Selasa, 30 April 2013

Aku Yang Kau Tinggalkan | Review Novel



759 Halaman

Assalamualaikum.


SINOPSIS BELAKANG BUKU :

Ikatan perkahwinan di antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Dalam tempoh menjaga Zaril Ihkwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik sahaja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zarikl Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan dari masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.

Apakah rahsia yang dipendamkan itu…?

Jeng..jeng..jeng...!! <---Ini aku tambah yee...Hahaha

_________________________________________________________________________________________________ 

ULASAN AKU :

Bagi aku buku ni best, walaupun kadangkalanya seperti membaca buku pelancongan dari Itali. Sebab dalam novel ni banyak jugalah bercerita mengenai tempat-tempat menarik di Itali. Aku syak, menulis ni mungkin pernah menetap di Itali.

Apa yang menarik bagi aku selain dapat berimaginasikan negara Itali yang begitu sarat dengan barangan berjenama, adalah kesetiaan Nia Athirah. Akibat Zaril termakan hasutan Puan Halida, mamanya sendiri, Nia terus membawa diri tanpa arah tujuan. Walaupun sudah bertahun dia meninggalkan suaminya, tapi rasa kasih dan sayang pada suaminya masih seperti dulu.

Buktinya, apabila pertemuan dengan Zaril Ikhwan sewaktu menjadi jurubahasa kepada pelawat dari Malaysia. Walaupun ada dendam yang bersarang dihati mereka, tapi masing-masing tidak pernah mengasari antara satu sama lain. Maksud aku bila diorang gaduh kea pa, tak adalah panggil nama yang tak elok. Kira tak adalah hoii-hoii, kau-kau, atau hoii bodoh tak adaaa….

Bila baca novel ni, Cuma satu sebab je yang buat aku rasa macam lempang dua-dua watak. Nak tahu sebab apa..? Sebab Nia dan Zaril ni dua-dua EGO..! Mana tak nya, masing-masing saling memerlukan, tapi masing-masing pendam perasaan. Aku yang baca pulak duk suruh diorang luahkan, terlebih overlahkan..!

Nia pula, senyap je bila suami dia tuduh macam-macam. Aku faham sebab Nia sedang sembunyikan sesuatu daripada Zaril, tapi janganlah diam bila Zaril tuduh Nia bersedudukan dengan lelaki bukan muhrim. Macam-macalah Zaril kata, tapi Nia membatu diri je. Aku pulak yang rasa nak pergi lempang Si Zaril tu. Grrr… <-- Ayat aku, over kemain..!Hahaha

Nia sebolehnya tidak mahu Zaril tahu apa pemyebab dia tak balik Malaysia. Al-maklumlah, sebelum berkahwin Nia dah tandatangan satu surat akaun yang Nia akan hilang segala hak sekiranya penceraian berlaku keatas mereka. Kira Nia memang bersikap EGO habislah tentang perasaan dia semata-mata mempertahankan hak dia.

Macam yang aku cakap, betapa tingginya EGO yang ada pada Zaril dan Nia , sampai boleh buat aku mengeluh sambil membaca. Zaril, lelaki yang kononnya hensem, bergaja dan berkerjaya, lagilah susah nak luahkan isi hati. Nia pula sebab rahsia dia. Haisshh…memang egolah..!

Macam biasa, pengajaran yang aku dapat dalam novel ni, jangan terlalu EGO. Kalau kita sayang pada seseorang tu, mengaku sajalah. Tak payahlah disebabkan EGO nak pendam tanpa luahkan, bila dah melepas baru nak menyesal memang tak ada guna dah la kan.!

Selain EGO, tolonglah jangan bersikap cemburu buta pada isteri atau suami. Bahaya tau bila ada penyakit cemburu buta dalam perhubungan suami isteri. Boleh cemburu, tapi berpada-padalah. Jangan keterlaluan.
Okaylah sampai sini sajalah. Pada yang sukakan novel, boleh dapatkan novel “Aku Yang Kau Tinggalkan” dekat mana-mana kedai buku berhampiran kalian ye.



Kata Hati : Sekarang ni aku sangat-sangat biziiiiiiiii.....
.

Isnin, 29 April 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Nurul & Miss Banu





29 April 2013
Selamat Ulangtahun Kelahiran 
Buat 
Nurul, Pemilik Blog
My Little Honey Dew

Manakala 23 April Lepas, 
Ulangtahun Kelahiran 
Miss Banu.

Di atas kesempatan ini, Nur ingin ucapkan 
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN 
Buat 
Nurul & Miss Banu.

Moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi Allah selalu.
Aminn...!




Kata Hati :
Maaf Miss Banu, Nur lambat Wish...
.

Khamis, 25 April 2013

Petua Mudah Hilangkan Ulser Dalam Mulut



Assalamualaikum.

Rasanya rata-rata kita pasti pernah kena ulser  di dalam mulutkan. Kalau di Indonesia, ulser itu dipanggil sariawan. Deritakan kalau ulser tu lebih dari satu. Nak makan punyalah perit. Dan paling perit bila waktu nak gosok gigi dan berkumuh.

Serius…! Berair mata tahan sakitkan.

Selain letak ubat seperti bonjela di luka tu, Tentu kita pernah dengar pelbagai petua untuk hilangkan ulser kan.Salah satunya letak garam di ulser tersebut dan bertahan selagi mampu. Siapa pernah buat..? cuba angkat kening tinggi-tinggi..!

Rasa apa..? Pedih gila-gilakan. Berjurai air mata tau kalau buat macam tu. Memang tak tertahan. Kalau tak percaya sila buat..Heeeee..

Okey, petua yang aku nak bagi ni mudah dan teramatlah senang. Aku dah cuba dah pun, keberkesanannya terbukti tau. Petua ni, seorang Doktor yang beritahu pada sepupu aku, yang bawa anak saudara ke klinik sebab kena serangan penyakit kuku kaki dan mulut. Kata Doktor, tak ada ubat selain membiarkan ulser itu baik sendiri. Tapi cuba bagi makan ais krim.

MAKAN AIS KRIM. Mudah bukan. Sedap pula tu. Aku pernah cuba beli ais krim padelpop tu, dan bila makan aku sengaja bagi kena ulser tu. Memang sedikit pedih, tapi masih mampu bertahan.

Dan alhamulillah, esoknya luka ulser tu tidak sakit seperti selalu dan sedikit mengecut. Mungkin sejuk air krim itu melegakan radang pada luka ulser itu. Allahu’alam..!

Jadi pada sesiapa atau anak kalian sedang menanggung derita akibat ulser tu, apa kata cuba. Bukan kena sapu atau makan ubat pun, makan ais krim jee…

Mudahkan..!

Kalian ada petua lain...??



Kata Hati : Mula-mula dengar sepupu bercerita, memang tak percaya. Bila sendiri cuba, baru tahu..!
.

Rabu, 24 April 2013

Wordless Wednesday #54





Kata Hati :
Jelas muka Bulat,
Muka bengang..!
Hahaha..
-Sekian-
.

Isnin, 22 April 2013

Review Novel | Andai Itu Takdir-NYA




Assalamualaikum.


SINOPSIS BELAKANG BUKU :

“Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberikan tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya”

“Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling”

Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

“Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku keras dari kerikil”

_____________________________________________________________________________________


Ulasan Aku :

Syed Adam Aizril. Seorang jejaka persis seorang model. Namun, keegoan dan keangkuhan yang ada dalam diri Aizril membuatkan dia benar-benar berasa sentiasa bagus je. Dalam diam, Aleya seorang gadis cantik tak pernah jemu memujanya dari jauh. Walaupun Aleya sedar, dia dan Aizril bagai enggang dan pipit.

Namun disebabkan satu kejadian yang telah dirancang oleh seseorang. Aleya dan Aizril terpaksa berkawin. Di sinilah bermulanya titik hitam dalam hidup Aleya, selepas menjadi isteri kepada Syed Adam Aizril. Sudahlah dibuang keluarga kandung, tak cukup dengan tu, suaminya sendiri tak jemu-jemu mengherdik dirinya. Perit..!

Tipulah kalau aku kata, aku tak tumpahkan air mata bila baca novel ni. Perasaan aku bukan setakat sedih je tau, tapi bermacam-macam perasaan. Jangan ingat lelaki seperti Aizril tak wujud dalam dunia realiti. Cuma kita je tak nampak.

Yea..mula-mula baca memang rasa geram gila dengan Aizril. Dia buat sesuka hati je pada isteri dia. Sepak, penampar. Tak hairanlah ketika baca aku duk sumpah seranah je. Memang cara penyampaian penulis sampai pada aku. Bayangkan, Aleya yang sedang sarat mengandung hasil perbuatan yang tidak berperikemanusiaanya suaminya sendiri, dia boleh main humban macam je. Perghh…tang part ni memang  aku emosi gila.

“Dengar sini Nur Aleya binti Idris, bersaksikan kawan-kawan baik you ni, I lafazkan cerai sebaik aje I nikah dengan Lin. Gugurlah talak satu ke atas you”

Aizril, egonya tinggi. Apapun  yang diungkapan dan perbuatan dia, tak selari dengan hati. Dia sedar, sebenarnya dia mencintai isterinya sendiri. Buktinya, dia sendiri yang ingin membatalkan pernikahan dengan sepupunya, Lin. Tapi disebabkan KEEGOAN yang tinggi melangit, Aizril nafikan.!


Pada aku, Tiz sesuai dengan watak Aleya.


Selepas di timpa musibah, Aizril yang telah insaf atas segala perbuatannya terhadap Aleya. Dan dia   benar-benar ingin berubah. Sekali gus ingin memenangi hati isterinya semula. Adatlah, bila tak ada depan mata baru nak menghargai ye dak..! Tang part ni pula, Aizril yang baran menjadi tersangatlah sweet. Memang dia betul-betul mahukan kehidupan yang sempurna bersama isteri dan anaknya.

Tapi langit tak selalunya cerahkan. Kadang-kadang belum sampai petang pun dah mendung. Macam itulah perangai Aizril. Sweetnya  tu terus hilang. Aleya pula yang terasa kecewa bagai nak gila. Yelah, peluang kedua yang dia berikan, sekali lagi hancur berderai.

Bukan mudah ingin menjadi wanita tabah seperti Aleya. Tapi aku tahu, wanita seperti Aleya juga wujud di luar sana. Cuma kita je yang tak nampakkan. Demi anak tercinta, Aleya sekali lagi sanggup korbankan kebahagiaannya. Harapannya tinggi, moga nasib anaknya terbela bila dia sudah tiada nanti.

“Kuatkan hati Ril. Kuatkan hati kau. Mari Ril. Jumpa isteri kau buat kali terakhir.”

“Leya, kau pergi jugak tinggalkan abang. Macam mana dengan abang Leya. Siapa nak temankan abang, Leya. Abang tak sempat nak minta ampun. Abang banyak dosa kat Leya.”

Part dialog kat atas ni, buat aku nak campak buku ke dinding. Gila cengeng..! Sambil baca sambil pujuk mata supaya berhenti keluarkan cairan jernih yang kian meluncur laju. Memang sepanjang aku baca buku ni ayat yang keluar dari mulut ni, semuanya tuju untul Aizril.

Gila jahat  Ril..!

Dayus gila Ril…!

Kejamnya Ril..!!

Perghh..kalau aku dapat  Ril ni, lumat aku kerjakan..!

Ehh..sweetnya Ril..

Banyak lagi ayat-ayat spontan. Tapi aku tak hengat kesemuanya. Tapi aku tak adalah mengkeji je sepanjang baca buku ni. Ada jugaklah aku puji ketabahan Aleya. Kebaikan sahabat baiknya, Umairah dan suaminya Ikram.

Sejujurnya, aku langsung tak skip baca novel ni. Tapi ulasan dalam ni aku banyak skiplah kan. Kalau kalian nak tahu kesudahan cerita ni, apa kata kalian beli je buku ni. Aku mungkin tak akan let go buku ni. Sebab aku sayangkan setiap buku yang aku beli. Tak kiralah buku terpakai sekalipun, aku tetap sayang.

Termasuklah buku yang dicipta untuk dimusnahkan pun aku sayang tahu…!

Macam dalam sinopsis – Lafazkan Kalimah Cintamu – aku ada cakapkan, kalau kita baca sesuatu bahan bacaan tapi tak dapat apa-apa memang tak ada maknalahkan. Dalam novel ni, memang akan jumpa bermacam-macam pengajaran untuk kita. Salah satunya kesetiaan atas nama sahabat. Dalam situasi getir, selain keluarga, sahabat baik penting jugakkan.

Macam biasa, yang mana gila novel, cepat-cepat dapatkan Novel Andai Itu Takdir-Nya. Dan bersiap sedialah bermain dengan emosi. Kehkehkeh.

Kalian boleh juga baca ULASAN dari LYA mengenai buku yang sama - DISINI -

Err...Drama 'Andai Itu TakdirNya' yang baru dimainkan Tv3 tu, BUKAN adaptasi dari novel ini ye. Harap maklong.



P/s: Nampaknya penangan watak Ku Ryan lagi hebat berbanding Aizril. Hahaha.



Kata Hati : Rasanya macam dah termakan dengan Orang Yang Bertanggungjawab memperkenalkan Karya Siti Rosmizah ni tau..!
.

Sabtu, 20 April 2013

Terima Kaseh Eca





Assalamualaikum.

Dalam entry sebelum NI, aku ada beritahu, yang aku guna Perkhidmatan Eca untuk editkan Blog Picisan aku ni. Almaklumlah, sebagai hadiah ulangtahun kelahiran. Jadi tak salah keluarkan sikit modal untuk blog. Lagipun, blog ni dah EMPAT KALI sumbang CEK dekat aku tau..! Walaupun  tak banyak, tapi tetap bersyukur.

Untuk entry ni, aku cuma nak icon-icon yang di design oleh Eca, atas permintaan aku. Konsep aku senang je, SIMPLE...! Dan disebabkan kesimple-lan itu, blog ni 100% berubah wajahkan..!












Oh yaa..! Vector tu, hasil tangan Mama Arina tau. Jadi aku cuma minta Eca jadikan header. Ikut kehendak aku, Aku minta Eca masukkan separuh sahaja muka aku untuk di jadikan header. Rupanya Eca lebih kreatif, dia designkan macam yang ada sekarang ni. Lepas je dia bagi aku tengok, terus aku setuju. Lain dari yang lainkan..!

Dan pasal watermark pula, mula-mula cuak jugalah, Sebab aku ni bukan reti guna pun, Tapi godek punya godek, sekarang ni dah pandai guna dah. Hehehe. Okay, kalau sesiapa cadang-cadang nak edit blog tu, kalian boleh TERJAH SINI. Segala detail ada di sana. Kalau tak faham jangan segan silu tanya Eca.

Kepada Eca, Terima kaseh tidak terhingga sebab sudi layan karenah Nur. Maaflah kalau Nur terlalu cerewet. Sampai Nur siap designkan sendiri kedudukan dalam blog ni. Maaf ye Eca. Hehehe. 

Ohh yaa.! Terima kaseh juga buat Mama Arina, berikan Nur vector yang cantik tu, padahal Nur taklah secantik itu. Hahaha.

Apapun, terima kaseh sekali lagi....!




Kata Hati : Ini pertama kali blog di edit orang lain, sebelum ni edit sendiri jee..Hehehea
.

Jumaat, 19 April 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Shu



Ihsan Google


Pertama sekali mohon maaf sangat-sangat dekat Shu sebab Nur lambat up entry ni.

Ulangtahun kelahiran Shu sebenarnya 16 April Lepas.

Disebabkan sedikit sibuk, jadi terlewat sikit up entry untuk Shu.

Maaf ye Shu...

Jadi, atas kesempatan ini, Nur ingin ucapkan

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN 

Khas Buat Shuhada...!

Semoga dipanjangkan usia,
Dimurahkan rezeki,
Sentiasa dilindungi Allah selalu...
Amin..!


Kata Hati : Selamat berhujung minggu semua..!
.

Khamis, 18 April 2013

Walaupun Kita Berbeza...



Sumber Google


Assalamualaikum.

Sebenarnya, dah lama terfikir nak buat entry ni. Cuma keberanian tu tak ada. Tambahan pula, kesuntukkan masa untuk  mengolah sedikit idea yang ada menjadi satu ayat, yang kemudian menjadikan perenggan-perenggan untuk menterjemahkan kandungan  itu sangat terhad. Kalau boleh aku tak mahu menaip entry ini dalam keadaan beremosi. Sebab takut cara penyampaian aku di salah ertikan.

Dan sekarang ni, Alhamdulillah. Emosi aku stabil. Tapi idok le bermakna sebelum ni emosi aku tak stabil. Mengkome jangan pikior kesitu pulok ye. Aku cuma beremosi bila baca novel jeeee..Haishh..!

Okay. Berbalik pada landasan yang benar. Sedia maklum, hampir kesemua rakan-rakan aku sudah pun berkawin. Boleh nak dikatakan semuanya dah jadi ibu-ibu, bapa-bapa sekarang ni. Aku yang masih muda remaja ni memang tumpang happylah bila dapat tengok kawan-kawan dah megendong anak masing-masing. Bila jalan shopping mall, diorang sibuk kepong anak, aku pula bebas berjalan. Hahaha. Tapi tipulah kalau kata aku tak cemburukan. Perasaan cemburu tu pasti ada walaupun ianya cuma sebesar hama.

Dalam kegembiraan, gelak tawa yang terukir di bibir, rupanya ada satu duka yang terselindung di sebalik semua tu. Yup..! Aku mungkin tak layak berbicara soal “RUMAH dan TANGGA”. Sebab aku sedar siapa diri aku. Tapi takkan  aku nak biarkan sahabat aku sendiri sesat dalam membuat keputusan.

Aku bukan pakar motivasi. Tapi zaman sekolah dulu aku selalu lepak dalam bilik cikgu motivasi. Saja-saja lepak,sekali gus aku selalu minta cikgu motivasikan aku. Lepas tu soalan aku banyak yang mengarut-ngarut. Hahaha. Memang muka tak malu betul aku ni. Sampai satu tahap cikgu pun pelik dengan perangai aku. Kata Cikgu,

“Nanti saya nak adakan sesi motivasikan kepada semua pelajar, time tu awak boleh tanya soalan puas-puas”

Errk..! Kalau ramai-ramai memang aku tak kan tanyalah..! Akukan pemalu….huwhuwhuw.

Dari zaman sekolah lagi, entah kenapa kebanyakkan kawan-kawan yang ada masalah mesti datang jumpa aku. Macam yang aku cakap, aku bukan pakar motivasi pun. Tapi nak bagi nasihat ala kadar tu boleh laa. Ingat lagi rakan aku pernah tahan aku dari balik sebab nak bincang sesuatu. Aku pula sanggup balik lambat semata-mata nak dengar masalah dia. Tapi puas hati jugalah sekurang-kurangnya aku dapat tolong dia. Walaupun tak banyak, sikit pun okay kan.

Dari zaman study, sampailah ke alam perkerjaan ni. Kawan-kawan masih lagi mencari aku, minta pandangan, nasihat atau sekadar menjadi pendengar. Seperti yang aku cakaplah, siapa aku untuk berbicara soal rumah tangga. Aku kawin pun belumkan, tiba-tiba je nak nasihat orang. Mungkin itu kata orang. Bagi aku, jika kita sayangkan sahabat kita, kalau perlu  cuba lakukan yang terbaik buat dia walaupun kita sendiri tak alami apa yang dia alami.

Jadi, peranan aku sebagai kawan, aku cuba sedaya upaya beri yang terbaik. Walaupun sudah terkeluarnya perkataan ‘DIVORCE’ dari mulut yang berkenaaan. Aku tetap akan beri nasihat yang terbaik. Gila tak cuak weh..! masalahnya kecik je, tapi disebabkan kesempatan yang ada, dia hampir termakan dengan hasutan syaiton nirrojim. Cuba bayangkan kalau aku biarkan dia..??

Okay..dengar sini, kebahagiaan kawan-kawan adalah kebahagian aku jugak tahu. Ye..aku masih bujang, ye aku ada rasa cemburu dengan kawan-kawan yang sudahpun berumah tangga. Tapi tak adalah sampai aku tergamak biarkan kawan-kawan aku dalam kesusahan sesorangkan. Aku sikit pun tak rasa suka atau gembira bila tengok kawan-kawan ada masalah dalam rumah tangga, sekalipun orang tu musuh ketat aku.

Sampai sekarang, kalau ada yang nak jumpa aku nak bincang atau bercerita masalah diorang, aku still terima. Even diorang hanya mahu aku menjadi pendengar. Aku still sudi. Sebab aku rasa, aku faham perasaan bila kita sedang dilanda masalah. Sebab waktu tu, apa yang kita fikir semua yang buruk-buruk je. Contohnya angin, ketika ianya membelai, terasa nikmat dan bahagiannya. Tapi bila ianya mula menghempas, kita terlupa nikmat belaian yang pernah kita rasa.

Apapun tindakan yang dibuat ketika kita sedang di landa masalah bukanlah keputusan yang baik. Sebab kita di bawah separa sedar. Aku faham, dan cuba untuk memahami. Kalau perlu menangis, menangislah. Aku tak pernah larang. Silap hari bulan aku pun menangis sama. ( Aku kan cenceng..!) sedikit sebanyak menangis buat kita rasa lega. Kalau setuju sila angkat kening ^_^.

Motif entry ini Cuma satu, siapapun kita, dimana kedudukan kita berilah yang terbaik pada yang memerlukan. Tak perlu tunggu kawin baru anggap diri layak beri nasihat pada yang sudah kawin. Selagi nasihat kita adalah untuk kebaikan, teruskanlah. Tapi kalau nasihat ke arah tidak sepatutnya, bermakna diam itu lebih baik.


P/s: Panjangnya entry niii....!




Kata Hati : Boleh je aku nak mengelak dari semua ni, tapi aku tak sampai hati….!
.

Rabu, 17 April 2013

Wordless Wednesday #53 | Happy Birthday B..!





SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN B..!!

Pasti ada yang tertanya-tanya siapa B...? Hahaha.

Okay..! Hari ni 17 April 2013. Maka sudah 3 tahun rupanya usia Blog ni.

Jadi B tu BLOG laa..!

Pejam celik, pejam celik sudah 3 tahun usia blog ni. 
Kalau boleh berjalan agaknya dah terketek-ketek berlari kan..!

Tapi apakan daya, blog ini bernyawa atas nafasnya aku. 
Mati aku, matilah blog ini. 
Hidup aku, insyaAllah hiduplah blog ni. 
Tapi kalau datang mood kelaut tu, 
Memang apapun tak boleh..!

Jadi, atas kesempatan ini, aku sebagai empunya blog ingin mengucapkan

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BLOG...!

Diatas kesempatan ini, Aku nak ucapkan jutaan terima kaseh pada kalian yang tak jemu-jemu singgah ke sini. Dan atas kesempatan ini juga aku mohon maaf sekiranya sepanjang aku berblogging ni aku kalau-kalau aku ada tersakiti hati kalian semua ke. Mungkin semua tu, berlaku tanpa sedar. Maafkan Nur ye..!

Moga BLOG ini terus hidup seiring nafas tuannya.! InsyaAllah.


Mesti ramai yang dah tahu kan, hadiah apa yang aku berikan untuk blog ini. Sudah terang lagi bersuluhkan, nampakkan baju baru untuk blog ini. Sebenarnya aku buat keputusan mengejut je nak ubah rupa blog ni. Sabtu tengahhari aku risik-risik Eca


Wajah Blog Lama.


Lepas setuju, semua, isnin jam 12.30pagi, baru Eca mulakan operasi. Aku sengaja minta Eca tutupkan blog. Makanya ramailah yang wassap, wechat dan PM di mukabuku tanya kenapa dengan blog aku. Terima kaseh ye semua sebab alert, dan maaf sebab tak bagitahu. Hehehe.

Tak dinafikan, dipermulaan ini ada sedikit kekok sebenarnya. Almaklumlah, aku sendiri pun macam tak percaya je perubahan blog ni.Terima kaseh banyak-banyak buat ECA, pemilik blog CERITA DARI HATI. Sangat setia dan sabar ikut kehendak aku. Terima kaseh ye Eca...! Cerewet tak Nur.? Hahaha. Pada yang rasa-rasa nak make up blog tu, bolehlah risik-risik terus ke Eca. Jangan malu-malu tau...!

Okaylah, Dah tak jadi WW dah entry ni tau. Tak apalah, beri laluan pada BLOG kan. Pada yang nak tengok ENTRY POYO  aku 3 tahun lepas, errr...tak payah la tengok...! Tak ada apapun. Serius...! buang masa je tengok. Hahaha. Tapi, kalau degil nak tengok juga, aku cuma nak pesan, mohon ketawa dulu sebelum tengok entry tu tau..! Hahaha.

Kata Hati : Tahun depan, entah ada entahkan tidak.....



.

Selasa, 16 April 2013

Review Novel | Lafazkan Kalimah Cintamu



811 Muka surat


SINOPSIS BELAKANG BUKU: 

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


Zain sesuai la pegang watak Ku Ryan.

ULASAN AKU :

Tengku Ryan AmeerAtau lebih mesra di panggil Ku Ryan, Jejak kacukan Melayu – Inggeris. Berusia 28 tahun. Sikap egonya yang tinggi, membuatkan Ku Ryan sentiasa mempertahankan perasaan yang bersarang dalam hatinya.

Tetapi Ku Ryan tidak cepat melatah. Egonya tidak membuatkan beliau bertindak bodoh seperti Farish, yang sewenang-wenangnya menceraikan isteri dengan cara menvavi buta – faham kan vavi tu hape..? Hahaha.

Ku Ryan tidak begitu. Walaupun muda daripada Farish ( Watak dalam novel Cinta kau dan Aku), tapi fikirannya matang. Boleh berfikir mana baik dan mana buruk sebelum melafazkan sesuatu. Cuma tak faham kenapa perlu Ku Ryan menghukum seseorang atas kesalahfahaman yang terang lagi bersuluh. Ohhh…lupa..EGO…! Dan di sebabkan keegoaan itulah membuatkan Ku Ryan menyesal dengan tindakannya. 

Seriusly, Watak Ku Ryan memang sangat sweet dalam novel ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’. Walaupun diawal permulaan cerita ini agak sedih, belum sampai muka surat 30, hati mendung disertai hujan, amat memilukan.

Selebihnya banyak tersenyum dan ketawa dengan sikap Aqila, gadis yang tabah dan kuat merapu. Aqila juga selalu sangat bergaduh dengan musuh nombor satunya iaitu merangkap suaminya sendiri.

“Sham, I’m so sorry, I dah kecewakan you untuk kali kedua sham, tapi I dah buat yang terbaik. Percayalah, I dah buat yang terbaik Sham. Jantung Qila tak stabil, dia begitu kritikal sekarang ni, dia tak  kan boleh bertahan lama. Bila-bila masa dia akan pergi. I’m sorry, I’m so sorry Sham…”

Disaat-saat akhir cerita ini, disebabkan terlalu menghayati, tak pasal aku turut sama beremosi. Bermain dengan perasaan dan pengharapan teramatlah perit. Tiba-tiba terasa aku pemegang watak utama. Ecehh…terlebih menghayati ni..!Hahaha.

Pada aku, memang tak rugi beli Novel ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’ buah tangan dari Siti Rosmizah ni. Tak hairanlah kenapa Novel ni laris dipasaran. Cerita yang ringan, santai, mudah di hayati dan difahami.

Okay, sesebuah bahan bacaan kalau kita baca tanpa berfikir, memang tak akan ada maknanyalah. Jadi, dalam Novel ni, pengajaran yang aku dapat ialah betapa pentingnya tolenransi dan komunikasi dalam sesebuah rumah tangga.

Kepercayaan dan kejujuran juga penting. Tapi yang paling mustahak sekali adalah komunikasi. Memang tak di nafikan seseorang itu akan berasa curiga sekiranya ada pihak ketiga yang cuba meruntuhkan kebahagiaan yang sedang kita bina.

Tapi sebelum membuat apa-apa tindakan yang menvavi buta, lebih baik berbincang dan berterus terang. Itu yang sepatutnyalah.

Pada kalian yang Kaki Novel, cepat-cepat dapatkan buku ni dipasaran. Tapi setakat ini, ‘Andai Itu Takdirnya’ memang tak boleh kalah. Itu lagi best..! Ada masa aku akan review pasal Aizril pulak yea.





Kata Hati : Sekarang ni, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan karya Siti Rosmizah ni, hasut suruh beli Novel keempat pulak…Tapi tebal gila ‘vavi’ kott. Macam tak sanggup je nak hadap..! Hahaha.
.

Jumaat, 12 April 2013

Tazkirah Jumaat | Alhamdulillah



Sumber Google




Kata Hati :
Saya sudah...
Anda bagaimana...?

.

Rabu, 10 April 2013

Wordless Wednesday #52






Kata Hati :
Inilah sambal tempoyak,
peberet nombor 1 niii...
Kalau makan tak angkat muka dah..!
Hahaha...

.

Selasa, 9 April 2013

Cuticuti Giveaway - Dairi Aima





Syarat Penyertaan:

1. Warga Negara Malaysia
2. Ada belog
3. Buat satu entri bertajuk "Cuticuti Giveaway-Diari Aima"
4. Letak banner ni kat belog berserta url mcm contoh kat bawah
4. Follow belog "Diari Aima"
5. Like fanpage Diari Aima


Nur ni simple je orangnya. Pakai t-shirt + cardigan, jeans pun Nur boleh lepas ke mana-mana.  Malas + tak reti nak bergaya sangat. Penampilan tu bukan tak penting, tapi pada Nur, keselesaan tu lebih pentingkan.

Nur pernah jalan-jalan pakai Heels 2 inci, tak sampai 3 jam, Nur singgah kedai kasut, beli selipar cute dan tukar kasut. Adehh...Nur memang tak boleh pakai heels. Tak selesa + Sakit kaki...!

Jadi, pakai pilihan Nur kalau bercuti mana-mana tentulah yang ringkas dan selesa. Barulah seronok nak bercutikan.


Nur sertakan gambar waktu Nur bercuti ke Langkawi tahun lepas. 

Sesiapa yang nak join, Klik je banner di atas ye.
Tarikh tutup 26 April 2013.



Kata Hati : Terasa macam nak pergi bercutilah pulakkk...
.

Isnin, 8 April 2013

Insomnia





Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertakhta

-Tetiba keluar lagu ni kan..!-

Ehh...sejak akhir-akhir ni, penyakit lama aku datang balik. Dah banyak kali aku cuba elak daripada penyakit ini datang kembali, tapi entah kenapa dia datang juga. Bila keadaan ini terjadi, ianya sekali gus mengingatkan aku pada seseorang. 

Ya..seseorang…! seseorang yang pernah temani aku hampir setiap malam dikala penyakit ini melanda diri. Ini adalah salah satu perkara yang tidak dapat aku lupakan. Walaupun sudah menjadi lipatan sejarah dalam hidup aku. Tapi bila dah terkebil-kebil bersendirian tu, mulalah nak punggah balik segala kenangan yang tersimpan.

Ingat lagi, ada tektik khas digunakan untuk kesan samada aku masih berjaga atau tidak. Semuanya bergantung pada respon. Kalau tiada respon, maknanya aku dah tidurlah tu. Tapi kalau ada respon, segeralah  tugas dijalankan sampai aku terlelap.  Ya.. ini adalah salah satu kenangan terindah yang aku ada..

Ketika aku menaip entry ni, sedikit rasa sedih pun tak ada. Malah aku masih mampu tersenyum. Dulu, mungkin perit untuk dikenang, tapi rasanya sekarang tidak lagi. Walhal terasa nak ucap terima kaseh pula sebab kenalkan aku dengan rasa manis dan pahitnya cinta.

Walaupun aku dah tak sedih atau marah, sebolehnya aku tak nak dahlah kenang pekara yang lepas. Dia dah ada keluarga sendiri. Lagipun dah tak maniskan kalau aku ingat-ingat balik semua ni. Sebaliknya aku haruslah doakan yang terbaik buat dia. Bahagia dia, bahagialah aku….. InsyaAllah…

Nahh..Sesiapa yang susah tidur malam macam aku ni, jom kita sama-sama amalkan tips yang ada ni, Cuma yang nombor 9 tu, susah sikit la aku nak buat..hekhekhek..

1. Lupakan semua urusan kerja dan jangan terlalu banyak berfikir

2. Elakkan meletak TV di bilik tidur 

3. Elakkan daripada mengambil kafein

4. Lakukan aktiviti sukan atau senaman di waktu petang

5. Jauhkan haiwan peliharaan dari tempat tidur

6. Pastikan bilik tidur anda dalam keadaan tenang, gelap, dan selesa

7. Elakkan tidur siang

8. Mandi air suam untuk kesegaran tubuh

9. Minum susu

10. Baca doa sebelum tidur



Kata Hati : Tengah tunggu mengantuk  datang....
.

Sabtu, 6 April 2013

Terima Kaseh...





Pertama, Nur mohon maaf sangat-sangat dekat Kak Niena, sebab Nur lambat up entry ni. Naskah kecil yang mengandungi Dzikir, Doa dan Al-Ma'thurat As-Sughra dah lama sampai sebenarnya. Cuma Nur je yang lambat maklumkan. Maaf ye Kak Niena. Nur akan manfaatkan sebaik mungkin perberian akak. Nur ucapkan terima kaseh banyak-banyak dekat Kak Niena ye.

Nampak tak pic bawah yang ada tulis "RANAH MINANG". Itu Frigde Magnet pemberian dari Atil. Sebenarnya segan gila nak terima. Sebab mula-mula aku memain je dengan Atil. Tak sangka pula Atil betul-betul belikan. Ishh... sambil taip entry ni pun segan tu tak habis lagi tau. Apapun, FM tu dah selamat melekat di pintu peti sejuk tau. Dan Nur ucapkan terima kaseh banyak-banyak ye dekat Atil.

Dan yang ketiga tu, comelkan. Bentuk rama-rama. Terkejut juga bila balik kerja, masuk bilik tengok-tengok ada bungkusan atas katil. Tengok nama pengirim dan mula fikir, Kenapa ye Deqla kirim hadiah ni? Lepas je wassap Deqla, baru jumpa nota kecil dalam sampul tu. Rupanya cenderahati sebagai pengomen tegar di blognya. Benda comel tu, sekarang terletak elok atas radio. Senang nak kepit nota apa-apa lepas ni. Terima kaseh juga pada Deqla.

Dengan rasa rendah diri, terima kaseh sekali lagi Nur ucapkan pada kalian. Sepanjang berblogging ni, macam-macam Nur terima. Adakalanya sampai rasa segan mahu menerima. Walau bagaimanapun, Nur sangat hargai semuanya. Ikutkan hadiah yang terhebat yang tak ternilai bagi Nur adalah sebuah PERSAHABATAN yang terjalin antara kita. Nur harap, kita semua kekal bersahabat sampai bila-bila. InsyaAllah....



Kata Hati : Terima kaseh sekali lagi...
.

Jumaat, 5 April 2013

Tazkirah Jumaat | Berdoalah






Dalam sebuah hadits

Rasulullah SAW bersabda;

“Doa itu ibadah.”

(HR Abu Daud & At-tirmidzi). 


kata Hati : Jangan malas berdoa...

.