kesendirian
Yang tak pernah berakhir

Bebaskan aku
Dari keadaan ini
Sempurnakan hidupku
Dari rapuhnya jiwaku
Adakah seseorang
Yang melepaskanku
Dari kesepian ini

Adakah seseorang
Yang melepaskanku
Dari kesepian ini   




Nota Hati: Adakah seseorang yang melepaskanku dari kesepian ini...? One day...InshaALLAH....


ENTRY INI | AUTOPUBLISH.


Kata Hati :
 Entah kenapa, pertama kali dengar lagu ini, terus tersentuh...
Cengeng tak sayeee....?
.

Jumaat, 21 Disember 2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ibu Qalief





Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan waniey...!
Allah selamatkan kamu....

Entry khas buat Waniey, pemilik Blog It's st0ry Time ≧◔◡◔≦  . 




Tanggal 21.12.12 . Hari ulangtahun kelahiran salah seorang dari ahli GSF
Atas kesempatan ini, Nur ingin ucapkan...

Selamat ulangtahun kelahiran Nur ucapkan. Selamat menempuhi usia baru. 

Dan Nur doakan, moga wanie dipanjangkan usia, 
dimurahkan rezeki, ceria dan berbahagia selalu 
dan sentiasa di dalam lindunganNYA..
Ameen...!

Dan mohon jutaan kemaafan, sebab rompak pic Waniey.
Jangan marah ye Waniey...!

Pada yang belum kenal Waniey, Jom terjah ke teratak beliau...
Di It's st0ry Time ≧◔◡◔≦


Entry ini AutoPublish | Nur dalam perjalanan Ke Putrajaya....!



Kata Hati : Doakan Nur selamat sampai ye... ^__^
.

Tazkirah Jumaat | 3 Perkara



Sumber : Google.



Kata Hati : 
SubhanaALLAH....
Untungnya wahai wanita...
ALLAH bagi jalan mudah untuk kesyurgaNYA...
Kita cuma tinggal, laksanakan je...
.

Khamis, 20 Disember 2012

Tahu Gejrot





Selamat hari khamis. Jangan kerut dahi, sebab hari ini entry makanan lagi. Kalau kerut dahi pun mungkin sebab tak pernah tengok makanan ni di Malaysiakan..?

Kalau ada jual di Malaysia ni, tolong beritahu. Mungkin satu hari nanti boleh cuba rasa yang original. Sebab yang aku buat ni, bukanlah resepi original. Sebab aku sekadar mencuba dengan bahan yang ada dirumah.

Pada yang tidak tahu, nama manakan ini adalah Tauhu/ Tahu Gejrot. Tahu gejrot adalah makanan khas Cirebon, Indonesia. Tahu gejrot terdiri dari tahu/tauhu yang sudah digoreng kemudian dipotong agak kecil lalu dimakan dengan kuah khas.

Pertama kali aku buat tahu gejrot aku cepat-cepat ambil gambar dan terus hantar kepada sahabat yang jauh nun disana. Saja mahu suruh dia teka. Dan tak sangka tekaanya tepat dengan apa yang aku mahu hasilkan. #bangga kott..!

Kiranya rupa dari  hasil air tangan aku, sama seperti yang asli disana. Komennya cuma tidak perlu letak bawang dan cili api terlalu banyak. Dan tidak perlu letak bawang goreng. #Bawang goreng sekadar hiasan sebenarnya aku kan suka hias bagai..!

Inilah gambar yang diambil sewaktu mula-mula buat tahu gejrot...tadaaa.....!




Cubaan pertama aku buat memang berebut yang mencuba. Dan respon ahli-ahli dalam rumah memang memberangsangkan. Kira sedaplahkan..! Cukup rasa masam, manis dan pedas..!

Kali dua aku buat waktu rumah dipenuhi dengan 3 buah keluarga. Apalagi, sambil duk borak-borak kosong tu, aku hidangkan 2 pinggan tahu gejrot ni. Sekelip mata licinnn...! Ramai yang puji sedappppp....hirup kuah bagai....!

Sejujurnya aku memang tak tahu rasa asal tahu gejrot ni. Bila rujuk dengan sahabat dari sana, katanya ada rasa masam, manis dan pedas. Kalau ikut apa yang dia cakap, kira menjadilah tahu gejrot aku ni. Sebab cukup rasa kesemuanya.

Tapi bila tengok resepi asal dari google, nampak macam kuah yang aku buat tak cukup bahan. Cuma yang pasti kuah asli untuk tahu gejrot ini pasti lagi sedap, sebab resepi asalnya menggunakan gula melaka. Tapi aku hanya guna gula perang je.

Nantilah ingat nak cuba buat guna gula melaka pula. Tentu rasanya beda dengan yang sekarang ini. Tapi kena tunggu mood rajinlah...Heeee.. ^__^ .

Rasa macam dah panjangkan entry ni. Cukuplah sampai disini. Nanti ada masa aku up resepi tahu gejrot versi asal dan versi aku. #Kalau ada permintaanlah, tapi kalau tak ada pun aku up jugakk.. :p



Kata Hati : Nak buat bakso tak lepas-lepas ni....!
.

Rabu, 19 Disember 2012

Wordless Wednesday #37





Kata Hati :
Air tangan orang malas, 
Nasi putih, ayam kunyit dan udang black paper...

Apapun, Alhamdulillah...
Ada juga rezeki untuk dimakankan..

Psst...terliur dak..?
Heee..... ^__^


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT PEMILIK BLOG 
Nanieybarnieylurviey..!
Semoga Dipanjang umur, dimurahkan rezeki dan 
sentiasa dilindunginNYA selalu..
Ameen..!
.

Selasa, 18 Disember 2012

Tidak Lama Lagi...



Ehsan Google


Lagi beberapa hari saja lagi kita semua akan melangkah ke tahun baru 2013 kan..! Pantas betul masa bergerak. Pejam celik, pejam celik kita dah pun berada di hujung tahun 2012.

Pada yang rasa kita masih di pertengahan tahun, hello..! sila buka mata seluas mungkin ya…!

Okeyh, sehingga jam ini sepanjang 2012, apa pencapaian yang telah kalian kecapi..?

Secara rumusannya, adakah kalian berpuas hati..?

Atau..masih ada pekara-pekara yang belum kalian kecapi..?

Susahkan nak jawab soalan ni walaupun dalam hati. Sedang menaip entry ini aku juga sedang mengira-gira apa yang aku lakukan sepanjang tahun ini..

JUJUR, masih banyak yang belum dapat memuaskan hati aku ini. Kalaupun masih punya waktu untuk aku merealisasikan apa yang terkandas. Tapi rasanya mustahil….

Tapi keadaan ini tidak sesekali mematahkan semangat yang kian hilang. Sebaik mungkin aku akan cuba memperbaiki diri. Kena ingat, pengorbanan itu penting..! #Ya..aku berkorban demi kamu…!

Dan…tahun yang akan tiba tidak lama lagi ini, adalah tahun yang sangat mencabar hati dan perasaan aku mungkin..!

Sebolehnya aku tidak mahu hadapi atau apa sajalah yang berkaitan dengan tahun hadapan. Tapi, aku Cuma manusia biasa yang memang tidak akan boleh lari dari pekara-pekara yang berkait rapat dengan hidup aku.

Walau bagaimanapun, sekarang sudah tiba masanya tanam azam baru atau lama yang belum tercapai, jangan malu untuk terus berazam, mana tahu depan kita dapat merealisasikannya..InshaAllah….

Dan, apapun azam kalian yang belum tercapai, yang penting tolong jangan mudah putus asa. Kita pasti mampu…! Pasti boleh…InshaAllah….!

Chaiyokkkk..!



Kata Hati : Azam aku tahun depan aku tak mahu borosssssss…!
.

Isnin, 17 Disember 2012

Dalam Hati Ada Taman | Episod 8





Judul : Dalam hati Ada Taman.
Masa : 17 Dec 2012 | 9.30malam -10.30malam.
Chanel : Astro Ria ( 104 )

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 8 ]



Sinopsis Episod 8:
Danial terus berusaha untuk memiliki hati Bella dan buktikan cintanya lebih daripada Randi. 
Dalam kebingungan membuat pilihan, Bella didesak Amy memilih Danial.

Pada yang terlepas menonton episod-episod lepas, boleh terus ke link di bawah ini:

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 1 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 2 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 3 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 4 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 5 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 6 ]

[ Tonton Online | Dalam Hati Ada Taman | EPISOD 7 ]


Kata Hati : Selamat menonton...!
.

Sabtu, 15 Disember 2012

Sebelah Jiwaku By Jaclyn Victor | Lirik






Sebelah Jiwaku By Jaclyn Victor


Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur oh, oh
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanyaku yang bisa mengubah arah hidup

Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya oh, oh
Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula

Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa oh, oh, oh
Kini ku berani lebih berdikari yeah, yeah, yeah

Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku oh

Bernyawa dengan sebelah jiwaku
Bernyawa dengan sebelah jiwaku


Kata Hati : 
Pada yang sedang kecewa, 
Cuba ambil kata-kata dari lagu ini sebagai semangat..!
Caiyokkk...!
#pesanan untuk diri sendiri juga.. ^__^
.

Jumaat, 14 Disember 2012

Tazkirah Jumaat | Jihad



SUMBER : Google ( Link tu tak dapat dikesan)



Kata Hati :
Tidak kiralah nafsu apa sekalipun,
Selagi kita pertahankan 
Selagi itulah jika berjihad ke arah kebaikan
InshaAllah...
.

Khamis, 13 Disember 2012

Roti Roll





Mood ni ada masa-masakan. Kalau rajin tu, rajin sesangat...! Tapi bila masa malasssssss...Ya Ampun...malasnya teramat malas..! Pernah alami tak..? Tentu pernahkannn....tipulah tak pernah.

Tapikan, kalau bab makan ada juga ke yang malas eh.? Yaaa..adakan..! Malas buat, tapi makannya nak...betul tak..? Tapi kalau disuruh makan pun malas, haaa..itu tak tahulah  nak di kategorikan apa. Hehehe.

Okay hari share menu santai. Walaupun nak buat tu macam leceh, tapi bila kita masak dengan hati yang gumbira, terus jadi seronok dan rasa mudah sangat nak menyediakannya. 

Roti roll nama di beri. Oh ya..! Sebelum tu, kalian di nasihatkan sediakan dulu bancuhan tepung tu ya. Cara bancuhan tepung senang je. Tepung gandum dan garam secukup rasa. Nak tambah telur boleh, tak nak tambah pun boleh. 

Dan yang penting, bancuhan haruslah di bancuh dengan ais kosong yang sejukk..! Bila siap, simpan dulu dalam peti sejuk. Bertujuan untuk menranggupkan dan tidak serap minyak..!

Kemudian, ambil roti, leperkan letak sedikit inti dan roll.  Kemudian bila dah siap semua, celupkan roti yang sudah di roll kedalam adunan tepung tadi. Goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing..!

Dan hasilnya....Taraaaaa...!!




Terlebih rajin, buat dua inti, satu inti sayur bermayonis. Satu lagi inti sardin. Bila dah siap, hidangan sedia untuk di ngap..! Nak pula makan cicah dengan sos kegemaran. Memang menyengatlah..!

Sesuai untuk minum petang. Malam atau pagi pun sesuai. Yang penting ikut kehendak hati masing-masingkan..!


Kata Hati : Aku suka  memasak, tapi kadang-kadang aku malas memasak...errr...boleh gitu..?
.

Rabu, 12 Disember 2012

Wordless Wednesday #36




"Sebaik saja kamu terima lafaz nikahnya, kamu menanggung segala sesuatu terhadapnya, kamu bertanggungjawab pada dosanya, atas kesejahteraan hidupnya, atas nafkah zahir dan batinnya"

: 12.12.12 : 
Selamat pengantin baru buat kakak kepada 
Blogger Deqla yang akan melangsungkan pernikahan 
pada hari ini (lepas Isyak).  
Moga berbahagia sampai Jannah Nur ucapkan..! :


Kata Hati : 
Terima panggilan dari nombor yang tidak dikenali jam 4.29pagi..!
Bukan tak mahu jawab..Tapi takut sebenarnyaaa...Heee.. :)
Apapun, terima kaseh sudi misscall...
Lain kali call sejam awal ye..!
.

Selasa, 11 Disember 2012

Penagih Rindu



PERHATIAN Nukilan "PENAGIH RINDU" adalah hak milik 
http://cahayacita2.blogspot.com/
Sebarang penyalinan semula tanpa izin penulis akan di ambil tindakan


p/s: Nukilan ini sudah terperap di dalam draf lebih dari 2 tahun.



PENAGIH RINDU


Aku adalah penagih,
Penagih rindu diufuk sepi,
Merangkak dalam kegelapan hati,
Mencari kerinduan yang kian menghilang.

Dicelahan lorong – lorong sepi
Terkapar – kapar aku sendirian
Menggelepar dalam lautan kesepian
Sedaya mengapai tepian yang ada
Demi mencari sekelumit rindu.

Menagih aku pada mereka
Bagi mendapatkan rindu yang pergi
Tiada siapa yang mahu memandang
Derita aku seorang penagih rindu
Ibarat mimpi yang tiada penghujung.

Hari esok menanti gundah
Menagih rindu yang kian alpa
Kemelut rasa kian menggila
Mengalir dalam hati yang berbelah dua
Terus mengharap rindu kembali di sisi.


Kata Hati :
 Nukilan ini hanya pernah disiarkan di laman Aksara Keraian 
2 tahun yang lalu....Dan sekarang hanya tinggal kenangan terindah.....!
.