Assalamualaikum.
Kawan-kawan yang selalu datang sini dan kawan-kawan yang seangkatan dengannya, pasti perasan perubahan
drastik dekat teratak usang aku ni. Maksud perubahan tu, bukanlah tukar baju
baru ke hape. Takk…! Tapi dari segi entry. Kalau dulu, boleh nak dikatakan
saban hari ade je entry baru kan..! tapi sejak awal tahun 2014, semua tu jadi hambar…kurenggg..!
Rujuk gambar kat atas tu. Memang nampaklah perubahan tu kan.
Kalau buat carta, memang jatuh merudum beb..! jangan kata merudum, sebaliknya
tersungkur, tersembam segala ter lah yang ada. Hahaha.
Kalau tengok dalam gambar kat atas tu, bermula dari tahun 2010 sampai ke 2014, tahun 2012, boleh nak
dikatakan aku ni bercinta dengan blog je. 391 entry dalam masa setahun. Nak kata
hebat tu taklah, tapi waktu tu, blog segala-galanya. Tahun 2013 pulak, masih berates entry tapi dah
kureng sikit dari sebelumnya. Tapi tetap ada masa dengan BLOG.
Dan keadaan mula berubah, bila masuk 2014. Sendiri tengok,
sendiri nilai. Bulan February je yang paling banyak entrynya. Untuk bulan Jun,
langsungggg..! Julai, adalah satu entry. Ogos, entry ni baru entry ke-3.
Mungkin ini entry terakhir bulan ni? Tak siapa tahukan..!
Sebenarnya perubahan ni, aku dapat rasakan. Yelah, sendiri
punya hati, sendiri tahulah kan. Tapi aku tetap nafikan segala apa yang aku
rasa. Iyelah, waktu dulu blog dan aku macam tak dapat dipisahkan kot. Kat office
dulu, blog aje yang aku selalu hadap. Kiranya dah macam sebahagian daripada
kehidupan.
Bila dah jadi macam ni, siapa aku nak menafikan semua ni. Aku
dengan blog memang dah jauh. Dah tak macam dulu. Kalau dulu, apa saja blog. Dari
blog aku cari rezeki walaupun tak sehebat orang lain. Dan kerana blog ni
jugaklah aku lepas drive ke Melaka untuk raikan gathering GSFian yang pertama.
Tak lupa dari blog jugalah aku kenal sahabat maya. Walaupun tak pernah bersua
muka, kalian memang daebak..!
Tapi semua tu dulu. Nak kembali macam dulu-dulu tu rasanya
susah dah kot. Sebab bagi aku, masa aku sekarang ni terlalu terhad. Macam
sekarang ni, aku hanya mampu up entry je. Nak blogwalking macam dulu, memang
aku tak mampu. Jaedi mohon maaf buat semua, akalu tak tak kunjung balas ke
teratak kalian. Maafkan akuu…!
Kadang-kadang tu, aku terasa jugaklah dengan perubahan ni. Tapi
aku redha. Mungkin rezeki aku dengan blog ni sampai sini saja. Macam aku cakap,
siapa aku nak menidakkan takdir. Kalau suatu hari nanti keadaan nak kembali
seperti dulu, aku dengan lapang dada terima kembali untuk seperti dulu.
InsyaAllah….!
Kata Hati : Hari ni birthday Acu..! Happy birthday Acuu..!
Kaklong sayang acu 100juta kali..muahh..!
.