Selasa, 31 Disember 2013
Yang Terakhir
Isnin, 30 Disember 2013
Cabang Dua
.
Mood :
Cabang Dua,
Dua Pilihan,
HANYA AKU,
JIWA AKU,
KERJA GILA,
KINI DAKU,
SANTAI
Sabtu, 28 Disember 2013
Kesan Alfalfa Kepada Pengguna
Keputihan bagi setiap manusia yang bergelar wanita adalah
biasa. Cuma yang membezakan antara kita adalah, keputihan itu sendiri.
Sesetengah wanita, mengalami keputihan yang terlampau banyak, hinggakan
mengalami kegatalan yang terlampau pada bahagian sulit. Perkara sebegini
tersangatlah tidak selesa untuk berada dimana-mana tempat awamkan..?
Dan ada sesetengah wanita pula mengalami keputihan serta bau
yang kurang mengenangkan. Hal ini sekali gus boleh menjatuhkan mood seseorang.
Jangan kata nak berada di tempat awam, nak berdepan dengan orang pun tak yakin
disebabkan keputihan ni.
Pada yang tak pernah alami, mungkin susah nak faham. Tapi
pada mereka yang pernah alami, mest tahu bukan betapa malunya, bila masalah ada
masalah keputihan ni. Dan bertambah risau, bila kita lihat masalah keputihan ni
tiada penghujungnya.
Sebenarnya, Alfalfa ni banyak khasiatnya tau. Bukan mampu
merawat masalah keputihan je. Alfalfa ni juga mampu merawat masalah pencernaan,
sembelit, kolestrol dalam darah, toksik dalam tubuh, sakit sendi dan otot.
Alfalfa ni ditanam
tanpa semburan bahan kimia. Disediakan dalam dua pek saiz ( 300 biji dan 700
biji ) Alfalfa Complex ini juga tiada perasa tiruan, pemanis perwarna dan
pengawet tiruan. Kaya dengan vitamin dan mineral. Ianya juga mengandungi
vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Serta Mineral Kalsium,
Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa Complex Shaklee juga
mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Asid lemak dan Antioksidan. Alfalfa Complex ini juga bertindak sebagai
pembersih darah.
Okay, sebagai bukti dalam entry ni, aku sertakan sekali
testimoni yang telah mencuba dan berpuas hati dengan Alfalfa ni :
TESTIMONI PERTAMA :
TESTIMONI KEDUA :
Nampak! Bukan setakat keputihan je. Kulit muka, gastrik pun boleh.
Kiranya setiap biji alfalfa yang ditelan, ada khasiat yang tersendiri..! Selagi
tak mencuba kita tak tahukan. Dan sekarang ni, dengan ALFALFA inshaAllah tiada lagi untuk mereka yang ada masalah atau sedang di landa masalah keputihan ni tau. Alhamdulillah, Alfalfa terbukti berkesan buat mereka yang pernah alami masalah keputihan ni tau..!
Kalau ada yang berminat tu, boleh terus PM SINI atau
whatsapp – 0124104401. InsyaAllah harga super duper kaseh sayang akan diberi..!
Hehehe.
Kata Hati : Alfalfa ni antara produk yang terlaris dalam
Shaklee…!
.
Rabu, 25 Disember 2013
Wordless Wednesday #89
Mood :
Wordless Wednesday
Isnin, 23 Disember 2013
Tips Untuk Mereka Yang Baru Berkahwin
Assalamualaikum.
Sekarang ni, kita dah penghujung
bulan Disember dah kan. Sekali gus bermakna kita ni dah sampai ke penghujung
tahun 2013. Dan bila sebut hujung-hujung tahun, seperti mana kita tahu, ramai
yang ambil kesempatan melangsungkan perkahwinankan. Makanya jemputan kahwin
ibarat cendawan tumbuh dah haa..!
Jadi, atas kesempatan
ini, aku ambil peluang ni mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat mereka yang
sudah ataupun yang akan melangsungkan perkahwinan. Doa aku, moga kalian
sentiasa berada dalam RahmatNya dan berbahagia sampai syurga..Amin..!
Okay, sini ada TIPS BUAT
KALIAN YANG BARU SAJA MELANGKAH ALAM PERKAHWINAN ni tau. Tapi tips ni, idoklah
dari aku, Lagipun aku sedar, aku dok layak lagi bagi tips. Cuma TIPS ni aku COPY & PASTE dari PAKAR MOTIVASI dan dikongsikan disini.
Moga-moga tips ini, dapat beri manfaat buat kalian dan juga aku suatu hari
nanti..InsyaAllah…
ANTARA TIPS UNTUK MEREKA
YANG BARU BERKAHWIN :
- Mengenal diri yang baru - Jangan bertindak macam orang yang masih bujang. Pasangan akan kecewa & stress
- Mengenal pasangan - Perangai SEBENAR pasangan akan terserlah bila dah kahwin. Belajar untuk menerima dia seadanya.
- Mencari keserasian dengan pasangan - Allah temukan anda untuk lengkap melengkapkan, imbang mengimbangi, didik mendidik.
- Mengimbangi antara rumahtangga dan kerjaya - Kecemerlangan di tempat kerja bermula di rumah. Bahagiakan rumahtangga untuk cemerlang dalam kerjaya.
- Memahami & rapatkan hubungan dengan Mertua dan ipar duai.
- Belajar kaedah menangani konflik dalam rumahtangga. Minta nasihat pakar atau orang tua.
- Belajar untuk menegur pasangan secara hikmah. Jika tak tegur sejak awal, amat sukar nak tegur di kemudian hari. Sentiasa carai masa & tempat yang sesuai, baca doa pelembut hati, puji dulu sebelum menegur. In sya Allah dpt di terima pasangan dengan hati terbuka.
- Menjadi pelengkap (synergy) - Bantu pasangan untuk serlahkan kehebatan dirinya.
- Belajar memainkan berbagai peranan - Sebagai pasangan, kawan, kekasih, pemimpin, pengikut, penasihat, pemujuk, pendorong, pendengar yang setia & pembela setiap masa.
- Bentuk undang2 & peraturan dalam rumahtangga agar tak ulang kesalahan & tak perlu di tegur selalu.
- Jaga ibadah dengan sempurna & sentiasa doa mendoakan.
- Bentuk rutin2 romantik agar rumahtangga sentiasa ceria & sayang takkan sirna.
- Belajar untuk tolak ansur & kawal EGO DIRI. Jika pasangan marah, yang sorang lagi WAJIB SENYAP. In sya Allah takkan gaduh. Mana boleh gaduh sorang2, kecuali gila!!!!
- Berterusan belajar untuk cari ilmu tentang rumahtangga.
- Cari mentor atau penasihat yang dapat di rujuk bila perlu.
Moga Allah rahmati & bahagiakan rumahtangga kita. Aameen.
Wassalam.
Kata Hati : Tak lupa SELAMAT PENGANTIN BARU buat Blogger Ayut…! Moga
berbahagia sampai syurga..Amin..!!
.
Jumaat, 20 Disember 2013
Rabu, 18 Disember 2013
Wordless Wednesday #88
Sebelum & Selepas
Mood :
Wordless Wednesday
Isnin, 16 Disember 2013
Rawatan Untuk Ulser
Assalamualikum.
Okey, tengok tajuk entry. Ingat lagi tak entry INI? Ya entry
petua untuk merawat ulser. Untuk pengetahuan semua, entry tu mendapat kutipan
paling tinggi setakat ini. View untuk entry tu setakat ini hampir cecah 20k.
mungkin bagi blogger-blogger pames ini perkara biasakan. Tapi tidak bagi aku.
Kalau dilihat komen-komen dalam entry tu, ramai jugaklah
yang macam terkejut bila AIS KRIM adalah salah salah satu petua untuk hilangkan
ulser. Pada yang sudah cuba mungkin dah rasa perubahannyakan. Lagipun petua tu
mudah dan sedap. Tak susah nak ikut. Berbanding letak petua letak garam, YaAllah..meleleh-leleh air mata tahan pedih. Siapa pernah buat, pasti tahu!
Heee.
Sesetengah orang, tersangatlah jarang kena ulserkan? Dan
sesetengah orang lagi, kerap betul dapat ulser. Dan tu kalau dapat bukan satu
dua je, tapi banyak. Lebih dari tiga ulser pun ada, yang paling kesian bila ada
ulser pada lidah. Dapat bayangkan tak, kena tepi dinding mulut pun dah pedih,
inikan pula atas lidah. Aduhhh….lagi bertambah-tambah pedih!
Kenapa seseorang itu kerap sangat dapat ulser? Sebenarnya,
punca ulser ni pelbagai. Kadang-kadang ianya berpunca dari kecederaan yang
berlaku di lapisan mulut. Ada juga yang kata disebabkan stress dan alahan pada
makanan contohnya nenas. Perkara-perkara macam ni, memang kita boleh elak dari
terkena ulser. Betul tak?
Tapi salah satu sebab besar, kenapa kita senang diserang
ulser. Adalah sebab daya tubuh badan kita lemah serta kekurangan zat dalam
makanan yang di ambil. Dan penyebab ini dah sah-sahlah kita tak boleh elak,
selain kita sendiri kena perbaiki atau tambah kekurangkan pada diri kita.
Haa..kenapa tiba-tiba ada gambar GLA Complex ni? inilah
salah satu produk terbaik buat mereka yang sering di serang ulser. Kenapa aku
cakap terbaik? Sebab GLA Complex ni mengandungi 2kali kandungan gamma libolenic
acid lebih daripada EPO (Everning Primrose Oil) tambahan lagi digabungkan
dengan minyak sunflower dan vitamin E. INFO LANJUT.
Kebaikan GLA Complex :
Merawat ulser, melegakan
kelesuan, membersih kahak, meningkatkan stamina.
Mengawal hormone lelaki dan wanita untuk kesuburan
Melambatkan monopous
Menentang kanser
Mengurangi keradangan kulit/bengkak kulit
Sesuai untuk mengawal diabetis (masa hamil)
Menghalang tekanan darah tinggi
Membaiki tekstur rambut
Nampak, bukan setakat ulser je. macam – macam yang terkandung
dalam GLA Complex ni. kiranya setiap satu butir GLA complex ni, ada
bermacam-macam khasiat. Aku pasti, sesiapa yang sedang mengamalkan GLA ni,
pasti tahu kesannyakan. Aku sendiri pun ada pengalaman manis tau dengan GLA ni.
Tapi lain kalilah cerita, sebab entry ni pun dah panjangkan..!
Untuk tahu lebih lanjut mengenai GLA Shaklee ni, KLIK JE SINI. Jadi kalau ada sesiapa berminat atau sebarang pertanyaan,
bolehlah PM SINI yaw..!
Kata Hati : Siapa yang pernah ambil GLA ni, pasti tahu kehebatnya...!
.
.
Jumaat, 13 Disember 2013
Kisah Pakcik Jual Laksa Beras
Saya melaung bertanya kepada isteri dan anak-anak, adakah mereka juga turut ingin makan laksa beras. Isteri dan anak-anak 4 orang juga inginkan laksa beras. Bermakna saya pesan 6 pinggan laksa beras. Dengan menggunakan ukuran mangkuk standardnya laksa dihidang dalam mangkuknya dahulu sebelum dituang ke pinggan yang pelanggan sediakan.
Zaman ini, kebanyakkan penjual laksa beras bermotorsikal tidak perlu bawa banyak mangkuk atau plastik bungkus. Cukup sebuah mangkuk yang dibawanya untuk jadi ukuran yang sama setiap pinggan yang dipesan pelanggan. Semua yang membeli laksa beras perlu membawa pinggan atau mangkuk sendiri ke motor pakcik jual laksa itu berhenti.
Setelah membeli laksa beras,pelanggan akan makan di dalam rumah masing-masing bersama keluarga. Cara ini telah menyelamatkan alam sekitar, tidak ada pelupusan bahan plastik atau pembaziran bekas.
Setelah membayar harga bagi 6 pinggan laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.
Pakcik itu pun menajwap, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.
Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. Saya mengilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. Atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walaupun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba dimana-mana kampung, menjelang waktu solat samada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana –mana surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini walaupun sedikit.
Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah . Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga menggelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat.Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, disini, di sini. Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa kata si polan solat di surau ini.Dan seterusnya. Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan zakat atau wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.
Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaiatu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar.
Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.
“Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”
“Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”
MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal menggelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.
Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini.
Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan keenakkan laksa beras yang selalu saya beli dari seorang penjual laksa beras yang bermotosikal menggelilingi kampung. Tidak pasti adakah pakcik ini masih hidup atau telah meninggal dunia. Laksa berasnya memang enak.
Rabu, 11 Disember 2013
Wordless Wednesday #87
Mood :
Wordless Wednesday
Isnin, 9 Disember 2013
Bina Daya Tubuh Badan Dengan Vita-C
Assalamualaikum.
Teman-teman yang kenal rapat dengan aku, pasti tahu keadaan
aku yang dulu. Yea..aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Tapi kalau tak ada
dulu, maka tak adalah sekarangkan. Senang cerita yang dulu pengalaman dulu
banyak mengajar kita untuk jadi yang sekarang. Betul tak? Heeee..
Okay. Macam ni, sebenarnya dulu aku bukanlah kuat sangat
pun. Maksud aku daya tahan tubuh. Tapi kalau bab lumba lari dulu aku kuatlah,
sekarang ni tak berapa nak kuat. Kahkahkahkah. Err…berbalik pada cerita asal,
yea..! dulu daya tahan tubuh aku ni tersangatlah rapuh tau. Sampai aku sendiri
pun dah tak tahan sebab senang sangat berjangkit.
Bayangkan, aku boleh berjangkit walaupun aku berada 5 meter
jauh dari orang yang tiba-tiba bersih. Apatah lagi kalau duk sebelah aku
ataupun dalam satu bilik berhawa dingin. Pernah satu hari, tengah aku sibuk
berbincang dengan Encik I, dan tiba-tiba je Encik I bersin tutup mulut dan
hidung. Aku ingatkan, aku okaylah. Sebab Encik I tutup mulut dan hidung dia
dengan sapu tangan. Rupanya sangkaan aku meleset..! esok pagi aku pulk yang tak
berhenti bersin dan selsema seminggu. Padahal, encik I bukan selesema pun waktu
dia bersih tu, dia just bersih je..!
Selalunya, bila mak tengok aku tiba-tiba di serang selesema,
ayat wajib mak “Ada sesiapa bersin ke?” Ini memang ayat wajib mak, sebab mak
memang dah masak sangat dengan aku ni. Dan disebabkan daya tubuh badan yang tak
kuat ni jugalah buat aku kerap diserang selesema berkali-kali dalam sebulan.
Jenis aku, kalau dah kena selesema tu, nak baik tu seksa beno..!
Daya ketahan tubuh badan aku yang lemah ni, memang di akui
sepupu aku sendiri. Dia satu-satunya sahabat yang sentiasa tahu keadaan aku.
Jadi, bila dah tahu diri sendiri kekurangan vitamin C, macam-macam caralah aku
dengan sepupu aku ni merancang. Almaklumlah, dah tak larat kot nak selesema je.
Jadi, perancangan kami, nak amalkan minum jus oren setiap
pagi. Yea..kami buat, tapi tak sampai seminggu pun, sebab malas kot nak buat
jus oren pagi-pagi. Heee..! Bila dah malas, dan dah tak tahu apa lagi yang
patut aku buat, jadi bila kena selesema tu, aku redho je. Orang tengok pun naik
rimas, apatah lagi aku yang tangguh sendiri, lagilah rimas!
Sampailah satu hari, aku diperkenalkan dengan Vita-C Shaklee
ni. Mula-mula tu, memang rasa kurang yakin, tapi bila diri sendiri alami,
barulah tahu rasa best sangat. Dan, yang paling penting aku dah tak takut pada
orang yang bersin tiba-tiba, sebab aku yakin, vita-c yang aku amik setiap hari
tu, mampu menolong aku tingkatkan daya tahan tubuh badan.
Ingat lagi, disebabkan terlalu seronok main hujan, setelah
sekian lamanya, ditakdirkan aku selesema. Dan bila aku mengadu pada sepupu aku,
ayat yang dia reply Cuma..
“Rasanya kamu dah lama tak kena flu kan..!”
Nampak tak, beza dulu dan sekarang? Walaupun tengah
selesema, bila baca ayat yang direply, masih buat aku tersenyum, sebab dia
perasan perubahan kesiahatan aku. heee..!
Ohya..! Pada mereka-mereka yang nak tahu Khasiat atau info
lanjut mengenai Vita-C ni, Boleh terjah SINI. InsyaAllah, apa yang berlaku
semuanya atas izinNYA…! Kita sebagai manusia, hanya mampu merancang, ikhtiar dan berdoa, selebihnya
kita serah pada DIA..!
Kata Hati : Vita-C shaklee ni, paling laris tau. Dah tu boleh tahan 6 bulan tuu..! Pernah kehabisan stok. Memang cuak gilak la..!
.
Rabu, 4 Disember 2013
Wordless Wednesday #86
Mood :
Wordless Wednesday
Isnin, 2 Disember 2013
November Di Disember
November 2013
GEDEGANGG!!
Terasa kenderaan yang dipandu aku terlajak sedikit kedepan.
Hujan renyai yang sedang membasahi Bandar Warisan semakin lebat. Perlahan aku
melangkah keluar. Sebelum lihat belakang kereta yang disodok lori, aku sempat
pandang pakcik yang sedang mengemudi lori tersebut.
“Teruk ke?”
Soal aku tanpa periksa belakang kereta. Walhal,
dalam hati aku ni, penuh rasa debar yang teramat sangat. Apa yang aku gambarkan
ketika itu Cuma kemekan yang teramat teruk. Serius, aku rasa nak nangis…!
“Tak teruk sangat, pecah bumber sikit je.”
SIKIT? Yea, sedikit lega bila ayat tu keluar dari mulut
pakcik tu. Seraya aku memberanikan diri menoleh kea rah belakang kereta.
Ohh…memang tiada langsung kemekan pada bonet kereta. Lega..! Dan bila aku lihat
pecah lebih kurang sebesar tapak tangan kanak-kanak, rasa lega makin bertambah.
Sekurang-kurangnya tidak ada kecederaan yang serius.
“Kenapa berhenti mengejut?” Soal pakcik tu tiba-tiba.
“Kereta depan saya tadi, dia pun tiba-tiba berhenti
mengejut”
“Ini pun pakcik sempat tekan brek. Pakcik pun tak sangka
terkena juga. Kalau pakcik tak tekan brek tadi, entahlah”
Lancar pertuturan
pakcik tu, sampai membuatkan aku gerun bila fikir seandainya dia tidak langsung
tekan brek..! Yea..pasti bahagian belakang kereta akan hancur.!!
September 2009
PRANGGG.!!
Bunyi hentakkan dan kaca berderai dari sisi kanan belakang
kereta mengejutkan aku yang sedang minum didalam kereta. Satu badan rasa
panas..! Rasanya kereta aku berada dalam keadaan yang betul. Berhenti di
simpang tiga sambil menunggu kereta dari kata lepas. Yea..kereta aku betul2
berhenti.
“Hoii..!! Buta kee??”
Jerkah aku pada lelaki yang masih terduduk di sisi kereta,
sambil aku periksa apa yang pecah tadi. Bukan lampu kereta aku yang pecah, tapi
lampu motor dia.
“Pekak ke!!” kali ni, lebih tinggi dari sebelum tadi.
“Bukan salah saya cik, salah kereta tu, tiba-tiba nak masuk
kiri..saya nak elak tak sangka ada kereta”
Pelahan suara lelaki itu,sambil menunding jari kea rah
kereta yang hampir melanggar dia. Yea aku tahu, dia sedang menahan kesakitan.
Tapi entah kenapa, waktu tu, aku langsung tak ada rasa kasihan. Mungkin aku
sangat-sangat terkejut kot.
“Ko ni dari mana nak ke mana!!”
Soal aku dalam nada yang
teramat marah. Yea, aku yang banyak menengking berbanding lelaki tu.
“Nak ke Tapah..”
“Dah tu, belajar mana potong kiri!!”
Sebelum keadaan bertambah panas, dan sebelum aku naik
berang, mak tarik aku masuk kereta. Abah pula berurusan dengan pemandu kereta
yang tiba-tiba bagi isyarat ke kiri dan lelaki yang bermotorsikal.
**********
Berbeza bukan? Yea..dulu aku dalam kategori panas baran.
pantang silap sikit, dengarlah suara aku. bukan sekadar usia memantangkan kita,
malah keadaan sekeliling juga mendidik kita secara tidak langsung
sebenarnyakan..!
Bila diingat kejadian 4 tahun sudah, sampai sekarang aku
malu sendiri. Malu bagaimana aku boleh bertubi-tubi menengking lelaki yang
sedang dalam kesakitan. Haishh..kalau ade rezeki jumpa lelaki tu, aku nak minta
maaf banyak-banyak ke dia…huhuh.
Erm..oklah, malas nak ingat..! Daaa….
Kata Hati : Bontot kereta dah okay, melayang $$$…!
.
Mood :
ALAHAI,
Dalam Kenangan,
HANYA AKU,
kemalangan kecil,
Kisah Dulu,
Retak,
SAYANG KAMU
Jumaat, 29 November 2013
Rabu, 27 November 2013
Wordless Wednesday #85
Mood :
Wordless Wednesday
Isnin, 25 November 2013
Ubi Panggang | Resepi
Assalamualaikum.
Sebenarnya aku tak berapa sihat ni, jadi, malas nak bermukadimah. Kita terus ke tajuk utama la yea. Ingat Wordless Wednesday #84? Ini sambungan itu entry itu. Untuk entry ni, aku nak kongsi resepi yang aku
cuba baru-baru ni. Yea…menu-menu pelik ni semuanya aku tahu dari Variety show
kegilaan ramai, iaitu RUNNING MAN. Contohnya macam BIBIMBAP tu, aku tahu dari
RUNNING MAN jugaklah.
Bila dapat je tahu nama menu, aku
terus google. Lepas tengok resepi, aku cuba olah cara aku sendiri.
Al-maklumlah, nak makan tu tekak kita, jadi ikut selera kitalahkan. Dan rasanya
menu ni tak adalah pelik bagi mereka-mereka yang pernah tengok atau peminat
drama-drama korea ataupun jepun yea dak..!
Cara bakar yang sepatutnya | Running Man Episod 148 - Eating Jumanji Race
Untuk resepi kali ni, sesimple
belajar A B C dan semudah 123. Sebab apa aku kata simple dan mudah? Bahannya
cuma Ubi Jepun/ Sweet Potato tu je. Alatannya bula kertas alimium dengan oven je. Kalau tak
ada oven boleh juga guna pemanggang ajaib. Rasa masak pulak pejam mata pun
boleh buat. Jadi, kalau sesiapa yang teringin nak cuba, jom kita tengok
langkah-langkahnya..
Bahannya :
·
Ubi Jepun / Sweet Potato ( Tak perlu buang kulit)
Cara Menyediakannya :
·
Potong hujung kedua-dua belah.
·
Basuh sebersih-bersihnya.
·
Balut dengan aluminium foil
·
Bakar 200`C selamat 30 minit.
· Siap!! Buang kulit dan untuk di ngap…!!
Kenapa resepi ini tidak
memerlukan garam ataupun gula? Sebab ubi jepun tu sendiri dah manis sebenarnya.
Sekiranya kalian nak makan cicah gula ke, kelapa parut ke, terpulang. Itu tak
mendatangkan masalah pun, ikut citarasa masing-masingkan. Cumanya, kalau ikut
original di Korea ataupun Jepun, diorang makan macam tu je. Makan panas-panas.
Ubi panggang ni, sangat popular
di Korea dan Jepun ketika musim sejuk. Yelah, musim-musim sejuk memang
makanan-makanan panas tersangatlah popular kat sana. Dan selain daripada
peminat-peminat RUNNING MAN ataupun drama Korea mahupun Jepun, peminat kartun
Hagemaru ataupun Atashinchi, pasti tahu pasal ubi panggang ni. Hehehe.
Okaylah yea, rasanya dah panjang
bebenor entry ni. InsyaAllah panjang umur, kitan jumpa dilain entry.
Kata Hati :
Ehh..ubi ni kategori makanan berangin
tau..Sedap memang sedap, tapi makan tu berpada-padalah yea…!
.
Jumaat, 22 November 2013
Tazkirah Jumaat | Jawatan Kosong
Mood :
Tazkirah Jumaat
Rabu, 20 November 2013
Wordless Wednesday #84
Mood :
Wordless Wednesday
Isnin, 18 November 2013
Terkejutnya...
Assalamualaikum.
Okay, entry ni di tulis seminggu yang lepas, dimana hari modem
aku disambar Petir. Biasalah, bila
harapan nak on9 tu jadi 50-50, idea makin membuak-buak sampai tak tahu nak mula
mana dulu. Dalam hati duk syak, aku mungkin akan bercuti panjang dalam bidang
blogging ni, sebab idea luar biasa banyak. **Haishh…bidanglah sangatkan..Kahkahkahkah. Dan Isnin lepas, bila keluarnya entry
yang ini, maka dengan rasminyalah insyaAllah aku boleh kembali berblogging
seperti sedia kala. InsyaAllah.
Hokey..! untuk idea entry ni, semuanya bermula daripada
mukabuku sebenarnya. Bila mana aku terlihat sesuatu yang membuatkan hati aku
berkata “Err…apakah??” Dan bila dah terlihat tu, terkejut jangan cakaplah.
Dalam masa yang sama aku rasa kasihan. Yea..kasihan..!
Tapi kenapa aku perlu kasihan? Kasihan aku sebab ‘mereka’
adalah sahabat aku. Sedih bila mana aku sendiri tak mampu tegur kesalahan yang
telah dibuat dan lagi sedih bila orang yang sepatutnya bertanggungjawab boleh
biarkan je, pendek kata sanggup tanggung dosa laa..
Yea..! aku ni bukanlah bagus sangat. Dan aku memang tak
bagus pun! Sekurang-kurangnya aku ada
daya usaha mempertahankan maruah. Kalau tak sayangkan maruah sendiri,
fikir-fikirlah maruah keluarga. Ini tidak, bila bertindak main ikut lazat je,
macam itulah jadinya. Macam mana? Sendiri fikir boleh? Kehkehkeh.
Seriusly, malas nak terlalu berterus terang kat sini. Nak
tegur, tapi entahlah. Sebab aku ni, dia pandang macam musuh je. Walaupun macam
tu, tapi kami still kawan, walaupun bila berselisih tu, aku dan dia sekadar
senyum. Jadi, risau kalau-kalau dia tendang aku dari senarai kawan senyum,
sekiranya aku tegur apa yang dia buat. Makanya aku pilih, untuk diam.
Dan rasanya ada yang lebih berhak tegur berbanding
aku…Ya..ada yang lebih layak…!
Kata Hati : Jangan putuskan ikatan ukhwah yang terjalin…
.
Jumaat, 15 November 2013
Manfaat Sebaik Mungkin
Assalamualaikum.
Semua orang tahu, hari ini hari jumaat. Penghulu segala
hari. Hari dimana kita digalakkan buat baik banyak-banyak. Tapi kalau ikut
sebetul-betulnya, tak kisahlah hari apapun, kita memang digalakkan buat baik ye
dak..!
Hari jumaat juga adalah hari terakhir untuk satu minggu. Ini
bagi di negeri-negeri yang masih bekerja
laa. Cuma kalau di pantai timur dan kedah, hari last dalam seminggu tu
adalah hari khamiskan. Tapi itu semua tak kisahlah.
Okay, untuk hari jumaat untuk minggu dan tahun ini, ianya
special sikit sebenarnya. Mungkin ramai yang tak alert, tapi aku yakin, cikgu
cikgi confirm tahu pasal hal ni. Dan yang terlebih alert sudah tentulah
budak-budak yang bergelar pelajar. Sebab apa? Jumaat ni adalah hari terakhir sesi
persekolah bagi tahun 2013.
Oyeahhh..!
Dan bila sebut pasal cuti sekolah ni, memang tak
dinafikanlah. Kita dulu pun banyak kenangankan. Ada yang tak sabar-sabar kot
nak cuti. Dan ada pulak yang sedih gila-gila ni sebab cuti, kalau boleh tak nak
cuti panjang-panjang. Yang kategori ni selalunya budak-budak yang dah pandai
bercinta. Tak nak cuti panjang sebab sayang nak tinggal pakwe/makwe kononnya
laaa.. Grrr.!
Err..kalian dulu cemana? Jenis nak cuti ke tak nak cuti?
Aku? Sejujurnya aku waktu sekolah rendah dulu, memang jenis
menantikan hari cuti. Bila dah masuk menengah , barulah gedik-gedik sedih sebab
nak cuti. Kalau boleh memang tak nak cuti. Sedih kott…! Selalu hari-hari boleh
jumpakan, sekali kena cuti panjang rindulah nanti kononyaaa..!! Grrrr…!
Tapi sebenarnya rasa sedih tu sekejap je. Bila dah start
cuti, haaa..baru tahu betapa nikmatnya.! Kekekekeh. Dan bila nak masuk sesi
persekolahan balik, sikit punya liat nak bangun. Padahal sebelum ni nak sangat
sekolahkannn…! Hahahaha.
Pokoknya, buat adik-adik kat luar sana nun, rentikanlah nak
sedih-sedih. Syok apa cuti. Yang paling penting, manfaatkan cuti ni sebaik
mungkin. Kalau tengok tv je, jemu jugakkan. Cubalah cari idea dengan
kawan-kawan. Beriadah ke, kemas-kemas rak buku ke. Apa sajalah, janji bermanfaat.
Apapun, tak kisahlah masih bersekolah ke belum, esok dah
mula bercuti buat mereka yang sememangnya cuti sabtu ahadkan. Jadi, selamat
berhujung minggu semua..!!
Kata Hati : Moga kita sama-sama dalam rahmatNYA....InsyaAllah..!
.
Rabu, 13 November 2013
Wordless Wednesday #83
Mood :
Wordless Wednesday
Langgan:
Catatan (Atom)